You are on page 1of 9

TERAPI HAIWAN

Mohd Zulhelmi Md Isa Mohd Syahrul Azman Khairunisa Mis Man Rabiatul Adawiyah

Kuda

Definisi
Definisi Hippo (badak air) Berasal daripada perkataan

Yunani kuno iaitu Hippocrates yang bermaksud kuda.


Terapi Menurut Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan ke

atas pesakit yang pernah mengalami sebarang penyakit atau kecederaan bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal. Kesimpulannya Hippoterapi bermaksud kaedah rawatan pemulihan menggunakan kuda.

Sejarah
Sejak tahun 1875 Menunggang kuda telah dijadikan

sebagai latihan terapi di Paris .Ia telah diasaskan oleh seorang lelaki bernama Chassigne. Di seluruh dunia, ahli terapi fizikal telah menggunakan hippotherapy selama lebih daripda 30 tahun dahulu. Sejak 1970 Di Amerika Syarikat ahli terapi fizikal, terapi pekerjaan dan pakar patologi pertuturan bahasa telah menggunakan pergerakan kuda dalam terapi mereka. 1992 Amerika Hippotherapy Association (AHA) telah dibentuk bagi menyediakan satu forum pendidikan, komunikasi dan penyelidikan antara profesional kesihatan menggunakan pergerakan kuda dalam rawatan.

Kepentingan
Terhindar dari masalah sakit belakang.

Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana

terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan galloping kuda. Ia juga dapat mendorong semangat penunggang ke arah yang positif Membantu murid yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).

Teknik terapi berkuda


1. Pengenalan Memperkenalkan kuda kepada kanak-kanak iaitu mengajar mereka cara mendekati kuda, tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda, mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan dan rakap 2. Cara menaiki kuda Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menaiki kuda dengan selamat. Cara menuruni kuda Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menuruni kuda dengan selamat. 2. Menunggang dengan bantuan Setelah kanak-kanak mahir menaiki dan menuruni kuda mereka dibawa menunggang kuda mengelilingi sekitar kawasan terapi dengan bantuan jurulatih. Menunggang sambil melakukan pergerakan. Kanak-kanak juga diminta melakukan beberapa pergerakan mudah seperti mengangkat tangan, memegang pinggan, membongkok dan lain-lain. 3. Menunggang sambil menyanyi Adakalanya kanak-kanak akan mengikut jurulatih menyanyi lagu semasa menunggang kuda. Ini dapat memberikan mereka keseronokan dan kepuasan.

4. Menunggang menggunakan tali panjang. (longing) Kanak-kanak akan diajar menunggang kuda menggunakan tali panjang, Ini bermakna mereka menunggang kuda dengan sendiri tetapi jurulatih tetap mengawasi kuda tersebut dengan memegang tali kekang kuda yang panjang . Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali tersebut.
5. Menunggang mengikut arahan Seterusnya kanak-kanak akan diajar bagaimana menggerakkan kuda samada laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan mengikt arahan jurulatih. Arahan ini berterusan sehingga mereka faham dan mampu melakukannya sendiri.

6. Menunggang sendiri Selepas segala arahan telah difahami dan boleh dilakukan sendiri. Murid-murid akan dibiarkan menaiki kuda sendiri. Namun demikian, jurulatih tetap memberi pengawasan sehingga mereka telah benarbenar mahir.

Masalah pelaksanaan
Masalah yang biasa dihadapi ialah: Kekurangan pakar dalam membantu murid melaksanakan terapi berkuda Kekurangan kuda yang terlatih Pusat latihan berkuda yang terhad kebiasaaanya 1 atau 2 tempat sahaja di sesebuah negeri

Kesimpulan
Terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda). (Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu terkandung 1001 manfaat.

You might also like