Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
23Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pelajar Yang Berwawasan

Pelajar Yang Berwawasan

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 6,561|Likes:
Published by 1zil

More info:

Published by: 1zil on Oct 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/07/2013

pdf

text

original

 
PELAJAR YANG BERWAWASANMenjadi seorang pelajar di zaman sekarang pada hakikatnya jauh lebih mencabar dibandingkandengan pelajar di zaman dahulu. Pada zaman awal kemerdekaan cabaran bagi seorang pelajar adalah cabaran dari sudut kemudahan untuk mencapai ilmu pengetahuan itu sendiri. Di masa itubelum ada internet yang berupa gerbang ilmu pengetahuan bagi yang tahu menilainya. Kemudahandari segi buku-buku yang bermutu juga sukar didapati. Kekurangan guru-guru yang terlatih sertaprasarana yang tidak kondusif juga menjadi kekangan pada masa itu. Ini ditambah pula sikapsesetengah anggota masyarakat yang masih memandang rendah pendidikan formal.Pelajar zaman sekarang sepatutnya bersyukur kerana segala kemudahan pembelajaran bolehdidapati dengan mudah. Asal saja ada kemahuan, ilmu pengetahuan boleh dicapai di mana-manakhususnya di internet. Ibu bapa pula tidak kedekut untuk membelanjakan wang membeli buku-bukurujukan yang baru asal saja anaknya menunjukkan minat dan kesungguhan untuk belajar. Tidakcukup dengan itu, anak-anak dihantar pula ke kelas-kelas tuisyen bagi mendapat bimbingan guru-guru pakar dan berpengalaman. Pihak sekolah pula menganjurkan seminar-seminar menjawabpeperiksaan dan kaedah belajar berkesan, suatu yang tidak dinikmati pada zaman dahulu. Segalakemudahan tersebut datang bersama pembangunan negara yang membawa kepada peningkatantaraf hidup rakyat.Lalu bagaimana pula dikatakan menjadi pelajar di zaman sekarang lebih mencabar dari zamandahulu? Ini kerana di sebalik kesan positif pembangunan yang hadir pada zaman sekarang, turuthadir bersamanya gejala-gejala negatif . Gejala negatif inilah yang akan mengganggu halatujuseorang pelajar. Justeru segala gangguan tadi akan melalaikan seorang pelajar dari menjalankantanggung jawabnya yang sebenar.
1
 
Di zaman ini, pergaulan di antara pelajar menjadi semakin luas dan mudah. Pelajar biasanyadibelikan telefon bimbit oleh ibu bapa agar mudah dihubungi atau mungkin juga dibeli sendiri keranaharganya yang murah sekarang. Dengan telefon tersebut seseorang pelajar dapat berhubungsesama mereka atau dengan rakan berlainan jantina dengan mudah bila-bila masa dan di mana-mana tanpa mampu lagi dipantau oleh ibu-bapa mereka. Jika dahulu pelajar lelaki malu-malu untukmemulakan hubungan dengan seorang pelajar perempuan, sekarang ini mereka dapat berhubungdengan mudah melalui telefon bimbit masing-masing tanpa diketahui sesiapa. Jika dulu merekamalu untuk berbual hal-hal yang ‘terlarang’ namun sekarang tiada siapa yang mampu melarang. Jikamalu berbual secara langsung boleh dimulakan dengan pesanan ringkas (sms) dahulu sehinggaakhirnya tiada apa lagi nak dimalukan.Pelajar lelaki (atau mungkin juga perempuan) dapat pula berkongsi gambar-gambar lucah sesamamereka dengan memuat turun gambar-gambar tersebut ke telefon bimbit dan mengedarkannyasesama rakan-rakan. Lebih menyedihkan lagi terdapat juga gambar aksi lucah yang dilakukansendiri oleh pelajar terbabit atau pasangannya (seringkali tanpa pengetahuan atau kerelaanpasangan) yang diedarkan di pasaran gelap sesama mereka. Kes-kes disiplin yang melibatkangejala telefon bimbit bukanlah suatu yang asing lagi di sekolah-sekolah. Perkara-perkara negatif terutamanya pornografi juga dapat diperolehi melalui internet dengan mudah disamping perkarapositif. Terdapat juga pelajar yang ketagih untuk ber‘chating’ atau bermain ‘game’ di pusat-pusatsiber kafe selama berjam-jam sehingga terlupa untuk mengulangkaji pelajaran dan bersembahyang.Bagi menghadapi gejala negatif tersebut, para pelajar mestilah mempunyai perisai yang ampuhyang dapat melindungi dirinya agar tidak sekali-kali terpengaruh dengan segala gejala negatif tersebut. Perisai tersebut adalah wawasan yang jelas tentang tujuan hidupnya sebagai seorang
2
 
pelajar. Pelajar pada zaman dahulu sekalipun hanya belajar di pusat pengajian tradisional sepertisekolah pondok tetapi diketahui mempunyai wawasan untuk menjadi ‘tok guru’ atau orang alim agar dapat mendidik masyarakat di sekelilingnya pula di samping untuk dirinya sendiri. Wawasan tersebutbertolak dari nawaitu yang ikhlas kerana Allah.
Ciri-ciri pelajar berwawasan
Seperti contoh pelajar pondok yang diberikan di atas, pelajar berwawasan mestilah belajar semata-mata kerana Allah. Allahlah cita-cita setiap makluk. Pelajar tersebut yakin bahawa jika diamelakukan sesuatu bukan kerana Allah maka segala usahanya akan sia-sia semata-mata umpamadebu di atas batu yang lama-kelamaan akan terbang ditiup angin. Maka wawasan pelajar tersebuttidak terhenti setakat ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM atau PMR semata-mata atau sekadar untuk menjadi doktor dan sebagainya bahkan perkara tersebut hanyalah sebagai jalan menuju ke matlamat yang lebih tinggi iaitu keredhaan Tuhannya.Walaubagaimanapun, pelajar berwawasan tetap mempunyai target yang jelas tentangpencapaiannya di dalam peperiksaan. Pelajar sedemikian akan menetapkan target yang tertinggiyang ingin dicapainya untuk setiap matapelajaran. Beliau juga mampu mengenalpasti tahapkepentingan setiap mata pelajaran sesuai dengan minat dan cita-cita kerjayanya. Kemampuanmeletakkan target untuk setiap matapelajaran adalah penting lebih-lebih lagi pada masa sekarangmenurut sijil terbuka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sekarang ini, penilaian tahappencapaian pelajar adalah berbeza mengikut matapelajaran yang diambilnya dalam peperiksaantersebut.
3

Activity (23)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Norlina Arshad liked this
Eddie Wong liked this
hiiskandar06 liked this
heahkaixin liked this
heahkaixin liked this
Qrulz Nasriey liked this
Natalia Lyea liked this
Vinella Cylleez liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->