You are on page 1of 33

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA,KUALA LUMPUR

HBEF 2703

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

TAJUK TUGASAN Sebagai seorang guru yang berdedikasi, anda juga adalah seorang pegawai, jurulatih dan pelaksana kegiatan pendidikan kokurikulum di sekolah anda. Dengan memilih salah satu aktiviti pendidikan kokurikulum sama ada Pasukan Berunifom, Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan yang terdapat di sekolah anda, sediakan sebuah portfolio yang mengandungi keseluruhan aktiviti yang anda pilih selama SATU PENGGAL persekolahan (20 minggu).

NAMA MOHD.RAHMAT BIN A RAHMAN

NO MATRIK 810131015961001

SEMESTER MEI/2012

PENGHARGAAN Dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berasa amat berbangga kerana dapat menyempurnakan sebuah tugasan demi segulung ijazah sebagai akademik insane bergelar pendidik yang sangat cintakan ilmu pengetahuan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat pensyarah yang berwibawa yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam merealisasikan tugasan ini. Begitu juga buat GPK KOKO di sekolah saya EN. FADZLI BIN AMIN atas perkongsian ilmu selama saya menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih buat isteri tersayang RUHAIDA BT ZAHARI serta anak-anakku yang memahami kesibukan untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga adik dikasihi MOHD.RAHIMI BIN A RAHMAN yang banyak membantu saya semasa saya perubahan tahap

menyiapkan tugasan ini.Tanpa kefahaman dan kerjasama mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Saya sedar, terlalu banyak kelemahan yang ada pada manusia. Hanya semangat melihat rakan-rakan lain boleh buat, tentulah saya sebagai pendidik juga boleh buat.Ini kerana, jauh di sudut hati saya sebagai pendidik inginkan perubahan seiring dengan perubahan dunia pendidikan yang global, namun masih berteraskan landasan yang betul. Semoga tugasan ini menjadi perintis kejayaan cemerlang dan gemilang saya di dalam profesion keguruan. Hormat dari saya untuk semua.Terima kasih atas kerjasama yang diberi...

ISI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN 2. TAKWIM AKTIVITI KO-KURIKULUM (KELAB HOKI) 3. AKTIVITI 1 4. AKTIVITI 2 5. AKTIVITI 3 6. AKTIVITI 4 7. AKTIVITI 5 8. AKTIVITI 6 9. AKTIVITI 7 10. AKTIVITI 8 11. AKTIVITI 9 12. AKTIVITI 10 13. REFLEKSI 14. RUJUKAN

1 3 6 9 16 24 25 26 27 28 29 31 32 33

TAKWIM AKTIVITI KO KURIKULUM KELAB HOKI SK.SERI MACHAP

BULAN JAN

MINGGU 1

Objektif Pemilihan dan perlantikan Ahlijawatankuasa sesi 2012 bagi tahun 4,5 dan 6. Murid mengetahui tentang sejarah hoki Murid mengetahui peralatan permainan hoki dan kemahiran menggelecek. Murid mengetahui permainan hoki

AKTIVITI

BAHAN YANG DIPERLUKAN

Pemilihan dan perlantikan Jawatankuasa Sesi 2012 bagi tahun 4,5 dan 6.

Kertas Pen Kad aktiviti Ko-ko

Penerangan tentang sejarah hoki. Memperkenalkan peralatan dan peraturan hoki. Memanaskan badan. Kemahiran menggelecek rapat (pegangan kayu Hoki,bola,kaki dan badan)

Artikel sejarah hoki Kayu hoki Bola hoki

FEB

Murid boleh menggelecek bola antara halangan dengan pantas.

Memanaskan badan (lari ulang alik,lari Membawa pasangan,timbang garam,tolak bahu dan kelonggaran) Kemahiran menggelecek rapat Ansur maju 4,ansur maju 5,ansur maju 6.

Kayu hoki Bola hoki Gelung rotan Skitel

Murid boleh menggelecek bola antara halangan dengan pantas.

MAC 5

Memanaskan badan Menggelecek cara India (Pegangan kayu hoki,bola,kaki dan badan) Aktiviti pemulihan. Memanaskan badan Permainan kecil (bola akhir dalam kotak) Gerak kendur Penerangan:Hantaran(pukulan) (cara pegang kayu,cara berdiri,bola,hayunan,badan) Memanaskan badan (lari ulang alik,lari membawa pasangan,timbang garam,tolak bahu dan kelonggaran) Hantaran (pukulan) Ansur maju1,ansur maju 2,ansur maju 3. Memanaskan badan Hantaran (pukulan) Ansur maju 4,ansur maju 5. Aktiviti pemulihan Aktiviti pengayaan Permainan kecil Aktiviti:Pukulan berganti-ganti dalam kumpulan Penerangan menyerkap/menahan bola(cara memegang kayu,cara berdiri dan badan)

Kayu hoki Bola hoki Skitel

Memperbaiki kawalan bola cara dekat.

Kayu hoki Bola hoki

Menghantar dan memukul bola dengan betul.

Kayu hoki Bola hoki


APR 7

Menghantar dan memukul dengan kuat.

Kayu hoki Bola hoki

Menghantar dan memukul dengan betul.

Kayu hoki Bola hoki

MEI

Memukul ke sasaran dengan

Memanaskan badan (lari anak,lari membawa

Kayu hoki

tepat.

bola,memukul dan menahan,berpasangan dan regangan) Menyerkap/menahan bola Ansur maju 1,ansur maju 2,ansur maju 3

Bola hoki

10

Murid bola menyerkap bola dengan mekanik yang betul.

Menyerkap/menahan bola (ansur maju 4,ansur maju 5) Aktivti pemulihan Aktiviti pengayaan Permainan kecil (aktiviti menyerkap bola dalam kumpulan) Gerak kendur.

Kayu hoki Bola hoki

AKTIVITI 1 LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM


PERSATUAN / KELAB/UNIT BERUNIFORM/PERMAINAN : KELAB HOKI SK SERI MACHAP TARIKH : 11 Januari 2012 MASA : 7.10 hingga 8.10 pagi GURU PEMIMPIN YANG HADIR: 1. EN.MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN 3. EN. FADZLI B. AMAN 5. PN. MAIZATUL FAZLIN BT. SM SAHID BILANGAN AHLI YANG DAFTAR BILANGAN AHLI YANG HADIR BILANGAN AHLI YANG TIDAK HADIR : 64 ORANG : 58 ORANG : 6 ORANG 2. EN.MAHADHIR BIN LAHURI 4. CIK MASYITAH SUANDI HARI TEMPAT : Rabu : Tapak Perhimpunan

LAPORAN AKTIVITI 1. Pemilihan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2012 bagi tahun 4,5 dan 6. 2. Persiapan dan penyelarasan buku log. Setiap murid mesti memenuhkan buku log mereka dengan biodata diri, bendera Malaysia dan Johor.
Senarai Jawatan kuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari KESIMPULAN : : Azim Azrie bin Taib : Mohd.Adfzan bin Jamaluddin : Adliz Nurhafeeza bt Hamidon : Nisha Hanina bt Abd Rahim

Murid bekerjasama melantik Ahli Jawatankuasa secara demokrasi. DISEDIAKAN OLEH : ( MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN ) GAMBAR AKTIVITI PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN JAWATANKUASA

PENGISIAN BUKU LOG

BENDERA MALAYSIA

BENDERA NEGERI JOHOR

AKTIVITI 2 LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM PERSATUAN / KELAB/UNIT BERUNIFORM/PERMAINAN : KELAB HOKI SK SERI MACHAP TARIKH : MASA : 25 Januari 2012 7.10 hingga 8.10 pagi HARI TEMPAT : Rabu :Tapak Perhimpunan/ padang

GURU PEMIMPIN YANG HADIR: 1. EN.MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN 3. EN. FADZLI B. AMAN 5. PN. MAIZATUL FAZLIN BT. SM SAHID BILANGAN AHLI YANG DAFTAR BILANGAN AHLI YANG HADIR : 64 ORANG : 54 ORANG 2. EN.MAHADHIR BIN LAHURI 4. CIK MASYITAH SUANDI

BILANGAN AHLI YANG TIDAK HADIR : 10 ORANG LAPORAN AKTIVITI

1. Penerangan diterangkan tentang sejarah hoki. 2. Murid diperkenalkan tentang alatan hoki serta peraturan-peraturan permainan hoki 3. Aktiviti memanaskan badan dan guru menunjukcara kemahiran menggelecek rapat (pegangan kayu hoki,bola,kaki dan badan)
KESIMPULAN :

Murid dapat mengetahui sejarah permainan hoki serta menguasai kemahiran menggelecek rapat.

DISEDIAKAN OLE H

: ( MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN )

DISEMAK OLEH

SEJARAH PERMAINAN HOKI Hoki merupakan salah satu sukan yang tertua dan popular di kebanyakan negara termasuklah Malaysia. Terdapat dua jenis permainan hoki iaitu dimainkan di atas padang rumput dan Permainan hoki yang popular di Malaysia ialah jenis yang

dimainkan di gelanggang ais.

dimainkan di padang rumput oleh disebabkan iklim kita. Namun begitu, permainan hoki ini tidaklah begitu popular dibandingkan dengan permainan bola sepak dan sepak takraw disebabkan permainan ini memerlukan padang bermain yang lebih baik dan alatan bermain yang lebih mahal. Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 ribu tahun yang lalu. Salah satu dinding makam Bani Hasan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti dalam permainan hoki. Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai bahawa hoki telah wujud di Paris , Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang telah ditemui.

Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama commock manakala di Wales, hoki dikenali sebagai banty. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa perkataan hoki diambil sempena daripada permainan yang digunakan di Perancis, iaitu hoquet. Pada pertengahan tahun 1800-an, hoki menjadi popular di sekolah-sekolah England dan pada waktu itu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti Kelab Hoki Wimbledon (1883) dan Blacheath (1861).

Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hoki pula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semula jadi di hujungnya. Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah berukuran 150

meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didirikan menggunakan dua tiang gol berjarak sembilan meter.

Oleh kerana permainan hoki ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi di hasilkan untuk menjadikan permainan ini lebih unik. Bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah pun mengharamkan permainan ini.

Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undangundang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia telah memberikan peluang yang besar untuk permainanini menapak bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya.

Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula diterima semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki sahaja tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan hoki yang pertama telah pun ditubuhkan dinegara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di Selatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkanalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad dan menggenakan hukumankepada pemain yang melakukan kesalahan.

Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England,

permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Association (BHA) pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Pada tahun 1894, perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsung antara England dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain. Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan dihentikan seketika disebabkan Perang Dunia Kedua. Di negara Asia, permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo.

11

13

AKTIVIa

15

AKTIVITI 3 LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM PERSATUAN / KELAB/UNIT BERUNIFORM/PERMAINAN : KELAB HOKI SK SERI MACHAP TARIKH : 8 FEBRUARI 2012 MASA : 7.10 hingga 8.10 GURU PEMIMPIN YANG HADIR: 1. EN.MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN 3. EN. FADZLI B. AMAN 5. PN. MAIZATUL FAZLIN BT. SM SAHID BILANGAN AHLI YANG DAFTAR BILANGAN AHLI YANG HADIR : 64 ORANG : 60 ORANG 2. EN.MAHADHIR BIN LAHURI 4. CIK MASYITAH SUANDI HARI TEMPAT : RABU : Tapak Perhimpunan dan kantin

BILANGAN AHLI YANG TIDAK HADIR : 4 ORANG LAPORAN AKTIVITI 1. Aktiviti memanaskan badan (lari

ulang alik, aktiviti membawa pasangan,timbang garam,tolak

bahu, Dan kelonggaran) 2. Kemahiran menggelecek rapat, ansur maju 4, ansur maju 5, ansur maju 6.

KESIMPULAN :

Semua murid dapat mengikut arahan dan tunjuk ajar dari guru. Murid dapat menguasai kemahiran menggelecek rapat.

DISEDIAKAN OLE H

: ( MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN )

DISEMAK OLEH

KEMAHIRAN ASAS HOKI Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur kepantasan, kekuatan, daya tahan, unsur-unsut taktikal dan kemahiran-kemahiran asas. Kemahiran dalam hoki memberi peluang kepada pemain untuk mempamerkan kreativiti dan gaya individu. Terdapat beberapa kemahiran asas dalam permainan hoki, iaitu: Menggelecek Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila di kawal oleh pihak lawan. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu: Menggelecek longgar Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihak lawan dan memiliki bola sambil bergerak.

Rajah 4.1 Menggelecek longgar Menggelecek rapat Ia digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi bola semasa bermain sama ada selamat atau tidak.

17

Rajah 4.2 Menggelecek rapat Menggelecek lndian Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat melepaskan diri daripada pihak lawan.

Rajah 4.3 Menggelecek Indian

Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menggelecek:

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan. Badan- bongkok sedikit dan lutut dibengkokkan. Mata- memandang pada bola semasa membuat tolakan. Bola- berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Pastikan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 450 dari tanah. Memukul Merupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiran hoki. Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran memukul: Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan longgar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satu bentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan adalah selari dengan kayu hoki. Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kaki bersudut tegak dengan bahu. Berat badan seimbang semasa hayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasa hayunan ke bawah. Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu kayu hoki. Menolak Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihak lawan terutamanya untuk clearance dan jaringan gol. Kelebihan kemahiran ini dapat melindungi niat pemain kerana pihak lawan sukar menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menolak: Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat. Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibuka seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikan kepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa menolak bola.

19

Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di belakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arah mana bola bergerak. Menguis Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menguis: Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat. Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh bola dan menghadap ke atas sedikit. Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan.

Rajah 4.4 Menguis Menahan/menyerkap Ia merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalam permainan hoki. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menahan: Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan. Mata - memandang pada arah bola

Badan - berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit.

Rajah 4.5 Menyerkap Merebut (tackle) Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan dengan cara yang betul. Terdapat beberapa jenis tackle iaitu: Tackle jab Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk (jab) bola supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle. Tackle forehand Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan dan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari dengan pemain penyerang. Pegangan kayu dengan tangan kiri di hujung kayu dan tangan kanan di bahagian tengah kayu.

21

Rajah 4.6 Tackle forehand Tackle reverse stick Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di sebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah bagi sesetengah pemain. Ia dilakukan dengan menyerkap bola menggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemain penyerang berlari melepasi bola.

Rajah 4.7 Tackle reverse stick

Berikut adalah perkara yang perlu diketahui dalam kemahiran merebut: Mata sentiasa memerhati ke arah bola

Kekalkan kayu hoki di atas tanah supaya mengurangkan jaraknya dari bola dan penahan dapat bergerak dengan cepat apabila mendapat peluang. Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya penyerang melakukan kesilapan. Berdiri dengan sebelah kaki berada di hadapan supaya dapat bergerak dan bertukar arah dengan mudah dan cepat. Sudut penalti Kemahiran ini menjadi satu aspek penting dalam hoki kerana kebanyakan bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti. Perkara yang perlu dipastikan semasa mengambil sudut penalti adalah: Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D dan bola mesti biberhentikan di luar kawasan D. Hanya penjaga gol dan empat pemain pertahanan berada dalam kawasan D semasa sudut penalti Pemain pertahanan hendaklah berada di belakang garisan gol sehingga bola di tolak masuk oleh penyerang. Pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan berada dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki di dalam kawasan bermain. Pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisan kawasan D sehingga bola di tolak masuk.

23

AKTIVITI 4 LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM PERSATUAN / KELAB/UNIT BERUNIFORM/PERMAINAN : KELAB HOKI SK SERI MACHAP TARIKH :22 FEBRUARI 2012 MASA : 7.10 hingga 8.10 pagi HARI TEMPAT : RABU : Tapak Perhimpunan

GURU PEMIMPIN YANG HADIR: 1. EN.MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN 3. EN. FADZLI B. AMAN 5. PN. MAIZATUL FAZLIN BT. SM SAHID BILANGAN AHLI YANG DAFTAR BILANGAN AHLI YANG HADIR : 64 ORANG : 54 ORANG 2. EN.MAHADHIR BIN LAHURI 4. CIK MASYITAH SUANDI

BILANGAN AHLI YANG TIDAK HADIR : 10 ORANG LAPORAN AKTIVITI 1. 2. 3. Aktiviti memanaskan badan Murid di ajar kemahiran menggelecek cara india (pegangan kayu hoki, bola, kaki dan badan) Aktiviti pemulihan

KESIMPULAN :

Pada minggu ini, murid di ajar kemahiran menggelecek cara india. Murid memerlukan lebih banyak waktu dan latihan untuk menguasai kemahiran baru ini.

DISEDIAKAN OLE H

: ( MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN )

DISEMAK OLEH

AKTIVITI 5 LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM PERSATUAN / KELAB/UNIT BERUNIFORM/PERMAINAN : KELAB HOKI SK SERI MACHAP TARIKH :7 MARCH 2012 MASA : 7.10 hingga 8.10 pagi GURU PEMIMPIN YANG HADIR: 1. EN.MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN 3. EN. FADZLI B. AMAN 5. PN. MAIZATUL FAZLIN BT. SM SAHID BILANGAN AHLI YANG DAFTAR BILANGAN AHLI YANG HADIR : 64 ORANG : 58 ORANG 2. EN.MAHADHIR BIN LAHURI 4. CIK MASYITAH SUANDI HARI :RABU

TEMPAT : Tapak Perhimpunan

BILANGAN AHLI YANG TIDAK HADIR : 6 ORANG LAPORAN AKTIVITI 1. 2. 3. 4. 5. Aktiviti memanaskan badan Guru melakukan aktiviti permainan kecil (bola akhir dalam kotak) Aktiviti gerak kendur Guru menerangkan tentang hantaran, pukulan, cara pegang kayu, cara berdiri, bola, hayunan, badan. Murid mencatat di dalam buku log

KESIMPULAN :

Walaupun murid lambat menguasai kemahiran menggelecek tetapi murid sentiasa mempraktikkan dan semakin menunjukkan peningkatan. Semua murid tekun menulis segala penerangan guru untuk di abadikan di dalam buku log. Seramai 20 orang murid tidak membawa buku log.

DISEDIAKAN OLE H

: ( MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN )

DISEMAK OLEH

25

AKTIVITI 6 LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM PERSATUAN / KELAB/UNIT BERUNIFORM/PERMAINAN : KELAB HOKI SK SERI MACHAP TARIKH : 21 MARCH 2012 MASA : 7.10 hingga 8.10 pagi GURU PEMIMPIN YANG HADIR: 1. EN.MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN 3. EN. FADZLI B. AMAN 5. PN. MAIZATUL FAZLIN BT. SM SAHID BILANGAN AHLI YANG DAFTAR BILANGAN AHLI YANG HADIR : 64 ORANG : 58 ORANG 2. EN.MAHADHIR BIN LAHURI 4. CIK MASYITAH SUANDI HARI : RABU

TEMPAT : Padang Sekolah

BILANGAN AHLI YANG TIDAK HADIR : 6 ORANG LAPORAN AKTIVITI

1. Aktiviti memanaskan badan (lari ulang alik, aktiviti membawa pasangan,timbang garam,tolak bahu, Dan kelonggaran) 2. Aktiviti hantaran dan pukulan 3. Murid diberi latihan ansur 1, ansur 2, ansur 3

KESIMPULAN : Walaupun murid lambat menguasai kemahiran hantaran dan pukulan tetapi murid semakin menguasai dan akur dengan segala arahan guru

DISEDIAKAN OLE H

: ( MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN )

DISEMAK OLEH

AKTIVITI 7 LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM PERSATUAN / KELAB/UNIT BERUNIFORM/PERMAINAN : KELAB HOKI SK SERI MACHAP TARIKH : MASA : 4 APRIL 2012 7.10 hingga 8.10 pagi HARI : RABU

TEMPAT : Padang Sekolah

GURU PEMIMPIN YANG HADIR: 1. EN.MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN 3. EN. FADZLI B. AMAN 5. PN. MAIZATUL FAZLIN BT. SM SAHID BILANGAN AHLI YANG DAFTAR BILANGAN AHLI YANG HADIR : 64 ORANG : 58 ORANG 2. EN.MAHADHIR BIN LAHURI 4. CIK MASYITAH SUANDI

BILANGAN AHLI YANG TIDAK HADIR : 6 ORANG LAPORAN AKTIVITI 1. 2. 3. 4. 5. Aktiviti memanaskan badan Aktiviti hantaran dan pukulan Murid diberi latihan ansur maju 4, ansur maju 5 Aktiviti pemulian Aktiviti pengayaan

KESIMPULAN : Murid semakin mahir dengan kemahiran hantaran dan pukulan DISEDIAKAN OLE H : ( DISEMAK OLEH : MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN )

27

AKTIVITI 8 LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM PERSATUAN / KELAB/UNIT BERUNIFORM/PERMAINAN : KELAB HOKI SK SERI MACHAP TARIKH : MASA : 18 APRIL 2012 7.10 hingga 8.10 pagi HARI : RABU

TEMPAT : Padang Sekolah

GURU PEMIMPIN YANG HADIR: 1. EN.MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN 3. EN. FADZLI B. AMAN 5. PN. MAIZATUL FAZLIN BT. SM SAHID BILANGAN AHLI YANG DAFTAR BILANGAN AHLI YANG HADIR : 64 ORANG : 58 ORANG 2. EN.MAHADHIR BIN LAHURI 4. CIK MASYITAH SUANDI

BILANGAN AHLI YANG TIDAK HADIR : 6 ORANG LAPORAN AKTIVITI 1. 2. 3. 4. 5. . KESIMPULAN : Murid semakin mahir dalam kawalan bola. Aktiviti memanaskan badan Aktiviti permainan kecil Aktiviti pukulan berganti-ganti dalam kumpulan Penerangan : Menyerkap dan menahan bola Murid mencatat di dalam buku log.

DISEDIAKAN OLE H

: ( MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN )

DISEMAK OLEH

AKTIVITI 9 LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM PERSATUAN / KELAB/UNIT BERUNIFORM/PERMAINAN : KELAB HOKI SK SERI MACHAP TARIKH : MASA : 2 MEI 2012 7.10 hingga 8.10 pagi HARI : RABU

TEMPAT : Padang Sekolah

GURU PEMIMPIN YANG HADIR: 1. EN.MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN 3. EN. FADZLI B. AMAN 5. PN. MAIZATUL FAZLIN BT. SM SAHID BILANGAN AHLI YANG DAFTAR BILANGAN AHLI YANG HADIR : 64 ORANG : 58 ORANG 2. EN.MAHADHIR BIN LAHURI 4. CIK MASYITAH SUANDI

BILANGAN AHLI YANG TIDAK HADIR : 6 ORANG LAPORAN AKTIVITI 1. 2. 3. Aktiviti memanaskan badan Aktiviti menyerkap dan menahan bola Pengukuhan ansur maju 4, ansur maju 5, ansur maju 6.

KESIMPULAN : Murid di biasakan dengan kemahiran menyerkap dan menahan bola.

DISEDIAKAN OLE H

: ( MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN )

DISEMAK OLEH

29

AKTIVITI 10 LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KOKURIKULUM PERSATUAN / KELAB/UNIT BERUNIFORM/PERMAINAN : KELAB HOKI SK SERI MACHAP TARIKH : MASA : 16 MEI 2012 7.10 hingga 8.10 pagi HARI : RABU

TEMPAT : Padang Sekolah

GURU PEMIMPIN YANG HADIR: 1. EN.MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN 3. EN. FADZLI B. AMAN 5. PN. MAIZATUL FAZLIN BT. SM SAHID BILANGAN AHLI YANG DAFTAR BILANGAN AHLI YANG HADIR : 64 ORANG : 58 ORANG 2. EN.MAHADHIR BIN LAHURI 4. CIK MASYITAH SUANDI

BILANGAN AHLI YANG TIDAK HADIR : 6 ORANG LAPORAN AKTIVITI 1. 2. 3. 4. 5. Aktiviti memanaskan badan Pengukuhan kemahian menyerkap dan menahan bola Aktiviti pemulihan Aktiviti pengayaan Pengenduran

KESIMPULAN : Murid di biasakan dengan kemahiran menyerkap dan menahan bola.

DISEDIAKAN OLE H

: ( MOHD.RAHMAT BIN A.RAHMAN )

DISEMAK OLEH

REFLEKSI

Saya mencadangkan supaya pada tahun hadapan, aktiviti kokurikulum dijalankan pada sebelah petang atau pada setiap hari Sabtu minggu pertama atau ketiga kerana muridmurid dan guru-guru dapat memberikan tumpuan yang penuh semasa aktiviti dijalankan dan peruntukan masa juga lebih panjang.

Jika aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform pada sebelah petang, murid-murid akan merasa lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu aktiviti kerana mereka telah mendapatkan rehat yang cukup selepas pulang dari sekolah.

Bagi aktiviti untuk persatuan/kelab guru digalakan memberi kebebasan kepada murid untuk memakai pakaian yang kasual, tetapi pakaian tersebut mestilah sopan supaya murid-murid berasa selesa apabila hendak melakukan sesuatu aktiviti.

Saya mencadang supaya Gerak Kerja Kokurikulum tidak dimasukkan di dalam jadual waktu persekolahan kerana untuk membolehkan murid-murid memberi tumpuan yang penuh terhadap pangajaran yang akan disampaikan oleh gurunya. Tumpuan semasa pengajaran amat penting kerana, apabila murid tidak faham pengajaran yang disampaikan gurunya mungkin ini akan mengakibatkan mereka tidak berminat matapelajaran tersebut pada masa akan datang. Apabila masalah ini berlarutan, maka pencapaian murid tersebut akan merosot dan boleh melemahkan semangatnya untuk belajar.

31

RUJUKAN

1) Sumber rujukan utama: Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan pertama, 2006). Siri Sukan Popular: Hoki. Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006) 2) Sumber rujukan kedua: Taverner; Claire Mitchell. (cetakan pertama, 2005). Field Hockey: Techniques & Tactics. (2005). .Human Kinetics 3) Sumber rujukan ketiga: Hawkins; Joyce M. (cetakan kelapan, 2006) Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006). Oxford Fajar Sdn. Bhd. 4) Sumber rujukan keempat: http://en.wikipedia.org/wiki/Hockey 5) Sumber rujukan kelima: http://www.fihockey.org/ 6) Sumber rujukan keenam: http://apps.citcat.com/en/translate

You might also like