You are on page 1of 4

LAPORAN REFLEKSI KENDIRI DAHARI SHAH BIN MD DARUS HARI KOKURIKULUM IPG PERLIS PISMP RBT/PJ/BM (B) AMBILAN

JAN 2011

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya dan rakan-rakan telah berjaya menyelesaikan tugasan kelab yang telah diberi oleh guru pembimbing kami iaitu en. Musaidi bagi tahun 2013. Tugasan kali ini telah saya lalui telah melaksanakan aktiviti pada hari Ko-kurikulum yang berlangsung pada 4,5,6 oktober yang lepas. Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun yang tidak langsung dari merangka kertas kerja hinggalah perlaksanaan aktiviti jualan bagi menjayakan aktiviti Hari Ko-kurikulum yang berlangsung di PULAKO, IPG Perlis. MANFAAT Antara manfaat yang saya perolehi semasa menjalankan aktiviti ini ialah : Mengetahui bagaimanakah untuk menguruskan jualan Mengetahui cara meniaga menggunakan konsep islam Mengetahui peranan setiap anggota organisasi Mengetahui cara mengendalikan pelanggan Mengetahui system yang digunakan oleh peniaga untuk menarik minat pelanggannya PENAMBAHBAIKAN Antara penambahbaikan untuk memantapkan program ini ialah :
IPG KAMPUS PERLIS

Memastikan setiap dokumen yang berkaitan dengan program diuruskan dengan sempurna

Memastikan pihak masyarakat sekeliling tahu tujuan program ini dijalankan supaya mereka juga dapat datang memeriahkan majlis

Wujudkan kerjasama antara pelatih dan pihak pengurusan sekolah berdekatan untuk menjalankan aktiviti bersama pelajar-pelajar sekolah.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna pada fasa BIG yang akan dating, saya telah membuat analisis dan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pihak kami menguruskan program Bina Insan Guru Fasa 5 ini, berikut hasil dapatan saya : KEKUATAN Kerjasama yang baik antara biro-biro Mendapat kerjasama yang baik daripada pihak IPG Telah melakukan tinjauan awal tentang apa yang mereka inginkan semasa Hari Ko-kurikulum nanti Kelancaran pergerakkan ketika pembelian barangan, memasak serta mengurus jualan. KELEMAHAN Terdapat ahli kumpulan yang bersikap tidak professional dalam menanggani masalah yang dihadapi .

IPG KAMPUS PERLIS

Masih terdapat ahli yang mementingkan diri sendiri walaupun sudah lebih 4 tahun bersama.

Ketidaksediaan menerima pendapat orang lain akan menyusahkan kerja-kerja berpasukan untuk berjalan dengan lancar

Kesimpulannya, sepanjang aktiviti ini berlangsung saya telah mempelajari beberapa etika pengurusan dan cara bagaimana hendak meningkatkan semangat ukhwah untuk bermasyarakat. Selain itu, saya juga telah mempelajari teknik-teknik untuk mengurus jualan di hari Ko-kurikulum. Aktiviti ini telah merangsang saya supaya menjadi seorang pendidik yang fleksibel serta berketerampilan bagi menjayakan aspirasi negara supaya anak-anak bangsa dapat menjadi insan berguna di Dunia.

Disediakan oleh

(DAHARI SHAH BIN MD DARUS) PISMP SEM 6 AMBILAN JAN 2011

IPG KAMPUS PERLIS

IPG KAMPUS PERLIS

You might also like