You are on page 1of 1

lampiran A

Skop Kajian : Walaupun saya mengesan terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh dipraktikkan, namun saya hanya akan menekan kaedah pengajaran secara amali semasa kajian ini dijalankan. Pengajaran secara amali ini akan memberi pengalaman baru kepada murid-murid serta memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri situasi semasa berada didalam sebuah bengkel. Saya akan melaksanakan kajian ini kepada murid-murid tahun 5 Inovatif di Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak, Bukit Katil Melaka. Metodologi : Tinjauan Awal Dalam perlaksanaan program ini, masalah dikenalpasti melalui beberapa teknik iaitu :a. Temubual Temubual bersama murid dengan menanyakan beberapa soalan bagi mengenalpasti pengetahuan sedia ada, pengalaman dan minat mereka tentang apa yang akan dipelajari Pemerhatian Pemerhatian dijalankan ke atas murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup untuk mengenalpasti respon murid-murid terhadap mata pelajaran tersebut. Ujian Pra Ujian pra akan dijalankan bagi mengenalpasti sejauh mana tahap mereka menguasai pengetahuan tentang mata pelajaran itu.

b.

c.

Penilaian Tindakan Intervensi


Penilaian tindakan diambil dengan melaksanakan ujian pos dan pemerhatian ke atas aktiviti menghasilkan projek yang berkaitan dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup darjah 5.

You might also like