You are on page 1of 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE- 3 (29/07/2013 hingga 2/08/2013) NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SHUKRY BIN SUPAAT

OPSYEN/ KUMPULAN : SAINS /T3SN3 NAMA SEKOLAH : TARIKH: SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU 2/8/ 2013

1. Isu/ masalah/ peristiwa Isu yang ingin saya ketengahkan pada minggu ini ialah murid yang pasif di dalam kelas. 2. Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa Saya berasa agak sedih kerana terdapat segelintir murid yang pasif di dalam kelas. Hal ini jelas terlihat apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Murid ini hanya melihat rakan-rakan mereka membuat aktiviti tanpa menghulurkan bantuan untuk mencapai objektif yang sama.

3. Analisis isu / masalah / peristiwa

3.1 Punca/ sebab Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan menjadi punca masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka menyumbangkan sedikit sahaja penglibatan mereka. Kadangkala mereka hanya mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

3.2 Kekuatan / kelemahan Murid yang pasif ini akan terus ketinggalan jika mereka terus berkelakuan demikian. Hal ini akan merugikan murid tersebut kerana mereka tidak mahu terlibat dalam pembelajaran.

4. Cadangan idea untuk menyelesaikan isu

Guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid. Selain itu, guru harus memberikan peneguhan positif kepada murid. Seterusnya, guru juga boleh memberi bimbingan dan motivasi kepada murid berkenanan.

5. Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu

Tempoh masa yang yang diberikan untuk menyelesaikan masalah ialah satu minggu.

6. Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan

Guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar mereka dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri mereka. Guru harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, penuguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bergerak di mana murid tersebut duduk dan memberi bimbingan kepada murid berkenanan. Secara tidak langsung ini akan membuatkan mereka dapat merasa bahawa guru mengambil peduli tentang mereka.berikan galakan kepada murid-

murid yang tidak aktif ini untuk maju kehadapan dengan mengutarakan idea mereka dan peneguhan positif dan pujian diberikan. Contohnya arahkan semua murid memberi tepukan kepadanya. Guru juga boleh memberi galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan positif seperti Bagus! dan ucapan terima kasih. Pemberian hadiah contohnya pensel atau apa sahaja juga boleh membantu menggalakkan murid-murid yang tidak aktif ini akan memberikan komitmen mereka terhadap kerja berkumpulan yang diberikan. .

7. Tindakan susulan Guru melaksanakan rancangan penambahbaikan dalam masa satu minggu dan melihat hasil keputusan.

Disediakan oleh Pelajar Guru:

Disemak oleh Guru Pembimbing : Tandatangan : ______________________ Nama : _______________________ Tarikh : _______________________

Disemak oleh Pensyarah Penyelia: Tandatangan : ______________________ Nama : _______________________ Tarikh : _______________________

Tandatangan : ______________________ Nama : _______________________ Tarikh : _______________________

You might also like