You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2011

HBEF1503

MASYARAKAT DAN TAMADUN

NO. MATRIKULASI

710108085074001

NO. KAD PENGENALAN

710108085074

NO. TELEFON

017 7691257

E-MEL

rohana_badri@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM, SHAH ALAM

HBEF1503

PENDAHULUAN
Perkataan budaya membawa kepada beberapa pengertian atau maksud. Mengikut (Kamus
Dewan, 1994) kebudayaan merupakan cara hidup ( yang merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa
kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, dan kemajuan .....
Cara hidup .... diwarisi oleh anggota sesebuah masyarakat dan dari masa ke semasa dan
dari satu ke satu generasi ...... (Christopher Bates Doob, 1985). Kebudayaan ............
keseluruhan cara hidup manusia meliputi kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan
dan bukan kebendaan. Budaya kebendaan (artifak) merupakan apa sahaja ciptaan
manusia berbentuk objek (alat, bangunan, senjata, kenderaan). Manakala mentifak (bukan
kebendaan) pula ciptaan manusia yang berbentuk abstrak seperti kepercayaan, adat,
undang-undang, dsb ...... Modern Dictionary Of Sociology.
Kebudayaan .............kelengkapan hidup, sistem kemasyarakatan, sistem ekonomi,
bahasa, kesenian, ilmu pengetahuan dan keagamaan ..........., segala yang diterima,
dipercayai dan diamalkan oleh masyarakat itu mestilah berterusan atau diulangi oleh
generasi berikutnya. Jika tidak, ia dianggap terkeluar daripada kelompok budaya.......
(Al Kroeber dan Clyde Kluckhohn, 1952).
Kesimpulannya, budaya ialah keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk
fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang
diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat dan diwarisi secara turun-temurun .

Ia meliputi sosial, politik, adat istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat .


2

HBEF1503

Konsep Asas Tamadun


Tamadun yang ditulis dalam Bahasa Melayu diambil daripada perkataan Bahasa Arab
tamaddun Kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Istilah tamadun mula
diperkenalkan oleh JurjiZaydan (tarikh al-tamadun al-Islami) pada tahun 1902-1906.
Kamus Dewan memberi pengertian tamadun itu ialah keadaan masyarakat manusia yang
dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran, sosial, budaya, politik atau cara hidup. Seorang tokoh barat, Collingwood
mengatakan tamadun ialah suatu proses bagi mencapai tahap kehidupan civil (sopan) atau
proses untuk menjadi sivil (sopan). Hasilnya kan melahirkan masyarakat bandar iaitu
masyarakat yang mempunyai kehalusan budi.
Dari pelbagai istilah tamadun tersebut walaupun berbeza dalam tafsirannya tetapi
nampak jelas kelihatan ianya menunjukkan saling memperkuat dan memperkukuhkan di
antara satu sama lain. Berdasarkan kepada pengertian-pengertian yang dikemukakan,
konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang luas meliputi pencapaian
tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang
sempurna.
Malaysia pada tahun 2005 mempunyai penduduk melebihi 24 juta orang. Rakyat
di negara ini terdiri lebih daripada 200 suku kaum atau etnik yang menganut pelbagai
agama, budaya dan bahasa atau dialek. Kepelbagaian adalah ciri utama Malaysia. Dengan
senario penduduk yang pelbagai budaya, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa
menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara.

HBEF1503

Budaya dan fungsinya dalam masyarakat

i.

Perpaduan Kaum
Malaysia menggunakan model integrasi dan plural dalam membina perpaduan

etnik. Konsep pluraliti budaya atau cultural pluralism bermaksud setiap komuniti etnik
dibenarkan untuk mengamalkan cara hidup dan budaya masing-masing. Dalam
pembentukan sebuah bangsa bagi sebuah negara, pluraliti budaya bermaksud
pengiktirafan negara terhadap sumbangan setiap cara hidup dan budaya kaum-kaum yang
terdapat di dalam pemerintahannya. Pemerintah kita tidak mengamalkan diskriminasi
atau dominasi terhadap cara hidup dan budaya komuniti-komuniti etnik yang bilangannya
kemungkinan secara relatif minoriti atau yang datang pada peringkat awalnya sebagai
imigran. Masyarakat yang terbentuk daripada pluraliti budaya ini memahami realiti
dalam bentuk kepelbagaian dan kesedaran supaya diwujudkan persefahaman bagi
menjamin perpaduan. Di Malaysia, budaya muhibah yang sudah menjadi salah satu
mercu tanda negara ini. Rakyat Malaysia amat menghormati antara satu sama lain dan
telah belajar untuk hidup bersama dengan harmoni dan penuh toleransi. Contohnya dalam
perayaan kaum-kaum di sini. Budaya rumah terbuka yang diamalkan oleh rakyat
Malaysia tidak kira bangsa atau agama. Mereka akan menjemput rakan-rakan mereka
untuk menikmati pelbagai macam juadah seperti lemang ketika Hari Raya Aidilfitri,
limau mandarin ketika Gong Xi Fa Cai, muruku ketika Deepavali dan macam-macam
lagi. Kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia dan memahami bahawa
kepelbagaian budaya merupakan penyeri kehidupan dalam masyarakat berbilang bangsa.

HBEF1503

Pluraliti budaya juga bermakna penerimaan terhadap perbezaan perbezaan dalam


aspek-aspek hidup yang sifatnya peribadi seperti makanan, sosialisasi keluarga, amalan
agama dan pembentukan organisasi sosial untuk menjaga kepentingan kaum masingmasing. Walaupun kepelbagaian dibenarkan wujud, tetapi pihak kerajaan yang
memerintah perlu memikirkan pembinaan teras-teras yang boleh menarik pada satu titik
persamaan untuk mewujudkan sebuah negara dan sebuah bangsa. Justeru itu, berbagaibagai teras digunakan misalnya bahasa, sistem persekolahan, kurikulum pengajaran,
peraturan-peraturan, adat-istiadat negara, upacara-upacara dan sebagainya. Salah satu
usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan antara kaum ialah dengan mendirikan Sekolah
Wawasan.

ii.

Sosio-ekonomi
Fungsi budaya dalam memberi sumbangan dalam bidang sosio-ekonomi.

Bayangkan jika Malaysia hanya dihuni oleh orang-orang Melayu? Sudah pasti dalam
masyarakat ekaetnik juga terdapat konflik, malah membosankan kerana kita tidak dapat
membuat perbandingan mengenai kekuatan dan kelemahan dari sudut-sudut yang
berkaitan dengan cara hidup dan budaya. Melalui kewujudan pelbagai etnik dalam
sesebuah negara kita dapat menikmati barang-barang dari pelbagai pelusuk dunia.
Sehingga masyarakat pribumi sendiri kini menyukai selera India kerana rempahrempahnya dan juga suka kepada sayur-sayuran yang ditanam oleh orang Cina. Dalam
hubungan etnik yang harmonis itu terdapat juga persaingan, misalnya kegiatan ekonomi
dan pekerjaan yang terpisah dan dikuasai oleh kaum-kaum tertentu. Begitu juga terdapat
perbezaaan dari segi agihan pendapatan, keupayaan membeli rumah, keupayaan
5

HBEF1503

menghantar anak ke institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Namun begitu, perbezaan
yang wujud itu menjadi satu tanda bahawa setiap kaum mesti mempelajari di antara satu
sama lain tentang cara pilihan yang terbaik untuk menikmati kehidupan yang makmur
dan sejahtera.
Sanusi Osman (1984) telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia berhubung
antara satu sama lain mengikut garisan-garisan kelas, terutamanya dalam kalangan elit
yang mengamalkan cara hidup, kepentingan ekonomi dan politik yang serupa. Setiap
kaum di Malaysia hidup dalam saling bergantungan. Orang-orang Melayu mendapatkan
barang-barang keperluan rumah, barangan runcit dan perkakasan daripada kaum Cina
yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan peniaga. Manakala orang-orang Cina pula
mendapatkan beras dan ikan daripada orang-orang Melayu yang terdiri daripada
golongan petani dan nelayan. Begitu juga dengan kaum-kaum India yang sejak dari
zaman penjajahan dahulu menghuni estet-estet dan mengerjakan ladang-ladang getah.

iii.

Imej Dan Identiti Negara


Budaya berfungsi sebagai pemberi gambaran imej negara di mata dunia. Budaya

adalah sesuatu fenomena sosial yang dikongsi oleh sekumpulan ahli masyarakat. Kita
melihat contohnya dalam adat yang diamalkan oleh sesuatu kaum itu. Dalam upacara
perkahwinan misalnya. Kaum India meraikan pengantin dengan majlis persandingan.
Dalam masyarakat Melayu juga diadakan majlis persandingan untuk meraikan pengantin.
Begitu juga jika dilihat dari aspek-aspek hidup yang sifatnya peribadi seperti makanan,
sosialisasi keluarga, dan amalan agama. Contohnya makanan seperti nasi lemak sinonim

HBEF1503

dengan kaum Melayu, nasi ayam makanan orang-orang Cina dan tose untuk orang-orang
India. Namun dalam masa yang sama kaum-kaum lain tidak berasa canggung dan tiada
halangan untuk menikmati makanan kaum-kaum lain. Kaum-kaum yang dibenarkan
untuk meneruskan cara hidup dan budaya mereka itu akan berasa lebih dekat dengan
tradisi yang diwarisi turun-temurun. Ini membuatkan mereka tidak berasa terasing di
bumi tempat bermastautin. Ini juga yang membuatkan masyarakat Malaysia dipandang
unik oleh masyarakat luar.

iv.

Menanam Semangat Patriotik


Di Malaysia, perpaduan merupakan elemen yang amat penting dalam

menzahirkan lanskap kestabilan politik dan seterusnya menjadi prasyarat utama dalam
mewujudkan kesejahteraan hubungan yang harmonis dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum. Sejarah telah mencatatkan peristiwa pemuafakatan politik dalam
kalangan barisan pemimpin pelbagai kaum di ambang kemerdekaan bersatu dan berpadu
hati dalam merencanakan tarikh keramat 31 Ogos 1957 di mana kedaulatan tanah air
terlepas daripada belenggu penjajahan pihak British. Budaya juga berfungsi sebagai
penguat kepada semangat patriotik dan cintakan negara. Fungsi dari sudut politik yang
dilahirkan oleh hubungan etnik adalah perkongsia kuasa. Sebelum mencapai keserasian
dalam perkongsian itu, pemimpin-pemimpin selalunya memulakannya dengan
perundingan. Dari situ lahirlah beberapa kebaikan dan persaingan untuk mendapatkan
kuasa, membina kekuasaan, membentuk tadbir urus yang baik, menguruskan fahaman
politik yang berbeza dan menyemaikan norma-norma yang berfaedah untuk melindungi

HBEF1503

kepentingan pelbagai etnik dalam negara. Pemimpin-pemimpin setiap komuniti etnik


akan bertolak-ansur dan mendapat sesuatu dalam semangat setiakawan menang-menang.

Disiplin psikologi membicarakan tentang perbezaan dan persamaan pemikiran,


nilai-budaya, sikap, pandangan dunia dan persepsi pelbagai komuniti etnik dalam negara.
Dari kajian-kajian psikologi kita dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan etnik-etnik
tertentu. Kekuatan yang digabungkan daripada pelbagai etnik dapat melahirkan sebuah
Bangsa Malaysia yang benar-benar baik untuk kemajuan masa hadapan. Pengkaji
hubungan etnik dan kaum yang mengikuti tradisi Furnivall (1948) yang telah
mengambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang
kaum, iaitu rakyatnya hidup dalam satu unit politik yang sama tetapi berasingan. Setiap
segmen dalam masyarakat ini mempunyai nilai, kepercayaan, bahasa dan cara hidup
yang tersendiri. Tidak mustahil wujudnya persengketaan jika para pemimpin tidak boleh
duduk semeja untuk sama-sama berunding bagi mewujudkan perkongsian kuasa bersama.

v.

Ikatan Ras dan Etnik


Budaya juga berfungsi sebagai tali ikatan ras dan etnik. Blumer (1965:24)

berpendapat bahawa kuasa rasional dan yang tidak bersifat peribadi dalam proses
industrialisasi tidak memutuskan tali ikatan ras dan etnik. Malahan proses perindustrian
akan mengukuhkan lagi pola ikatan ras yang sedia ada dan kod-kod ras yang wujud
ekoran proses perindustrian ini. Blumer merujuk kepada kesan penjajahan British di Asia,

HBEF1503

seperti di India dan Semenanjung Tanah Melayu untuk menyokong pendapatnya.


Menurutnya di tempat-tempat itu terdapat susunan ras yang tersendiri dan perindustrian

yang berlaku dikuasai oleh kumpulan penduduk tempatan. Di Malaysia, kuasa


politik,penghormatan dalam masyarakat, jenis pekerjaan dan sebagainya bukan lagi
merupakan hak-hak istimewa kumpulan etnik tertentu di negara ini.

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Mansor Mohd. Noor (1999), orang
Melayu dan Cina diperhatikan telah memberikan jawapan yang memaparkan sudah
terbentuknya sentimen dan pengakuan tentang kepentingan kewarganegaraan yang sama
dengan kumpulan rakyat yang lain. Contohnya rakyat Malaysia berketurunan Melayu dan
Cina sama-sama berasa terhina jika ada orang yang tidak mahu berdiri sebagai tanda
hormat apabila lagu Negaraku dimainkan. Mansor Mohd. Noor (2000) juga mendapati
bahawa kedua-dua kaum telah mengakui yang negara ini bukan hanya milik sesuatu
kaum sahaja. Rakyat Malaysia berketurunan Cina menghargai diri mereka sebagai
pemastautin tetap dan warganegara di negara ini. Malaysia ialah tanah air mereka. Kaum
Melayu juga telah mengalami suatu perubahan yang besar apabila mereka menerima
negara ini sebagai bukan hak mereka semata-mata.

vi.

Kawalan Sosial
Budaya merangkumi pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama

lain. Budaya terdiri daripada aspek-aspek seperti ekonomi, pendidikan, keluarga, agama,
kerajaan, kepimpinan, teknologi, keluarga, sistem perubatan, seni hiburan dan
9

HBEF1503

keupacaraan. Aspek-aspek ini tidak berdiri sendiri tetapi saling mempengaruhi antara
satu sama lain. Semua kaum baik Melayu, Cina dan India mempunyai budaya yang
menekankan kepada perbuatan yang baik dan mengikut noma-norma . Contohnya dalam
adat. Sebelum berkahwin, keluarga di pihak lelaki akan bertemu dengan keluarga di
pihak perempuan. Mereka berunding bagi menyatukan kedua-dua anak mereka. Ini
bermaksud pekahwinan ini bukan sahaja menyatukan antara dua jantina yang berbeza
tetapi juga bagi mengikat juga tali kekeluargaan yang akan berkembang selepas itu.
Perkahwinan tanpa perbincangan atau tidak mendapat restu keluarga dianggap melanggar
adat.

Kepercayaan dalam agama juga penting dalam membataskan perbuatan-perbuatan


yang tidak baik. Semua agama yang dianuti oleh semua kaum menyeru penganutnya
berbuat kepada kebaikan. Perbuatan yang tidak baik yang dilakukan di dunia akan dibalas
dengan dengan kejahatan di kemudian hari. Contohnya seorang perempuan yang
melahirkan anak luar nikah dianggap sebagai satu perbuatan yang keji dan hina. Perbutan
itu bukan sahaja melanggar adat tetapi juga perbuatan yang ditegah oleh agama.
Masyarakat akan memandang hina terhadap perempuan tersebut. Itulah sebabnya anakanak luar nikah ini biasanya dibuang ataupun dibunuh sebelum sempat dilahirkan.
Kepercayaan dan pegangan agama ini memberi satu panduan dan ketakutan kepada
semua orang bahawa perbuatan itu jangan sesekali dilakukan atau dipinggirkan. Di dalam
Islam contohnya terdapat konsep amar makruf nahi mungkar iaitu menyeru ke arah
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tiada agama di dunia ini yang menganjurkan
kejahatan dan melarang kita berbuat baik. Ini adalah bertujuan untuk memastikan
10

HBEF1503

masyarakat sentiasa berada dalam kedaan harmoni dan mengelakkan kacau bilau
daripada berleluasa.Tetapi perbuatan seperti bersedudukan dan melahirkan anak luar
nikah tidak menjadi kesalahan. yang besar kepada orang-orang barat. Wanita-wanita di
sana masih boleh melahirkan anak-anak ini dan memelihara mereka tanpa ada pandangan
sinis daripada masyarakat sekeliling kerana mereka tidak terikat dengan budaya seperti
yang kita miliki. Di bawah pengaruh sejarah sosial sedemikian, perkiraan nilai, budaya
dan agama menjadi paksi hidup masyarakat timur manakala masyarakat barat pula lebih
bersifat kepentingan peribadi, material dan rasional. Oleh sebab itu, kerangka agama
lebih mempengaruhi perjalanan masyarakat Timur jika dibandingkan dengan masyarakat
Barat. Kesimpulannya dengan budaya dan peradaban yang kita miliki ini dengan
sendirinya menjadi satu kawalan ke dalam diri kita supaya hidup di atas landasan yang
digarisi oleh kepercayaan kepada adat dan agama.

vii.

Pembentukan Akhlak Yang Mulia Berwatak Prihatin


Semua agama yang dianuti oleh setiap kaum menekankan kepada perbuatan yang

baik. Ia memberi penekanan kepada penyuburan iman dalam diri setiap individu hingga
dengan itu lahirlah akhlak mulia dalam individu itu. Individu yang memiliki akhlak mulia
akan prihatin dengan masyarakat sekelilingnya; gembira dengan kesenangan orang lain
dan sedih dengan penderitaan orang lain. Perasaan keprihatinan ini akan mendorong
seseorang untuk menghormati dan bertolak ansur dengan individu lain serta membela
mereka yang lemah dan terabai, termasuk membela hak kumpulan minoriti dan wanita.
Perasaan keprihatinan ini juga akan mampu melahirkan individu yang peka dengan
kepentingan budaya tempatan dan kedudukan moral dalam masyarakat yang akan
11

HBEF1503

menjadi amalan hidup, didokong dan dipertahankan. Di Malaysia, kita boleh lihat
bagaimana rakyatnya yang pelbagai kaum ini menolak budaya luar yang tidak baik.
Contohnya lelaki dan perempuan yang hidup bersedudukan tanpa nikah. Perkahwinan
sejenis, penukaran jantina, homoseksual dan lesbian. Semua ini ialah budaya luar yang
tidak baik yang cuba dibawa masuk dari luar. Sesiapa yang melakukan perkara-perkara
seperti di atas dianggap sebagai tidak bermoral dan tidak mempunyai maruah diri. Hanya
rakyat yang berakhlak mulia sahaja yang akan prihatin dengan individu-individu lain
tanpa mengira perbezaan kaum, budaya dan agama. Mereka mampu bersikap positif
terhadap kaum-kaum lain. Dalam hubungan harian, sikap ini akan membolehkan mereka
berkongsi raya, belajar bersama, tinggal dalam perumahan yang sama, berniaga dan
bekerjasama, serta menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa meletakkan
batas kaum sebagai asas tindakan mereka. Contoh ini boleh kita lihat di mana apabila
akhbar-akhbar melaporkan tentang kesusahan, penderitaan atau kemalangan yang
memerlukan bantuan sama ada dari segi kewangan atau pendermaan organ. Bukan sedikit
rakyat Malaysia yang muncul menjadi penyelamat kepada mangsa. Kita juga dapat lihat
bantuan yang muncul itu tidak terhad kepada sesuatu kaum sahaja, misalnya kalau
mangsa itu kaum Cina, maka yang menghulurkan bantuan itu juga mesti daripada kaum
Cina. Di Malaysia apa yang dapat kita lihat semua kaum berganding bahu untuk
menghulurkan bantuan.

viii.

Penguasaan Ilmu dan Kemahiran


Individu yang prihatin ini juga akan terbina jiwa merdekanya hingga terpanggil

untuk mempelajari dan menguasai ilmu agama, kemasyarakatan, Sains dan Teknologi.
12

HBEF1503

Mempelajari ilmu ilmu ini adalah tuntutan agama. Manakala penguasaan kemahiran
ilmu-ilmu itu pula akan membolehkan mereka merancang dan melaksanakan tindakan-

tindakan yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada diri dan masyarakat tetapi
juga ganjaran pahala yang akan menentukan darjatnya di akhirat. Tuntutan mencari ilmu
itu bukan hanya terhad kepada sesuatu kaum, tetapi semua kaum dituntut untuk
menghantar anak-anak ke sekolah bagi menuntut ilmu, walaupun kerajaan memberi
pilihan kepada ibu dan bapa untuk memilih mana-mana sekolah yang mereka sukai.

Dengan penguasaan ilmu dan kemahiran mengurus kehidupan dan tamadun,


seseorang akan mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang seimbang dan
komprehensif dengan meningkatkan keupayaan diri dan juga keupayaan institusional
dalam masyarakat. Dengan terbangunnya keupayaan individu dan institusional dalam
masyarakat, pendekatan pembangunan yang menyeluruh dan holistik boleh diambil di
mana pembangunan pertanian, bioteknologi, ICT, perindustrian dan lain-lain dapat
dilaksanakan. Hasil daripada pembangunan yang seimbang dan mampan ini akan
membuka peluang pekerjaan, mengurangkan kemunduran, kemiskinan dan
ketidaksamarataan hingga kualiti hidup seseorang itu meningkat.

13

HBEF1503

PENUTUP
Budaya adalah kekuatan yang paling penting bagi integrasi bangsa pelbagai kaum. Selain
daripada mewujudkan kedamaian dan keharmonian jika ditandatangani dengan berhatihati. Dasar kebudayaan harus berdasarkan demokrasi budaya. Sekiranya tidak ada
sekatan dikenakan dalam demokrasi budaya, pihak majoriti tidak akan berpuas hati; maka
boleh mencetuskan ketidak-harmonian. Oleh itu, pembuat polisi harus
mempertimbangkan isu ini dengan bijak agar dapat melahirkan dasar yang terbaik.
Demokrasi harus menjadi prinsip yang menjadi garis panduan tidak kira sama ada
individu itu pendatang atau peribumi. Setiap orang sebaiknya diberi hak untuk
berbudaya seperti yang dibayangkan dalam pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia. Dasar budaya setiap bangsa haruslah
mempertimbangkan harapan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk barpartisipasi
dalam kegiatan kebudayaan masyarakat.

2640 patah
perkataan
14

HBEF1503

Bibliografi
Ahmad Jelani Halim, 2008. Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur,
Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Armon-Jones, C. 1986. The Thesis of constructionism. Dlm. The social construction of


emotion, Suntingan Harre, R. Oxford: Basil Blackwell.

Boris Parnichel, 1997. Kebudayaan Nusantara, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Boucher, J. 1979. Culture and Emotion. Dlm. Perspectives on cross-cultural psychology.


Suntingan Marsella, J.et. al. London: Academic Press

Sabariah Abdullah, 2005. Adat Dalam Kehidupan Seharian, Petaling Jaya, Pustaka
Cahaya Intelek

Sabariah Abdullah, 2005. Adat Perkahwinan Melayu, Petaling Jaya, Pustaka Cahaya
Intelek.

Suziyana binti Ismail, 2009. Pakaian Tradisional dan Perkahwinan, Sekinchan, Pustaka
Anggerik Emas.
15

HBEF1503

16

You might also like