You are on page 1of 5

KSSR: BUKU TEKS DAN BUKU AKTIVITI KSSR 2011 Apakah ciri-ciri buku pelajaran yang akan digunakan

dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)? Terdapat dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti. Mengandungi nota guru untuk membantu guru menjalankaan pengajaran dan pembelajaraan (P&P) dengan berkesan. Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke buku aktiviti. Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan cadangan aktiviti pemulihan. Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran psikomotor seperti menggunting, menampal, menyurih dan mewarna. Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi guru membuat rujukan. Setiap kemahiraan baru yang diperkenalkan akan diikuti dengan penilaian mudah untuk menaakul atau mendorong kepada perbincangan. Penulisan berbentuk modular dengan persembahan kandungan berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi sesuatu subjek

Elemen Nilai Tambah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR): Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Nilai tambah ini bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.

KSSR: KURIKULUM BERASASKAN STANDARD?

Kurikulum Standard Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Mengapa Standard? Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning). Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

Standard Kandungan Bahasa Malaysia Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul

Standard Pembelajaran Bahasa Malaysia Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

Bahasa Inggeris Able to express personal response to literary texts

Bahasa Inggeris Able to respond to: a. Book covers b. Pictures in books c. Characters with guidance

Matematik Menama dan menentukan nilai nombor

Matematik Menamakan nombor hingga 100: a. Membilang objek dalam kumpulan. b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.

Pentaksiran KSSR Bagi menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

Kaedah pentaksiran akan dilaksanakan berasaskan sekolah. Pelbagai kaedah akan digunakan supaya penilaian bersifat lebih autentik dan holistik. Pentaksiran akan lebih berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid.

Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan mengikut keperluan murid supaya murid mencapaai standard yang ditetapkan

Perbezaan KBSR dengan KSSR


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga Reka bentuk kurikulum berasaskan bidang: enam tunjang: Komunikasi Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Kerohanian, sikap dan nilai Perkembang diri Individu Kemanusiaan, Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri Bahan kurikulum: Bahan Kurikulum: Sukataan pelajaran Dokumen Standard Kurikulum Reka bentuk kurikulum: Linear Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif Reka bentuk kurikulum: Modular Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif. Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaraan Teras dan Elektif

Fokus: 3M (Membaca, menulis dan mengira)

Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit. Fokus: 4M (Membaca, menulis dan menaakul)

Januari 2011: Akan bermulalah tranformasi kurikulum sekolah rendah di Malaysia. KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) akan diperkukuh dan ditambahbaik menjadi KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).

Transformasi ini melibatkan rekabentuk, organisasi, penegasan kurikulum. peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. Umumnya pelaksanaan KSSAR mempunyai prinsip pelaksanaan seperti berikut:Pendekataan bersepadu. Perkembangan individu secara menyeluruh. Pendidikan yang sama untuk semua murid. Pendidikan seumur hidup. KSSR juga berteraskan kepada tunjang utama iaitu: Komunikasi Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Kerohanian Sikap dan Nilai Kemanusiaaan Dan Ketrampilan Diri Dalam KSSR, pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan lebih bermakna.

Kita mengharapkan transformasi ini akan mampu dilaksanakan sebaik-baiknya bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke-21.

Semua pihak sama ada di dalam sekolah maupun di luar, yang terlibat secara langsung maupun secara tidak langsung, harus bersedia menghadapi cabaran pelaksanaan KSSR

You might also like