You are on page 1of 9

KERTAS KERJA MINI SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA 2 SEMPENA PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

1.0 PENDAHULUAN Sukan bola baling adalah salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan untuk kecemerlangan sekolah. Pendedahan dan pembangunan dalam memperkenalkan sukan bola baling ini boleh diterapkan semenjak kecil. Oleh itu, selaras dengan Dasar Kerajaan Malaysia mewajibkan murid untuk mengambil bahagian di dalam sekurang-kurangnya 1 permainan melalui Dasar 1Murid 1Sukan, pertandingan bola baling mini mampu menarik minat murid untuk bersukan dengan seronok. Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2 bertujuan hendak menganjurkan pertandingan Bola Baling mini 5 sebelah yang dikhaskan kepada murid berumur 9 hingga 10 tahun. Pertandingan ini dianjurkan bersempena Program 1 Murid 1 Sukan.

2.0 TUJUAN Matlamat utama program ini dianjurkan adalah untuk; menerapkan semangat kesukanan kepada peserta. Melahirkan murid-murid yang sihat dan aktif dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial.. memberi pengalaman kepada peserta untuk digunakan pada masa akan datang. 3.0 OBJEKTIF Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk; memberi pendedahan kepada peserta sukan yang dipertandingkan. memberikan pengalaman menyertai pertandingan yang berkaitan sukan. memberi pendedahan situasi sebenar kepada peserta tentang sukan yang dipertandingkan. memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu dan pengalaman baru. meluaskan pengetahuan peserta kepada sukan. mendukung aspirasi satu murid satu sukan.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN Pertandingan ini akan diadakan pada ketetapan yang berikut; 4.1 Tarikh : 01 hingga 02 Ogos 2013 4.3 Masa pertandingan : 3.30 petang hingga 6.30 petang (Khamis) 3.30 petang hingga 6.00 petang (Jumaat)

5.0 TEMPAT 5.1 Pertandingan akan dijalankan di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2

6.0 KUMPULAN SASARAN 80 murid lelaki dan perempuan tahun 3 dan tahun 4 berumur 9 hingga 10 tahun Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2.

7.0 AKTIVITI YANG DIPERTANDINGKAN 7.1 Bola baling 5 sebelah (Lelaki) 7.2 Bola baling 5 sebelah (Perempuan)

8.0 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA


Penasihat : Tuan Haji Shaharudin bin Haji Sharif ( Guru Besar SK Kampung Jawa 2 ) Pengerusi : Tuan HajiMohd Adnan bin Saidun ( Guru Penolong Kanan KoKorikulum) Pengerusi 2 : Puan Kamariah bt Abu Bakar ( Setiausaha Sukan SK Kampung Jawa 2 ) Naib Pengerusi : En Nor Abidin bin Abu Talib ( Penyelaras Program 1M 1S) Penyelaras : En Saipul Azhar bin Ramli ( Jurulatih Bola Baling SK Kampung Jawa 2 ) Setiausaha : En Zolnorhisam bin Ismail ( Penolong Jurulatih Bola Baling SK Kampung Jawa 2 ) Bendahari : Puan Normala Bt Bohari ( Ketua Panitia Pendidikan Jasmani SK Kampung Jawa 2)

9.0 TEKNIK DAN KEPEGAWAIAN


Teknik Pertandingan : En.Saipul Azhar bin Ramli ( PT Bola Baling Daerah Klang ) En. Mahzan bin Md Hassan (Guru Pendidikan Jasmani) En. Mohd Nazri bin Salan En Mohd Azuan bin Othman En Nasrul Nizam bin Ariffin Peralatan pertandingan : En Mohd Rustam bin Rozman Semua Guru Lelaki Hebahan / Juruacara : Puan Rosmariati bt Ribon En Mohd Noor bin Zainol Statistik dan Keputusan : En. Zolnorhisam bin Ismail Pn Wan Noor Azah bt Wan Ali Cik Siti Nadiah bt Baharum Hadiah /Penutup : Puan Rosmariati bt Ribon Puan Norhafizah Bt Ismail Puan Rozalina bt Hamid Puan Salmah binti Said Dokumentasi : En. Mohd Khoiry bin Mohd Kamarul Pn Azurah bt Mas Sohor Disiplin dan Keselamatan : Pn Nurul Akmal binti Samad Pn Ropiah bt Nong Pn Noraini bt Hassan En Abd Aziz bin Yasin

Pengurusan Pertandingan

Kepengadilan

10.0 TENTATIF PROGRAM


1 Ogos 2013 ( Khamis ) 3.30pm 4.00pm 4.30pm - 6.30p.m 2 Ogos 2013 ( Jumaat ) 3.30pm 5.30pm Bacaan Doa Ucapan alu-aluan Penyelaras Program Ucapan Penutupan Rasmi oleh Guru Besar Penyampaian sijil / cenderamata Bersurai : Pertandingan dijalankan : Penutupan : Pendaftaran pasukan : Undian Kumpulan : Pertandingan dijalankan

11.0 ANGGARAN KOS


11.1 Persiapan tempat dan makan minum urusetia Cat garisan dan peralatan = RM 200.00 30 orang x 5 x 2 hari = RM300 11.2 Hadiah Kategori Lelaki 7 orang pemain x 4 pemenang x RM 5.00 = RM RM 140.00 Kategori Perempuan 7 orang pemain x 4 pemenang x RM 5.00 = RM RM 140.00 11.3 Sumbangan kepada Pengadil 3 orang Pengadil x RM 50.00= RM 150.00 11.4 Sijil pemenang & penyertaan 12 pasukan x 7 orang pemain x 0.50sen = RM 42.00 11.5 Jumlah keseluruhan adalah RM 972.00.00 .( Sembilan ratus tujuh puluh dua ringgit).

12.0 SUMBER KEWANGAN 12.1 Duit Kokurikulum / SUWA 12.2 Sumbangan PIBG 8 x 84 = RM 672.00 RM 300.00

13.0 Penutup Pertandingan Bola Baling Mini Anjuran Kelab Bola Baling SK Kampung Jawa 2 ini dapat menerapkan rasa seronok dan kemahiran asas pelajar dalam sukan permainan bola baling selain melahirkan insan yang cergas dan cerdas sejajar dengan Dasar 1Murid 1Sukan. Diharapkan semoga program ini berjalan dengan lancar dan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan pertandingan ini.

Disediakan oleh ;

............................... (EN SAIPUL AZHAR BIN RAMLI)

Disemak oleh; .................................

Disahkan oleh; ...............................

PERATURAN PERMAINAN BOLA BALING MINI 1. Gelanggang permainan dan ukuran : Saiz goal : 240 cm x 160 cm

2. Bola Bola saiz 1 (saiz bola: 46-48 cm 225-275 gr) digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki dalam pertandingan bola baling mini. 3. Bilangan pemain Satu pasukan mengandungi 7 orang pemain. Semasa permainan, 4 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk. 4. Pakaian Pakaian sukan yang lengkap beserta kasut dan stoking. Pemain dilarang memakai barang kemas, jam dan yang seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan. 5. Pengadil Seorang pengadil gelanggang akan bertugas dan keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang pencatat. 6. Tempoh Permainan Masa permainan adalah selama 12 minit dibahagikan kepada dua dan 1 minit waktu rehat. Masa permainan hanya akan di hentikan atas perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa. 8. Memulakan Permainan Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah menang dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di dalam kawasan sendiri. Permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil gelanggang. 9. Jaringan Gol Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan pengadil.

* Dalam sukan permainan bola baling mini pengadil lebih bersikap sebagai penyelia
dan pembimbing dalam membantu pemain memahami peraturan.

PERTANDINGAN MINI BOLA BALING MINI

1. PERLAWANAN PUSINGAN AWAL (KALAH MATI) PERLAWANAN 1 PERLAWANAN 2 LIBM A LISEJ A VS VS LIBM B LISEJ B
MENANG (X1) KALAH (Y1) MENANG (X2) KALAH (Y2)

2. PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE- 3 DAN 4 Y1(____________) VS Y2(__________)

3. PERLAWANAN AKHIR JOHAN DAN NAIB JOHAN X1(____________) VS X2(___________)

KEPUTUSAN PERLAWANAN: 1. 2. 3. 4. JOHAN: _________________ NAIB JOHAN:_____________ TEMPAT KE-3:____________ TEMPAT KE-4:____________

You might also like