You are on page 1of 4

A.

MIKRO PENGAJARAN 1 & 2

Tajuk pengajaran saya dalam mikro pengajaran 1 adalah berkenaan ciri-ciri kerajaan maritim. Dalam pengajaran ini, antara isi pengajaran yang saya ajar adalah berkenaan dengan kegiatan ekonomi yang dijalankan dan lokasi kerajaan tersebut di Asia Tenggara. Saya menggunakan tiga kaedah mikro pengajaran iaitu kaedah penerangan, kaedah soal jawab dan juga penggunaan papan tulis. Namun kaedah yang diberi penekanan ialah penerangan. Dari segi set induksi saya telah menggunakan peta yang menunjukkan lokasi kerajaan maritim. Penggunaan peta ini dapat mencungkil idea pelajar mengenai pelajaran pada hari tersebut. Saya dapat menerangkan isi pelajaran mengenai kerajaan maritim dengan lebih lanjut dan memberikan kefahaman kepada pelajar. Namun begitu, saya tetap juga merujuk nota ringkas yang saya tulis untuk melihat isi-isi penting bagi kegiatan ekonomi kerajaan maritim tersebut. Oleh sebab ini merupakan sesi pengajaran saya yang pertama, saya hanya cenderung menggunakan satu kaedah saya iaitu menerangkan. Saya tidak boleh menerangkan isi pelajaran dan dalam masa yang sama menulis di papan putih. Jadi dalam pengajaran ini saya tidak menggunakan papan tulis untuk menulis isi penting dan ini merupakan kekurangan yang perlu saya perbaiki kerana sebagai seorang guru, guru perlu mencatat isi penting di papan putih bagi memberikan kefahaman kepada pelajar mengenai isi pelajaran. Penerangan yang bersifat sehala akan membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar dan bosan sekali gus pelajar tidak memahami isi pelajaran. Dalam pengajaran mikro yang kedua saya telah memilih untuk mengajar kegiatan ekonomi di negeri-negeri Melayu. Kaedah yang saya gunakan juga sama iaitu penerangan, soal jawab dan menggunakan papan tulis. Berbeza dalam pengajaran mikro yang pertama, kini saya telah dapat memperbaiki kelemahan saya dalam pengajaran mikro yang lalu. Saya telah dapat menerangkan isi pelajaran dan dalam masa yang sama menulis isi pelajaran di

papan putih dan menguasai isi pelajaran dengan tidak bergantung pada nota dan buku teks. Kini, saya lebih berkeyakinan untuk menyampaikan isi pelajaran. Saya tidak lagi kekok dan teragak-agak. Dari segi kawalan kelas, saya sedikit alpa kerana tidak mengingatkan pelajar supaya tidak menjawab sebarang soalan yang diajukan secara beramai-ramai. Hal ini menyebabkan keadaan di dalam kelas agak sedikit bising. Interaksi antara pelajar dan guru juga dapat dilihat dalam mikro pengajaran yang kedua ini. Secara keseluruhannya saya menggunakan kaedah pengajaran iaitu penerangan, papan tulis dan soal jawab dengan baik. Bahan bantu mengajar seperti gambar, nota, dan peta dilihat dapat menarik minat pelajar dan seterusnya membantu pelajar memahami pelajaran. Para pelajar juga dapat memahami isi pelajaran dan dapat menjawab dengan baik. Objektif pengajaran saya juga dapat dicapai. Penambahbaikan yang perlu saya lakukan dalam pengajaran yang seterususnya pula ialah mewujudkan interaksi antara pelajar dengan guru dengan lebih banyak agar pengajaran saya tidak bersifat sehala sahaja dan suasana pembelajaran menjadi lebih menarik. Di samping itu saya perlu lebih cakna dalam kaedah soal jawab. Saya perlu menekankan arahan menjawab soalan kepada para pelajar aitu mereka perlu mengangkat tangan apabila menjawab supaya kawalan kelas menjadi lebih baik.

B.

MAKRO PENGAJARAN

Tajuk pengajaran makro saya ialah ciri kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Oleh sebab waktu pengajaran yang agak panjang, saya telah mengatur isi pelajaran agar selaras dengan rancangan pengajaran yang telah saya buat. Saya telah menggunakan kaedah penerangan, soal jawab dan menggunakan papan tulis. Dalam mengajar tajuk ini saya telah menggunakan jadual agar pelajar dapat melihat secara lebih jelas lagi mengenai perbezaan ciri bagi keduadua kerajaan iaitu kerajaan agraria dan maritim dari aspek lokasi, kegiatan ekonomi dan
2

contoh kerajaan. Penggunaan jadual ini dilihat memaksimumkan kefahaman pelajar mengenai isi pelajaran. Penggunaan warna tulisan yang pelbagai juga membantu menarik perhatian pelajar seterusnya memberikan kefahaman kepada pelajar. Sekali gus objektif pengajaran saya dapat dicapai. Saya mengetahui objektif pengajaran tercapai melalui jawapan dan maklum balas yang diberikan oleh pelajar saya. Mereka dapat menjawab soalan secara lisan dengan baik. Bahan bantu mengajar yang saya gunakan pula merangkumi lembaran kerja dan gambar mengenai kegiatan ekonomi. Bahan bantu mengajar ini dilihat membantu kefahaman pelajar kerana mereka dapat melihat lebih jelas kegiatan ekonomi pada zaman dahulu. Di samping itu, saya melihat pelajar melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan ini memperlihatkan pengajaran saya tidaklah bersifat sehala dengan adanya penglibatan aktif dalam kalangan pelajar. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya tidak mengubah rancangan pengajaran saya kerana semuanya berjalan dengan baik. Saya telah mengulang isi pelajaran dan menerangkan setiap isi dengan lebih lanjut agar pelajar menguasai isi pelajaran yang diajarkan sesuai dengan keperluan kaedah penerangan yang baik. Hasil respon daripada rakan dan pensyarah, saya perlu menggunakan nada suara yang pelbagai agar pelajar dapat menumpukan perhatian semasa saya mengajar. Suara saya dikatakan mendatar sahaja dan menyebabkan ada pelajar yang tidak fokus dan membuat kerja lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Bukan itu sahaja, saya juga perlu lebih tegas ketika mengajar agar kawalan kelas dalam keadaan baik sepanjang pengajaran dan tumpuan pelajar tidak hilang. Selain itu, saya perlu sentiasa mengingatkan pelajar untuk menjawab soalan secara berseorangan dan bukanlah beramai-ramai. Terkadang saya juga turut memanggil nama pelajar dahulu sebelum mengajukan soalan dan ini memperlihatkan saya sedikit lemah dalam kedah soal jawab yang betul. Perkara inilah yang perlu saya

titikberatkan apabila mengajar kelak. Saya perlu lebih cakna dalam kaedah soal jawab di samping perlu menggunakan nada suara yang lebih tinggi. Dalam kaedah menggunakan papan tulis pula, saya tidak mempunyai sebarang masalah kerana saya dapat memaksimumkan penggunaan papan hitan dan menyusun isi dengan baik seterusnya memberikan kefahaman kepada pelajar. Perancangan masa yang baik juga membantu saya dalam memastikan isi pelajaran diterangkan dengan lanjut. Secara keseluruhan saya melihat pelajar memahami keseluruhan pengajaran melalui rumusan dan respon yang diberikan. Bagi mempertingkatkan lagi pelajaran saya juga boleh menayangkan video kepada pelajar dan membuat sedikit aktiviti seperti permainan untuk menggalakkan penglibatan pelajar. Jika saya dapat mempunyai peluang untuk mengajar pelajar ini sekali lagi, saya akan menggunakan strategi konstruktivisme iaitu melebihkan penglibatan pelajar berbanding guru seperti pembahagian kumpulan dan pembentangan agar mereka dapat memaksimumkan pengetahuan mereka dalam pengajaran tersebut. Kaedah penyusun awal atau advance organiser yang saya gunakan iaitu jadual sangat membantu dalam mengajar perbezaan ciri antara kerajaan agraria dan maritim. Kesimpulannya saya perlu memperbaiki kelemahan dalam kaedah soal jawab, nada suara dan perlu lebih tegas agar sesi pengajaran saya yang akan datang berjalan lancar dan memaksimumkan kefahaman pelajar mengenai isi pelajaran yang diajarkan.

You might also like