LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2009
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun ini. Antaranya adalah berikut:
1.
Mesyuarat Agung Tahunan
Mesyuarat Agung Tahunan ini telah berlangsung di tapak serbaguna SMKDIY pada 9 Januari2009. Waktu adalah dari 9.30pg hingga 10.30pg.Sebanyak 135/180 orang telah menghadiri mesyuaratini.Dalam mesyuarat ini, ucapan pengerusi majlis dan guru penasihat telah diberikan. Kemudianguru penasihat meluluskan minit tahunan 2008. Perlantikan AJK 2009, aktiviti-aktiviti tahunan 2009,hal-hal lain yang berbangkit serta pembaharuan persetiaan pengakap dan janji setia telahdibincangkan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ini tamat dengan majlis penutup ikatan persaudaraan pengakap.
2.Merayakan Hari Pengasas Pengakap
Aktiviti ini diadakan di tapak perhimpunan sekolah pada 21hb Februari 2009. 86 orang pengakapdaripada 88 orang pengakap telah hadir pada hari ini. Guru-guru penasihat yang hadir ada En. KuZamil, En.Chan Chee Kong, En.Amra, En. Hafiz dan Cik Arnis Juliana.Taklimat pembentukan tapak kuda bagi majlis ini. Aktiviti-aktiviti seterusnya ada pembentukantapak kuda, naik bendera kumpulan dan lafaz persetiaan pengakap.Ucapan pemimpin pengakapdiberikan sebelum penutupan majlis penutupan. Aktiviti selepas penutupan majlis penutupan ada permainan dan tarian pengakap.Yang akhirnya ialah istiadat turun bendera.
3.Pengembaraan keTanjung Malim
Pada 14 Mac dan 15 Mac 2009, En. Ku Zamil, En.Chan Chee Kong, En. Hafiz dan Cik ArnisJuliana telah mengetuai pasukan pengakap yang seramai 30 orang pengakap mengembara ke TanjungMalim.Pada 14/3, pengakap berkumpul di sekolah pada pukul 5.30pg.Pengakap mula aktiviti pengembaraan pada 6.00pg. Selepas 3 jam 30 minit, pasukan telah sampai di Taman Rimba Templer.Pasukan pengakap meneruskan perjalanan mereka dan berehat di Rawang pada pukul 10.30 pagi.Pada pukul 11.15pg, perjalanan diteruskan. Pasukan telah tiba di Serendah pada 3.30ptg. Semasarehat, guru-guru penasihat dan ahli-ahli pengakap telah mengambil keputusan untuk naik bas keTanjung Malim. Akhirnya, pengakap-pengakap pun telah tiba Tanjung Malim pada pukul 6.10ptg.Pada hari seterusnya, iaitu 15/3, para guru dan pengakap makan pagi pada 7.30pg. Kemudian punmengemaskan barang untuk balik ke Kuala Lumpur. Pada pukul 11.15pg, guru dan pengakap tiba disekolah.
Leave a Comment