You are on page 1of 9

TOKOH ISLAM

SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A


LATAR BELAKANG
Beliau merupakan antara penentang kuat
agama Islam pada zaman awal kelahiran
agama suci ini. Juga termasuk dalam
golongan sahabat yang agak lewat memeluk
agama Islam. Beliau adalah antara pemimpin
Quraisy yang berani, tegas, hebat, garang,
bijak, luas pandangan dan kreatif.
Perwatakannya ini menyebabkan beliau amat
digeruni oleh golongan awal Islam.
DOA DARIPADA
RASULLULAH S . A . W
Namun hidayah Allah mengatasi segala-
galanya. Rasulullah s.a.w berdoa kepada
Allah agar memberi kemuliaan dan kekuatan
kepada Islam dengan salah seorang daripada
2 orang iaitu Umar al-Khattab atau Amru bin
Hisyam ( Abu Jahal ) . Nama sebenarnya ialah
Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
dan bersambung nasab dengan Rasulullah
s.a.w di datuknya, Luai bin Ghalib.
MEMELUK ISLAM
 Suatu hari beliau telah mendapat berita bahawa
adiknya, Fatimah binti al-Khattab telah memeluk
agama Islam bersama suaminya; Said bin Zaid. Lalu
beliau terus ke rumah adiknya dan mendengar
mereka sedang membaca al-quran surah Taha. Beliau
terus merempuh masuk dan memukul adik iparnya
tetapi terkena adiknya yang mempertahankan
suaminya. Pukulan itu menyebabkan kecederaan pada
adiknya. Melihat hal itu, timbul perasaan belas
kasihannya. Lalu beliau meminta adiknya membaca
semula ayat itu. Maha suci Allah ! manusia yang
begitu keras hati dan amat garang itu tiba-tiba
menjadi lembut demi mendengar ayat Allah yang
mengandungi mukjizat yang agung. Lantas Umar
bertanya kepada adiknya dimanakah Rasulullah s.a.w.
Mulanya Fatimah enggan memberitahu tetapi setelah
di desak, dia menyatakan Rasulullah s.a.w berada di
rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.
GELARAN SAYYIDINA
UMUR AL - KHATTAB
 Maka bermulalah episod baru dalam kegiatan dakwah
Islamiah di Mekah waktu itu . Saidina Umar telah
mengisytiharkan Islamnya secara terangan tanpa
mendapat apa-apa tentangan dari pihak Quraisy.
Sejak itu saidina Umar terus menjadi sahabat yang di
kasihi oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat yang
lain. Beliau banyak menyertai siri-siri peperangan
bersama Rasullullah s.a.w, antaranya peperangan
Badar, peperangan Uhud dan lain -lain serta diberi
tugas sebagai pemegang panji Islam dalam
peperangan Khaibar. Beliau di beri gelaran 'Al-Faruq'
oleh Rasulullah s.a.w kerana Allah memberinya
kekuatan bagi membezakan antara haq dan batil. Hal
ini jelas disebut oleh Ibnu Saad dalam kitab
Tabaqatnya yang diriwayatkan dari Abu Umar Zakwan
telah berkata : aku bertanya kepada Ummahatul
Mukminin Aisyah r.a siapakah yang memberinya
gelaran itu ? Jawab Aisyah r.a : Rasulullah s.a.w .
KHALIFAH KE - 2
Pada hari Selasa, 22 Jamadilakhir tahun 13
Hijrah bersamaan 23 Ogos tahun 634 Masihi
beliau dilantik menjadi Khalifah Islam yang
kedua selepas kewafatan saidina Abu Bakar
as-Siddiq r.a . Beliau memerintah negara
Islam dengan penuh keadilan dan sering
turun padang meninjau sendiri hal ehwal
rakyatnya. Beliau pernah memikul sendiri
makanan unruk diberikan kepada wanita
miskin bersama anaknya yang dalam
kelaparan. Beliau juga pernah menjatuhkan
hukuman 'had' keatas anaknya sehingga
meninggal dunia.
JASA BELIAU
 Ketika pemerintahan beliau, negara Islam
bertambah luas. Penduduk semakin ramai. Beliau
telah melakukan penyusunan semula pentadbiran
negara dengan membahagikannya mengikut
wilayah-wilayah dengan diketuai oleh gabenor.
Beliau juga memperkenalkan pembaharuan
ekonomi dengan perlaksanaan peraturan
memungut cukai tanah, mewujudkan
perkhidmatan pos, menyusun tangga gaji
kakitangan kerajaan termasuk tentera,
mengemaskini Baitul Mal dengan mengadakan
buku kira-kira khas dan banyak lagi
pembaharuan yang dilakukan beliau. Beliau juga
mengisytiharkan hijrah sebagai permulaan kiraan
tahun Islam dan memperluaskan lagi negara
Islam dengan pembukaan wilayah baru seperti
Mesir, Baitul Maqdis, Rom, Parsi dan lain-lain.
PERTAMA
Itulah Umar Al-khattab r.a; manusia pertama
yang menjadikan hijrah sebagai permulaan
bagi kiraan tahun Islam, orang pertama yang
digelar Amirul mukminin, orang pertama
yang menghimpunkan umat Islam untuk solat
tarawikh bersama-sama seorang imam di
satu tempat dan orang pertama yang
memperkenalkan pembaharuan drastik
dalam pemerintahan negara sehingga
keadilan Islam meliputi segenap pelusuk
negara Islam yang dirasai oleh seluruh rakyat
termasuk bukan Islam.
MATI SYAHID
Akhirnya beliau syahid dibunuh oleh musuh
Islam; Abu Luk Luk dalam bulan Zulhijjah
tahun 23 Hijrah bersamaan tahun 644 Masihi
dan dikebumikan di samping Rasulullah s.a.w
dan Abu Bakar as-Siddiq r.a.

You might also like