You are on page 1of 4

Berdasarkan isu keciciran murid Orang Asli ini, maka guru merupakan insan yang bertanggungjawab memastikan mereka

belajar dan hadir ke sekolah seperti yang ditetapkan. Biasanya, murid-murid Orang Asli yang berada di asrama masih lagi merindui keluarga yang tinggal berjauhan. Oleh itu, guru yang mengajar di sekolah Orang Asli perlu sentiasa mengambil tahu kebajikan dan keperluan mereka seperti menguruskan aspek kebersihan dan penjagaan diri, memberi semangat dan motivasi di samping mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam hal ini, mereka akan menganggap bahawa guru adalah ibu bapa yang dapat memberikan kasih sayang dan mengambil perhatian sekaligus dapat mengubat kerinduan mereka terhadap ahli keluarga. Dalam konteks pembelajaran bilik darjah, guru perlu menggunakan kaedah serta teknik yang pelbagai bagi menarik minat dan perhatian mereka terhadap pengajaran yang berlangsung. Kebanyakan murid Orang Asli mempunyai tahap IQ yang agak lemah dan guru tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran kerana terpaksa mengajar mereka berkali-kali disebabkan kesukaran memahami sesuatu pengajaran . Dalam hal ini, cara berkesan untuk mengajar adalah dengan menggunakan kaedah nyanyian. Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab, guru boleh mereka satu lagu dan bernyanyi bersama murid bagi perkataan-perkataan yang sukar disebut. Dengan cara ini, sudah pasti mereka akan berasa seronok dan gembira untuk belajar sekaligus dapat mengelakkan masalah keciciran yang berlaku di sekolah. Selain itu, guru juga perlu mempelajari cara dan gaya hidup masyarakat Orang Asli agar dapat mengenali dengan lebih dekat sifat dan perwatakan anak murid mereka. Murid yang tidak tinggal di asrama biasanya akan datang lewat ke sekolah kerana

mereka terpaksa mengharungi denai dalam hutan dan mereka juga akan terserempak dengan gajah ketika dalam perjalanan. Oleh itu, mereka perlu berhenti dan menyembunyikan diri hingga gajah tersebut beredar dan kemudian barulah mereka meneruskan perjalanan ke sekolah. Dalam hal ini, guru yang memahami hidup masyarakat Orang Asli sudah tentu tidak akan memarahi murid yang datang lewat ke sekolah kerana Orang Asli juga sebenarnya mempunyai sifat sensitiviti yang tinggi. Contohnya, hukuman rotan tidak boleh digunakan kerana ia akan membuatkan mereka merajuk dan enggan ke sekolah. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan dan kemampuan mereka seperti banyakkan aktiviti yang berbentuk pergerakan dan berkumpulan. Guru perlu elakkan daripada melaksanakan aktiviti yang melibatkan mental kerana mereka dikatakan mempunyai ingatan yang singkat dan lemah. Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang guru mencipta serta melakukan aktiviti yang mampu menggalakkan mereka memberi perhatian terhadap pengajaran di dalam kelas kerana kadangkala murid-murid Orang Asli akan cepat jemu dan bosan apabila hanya tertumpu kepada satu aktiviti sahaja. Isu lain yang berkaitan dengan ketaksamaan peluang pendidikan adalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan murid di sekolah luar bandar. Sememangnya, hasrat kerajaan untuk memastikan murid-murid di sekolah luar bandar menguasai bahasa kedua ini masih belum tercapai kerana terdapat banyak faktor yang menyukarkarkan pelaksanaan ini. Antara faktor tersebut ialah murid-murid di sekolah

luar bandar kurang meminati subjek ini kerana beranggapan bahawa ianya susah untuk dikuasai berbanding subjek-subjek lain yang menggunakan bahasa ib`unda. Di sekolah pula, bilangan buku bahasa Inggeris yang disediakan di perpustakaan sangat terhad dan jika adapun mungkin hanya meliputi buku teks dan buku latihan. Hal ini sudah tentu menyukarkan murid untuk membuat rujukan dalam bahasa Inggeris sekaligus mematahkan semangatnya untuk menguasai bahasa ini dengan baik. Selain itu, kekurangan guru yang berkemahiran dalam bahasa Inggeris di sekolah luar bandar juga antara faktor yang menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran tersebut. Dalam hal ini, pihak sekolah terpaksa meminta guru yang di luar bidangnya untuk mengajar subjek bahasa Inggeris. Jika guru tersebut tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang subjek ini, sudah tentu murid-murid

mengabaikan serta tidak memberi fokus terhadap pengajarannya. Masalah ini dapat diatasi sekiranya guru sentiasa memberi galakkan dan motivasi kepada murid-murid supaya menganggap bahawa bahasa Inggeris tidak sukar seperti yang difikirkan. Biasanya, murid-murid di sekolah luar bandar mempunyai motivasi yang kurang untuk belajar bahasa Inggeris. Jadi, para guru perlu membimbing mereka yang lemah dalam subjek ini agar mereka tidak ketinggalan mendapat pendidikan yang serupa seperti murid di sekolah bandar. Sebagai contoh, guru perlu memberi ganjaran positif bagi mereka yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Contohnya, ganjaran yang diberi tidak semestinya berupa hadiah tapi guru boleh memberi tepukan atau pujian melalui aktiviti yang dilaksanakan.

Selain itu, guru perlu menggalakkan murid bercakap dalam bahasa Inggeris iaitu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Meskipun usaha ini dilihat begitu sukar kerana tidak semua murid mampu bertutur tetapi jika dilaksanakan secara berterusan usaha ini akan berhasil. Umpamanya, guru meminta murid menggunakan perkataan bahasa Inggeris jika ingin ke tandas, koperasi, kantin, meminta sesuatu daripada guru dan rakan-rakan lain. Malah, denda akan dikenakan bagi murid yang tidak menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris. Jadi, jika murid dapat menyebut dan bertutur dalam bahasa Inggeris, objektif guru tersebut akan tercapai sekaligus dapat mengubah stigma negatif mereka yang selama ini menganggap bahasa tersebut sangat susah dan membebankan.

You might also like