Falsafah dan Perkembangan PendidikanMalaysia (KPF 5012)
2.0Latar Belakang Ekonomi Asas.
Mata pelajaran Ekonomi Asas adalah salah satu mata pelajaranelektif untuk Tingkatan IV dan V. Tujuan sukatan pelajaran Ekonomi Asasdigubal adalah untuk memberi murid pemahaman yang sewajarnyamengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu mereka lebih memahamizaman kini yang lebih mencabar serta berteknologi. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari bagaimana membuat keputusan dengan lebihtepat untuk memberikan impak yang positif untuk masa kini dan masaakan datang. Secara tidak langsung, mata pelajaran ini dapat membantumereka untuk memahami masalah yang berpunca daripada sumber terhad dan dapat membuat pilihan yang rasional tentangpenggunaannya. Apabila dilihat daripada aspek kepentingan secarakeseluruhannya, pemahaman ekonomi ini juga dapat membantu individutersebut dalam memainkan peranan sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat serta penglibatan merekadalam aktiviti pembangunan ekonomi negara dan perdaganganantarabangsa.
2.1Matlamat
Merujuk kepada matlamat kurikulum Ekonomi Asas ini, tujuansebenarnya mata pelajaran ini diwujudkan adalah untuk membekalkanmurid dengan pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi. Selaindaripada itu, pembelajaran mata pelajaran ini juga dapat memupuk nilai-nilai murni dan serta semangat patriotik supaya mereka mempunyaikesedaran dan memahami masalah ekonomi yang berlaku di NegaraMalaysia khususnya. Apabila mereka memahami asas ekonomi ini,secara automatiknya mereka akan lebih menghargai sumbangan daripadasegala kegiatan ekonomi yang dijalankan serta menyelesaikan masalahekonomi yang melanda Negara ini dengan lebih berkesan danbertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.
2