1.4 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Pemerintahan Jepun
1. Rakyat di Tanah Melayu mengalami penderitaan kerana dasar penjajahan British dan Jepun.2. Zaman pendudukan Jepun menyebabkan imej kuasa Barat mula merosot.3. Jepun telah mengawal pergerakan rakyat dengan mengadakan kawalan terhadap mediamassa.4. Jepun turut membubarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pemimpinnya iaitu Ibrahim Haji Yaacob hanya dibenarkan bergerak di dalam Pertubuhan Giyu Gan atau Pembela Tanah Air(PETA).5. Ibrahim Haji Yaacob telah menu buhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung(KRIS) untuk membina perpaduan dan menunjukkan rasa kecewa terhadappemerintahan Jepun.
1.5 Kesan Pemerintahan Jepun
1. Pendudukan Jepun telah menyedarkan penduduk tempatan bahawa kuasa penjajahtidak akan memajukan Tanah Melayu.2. Keadaan ini telah menyemarak kan lagi semangat kebangsaan dan keyakinan diri untukmentadbir negara.3. Ahli KMM telah berpura-pura baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun.4. Namun di sebaliknya KMM mengadakan hubungan dengan gerakan anti-Jepun danmenubuhkan gerakan bawah tanah.5. Pendudukan Jepun di negara kita dan negara jiran telah menyemarakkan lagi semangatkebangsaan untuk menuntut kemerdekaan.
BAB 2 Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
2.1 Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun1. Perang Dunia Kedua tamat apabila Jepun menyerah kalah pada bulan September 1945.2. Tentera Bintang Tiga telah berkuasa selama 14 hari sebelum British kembali keTanahMelayu.3. Pada bulan September 1945, tentera British telah menubuhkan Pentadbiran TenteraBritish untuk mengembalikan keamanan di Tanah Melayu.4. Rancangan Malayan Union diperkenalkan pada bulan April 1946 oleh kerajaan British.2.2 Gagasan Malayan Union 1946
1. Antara tujuan pembentukan Malayan Union ialah:
(a) Melindungi kepentingan British di Tanah Melayu.(b) Membentuk pentadbiran yang cekap.(c) Menyeragamkan pentadbir an di semua negeri.(d) Mengukuhkan pertahanan British.(e) Menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
2. Antara sebab penentangan Malayan Union ialah
:(a) Kedudukan dan hakistimewa orang Melayu akan terjejas.