You are on page 1of 5

Etika dalam penyelidikan

Isu-isu etika sangat penting dalam penyelidikan sebagai panduan untuk melengkapkan setiap kajian yang dijalankan. Penyelidik yang tidak mematuhi etika penyelidikan akan merosakkan reputasi penyelidikan sosial. Tingkah laku beretika diberikan perhatian yang serius dalam sains sosial kerana ia melibatkan manusia sebagai subjek. Ia memberi kaitan langsung terhadap kehidupan subjek yang dikaji. Elemen penting dalam etika ini ialah: Bahasa penyelidik menyediakan maklumat lengkap dan bahasa yang mudah difahami. Penerangan juga perlu supaya responden memahami apa yang diinginkan oleh penyelidik. Perasaan responden beri masa yang cukup untuk responden menjawab soalan dan tidak boleh bertanya soalan-soalan yang memalukan, menyebabkan kekacauan emosi atau pengalaman yang tidak menyenangkan. Secara umum, penyelidik tidak boleh mendedahkan responden kepada tekanan mental atau fizikal. Etika dalam semua peringkat kajian penyelidik harus pentingkan etika pemilihan permasalahan kajian, tentukan kaedah penyelidikan, pengumpulan data, penganalisisan data, interpretasi dan melaporkan kajian. Mengetahui tahap pendidikan responden mengambil kira tahap pendidikan sampel yang ingin dikaji. Tidak boleh memberi tugas yang tidak wajar atau rumit kepada responden. Keadaan ini jika berlaku akan menyukarkan proses penyelidikan dan akan mendatangkan tindak balas yang negatif daripada sampel yang dikaji. Berterus-terang dengan responden berikan penjelasan kepada responden tentang matlamat dan tujuan kajian. Semua maklumat perlu dijelaskan termasuk prosedur yang terlibat dalam kajian. Dengan itu, responden akan secara sukarela melibatkan diri dalam kajian berkenaan. Utarakan data yang tepat bertindak memberikan data yang tidak lengkap, terkeluar dari konteks, memalsukan penemuan atau kemukakan fakta yang mengelirukan dianggap melanggar tatasusila penyelidikan. Menjaga kerahsiaan responden penyelidik sama sekali tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai sampel kajian sehingga ia boleh menggugat keselamatan atau maruah responden. Hak-hak peribadinya harus dipelihara dan tidak boleh jatuh ke tangan pihak ketiga. Mematuhi etika penyelidikan adalah tanggungjawab penyelidik. Kegagalan mematuhi etika berkenaan akan menggugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan.

Ciri-ciri Penyelidikan Yang Baik:

Penjelasan (Explanation) & Ramalan (Prediciton) Matlamat unggul sesuatu penyelidikan dijalankan ialah untuk memajukan penjelasan dan ramalan tentang sesuatu fenomena fizikal atau sosial. Dengan kata-kata lain, tujuan atau pernyataan masalah penyelidikan tentang apa yang ingin dijelas atau diramalkan mestilah amat jelas. Angkubah-angkubah yang ingin dijelaskan serta hubungan antara satu sama lain dalam suatu fenomena yang ingin dikaji mesti dinyatakan secara eksplicit. Justeru itu, hipotesis sama ada dalam bentuk diskriptif atau causal mestilah spesifik, nyata dan boleh diuji. Fenomena Yang Bercorak Dan Berulang (Patterned and Repetitious Phenomena)

Sehubungan dengan ciri penjelasan dan ramalan, fenomena yang dikaji dalam sesuatu penyelidikan haruslah mempunyai corak yang berulang-ulang. Jika sesuatu fenomena kajian itu tidak berstruktur, tidak mempunyai ciri-ciri sistematik dan tidak mempunyai hubungan yang tekal, sudah tentunya penjelasan dan ramalan tidak boleh dibuat dengan kepastian yang tinggi. Peristiwa yang wujud hanya sekali sahaja tidak boleh dijelaskan dengan darjah verifikasi yang kuat. Pendek kata, fenomena kajian yang baik mesti manpu dikaji oleh pengkaji lain kerana fenomena berkenaan mempunyai corak yang boleh diramal dan dijelaskan serta wujud dalam keadaan lain dan berulangan. Replikasi (Replication) Supaya sesuatu kajian itu dianggap baik, kajian tersebut mesti mampu direplikasikan oleh pengkaji sendiri dan pengkaji lain. Hanya selepas sesuatu pemerhatian dikesan berulang kali, barulah kita menganggap kajian itu saintifik dan boleh dipercayai. Justeru itu, kajian yang baik menetap dan menerangkan spesifikasi metodologinya agar dapat dijalankan semula oleh pengkaji-pengkaji lain. Sifat ini mempunyai kaitan dengan ciri empiris iaitu sesuatu kajian sama ada metodologi atau fenomena yang ingin dikaji boleh diulangi oleh pengkaji yang lain. Ini memastikan bahawa penemuannya boleh disahkan semula atau ditolak. Kuantifikasi (Quantification) Mengikut Forcese & Richer, Quantification refers to the assignment of numerical values to the phenomena under investigation (11973:10). Kajian yang baik mengkaji fenomena yang dapat dihuraikan; apa yang boleh dihuraikan sebaik-baiknya boleh diukur. Lantaran itu, fenomena kajian yang baik dapat kuantifikasikan melalui angkubah-angkubahnya. Semakin halus ukuran angkubahnya, semakin tinggi kekuatan hubungan statistikal yang mampu dibuktikan. Hipotesis yang dibentuk berasaskan angkubah-angkubah yang measureable lebih mantap dan boleh dianalisa dengan pelbagai kaedah statistik. Contohnya sekiranya pengkaji ingin menghuruai dan mengklasifikasikan motivasi pekerja, maka mesti adanya instrumen untuk mengukur konstruk tersebut dan hasilnya dalam data yang boleh diuji. Konseptualisasi : Abstrak Dan Operasi Selanjut daripada ciri kuantifikasi, konsep-konsep dalam sesuatu kajian yang wujud dalam bentuk abstrak mestilah boleh dioperasikan secara validnya. Apabila kita operasikan sesuatu konsep, kita menetapkan unsur-unsur konsep tersebut dalam bentuk yang boleh ditanggap dan diukur atau angkubah-angkubahnya. Pengoperasian konsep abstrak atau konstruk yang valid merupakan pengoperasian yang mempunyai keesahan konstruk yang tinggi. Dengan kata-kata lain, angkubah-

angkubah yang dibentuk untuk mewakili konstruk betul-betul menepati had dan spesifikasi konstruk tersebut. Mengikut Zetterberg, terdapat tiga kemungkinan kesilapan dalam proses pengoperasian konstruk. Yang pertamanya, angkubah yang dipilih tidak merangkumi pengertian konstruk. Contohnya jika secara konsepsinya, kelas sosial diertikan sebagai pendapatan bulanan dan kesedaran seseorang tentang keanggotaannya dalam sesuatu hirarki manakala angkubah yang dipilih untuk kelas sosial hanya mengambil kira pendapatan bulana sahaja. Kesilapan yang kedua yang mungkin timbul ialah di mana pengoperasiannya mempunyai ruang lingkup yang lebih luas daripada konstruknya. Contohnya angkubah-angkubah yang dipilih untuk mengoperasikan kelas sosial tadi termasuk pendapatan, kesedaran dan tahap pendidikan. Akhirnya, kesilapan ketiga ialah pengoperasian yang tidak menepati langsung konstruk yang dimaksudkan. Contohnya angkubah untuk kelas sosial ialah warna kulit di mana orang berkulit putih dianggap kelas tinggi manakala orang berkulit hitam dianggap kelas bawahan.(Zetterberg, 1965:114-20) Model, Hipotesis Dan Teori Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa penyelidikan yang baik biasanya menggunakan pendekatan deduksi berdasarkan model, hipotesis dan teori. (Gay & Diehl, 1996: 77) Penyelidikan yang memaju dan mencabar model, hipotesis dan teori yang sedia wujud akan menganjakkan paradigma dan menghasilkan model, hipotesis dan teori baru.(Kuhn,1962) Justeru itu, mengikut Newman, There is no evidence that a single scientific discovery ever was made by induction as conceived by Bacon. On the contrary it is quite clear that to engage in research without the stimulus and guidance of hypotheses, rules, preconceptions, anticipations, control criteria and the like is a hopeless if not indeed frivolous activity (Newman, 1961, Vol. 1, 91). Jelasnya, satu ciri penyelidikan yang baik ialah ianya berasaskan paradigma teori dan model yang sedia ada.

Objektiviti/Keobjektifan Objektiviti merupakan sifat penganggapan yang tidak dipengaruhi oleh emosi atau prasangka seseorang. Dalam pernyataan masalah, pengkaji mestilah memastikan bahawa fahamannya terhadap masalah adalah sama dengan fahaman pengkajipengkaji lain. Begitu juga dalam pemilihan kaedah, teori dan rujukan literaturnya. Sekiranya terdapat bukti bahawa terdapat kaedah yang lebih baik daripada kaedah yang ingin dijalankannya, maka dia mesti sedia menerimanya. Supaya data yang diperolehi mempunyai keesahan yang tinggi, soalan-soalan atau item-item dalam instrumen (soal selidik) mesti mempunyai objektifan yang tinngi. Ini bererti soalan itu tidak berbentuk ambiguous tetapi memberi interpretasi yang sama kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Bagi peringkat pungutan, analisa dan laporan data, emosi dan kepentingan pengkaji dan sponsornya harus diketepikan agar laporan dapat dibuat dengan objektifnya. Begitu juga dalam pemilihan sampel atau subjek kajian pengkaji mestilah mematuhi rancangan yang telah ditetapkan dan tidak mengubahnya untuk menyesuaikan sampel agar dapat memenuhi kepentingan diri.(Forcese & Richer, 1973:16) Untuk memastikan bahawa sampel yang dipungut adalah objektif dan tidak biased, maka terdapat berbagai-bagai kaedah persampelan seperti persampelan rawak, persampelan kluster, persampelan sistematik dan persampelan rawak berstrata. (Gay & Diehl, 1996: 128)

Kebolehpercayaan & Keesahan Pengukuran Aras pengukuran data dalam sesuatu penyelidikan boleh berbentuk nominal, ordinal, interval atau ratio. Penyelidikan yang baik akan seboleh-bolehnya menggunakan aras ukuran yang tinggi iaitu data interval atau ratio. Ini adalah kerana analisa statistik seperti ujian paramatriks yang lebih teliti dan rapi boleh dilakukan terhadap data interval atau ratio. Justeru itu, sekiranya perhubungan causal dikaji, adalah pentingnya data interval atau ratio dipungut. Sehubungan dengan itu, ciri kebolehpercayaan dan keesahan pengukuran amat perlu diamati oleh pengkaji. Semakin tinggi sifat kebolehanpercayaan dan keesahan sesuatu analisa dan pungutan data, semakin tepat dan baik sesuatu penyelidikan. (Forcese & Richer, 1973:73)

Faktor Etika Setiap penyelidikan mestilah memastikan kaedah, kandungan dan tujuan tidak melanggar kod etika pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama. Sekira sesuatu kajian memenuhi semua ciri dan prinsip saintifik tetapi tidak beretika mana sudah tentunya penyelidikan demikian dianggap kurang baik. Contohnya penyelidikan yang memanipulasi manusia atau cuba play god seperti clone manusia dan sebagainya. Isu yang berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran pengkaji. Pengkaji mesti menunjukkan segala usahanya untuk memastikan bahawa setiap langkah penyelidikan dilaksanakan dengan jujur dan segala data yang diperolehi adalah tepat.

You might also like