You are on page 1of 19

Objektif Sintesis

Sebelum tamat pengajaran, tidak kurang daripada 20 minit (C), pelajar kelas tingkatan 6

Arif (A) mampu untuk menerangkan (B) semua peristiwa di bawah:

Sekumpulan pelajar tingkatan enam Arif telah mengikuti satu lawatan sambil

belajar ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu yang dianjurkan oeh sekolah mereka.

Apabila sampai di sana mereka dijemput masuk untuk melihat suasana dalam

mahkamah. Semasa berada dalam Mahkamah tersebut telah timbul satu persoalan

dalam fikiran mereka, jenis kes yang bagaimanakah yang diterima oleh Mahkamah

majistret (1/b.8) dan berapa jenis mahkamah Majistret yang terdapat di Malaysia (1/b.8).

Mereka juga telah di beri peluang untuk menyaksikan suasana perbicaraan kes

rompakan kereta yang berlaku di Tanah Merah pada 26 Mac 2008. Tertuduh mengaku

tidak bersalah atas tuduhan tersebut dan tertuduh telah melantik seorang peguam untuk

membelanya. Peguam bela telah mengemukan bukti dan fakta serta hujah-hujah

kepada hakim untuk membuktikan bahawa anak guamanya tidak bersalah atas tuduhan

yang dibicarakan. Pelajar Tingkatan Enam telah terfikir apakah Prosedur yang harus di

lakukan untuk memulakan sesuatu perbicaraan di Mahkamah

Majistret(1/b.8).Berdasarkan bukti yang diutarakan oleh penguambela, tertuduh tidak

dapat membuktikan bahawa beliau tidak bersalah di atas tuduhan tersebut. Hakim yang

mengetuai perbicaraan tersebut telah menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda

RM 5000. Setelah ketua hakim menjatuhkan hukuman keatas tertuduh, semua pelajar

tertanya adakah hukuman itu adalah hukuman maksimun yang boleh dikenakah oleh

Mahkamah Majistret (1.b.8).


Soalan Sintesis

Bagaimanakah cara pelajar dapat menggunakan masa yang singkat ketika berada

dalam mahkamah dengan mengambil kira :

1. jenis kes yang bagaimanakah yang diterima oleh Mahkamah majistret

2. berapa jeniskah mahkamah Majistret yang terdapat di Malaysia

3. apakah Prosedur yang harus di lakukan untuk memulakan sesuatu perbicaraan

di Mahkamah Majistret

4. hukuman maksimun yang boleh dikenakah oleh Mahkamah Majistret

Jawapan

1. Setelah para pelajar pulang dari lawatan ke Mahkamah Majistert, pelajar dapat

mengaplikasikan perbicaraan dari kes yang didengar oleh mereka bahawa kes

yang dikendalikan oleh mahkamah majistret ialah kes-kes sivil dan jenayah.

Mahkamah majistret juga mengeluarkan Writ dan saman serta waran seperti

menjadi anggota perhimpunan haram, merompak, rasuah, dan sebagainya

2. Mahkamah majistret yang terdapat di Malaysia ialah dua iaitu mahkamah

majistret kelas I dan Majistret kelas II

3. Bagi memulakan perbicaraan bagi kes sivil, pihak penuntut (plantif) perlu

meminta satu Writ. Writ adalah satu dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah

iaitu meminta pihak pembela supaya hadir pada masa dan dalam tempoh yang

di tetapkan

4. Mahkamah Majistret menpunyai bidang kuasa seperti berikut iaitu membicarakan

semua kesalahan di mana hukuman penjara maksimum tidak melebihi 3 tahun

atau dikenakan sahaja. Selain itu mahkamah Majistret juga boleh menjatuhkan

hukuman tidak lebih daripada 12 bulan penjara, denda sebanyak RM 2000,

sebatan senigga 6 kali atau apa-apa gabungan daripada kedua-duanya.Kuasa


terakhir Mahkamah Majisteret adalah membicaraka semua kes sivil yang nilainya

tidak melebihi RM2000.

Peta Minda

MAHKAMAH
MAJISTRET

Majistret Kelas I Majistert Kelas II


Bidang kuasa Bidang kuasa
-membicarakan semua kes jenayah -mengendalikan kes jenayah
-menjatuhkan hukuman kecil
5 tahun penjara -menjatuhkan hukuman tidak
-denda sehingga RM10000 melebihi 6 bulan
-sebat sebanyak 12 kali -denda tidak > RM1000
atau ketiga-tiganya sekali atau ketiga-tiganya sekali

MATLAMAT/ OBJEKTIF
Matlamat objektik yang kami hasilkan mempunyai dua peringkat iaitu dari segi Matlamat
Jangka Pendek dan Matlamat Jangka Panjang.

MATLAMAT JANGKA PENDEK


Matlamat Jangka Pendek objektif kami apabila pelajar mempelajari Sistem
Kehakiman di Malaysia, pelajar akan mengetahui dan memahami tentang struktur
hukuman yang akan di kenakan ke atas setiap jenayah. Apabila pelajar mempunyai
kefahaman tentang sistem ini mereka akan lebih terbuka dan luas pandangan mereka
tentang permasalahan yang berkaitan dengan tentang sistem kehakiman di Malaysia .
Selain itu juga pelajar dapat mengaplikasikan dalam kehidupan mereka supaya tidak
melakukan kesalahan. Hal ini kerana apabila pelajar mengetahui setiap hukuman yang
akan di kenakan bagi setiap jenayah,sudah tentu mereka akan lebih berhati-hati
daripada melakukan kesalahan.

MATLAMAT JANGKA PANJANG


Matlamat Jangka Panjang pula ialah Negara akan dapat melahirkan
warganegara yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kehakiman walaupun tidak
terlibat secara langsung dalam bidang tersebut. Selain itu juga Negara akan dapat
mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di dalam Negara, ini kerana setiap insan
yang di lahirkan mempunyai kefahaman yang secukupnya dalam undang-undang di
Malaysia.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

TAJUK : SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.

Tajuk kecil :

1.Perkembangan Sistem Kehakiman Malaysia


Melalui tiga peringkat perkembangan iaitu Hakim Tetap, Hakim Sementara dan
Kuasa Kehakiman. Hakim tetap mempunyai dua bahagian iaitu Sebelum Merdeka dan
Selepas Merdeka. Sebelum Merdeka, hakim Malaya memegang jawatan selama
perkenankan oleh pemerintahan British. Selepas Merdeka, perlembagaan yang
menentukan segalanya.
Hakim Sementara, sungguh pun di bawah perlembagaan seseorang hakim tidak
memegang jawatan selama di perkenankan oleh pemerintah, namun ia membenarkan
hakim sementara.
Kuasa kehakiman boleh di lihat dari segi Kuasa mentafsir perlembagaan, kuasa
mengistiharkan undang-undang tidak sah, persetempatan pihak berkuasa kehakiman
dan Perlantikan secara langsung dari Bar.

2.Hirarki Mahkamah
Mempunyai dua lapisan mahkamah iaitu mahkamah atasan, mahkamah
bawahan Mahkamah Atasan terdiri daripada mahkamah persekutuan, mahkamah tinggi
dan Mahkamah rayuan. Manakala mahkamah Bawahan terdiri daripada mahkamah
Sesyen, Mahkamah Majisteret 1, Mahkamah Majistret 2 dan Mahkamah Penghulu.

3.Mahkamah Atasan
Mahkamah Atasan bersidang dalam bentuk panel yang dianggotai oleh tiga
Orang Hakim dan lima orang hakim yang dinamakan oleh Ketua Hakim Negara untuk
kes yang mustahak.
Bidang Kuasa mahkamah Tinggi ialah mendengar kes-kes asal, mendengar rayuan
terhadap keputusan mahkamah Rayuan, menentukan persoalan perlembagaan yang
timbul daripada perbicaraan di mahkamah lain, dan memberi pendapat undang-undang
mengenai persoalan yang dirujuk oleh Yang Di-Pertuan Agong.

4.Mahkamah Tinggi
Terdiri seorang presiden dan sepuluh hakim mahkamah Rayuan. Tujuan ialah
membantu mahkamah persekutuan mendengar kes-kes rayuan yang di bawa dari
mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan

5.Mahkkamah Majistret
Mahkamah majistret terbahagi kepada dua kelas iaitu kelas yang pertama dan
kedua. Bidang Kuasa mahkamah Majistret kelas 1 ialah kes Sivil yang Nilai tuntutan
maksimum tidak melebihi RM 25000 dan bagi kes Jenayah iaitu Boleh membicarakan
kes-kes hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun. Bagi Mahkamah majisteret kelas 2
pula iaitu mengendalikan kes Sivil yang Tuntutannya tidak melebihi RM3000 dan
manakala kes Jenayah Penjaranya tidak melebihi 12 bulan.

JAWAPAN SOALAN

SOALAN 1
Ilmu pengetahuan pada objektif aras pengetahuan ialah pelajar akan
mempelajari sesuatu yang asas seperti istilah, fakta, prinsip, prosedur. Pada tahap ini
pelajar akan dapat mengenal pasti apa yang mereka pelajari oleh mereka.
SOALAN 2
Objektif yang kami hasilkan merupakan objektif aras pengetahuan kerana pelajar
dapat menerangkan soalan-soalan dalam masa singkat dengan mengambil kira
beberapa faktor. Contohnya pelajar Tingkatan Enam Arif dapat mengenalpasti jenis kes
yang di terima Mahkamah Majistret.

SOALAN 4
1. A (audien)-siapa yang diajar- pelajar Tingkatan 6 Arif- Jika pelajar Tingkatan.4 di
beri peluang pembelajaran seperti berikut adalah tidak sesuai kerana aktiviti
yang dibuat tidak dapat menolong dalam pembelajaran mereka kerana 90%
daripada sukatan pelajaran mereka adalah bergantung kepada buku teks
sepenuhnya. Selain itu, sukatan pelajaran bagi pelajar Tingkatan 6 pula
mengandungi skop pembelajaran luas dan tidak hanya bergantung kepada buku.

2. B (behavior)-tingkah laku yang di perhatikan-selepas mengikuti lawatan tersebut


pelajar tingkatan enam Arif dapat menyenaraikan heararki mahkamah yang
terdapat di Malaysia.

3. C (condition)-pelajar tidak memberi tumpuan yang serius dalam pembelajaran


di dalam kelas kerana mereka beranggapan bahawa aktiviti yang mereka ikuti itu
tidak terdapat dalam sukatan pelajaran mereka

4. D (desired criteria)-aras prestasi yang diterima-sebahagian besar daripada pelajar


tingkatan 4 tidak mungkin akan dapat memahami perjalanan perbicaraan dalam
mahkamah tersebut kerana sebahagian besar tidak mungkin mengetahui skop
perundangan menyebabkan mereka tidak dapat menjawab solan yang
dikemukakan
dalam ujian yang diberi oleh guru.

SOALAN 5
Objektif kami mampu memenuhi kehendak masyarakat untuk menjadikan para
pelajar berpengetahuan dan berkemahiran serta menpunyai nilai dan sikap yang baik.
Hal ini kerana, di dalam objektif kami ia merangkumi aspek-aspek yang berkaitan
dengan undang-undang dan organisasi yang melibatkan mahkamah. Oleh itu pelajar
dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan agar mereka tidak
melakukan kesalahan dan pada masa yang sama perkara ini dapat memenuhi nilai
masyarakat.

SOALAN 6
Model pembelajaran MASTERI mempunyai perkaitan dengan objektif yang di
buat kerana dalam objektif yang di buat terlebih dahulu menentukan hasil pembelajaran
yang diinginkan contohnya para pelajar akan dapat memahami selok-belok tentang
sistem perundangan di Malaysia untuk dimanfaatkan dalam kehidupan. Selain itu,
diperingkat seterusnya guru perlu menyusun isi pelajaran yang akan diajar dengan
teratur dan sistematiksupaya pelajar dapat memahami dan menerima apa yang diajar
contohnya dalam JPK, kami mengajar mengikut hierarki rancangan mengajar kami.
Contohnya sistem kehakiman Malaysia ,terlebih dahulu kita akan menerangkan sejarah
perkembangan untuk memberi gambaran awal kepada pelajar, baru masuk tajuk
seterusnya iaitu kuasa kehakiman, heararki mahkamah dan bidang kuasa mahkamah.
Seterusnya pula kami akan mengaitkan beberapa isu semasa yang berkaitan jenayah
untuk memberi lebih pendedahan dan juga untuk menarik minat pelajar. Penilaian akan
dibuat melalui beberapa soalan dan akan dijawab dalam tempoh tertentu,iaitu soalan
objektif untuk menjimatkan masa. Penilaian akan di buat,jika didapati 80% pelajar
memahaminya maka diteruskan dengan aktiviti pengayaan untuk memberi lebih
pemahaman terhadap sistem kehakiman sebaliknya jika didapati pelajar kurang
menguasai tajuk ini akan diajar semula supaya memahami tajuk ini.

SOALAN 7
JPK dapat membantu guru bagi memastikan para pelajar memperolehi atau
menerima apa yang diajar didalam kelas .Melalui JPK guru akan mendapat gambaran-
gambaran awal dan kesudahan isi pembelajaran yang akan diajar.Selain itu juga guru
juga dapat mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar melalui ujian
penilaian dalam kelas.

SOALAN 8
• Kontinuiti-berdasarkan JPK guru dapat memberi gambaran secara jelas kepada
pelajar tentang apa yang diajar didalam kelas dimana pelajar dapat melihat
sendiri suasana atau keadaan yang sebenar yang berlaku di mahkamah. Maka
ia sedikit sebanyak mampu mengimbas kembali tentang isi pelajaran yang diajar
dalam kelas iaitu sistem mahkamah.

• Turutan-Selain itu dengan berpandukan JPK juga guru dapat mengenalpasti


perkara yang akan diajar kepada pelajar supaya isi pelajaran sentiasa berkaitan
antara satu sama lain. Pada masa yang sama ia juga dapat membantu pelajar
bagi memahami tentang perkara yang diajar oleh guru secara menyeluruh.

• Integriti-Perkara yang diajar akan dapat digunakan oleh para pelajar bukan
sahaja untuk lulus dalam peperiksaan bahkan dapat memberi kepentingan dalam
kehidupan seharian.Contohnya, dengan mengadakan lawatan ke mahkamah ,
maka pelajar sedikit sebanyak dapat menggunakan pengalaman secara visual
yang mereka perolehi dengan mengadakan lawatan tersebut. Pada masa, isi
pelajaran tersebut juga dapat memberi ruang kepada guru untuk kepada pelajar
supaya mematuhi peraturan atau perundangan yang telah di tetapkan oleh
kerajaan bagi menjaga keamanan negara.

KRITIKAN AHLI KUMPULAN LAIN

Pemerhatian Cadangan Tindakan

-Isi kandungan yang -Pembentang harus lebih -Pembentang perlu berbincang


dibentangkan tidak berapa jelas bersedia dan menerangkan terlebih dahulu dengan ahli
dan tidak memberi contoh isi satu-persatu secara kumpulan dan juga nota
dengan penjelasan yang teliti berperingkat perbincangan perlu diberikan lebih
mengikut kehendak soalan. awal sebelum perbentangan
berlaku.

-Pembentang perlu -Pembentang tidak seharusnya


-Sepanjang pembetangan, mempersembahkan hasil terlalu terikat dengan nota,
pembentang tidak perbentangan dengan sebaliknya cuba menerangkan
berkomunikasi dengan baik. berkesan serta jelas supaya hasil perbentangan tersebut
audiens dapat menerima mengikut kefahaman tentang
maklumat yang sesuatu tema yang dibentangkan
disampaikan.
-pembentang seharusnya -Baca sebelum membentang dan
-Komunikasi pembentang tidak bersedia sebelum faham
lancar perbentangan bermula

-Peta minda yang dikemukakan -Seharusnya peta minda -pembentang harus menguasai
tidak lengkap lebih ringkas dan padat serta peta minda yang dibuat bagi
merengkumi seluruh bab kelancaran sesi perbentangan
berkenaan.

Soalan 9-16

Soalan 9

Kecerdasan analitis atau analitikal melibatkan proses kesedaran kearah mental untuk
mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah apabila kita mendefinisikan,
menganalisis, mempersembahkan semula maklumat tentang sesuatu masalah.Oleh itu
kecerdasan analitis saya gunakan semasa memilih untuk membuat aktiviti dalam
sesuatu tajuk akan di pelajari oleh pelajar
Bagi kecergasan kreatif pula dapat membantu saya iaitu dalam kebolehan
menerbitkan idea baru dan menarik . Dengan melakukan sesuatu yang baru khususnya
dalam pengajaran dan pembelajaran lazimnya mendatangkan banyak faedah. Dengan
kecerdasan tersebut ia mampu menjadikan kita lebih aktif dalam merancang aktiviti
pembelajaran serta dapat mempengaruhi pelajar. Pada masa yang sama saya juga
mengunakan kecergasan kreatif dengan melakukan penyoalan tentang andaian-andaian
bagi mengalakkan pelajar nerfikiran lebih terbuka serta dapat membantu dalam
mencungkil pelbagai idea yang di longtarkan daripada pelajar.
Manakala praktikal pula merujuk kepada situasi atau keadaan di mana kita
mengguna, mengaplikasi dan melaksanakan. Kecerdasan ini dapat membantu saya
menghasilkan rancangan mengajar yang lengkap apabila saya menggunakan
pengalaman seharian untuk sesuatu aktiviti di dalam kelas.

Soalan 10
a) Saya menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sambil memotivasikan pelajar
supaya mereka sedar akan kepentingan isi pelajaran yang mereka pelajari. Antaranya
ialah, isi pelajaran tersebut dapat dijadikan satu sumber pengetahuan yang umun di
mana ia penting bagi setiap rakyat Malaysia dalam mengetahui selok belok tentang
sistem kehakiman yang terdapat di negara ini serta ia juga dapat mendisiplinkan para
pelajar dalam menghormati perlembagaan dan undang-undang negara.

b) Saya menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan dapat memotivasikan


pelajar supaya mereka yakin akan dapat menguasai isi pelajaran yang akan diajar.
Selain itu saya juga menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar serta memberi
penerangan berdasarkan fakta yang konkrit. Dengan cara itu saya percaya ia mampu
menyakinkan pelajar untuk menguasai isi pelajaran tersebut. Selain itu, untuk
meyakinkan pelajar juga, saya akan memberi pujian kepada setiap pelajar yang berani
tampil untuk menjawab solan yang saya kemukakan.

c) Pada masa yang sama saya turut menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menjadi seronok. Pada saya suasana tersebut amat penting semasa menjalani aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar mudah berasa jemu terutamanya apabila
melibatkan isi pelajaran yang sukar untuk pelajar fahami. Antaranya saya mengadakan
sesi perbincangan dalam kumpulan yang mampu mewujudkan kemesraan dan nilai
kerjasama. Selain itu sesi perbentangan pula akan meningkatkan nilai keyakin diri
melalui penglibatan pelajar untuk tampil di hadapan dan mengemukakan pendapat
masing-masing. Setelah pendapat dikemukakan, pelajar lain dikehendaki memberi
tepukan sebagai tanda penghargaan. Hala ini menyebabkan pelajar akan bersa lebih
seronok untuk mengikuti aktiviti pembelajaran serta pada masa yang sama pelajar akan
dapat menembah minat terhadap mata pelajaran tersebut.

Soalan 11
Kriteria saya dalam memilih kemahiran berfikir untuk diintegrasikan ke dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang saya hasilkan ialah, kemahiran berfikir membuat
inferens. Dalam kemahiran berfikir tersebut pelajar dapat membuat gambaran awal serta
dapat membuat lakaran secara ringkas mengenai topik yang di ajar apabila di beri
penerangan secara umum. Sebagai contohnya pelajar mendapat gambaran awal
tentang apa yang terkandung dalam topik yang di pelajari (mahkamah atasan)

Soalan 12
Instrumen yang saya hasilkan dapat mengesan sama ada kemahiran berfikir tersebut
telah diperolehi oleh pelajar ataupun sebaliknya iaitu dengan menyediakan atau
memberi soalan atau latih tubi yang melibatkan kemahiran berfikir.

Soalan 13
Saya memilih nilai tolong-menolong. Ini kerana nilai tolong-menolong dapat
mendatangkan keberkesanan semasa proses P&P seperti saling berkongsi
dalam mendapat idea baharu, betukar-tukar pendapan dan sebagainya. Di
samping itu, nilai tersebut juga akan dapat meningkatkan lagi aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Soalan 14

Aras B Penilaian
il /
1 1 Pelajar saling tolong-menolong dalam aktiviti
kumpulan dan P&P.
2 Pelajar sentiasa mengemukakan soalan berbentuk
lisan bagi mengingatkan kembali isi pelajaran yang
telah di pelajari
3 Pelajar menyelesaikan soalan yang diberikan oleh
guru dalam bentuk kumpulan bagi berkongsi
pemahaman
4 Pelajar sering mengajukan soalan kepada guru bagi
meningkatkan kefahaman bersama

2 5 Pelajar saling membantu dalam menyumbangkan


idea bagi menyelesaikan persoalan yang di
kemukakan oleh guru dan juga dari kumpulan lain
6 Latih tubi yang di berikan oleh guru diselesaikan
dalam bentuk perbincangan.
7 Pelajar sering belajar secara berkumpulan dan
juga berjumpa dengan guru untuk menyelesaikan
sebarang masalah

Soalan 15
Aras 1: Menerima- Dalam aras ini, petunjuk eksplisit yang guru gunakan bil 1,
Pelajar saling tolong-menolong antara satu sama lain semasa aktiviti kumpulan
dan P&P serta bil 2 iaitu Pelajar sering bertanyakan soalan sambil mengaitkan
pelajaran lepas bagi mengingat semula isi pelajaran yang diajar dan bil 3, Pelajar
menjawab soalan yang ditanya oleh guru sambil dibantu oleh rakan-rakan yang
lain bagi menambahkan lagi pemahaman dan yang terakhir bil 4 Pelajar sering
bertanyakan soalan kepada guru bagi mendapatkan penyelesaikan yang baik
daripada guru bagi kepentingan bersama (ahli kumpulan).

Aras 2: Respon- Petunjuk eksplisit yang guru gunakan ialah bil 5 iaitu pelajar
saling menolong antara ahli kumpulan bagi melontarkan idea terhadap apa yang
ditanya oleh guru dan pelajar lain serta bil 6 Latihan yang diberikan oleh guru
dijawab dalam kumpulan yang di jalankan dalam bertuk perbincangan. dan bil 7
Pelajar belajar dalam bentuk kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan
serta sentiasa merujuk guru sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Soalan 16
A. Saya mengintigrasikan:

I. BBM 3

II. BBM 4

III. BBM 1

IV. BBM 5
B. Saya memilih BBM tersebut kerana:

I. BBM 3- Pelajar diarahkan berada dalam kumpulan masing masing


yang telah ditetapkan. Guru menerangkan tentang topik sistem
kehakiman. Guru menayangkan gambar-gambar yang berkaitan
dengan sistem kehakiman menggunakan power point.

II. BBM 4- guru memberi soalan untuk pelajar mencari jawapan-“Apakah


nama mahkamah yang terdapat dalam mahkamah Atasan”? “Berapa
jeniskah mahkamah Majistret yang terdapat di Malaysia”? Di sini guru
dan pelajar bersoal jawab bagi menentukan objektif pelajaran mereka

III. BBM 1- Guru mengedarkan nota dan juga soalan yang berkaitan supaya
murid dapat mengetahui secara umum tentang isi pelajaran yang akan di
sampaikan oleh guru

IV. BBM 5- Pelajar dikehendaki membuat catatan atau nota ringkas


dalam buku nota masing-masing. Guru memberi latihan berbentuk
objektif atau aneka pilihan tentang perjalanan kes perbicaraan di
Mahkamah seksyen. Latihan mesti disiapkan dalam tempoh 10
minit dan pelajar akan berbincang dengan guru bagi mendapatkan
jawapan

C. Bila ( di langkah mana ) di integrasikan

1) BBM 3 -Langkah 1 & 4


2) BBM 4-Langkah 2 dan 6
3) BBM 1-Langkah 3
4) BBM 5-Langkah 9

D. Bagaimana diintegrasikan?
I. BBM 4- Guru member soslan kepada pelajar untuk menyemah
pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang diajar

II. BBM 5- Lambaran kerja ini diberikan adalah untuk praktis murid. Di
samping itu, pelajar boleh bersoal jawab antara satu sama lain.

III. BBM 6- Lagu adalah untuk mengisi masa praktis bebas. Jika kita
menggunakan lagu, ini akan memeriahkan lagi P&P.

Rancangan Mengajar 2B

a) Apa yang diintigrasikan?

I. BBM 3

II. BBM 5

III. BBM 1

B) Saya memilih BBM tersebut kerana:

I. BBM 3- Peta Minda ini sangat bagi memberi gambaran umum


tentang isi pelajaran yang hendak di sampaikan oleh guru.

II. BBM 5- Lembaran kerja beserta dengan latih tubi ini sesuai
dengan praktis untuk menyemak pemahaman pelajar terhadap isi
pelajaran yang diajar

III. BBM 1- Nota guru amat penting bagi pelajar untuk di jadikan
sebagai bahan rujukan utama.
(C) Bila ( di langkah mana ) di integrasikan

I. BBM 3- Langkah 1 & 4

II. BBM 5- Langkah 2

III. BBM 1- Langkah 3

D) bagaimana diintigrasikan?

I. BBM 3- Guru menggunakan peta minda supaya pelajar mendapat


gambaran awal tentang isi pelajaran yang hendak di samapikan.

II. BBM 5- Lambaran kerja dan latih tubi ini diberikan adalah bertujuan
untuk melihat kerjasama pelajar dengan pelajar lain dalam
menyelesaikan tugasan tersebut. Perkara ini akan dapat
mewujudkan pelbagai persoalan dan juga idea yang mampu
meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar.

III. BBM 1- Nota ini digunakan sebagai bahan rujukan dalam


memahami sesuatu topic atau isi pelajaran yang akan diajar oleh
guru supaya pelajar dapat gunakannya sebagai panduan samada
dijadikan sebagai bahan rujukan ataupun panduan untuk menjawab
soalan.
Tarikh : 01/10/2008 Masa : 08.00 am- 08.40 am
Kelas : 6 Arif Bil pelajar : 30 orang
Sub-tajuk: Mahkamah Atasan Jumlah Masa: 40 minit

OBJEKTIF ARAS PENGETAHUAN


Sebelum tamat pengajaran, tidak kurang daripada 20 minit (C), pelajar tingkatan 6 Arif
(A ) boleh mengetahui ( B ) serta menamakan jenis-jenis mahkamah yang terdapat di
Malaysia.

OBJEKTIF ARAS KEFAHAMAN


Sebelum tamat pengajaran, tidak kurang daripada 20 minit ( C ), pelajar kelas tingkatan
6 Arif ( A ), dapat menjelaskan ( B ),serta menerangkan bidang kuasa yang di
kendalikan oleh setiap mahkamah yang terdapat di Malaysia.

OBJEKTIF ARAS APLIKASI


Sebelum tamat pengajaran, tidak kurang daripada 30 minit ( C ), pelajar kelas tingkatan
6 Arif dapat menyelesaikan, ( B ), serta mengenalpasti bidang kuasa yang di kendalikan
oleh setiap mahkamah yang terdapat di Malaysia.

OBJEKTIF ARAS ANALISIS


Sebelum tamat pengajaran, tidak kurang 35 minit ( C ), pelajar kelas tingkatan 6 Arif (A)
dapat dapat mengenalpasti ( B ), serta membezakan peranan atau fungsi yang di
kendalikan oleh mahkamah-mahkamah yang terdapat di Malaysia.

OBJEKTIF ARAS KBKK


Dalam masa tidak 10 minit (C), diberi situasi/ scenario dapat mengenalpasti (B)
kemahiran berfikir dalam membuat gambaran mental.

Situasi
Cikgu Aris merupakan guru mata pelajaran Pengajian Am tingkatan 6 Arif. Pada hari
tersebut dia mengajar tajuk Mahkamah Atasan. Ketika P&P berjalan, Cikgu Aris
mendapati pelajarnya telah dapat membuat tanggapan awal daripada pemerhatian
melalui power point yang di tayangkan oleh Cikgu Aris..serta pelajar juga dapat
membuat lakaran awal dalam bentuk peta minda tentang isi pelajaran yang diajar.
Soalan
1. Apakah jenis kemahiran berfikir yang telah ditunjukkan oleh pelajar tersebut?

a) Mereka cipta
b) Mengitlaki
c) Membuat inferens
d) Membuat gambaran mental

OBJEKTIF ARAS NILAI


Dalam masa tidak 15 minit (C), diberi situasi/ scenario dapat mengenalpasti (B) nilai
tolong-menolong

Senarai semak
Penilaian
BIL /
1 Pelajar saling tolong-menolong dalam aktiviti
kumpulan dan P&P.
2 Pelajar sentiasa mengemukakan soalan berbentuk
lisan bagi mengingatkan kembali isi pelajaran yang
telah di pelajari
3 Pelajar menyelesaikan soalan yang diberikan oleh guru
dalam bentuk kumpulan bagi berkongsi pemahaman

4 Pelajar sering mengajukan soalan kepada guru bagi


meningkatkan kefahaman bersama
5 Pelajar saling membantu dalam menyumbangkan idea
bagi menyelesaikan persoalan yang di kemukakan oleh
guru dan juga dari kumpulan lain
6 Latih tubi yang di berikan oleh guru diselesaikan dalam
bentuk perbincangan.
Pelajar sering belajar secara berkumpulan dan juga
7 berjumpa dengan guru untuk menyelesaikan sebarang
masalah

From: Taman Segar No 18, Tanjung Malim...

You might also like