You are on page 1of 9

Pengenalan Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi.

Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada

permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri

melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu

Semasa menjalani praktikum Sekolah Kebangsaan Seri Makmur , saya telah mencari beberapa isu-isu yang berkaitan dengan masalah murid yang terdapat di

sekolah ini. Maklumat yang saya perolehi daripada hasil temubual bersama-sama guru sekolah ini , saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang

sememangnya mengalami masalah disiplin. Rentetan daripada perkara ini saya , saya telah memilih seorang murid yang bermasalah sebagai responden kajian saya.

Biodata ringkas murid bermasalah

Murid merupakan seorang murid tahun lima berasal daripada kawasan setempat iaitu Sungai Besar ,Sabak Bernam. Ibubapa murid ini berkerja sebagai peniaga dan juga turut bekerja sebagai pesawah. Murid ini terdiri daripada empat beradik dan merupakan anak kedua daripada empat beradik tersebut. Berdasarkan temubual oleh beberapa orang guru disekolah tersebut, murid ini dikatakan sering menggangu kerja murid lain kerap bergaduh dengan rakan sekelasnya. Tahap kognitif murid ini agak rendah berikutan dia ditempatkan dalam kelas yang paling akhir dalam aras tahun lima.

Dialog yang sesi kaunseling bersama murid bermasalah

Dialog di bawah merupakan dialog yang diringkas daripada sesi kaunseling yang telah dijalankan kepada seorang murid yang telah dituduh mencuri telefon bimbit rakan semasa perkhemahan badan uniform tahun lepas. Murid ini juga sering menjadi

perhatian guru apabila seringkali melakukan kacau bilau semasa guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Oleh itu saya memilih murid tersebut untuk memberi sesi kaunseling kepadanya.

Murid A: assalamualaikum cikgu Saya: walaalaikumussalam haziq,sila masuk. Murid A: terima kasih cikgu. Saya : Awak apa khabar ? Murid A: Baik saja cikgu . Saya : Awak sihat ? Murid A: sihat cikgu. Saya : Awak dah makan?. Kalau belum, cikgu ada makanan untuk kamu makan. Murid A: Belum ,terima kasih cikgu.

10 minit kemudian. Saya : Sedap tak makanan cikgu bagi tadi? Murid A: Sedap sangat cikgu. Cikgu terima kasih sebab bagi saya makan. Saya : Baik sama-sama. Boleh cikgu tanyakan soalan kepada kamu?

Murid A:Boleh cikgu tanyalah. Saya : Cikgu dengar kamu pernah melakukan kesalahan mencuri,betul ke? Murid A: Betul cikgu ,memang saya yang mencuri. Saya: Yeke, boleh kamu beritahu cikgu kepada kamu mencuri? Murid A : Saya mencuri sebab saya tak suka orang menunjuk-nunjuk depan saya cikgu. Saya : Kenapa kamu berkata demikian. Cikgu tengok kamu ni anak orang yang berkemampuan. Murid A : Saya tak suka orang lain belagak dengan saya cikgu. Saya: semasa kamu mencuri kamu terfikir tak tentang perasaan ibubapa kamu sekiranya mereka tahu anak mereka seorang pencuri? Murid A : Tidak cikgu. Saya : Kamu tahu tak bahawa mencuri itu berdosa? Murid A : Tahu, cikgu. Saya : erm, baiklah kamu perlu tahu sekiranya kamu mencuri ,ianya akan menyusahkan orang lain . Kamu masih lagi berkeinginan hendak mencuri? Murid A : (Terdiam sambil menundukan kepala) Saya: Siapa yang mula-mula mengajar kamu mencuri ?

Murid A: Budak sekolah menengah cikgu , dia tinggal dekat dengan kawasan perumahan saya. Saya: Macam mana kamu boleh mengenalinya? Murid A: Dia selalu melepak dekat kawasan permuhan saya. Saya : Macam mana kamu mula mencuri dengan dia? Murid A: Dia ajak saya ke pasaraya berdekatan dengan kawasan pekan kawasan sungai besar . Kemudian secara senyap dia mengambil barang-barang dan memasukan kedalam bajunya.Sejak dari peristiwa tu saya mula suka nak ikut jejak langkahnya mencuri. Saya: Tapi kenapa kawan kamu yang menjadi mangsa pencurian kamu? Murid A: Diorang tu belagak sangat . Saya: kenapa kamu cakap macam tu,? Murid A: Suka nak menunjuk telefon bimbit baru. Saya:erm,, tapi itu bukanlah alasan kamu untuk mencuri barangan mereka. Murid A: (Diam) Saya: Kamu sepatutnya tidak perlu menghiraukan tingkah laku mereka. Lagi pun kamu dah tahukan, yang mencuri itu perbuatan yang salah dan berdosa.Boleh kamu pejamkan mata kamu dan bayangkan susah payah ibubapa kamu untuk menyara hidup

kamu dan apakah yang berlaku kepada diri kamu sekiranya kamu meneruskan kegiatan mencuri?. Murid A: (Pejam mata dan mengeluarkan air mata) Saya: Cuba kamu bayangkan kalau ibubapa tahu kamu berkelakuan seperti ini.Bayangkan perasaan ibu dan bapa kamu .Tidakkah mereka kecewa dengan sikap kamu?Mahukah kamu menjadi anak yang derhaka nanti? Sekiranya kamu mencuri apakah kesannya terhadap diri kamu?. Cuba kamu bayangkan lagi sekiranya keadaan kamu meringkuk dalam penjara akibat mencuri dan perasaan kedua orang tua kamu ketika kamu berada dalam penjara. Kelihatan murid tersebut menganguk kepala tanda paham tentang perkara yang hendak disampaikan. Murid A: Saya berjanji saya tak akan mencuri lagi. Saya: Baiklah kalau macam tu, cikgu yakin kepada kamu yang kamu akan berubah menjadi orang yang terbaik. Ini kerana ,cikgu pernah melihat kamu juga rajin menolong guru. Kalau kamu bersikap baik dengan orang,orangkan pandang baik dengan kamu.

Laporan sesi kaunseling yang telah dijalankan Pada 17 Februari saya telah menjalankan satu sesi kaunseling bersama seorang murid yang bermasalah. Murid ini telah dilaporkan bahawa melakukan kegiatan

mencuri telefon bimbit milik seorang rakan . Selain itu , murid ini juga telah banyak melakukan kesalahan lain seperti memukul rakan sekelas dan sering mendatangkan marah kepada guru kerana bersikap malas dalam melakukan tugasan yang diberikan guru. Saya meminta murid tersebut datang ke bilik kaunseling sekolah pada jam 8.00 pagi . Di situ merupakan bilik yang cukup selesa dan nyaman bagi menjalankan sesi kaunseling kepada murid. Pada permulaan sesi kaunseling saya meminta murid duduk diatas kerusi dan menanyakan khabar kepada murid tersebut. Selain itu saya juga ada memberi murid tersebut makanan untuk dialas perut terlebih dahulu. Hal ini bertujuan untuk memberikan keperluan fisiologi murid itu dipenuhi dahulu agar murid tersebut dapat berada dalam keadaan selesa dan tenang apabila sesi kaunseling itu dijalankan. Kaedah merupakan satu cara saya mengaplikasikan teori pemusatan perorangan yang disarankan oleh Carl Rogers (1902-1987).Dalam teori permusatan klien ini , ia menekan bahawa keperluan fisiologi perlu diutamakan terlebih dahulu . Bermula daripada Keperluan fisologi hingga keperingkat seterusnya. Apabila saya perhatikan murid tersebut berada dalam keadaan selesa,saya memulakan sesi temubual dengan mengajukan soalan ringkas. Pada mulanya murid kelihatan kurang memberikan kerjasama kerana soalan yang diajukan oleh saya

dijawab dengan beberapa perkataan sahaja.Namun,setelah mencuba menyakin kanakkanak tersebut dia mula menceritakan perkara yang berlaku. Saya menumpukan sepenuh perhatian kepada penerangan murid tersebut . Ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa saya sangat mendengar penjelasannya. Setelah murid tersebut menyatakan masalahnya. Saya mula memahami perkara yang berlaku hingga murid tersebut terjebak dalam gejala mencuri. Selain itu , saya dapat perhatikan murid tersebut sememangnya menaruh kepercayaan kepada saya . Ini dilihat daripada penceritaannya tentang bagaimana dia mula-mula menjebakkan diri dalam kegiatan mencuri dan bermasalah. Selepas mendengar punca masalah murid tersebut saya meminta murid memejamkan matanya dan menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus nafas tersebut secara perlahan-lahan. Seterusnya , saya meminta murid membayangkan wajah ibu dan ayahnya dirumah dan membayangkan perkara yang dilakukan oleh kedua orang tuanya. Semasa murid memejamkan matanya saya menanyakan

beberapa soalan yang memerlukan murid membuat persepektif sendiri sekiranya kedua orang tuanya itu dapat tahu bahawa dia adalah seorang pencuri. Saya menggunakan teori RET dalam cuba memainkan emosinya supaya dapat merasakan kesan keburukkan akibat tingkahlakunya. Semasa saya menjalankan sesi ini , saya dapati murid tersebut menunjukan respon perasaan sedih . Ini kerana beberapa kali saya lihat cuba memicit matanya dengan jari. Saya menggunakan teknik ini agar murid dapat melihat dengan jelas gambaran perasaan kecewa apabila ibubapa dapat mengetahui anak mereka mencuri.

Semasa mejalankan aktiviti ini saya juga memberi nasihat serta peneguhan yang positif agar dapat memupuk semangat murid tersebut supaya berubah daripada melakukan masalah seperti kegiatan mencuri tersebut. Hal ini menunjukkan saya mengaplikasikan teori behavioris dalam perlaksanaan sesi kaunseling saya. Seterusnya selepas menenangkan murid tersebut saya sekali lagi memberikan nasihat kepada murid tersebut serta memberikan peneguhan positif terhadap murid tersebut. Saya melihat murid tersebut mendengar nasihat saya dengan penuh perhatian. Dalam sesi ini , saya sememanya banyak menggunakan teknik peneguhan positif ini kerana saya yakin sikap seorang murid mampu diubah sekiranya guru memberikan pujian dan galakkan kepada murid tersebut untuk berubah. Justifikasi Teori Melihat kepada keseluruhan laporan , saya telah mengaplikasikan beberapa teori-teori bimbingan dan kaunseling dalam tugasan kaunseling saya. Antara teori yang telah di aplikasikan oleh saya ialah teori pemusatan klien oleh Carl Ransom Roger (1902-1987). Teori ini mem

You might also like