You are on page 1of 3

NOTA BAHASA MELAYU Oleh : Cikgu Afiq 15/2/2014

KATA HUBUNG
1) Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. 2) Contoh: a) Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata) b) Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa) c) Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap (penggabungan ayat) 3) Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu a) Kata hubung gabungan b) Kata hubung pancangan c) Kata hubung berpasangan Kata Hubung Gabungan Atau Dan Lalu Lantas Sambil Maka Serta Tetapi Sebab Kalau Kata Hubung Pancangan Agar Apabila Bahawa Biarpun Hingga Jika Kecuali Kerana Ketika Yang Kata Hubung Berpasangan Baikataupun Baikbaik Baikmahupun Bukan sajabahkan juga Bahkan sahatetapi juga Jangankanpun Sedangkanapatah lagi Semakinsemakin Sungguhpunnamun Sungguhpun...tetapi walaupun...namun sedangkan...inikan pula Sama adaataupun Kiankian Entahentah Bukansahaja malah Contoh Saya hendak makan mee atau nasi lemak Saya dan adik bermain di taman Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian Saya bangun malas dan lantas ke dapur Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar Apabila melihat polis telah pergi semuamaka dia pn keluarlah Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan Contoh Saya berharap agarkamu dapat dating Saya terkejut apabila mendengar berita itu Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal ini Saya belajar hingga ke peringkat universiti Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya Jawab semua soalan kecuali soalan dua Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang Contoh Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul Baik Ali baik adiknya samasama pintar. Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu. Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu ponteng sekolah Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai belajar Jangankan sepuluh ringgit, seringgitpun dia tak ada. Sedangkan dia seorang yang malasapatah lagi adiknya Encik Ali semakin kaya semakinpemurah Sungguhpun dia rajin belajar namunpeperiksaannya tetap gagal Sungguhpun badannya gemuk tetapidia kuat berlari Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut Guru Besar meminta sama ada bapaataupun ibu murid hadir ke Sekolah Kian lama kian banyak orang ke sana Khabar anghin itu entah betul entahtidak Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

SOALAN
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1 Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja. A atau C jika B agar D kerana 2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati. A dan C tetapi B manakala D walaupun 3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak. A hingga C tatkala B setelah D supaya 4 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak. A agar C ketika B hingga D setelah 5 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ___________ bulan hadapan? A dan C lalu B atau D maka 6 Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo. A lalu C agar B maka D kerana 7 Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal. A dan C serta B tetapi D malahan 8 Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya. A kerana C sambil B maka D lalu 9 Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusanyang cemerlang dalam UPSR. A dan C lalu B tetapi D walhal 10 __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah. A Semasa C Setelah B Supaya D Sementara

11 Keluarga Chong Wei mungkin berpindah ke Johor __________ ke Melaka. A dan C lalu B atau D agar 12 Encik Sulaiman berdoa ________ keluarganya sentiasa sihat. A untuk C jikalau B bahawa D semoga 13 ___________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya. A Semoga C Sewaktu B Supaya D Setelah 14 Encik Lim menebas semak-samun _________ isterinya menyapu sampah. A apabila C manakala B walaupun D sedangkan 15 Halim tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________ ditentang oleh ibunya. A sementara C walaupun B sejak D agar 16 Hamid tidak datang ke sekolah ____________ minggu lepas. A semenjak C sewaktu B kerana D selagi 17 Murid-murid diminta beratur __________ menaiki bas. A ketika C setelah B semenjak D sementara 18 Landskap itu dibina oleh guru-guru, ibu bapa ________ murid-murid sekolah itu. A lalu C maka B serta D atau 19 __________ menonton drama lucu itu, mereka ketawa berdekah-dekah. A Apabila C Kerana B Sambil D Semasa 20 Izuddin masuk ke kelas ________ Cikgu Norman sedang mengajar. A sementara C malahan B tatkala D sambil

You might also like