You are on page 1of 7

Projek 1GovUC

Latihan Konfigurasi Mailbox 1GovUC Pada Android

TM | Sektor Kerajaan

Sila pilih menu Email dari menu utama Aplikasi, seperti yang ditunjukkan dalam gambar berikut. Bagi sesetengah telefon pintar Android, sila pilih Account Settings, dan Add Account, kemudian Corporate Sync untuk jenis (Type ) akaun.

Pada paparan Setup email, masukkan alamat e-mel 1GovUC di dalam kotak pertama. Masukkan kata laluan pengguna di dalam kotak kedua yang disediakan. Kemudian klik pada butang Next seperti yang ditunjukkan dalam gambar berikut.

Pada paparan Exchange server settings, sila pilih Exchange account untuk jenis akaun. Kemudian masukkan domain dan ID e-mel (username) 1GovUC di dalam kotak ruangan Domain\Username yang disediakan, seperti yang ditunjukkan dalam gambar berikut.

Pilih Automatic (Push) bagi pilihan Email Checking Frequency Pilih One Week bagi menetapkan berapa lama jangkamasa emel yang akan dipaparkan.

Berikan nama yang sesuai (contoh: JPPH Mail) dalam kotak Give this account a name untuk membezakan dengan akaun e-mel yang lain. Masukkan nama sebenar pengguna (contoh: farid) yang akan dipaparkan semasa pengguna menghantar e-mel ke pengguna yang lain. Klik butang Done.

SEKIAN TERIMA KASIH

TM | Sektor Kerajaan

You might also like