You are on page 1of 1

LITERASI BAHASA FORUM EN RAZALI Apakah yang anda rasakan tentang pengajaran minggu ini.

Anda boleh memberi sebarang maklumbalas seperti dapatan baru atau kritikan yang membina. Pada pendapat saya, sepanjang pengajaran pada minggu ini saya dapat mempelajari berkenaan tajuk aktiviti prabacaan yang mana telah diterangkan oleh pensyarah kami. Hasil pembelajaran ini, saya dapat mempelajari tentang cara bagaimana untuk melaksanakan aktiviti prabacaan dimana merangkumi peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan, penglihatan dan pendengaran. Selain itu, kami juga didedahkan dengan ciri-ciri kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid melalui ketigatiga kemahiran tersebut. Jelas disini bahawa peringkat prabacaan merupakan satu tahap yang penting yang perlu dilalui oleh murid-murid sebelum mereka mula membaca. Apakah pandangan anda terhadap kaedah fonetik dan adakah ia boleh membantu guru dalam pengajaran murid pemulihan Salam sejahtera Pada pandangan saya, kaedah fonetik ini adalah kaedah lisan atau kaedah reform dan berkait rapat dengan kaedah terus. Kaedah ini sesuai dan mudah untuk dikuasai oleh murid-murid kerana mereka telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa juga bahasa. Bagi kaedah fonetik ini murid-murid tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam pengajaran murid pemulihan kerana kaedah ini menekankan tentang hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.
Apakah kelebihan dan kekurangan menggunakan kaedah ini dan kemukakan cadangan aktiviti yang berkesan untuk membantu guru menggunakan kaedah abjad di dalam PnP mereka

You might also like