You are on page 1of 3

Nama Mesyuarat Tarikh Masa Tempat Kehadiran Pentadbir yang Hadir

: : : : : :

Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pengurusan Kokurikulum Kali (1 ) 8 Jan 2014 ( Rabu ) 1.20 petang Bilik Mesyuarat Semua guru SK.Padang Garong 1 Tn.Hj Mansur B. Hussain (GB SKPG1) Pn.Norhasni Bt. Ismail (PKP SKPG1) En.Ismail B. Aziz (PKHEM SKPG1) En.Che Basri B. Mohamad Nor (PKKO SKPG1)

1. Ucapan Pengerusi 1.1 Tuan Guru Besar menegaskan kokurikulum berperanan mengukuhkan pengetahuan dan pembelajaran murid di dalam kelas melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Diharap melalui aktiviti ini, pembinaan nilai dalam diri pelajar dapat dilaksanakan. Tindakan : Makluman 1.2 Tuan Guru Besar juga berharap agar Pengurusan Kokurikulum 2014 berjalan dengan lancar dan mencapai target yang dibuat iaitu berolehi kemenangan dalam pertandingan yang diceburi. Tindakan : Makluman 1.3 Su Kokurikulum mensasarkan 100% untuk kehadiran dan penglibatan pelajar. Para pelajar perlu diberi penerangan bahawa markah sijil kokurikulum tidak akan diberikan kepada pelajar yang tidak hadir dalam aktiviti kokurikulum tahuntersebut. Tindakan : Makluman 1.3 Setiap aktiviti yang dijalankan perlu dirancang dengan baik dan mempunyai rasional aktiviti. Tindakan : Makluman

2. Pengesahan minit mesyuarat lepas Pengesahan minit mesyuarat lepas Cadangan : En. Mazlan B. Mahmood Disokong : Pn.Norhayati Bt.Muhamad Nor 3. Agenda Mesyuarat 3.1.1 Masa perjumpaan aktiviti Kokurikulum selama dua jam bermula pada pukul 3.00-5.00 petang bagi tahun 5 dan 6.Untuk tahun 4 perjumpaan bermula pukul 4.00-5.00 petang mengikut surat pekeliling KSSR. Tindakan : SU KO 3.1.2 Perjumpaan kokurikulum bermula dengan kelab dan persatuan untuk minggu pertama, minggu kedua sukan dan permainan manakala minggu ketiga untuk unit beruniform. Tindakan : Guru penasihat

3.1.3 Ketua setiap unit kokurikulum perlulah menghantar perancangan dan aktiviti tahunan 2014 kepada setiausaha kokurikulum. Tindakan : Guru penasihat 3.1.4 Jika guru tidak dapat hadir semasa perjumpaan, maklum lebih awal kepada SU kokurikulum untuk tindakan selanjutnya. Tindakan : SU KO 3.1.5 Sukan tahunan akan diadakan sebelum cuti pertengahan penggal kedua iaitu hujung bulan mei.Diharap ketua rumah sukan bersedia dalam pemilihan atlet yang akan mewakili rumah sukan masing-masing. Tindakan : Ketua Rumah Sukan 4. Hal-hal lain. 4.1 Guru kelas perlu memastikan murid tahu unit kokurikulum yang disertai mereka supaya perjumpaan kali pertama berjalan lancar. Tindakan : Guru kelas tahap 2 4.2 Dalam unit beruniform, semua murid yang menyertainya perlulah menguasai asas kawat kaki dengan baik sebagai persediaan untuk perkhemahan perdana yang akan datang. Tindakan : Penyelaras Unit Beruniform

5. Ucapan Penangguhan Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

Disediakan oleh: .......................................... (En.Norddin B. Mat Hussin) SU Ko SKPG1

Disemak oleh: ................................................ (En.Che Basri B.Mohamad Nor) PK Ko SKPG 1

You might also like