You are on page 1of 46

02/10/2013

DRAF
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN)


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN EMPAT

Cetakan Pertama 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

DRAF
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 4

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KANDUNGAN
____________________________________________________________________________________________________________________

PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ELEMEN MERENTAS KURIKULUM FOKUS MATA PELAJARAN ORGANISASI KANDUNGAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENTAKSIRAN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN: PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN 4 BIDANG: AL-QURAN BIDANG: AKIDAH BIDANG: IBADAH BIDANG: SIRAH BIDANG: ADAB BIDANG: JAWI

1 1 1 2 3 3 4 6 7 8 9 12 16 22 27 31 35

PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dibina selaras dengan Falsafah

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dibina supaya pembelajaran yang diperoleh di bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pendengaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan peluang individu secara menyeluruh,

pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk

semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara

menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan Bagi memenuhi keperluan individu, KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendididkan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (b) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guruguru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) membolehkan murid: i. Mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna.
1

tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

ii.

Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

iii.

Menunjukkan

kemahiran

dan

keterampilan

ke

arah

Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Sains Dan Teknologi Perkembangan Fizikal Dan Estetika Keterampilan Diri

kehidupan berkerjaya. iv. Mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna. v. Menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi sejajar dengan tatasusila masyarakat majmuk. vi. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan

seharian bagi yang beragama Islam. vii. viii. ix. x. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Melibatkan diri dalam aktiviti riadah. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya. Menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG


Organisasi Kurikulum modal Berasaskan insan yang Tunjang diguna bagi dan

membangunkan

berpengetahuan

berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
2

Reka Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)


Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan

setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai . Kemahiran berfikir telah ditekankan dalam kurikulum sejak tahun Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur untuk setiap Standard Kandungan. 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran Berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
3

membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata pelajaran.

menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah

KBAT Mengaplikasi

Penerangan Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami serta hubung dengan kait lebih antara

dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir.

Menganalisis

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM


Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme, Reproduktif Kemahiran dan Sosial, Berfikir, Pendidikan Rasuah, Kesihatan Pendidikan

mendalam

bahagian berkenaan Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, justifikasi Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau dan nilai serta memberi

Pencegahan

Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

kaedah yang kreatif dan inovatif Jadual 1: Penerangan KBAT

Kreativiti dan Inovasi Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di manamana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.
5

Keusahawanan Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan: Mengamalkan sikap keusahawanan; Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan; Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan; Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Teknologi merupakan sesuatu mata pelajaran yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu: Belajar mengenai TMK Belajar melalui TMK Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN


Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam

berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunah. Ia bagi melahirkan murid yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertakwa dan beramal soleh. Mata pelajaran Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan dan ketatanegaraan. Mata pelajaran ini disusun mencakupi bidang Al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi. Matlamat Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) adalah untuk melahirkan diri murid dan bermasalah orang lain, pendengaran berilmu, yang

menghormati

beramal,

berketerampilan dan berakhlak mulia serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara.

Objektif Setelah mengikuti Khas Kurikulum (KSSRPK) Standard Pendidikan Sekolah Islam Rendah (Masalah

ORGANISASI KANDUNGAN
Bidang Al-Quran a. Mengenal dan membaca al-Quran menggunakan Kaedah Fakih. b. Memahami makna surah al-Fatihah dan surah-surah tertentu dari juzuk Amma ( pengajarannya. Bidang Akidah a. Memahami dan mempunyai akidah yang sahih. b. Mengetahui mengenai peraturan akidah yang ditentukan oleh Allah SWT dan melaksanakannya. c. Mengaplikasikan seharian. sirah Bidang Ibadah a. Melaksanakan ibadah fardhu seperti solat, puasa, zakat dan menghayati nilai-nilai dan haji. b. Mematuhi peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungan dengan Allah SWT, Rasulullah SAW dan tuntutan akidah dalam kehidupan ) serta menghayati

Pendidikan

Pendengaran) murid dapat; 1. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul secara isyarat atau kod untuk memupuk minat membaca al-Quran dan mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian; 2. Memahami maksud beberapa surah terpilih dan

menghayati pengajarannya ke arah meyakini al-Quran sebagai rujukan; 3. Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama; 4. Memahami dan mengamalkan asas ibadah sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah; 5. Memahami dan mengambil iktibar daripada

Rasulullah SAW bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda; 6. Memahami, mengamalkan

akhlak dalam kehidupan seharian; dan 7. Membaca dan menulis tulisan jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
7

sesama manusia.

Bidang Sirah a. Mengetahui peristiwa yang berlaku dan sirah Rasulullah SAW. b. Mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa dalam sirah Rasulullah SAW.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai

kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Inkuiri Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

Bidang Akhlak Mematuhi peraturan dan tatacara, serta berakhlak terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar.

Bidang Jawi a. Mengenal dan membaca tulisan jawi. b. Menulis tulisan jawi dengan baik. c. Mempelajari asas seni khat.

PENTAKSIRAN
Pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannya melalui aktiviti pentaksiran. Pentaksiran di bilik darjah penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajaran serta dapat memberi maklum balas kepada guru untuk merancang tindakan susulan bagi meningkatkan penguasaan dan

iii. Persembahan Persembahan secara lisan atau amali adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, berkomunikasi (kod tangan dan isyarat), keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang isi kandungan yang dipelajari. iv. Folio Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh folio adalah buku skrap dan laporan. Standard Prestasi Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk

pemahaman murid. Guru hendaklah merancang dengan teliti kaedah yang sesuai untuk mentaksir murid bagi memastikan pentaksiran yang relevan dan menepati tujuan. Kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah seperti berikut: i. Pemerhatian Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran secara pemerhatian semak. ii. Ujian / Kuiz Ujian atau kuiz boleh dijalankan dalam bentuk kertas hendaklah disertakan dengan senarai

menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan.

Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang disusun secara hirarki di mana terendah Tahap Penguasaan 1

menunjukkan

pencapaian

sehingga

pencapaian

tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Setiap pernyataan Tahap Penguasaan ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentu untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid.

pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif.
9

Tafsiran umum pernyataan Tahap Penguasaan tersebut adalah seperti di Jadual 2.

Tahap Penguasaan 1

Tafsiran

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk

mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
Jadual 2: Tafsiran Umum Standard Prestasi

10

Tafsiran pernyataan Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) adalah seperti di Jadual 3.

Tahap Penguasaan Kemahiran

Tafsiran

Ilmu

Murid menguasai asas penghayatan, kemahiran dan nilai dalam tajuk yang dipelajari.

Amali

Murid menjelaskan konsep atau menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara praktik dalam tajuk yang dipelajari.

Amalan

Murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Murid menjadikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang dipelajari sebagai amalan dan melakukannya secara bersungguh-sungguh serta bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dalam kehidupan seharian Murid memberi justifikasi atau istiqamah terhadap tindakan yang dilakukan dalam kehidupan seharian berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang dipelajari Murid mengalami perubahan tingkah laku, cara pemikiran serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang bertakwa berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang telah dipelajari dan boleh dicontohi atau boleh membimbing orang lain

Iltizam

Penghayatan

Pentabiatan

Jadual 3: Tafsiran pernyataan Standard Prestasi Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran)


11

BIDANG:

AL-QURAN STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.1 Membaca Surah Al-Maun.

1.1.1 Mengenal dan mengecam kalimah-kalimah daripada Surah al-Maun. 1.1.2 Menyebut kalimah-kalimah tertentu daripada Surah alMaun. 1.1.3 Membaca setiap kalimah daripada Surah al-Maun. 1.1.4 Membaca ayat 1 hingga 7 daripada Surah al-maun.

Membaca kalimah daripada Surah al-Maun.

Membaca ayat daripada Surah al-Maun. Membaca Surah al-Maun dengan diamalkan dalam kehidupan seharian. Membaca Surah al-Maun bersungguh-sungguh. dengan baik betul dan dan

3 4 5

Membaca Surah al-Maun dengan betul dan lancar serta istiqamah. Membaca Surah al-Maun dengan betul dan lancar serta dapat dicontohi bacaannya atau boleh membimbing orang lain.

12

BIDANG:

AL-QURAN STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.2 Membaca Surah Al-Humazah.

1.2.1 Mengenal dan mengecam kalimahkalimah daripada Surah al-Humazah. 1.2.2 Menyebut kalimah-kalimah tertentu daripada Surah alHumazah. 1.2.3 Membaca setiap kalimah daripada Surah alHumazah. 1.2.4 Membaca ayat 1 hingga 9 daripada Surah alHumazah

Membaca kalimah daripada Surah al-Humazah.

Membaca ayat daripada Surah al-Humazah. Membaca Surah al-Humazah dengan baik dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Membaca Surah al-Humazah dengan betul dan bersungguh-sungguh. Membaca Surah al-Humazah dengan betul dan lancar serta istiqamah. Membaca Surah al-Humazah dengan betul dan lancar serta dapatdicontohi bacaannya atau boleh membimbing orang lain.

13

BIDANG:

AL-QURAN STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.3 Membaca Surah AtTakatsur.

1.3.1 Mengenal dan mengecam kalimah-kalimah daripada Surah at-Takatsur. 1.3.2 Menyebut kalimah-kalimah tertentu daripada Surah atTakatsur. 1.3.3 Membaca setiap kalimah daripada Surah atTakatsur. 1.3.4 Membaca ayat 1 hingga 8 daripada Surah atTakatsur.

Membaca kalimah daripada Surah at- Takatsur.

Membaca ayat daripada Surah at- Takatsur. Membaca Surah at- Takatsur dengan baik dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Membaca Surah at- Takatsur dengan betul dan bersungguh-sungguh. Membaca Surah at-Takatsur dengan betul dan lancar serta istiqamah. Membaca Surah at-Takatsur dengan betul dan lancar serta dapatdicontohi bacaannya atau boleh membimbing orang lain.

14

BIDANG:

AL-QURAN STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.4 Memahami Surah AlFatihah.

1.4.1 Membacakalimahkalimah daripada Surah al-Fatihah. 1.4.2 Mengenal makna kalimah-kalimah tertentu daripada Surah alFatihah. 1.4.3 Memahami makna kalimah-kalimah daripada daripada Surah al-Fatihah. 1.4.4 Memahami maksud keseluruhan Surah alFatihah.

Menyatakan makna kalimah-kalimah tertentu daripada Surah al-Fatihah. Menjelaskan makna Surah al-Fatihah. Mengaplikasikan maksud Surah dalam kehidupan seharian. al-Fatihah

Memahami dan mengamalkan Surah alFatihah secara bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Memahami dan mengamalkan Surah alFatihah secara istiqamah dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian. Memahami dan mengamalkan Surah alFatihah dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

15

BIDANG:

AKIDAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.1 Memahami dan menghayati nama-nama Allah: 2.1.1 Al-Adl

2.1.1.1 Menyatakan pengertian al-Adl. 2.1.1.2 Menyatakan kesan beramal dengan al-Adl. 2.1.1.3 Menyatakan akibat tidak beramal dengan al-Adl.

Menyatakan pengertianal-Adl. Menjelaskan kesan dan akibat beramal dengan al-Adl Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadapmaksud al-Adl dalam kehidupan seharian. Memahami dan mengamalkan maksud al-Adl dengan menjadikannya sebagai pegangan dalamkehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap maksud alAdl dengan menjadikanya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap maksud alAdl dengan menjadikanya sebagai asas tindakan dalamkehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

16

BIDANG:

AKIDAH STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.2.1 Menyatakan pengertian as-Syakur. 2.1.2.2 Menyatakan kesan beramal dengan asSyakur. 2.1.2.3 Menyatakan akibat .tidak beramal dengan as-Syakur. STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

STANDARD KANDUNGAN

2.1 Memahami dan menghayati nama-nama Allah: 2.1.2 As-Syakur

Menyatakanpengertian as- Syakur. Menjelaskan kesan dan akibat beramal dengan as- Syakur. Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadapmaksudas- Syakur dalam kehidupan seharian. Memahami dan mengamalkan maksud asSyakur dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap maksud asSyakur dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap maksud asSyakur dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

17

BIDANG:

AKIDAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.2 Memahami dan menghayati sifat-sifat Allah: 2.2.1 Qiamuhu Binafsihi

2.2.1.1 Menyatakan maksud Qiamuhu Binafsihi. 2.2.1.2 Menyatakan kesan beriman dengan sifat Qiamuhu Binafsihi.

Menyatakan pengertian Qiamuhu Binafsihi. Menjelaskan kesan dan akibat beramal dengan Qiamuhu Binafsihi. Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadapsifat Qiamuhu Binafsihi dalam kehidupan seharian. Memahami dan mengamalkan sifat Qiamuhu Binafsihi dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap sifat Qiamuhu Binafsihi dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap sifat Qiamuhu Binafsihi dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

3 2.2.1.3 Menyatakan akibat tidak beriman dengan sifat Qiamuhu Binafsihi.

18

BIDANG:

AKIDAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.2 Memahami dan menghayati sifat-sifat Allah: 2.2.2 Wahdaniyah

2.2.2.1 Menyatakan maksud Wahdaniyah. 2.2.2.2 Menyatakan kesan beriman dengan sifat Wahdaniyah. 2.2.2.3 Menyatakan akibat tidak beriman dengan sifat Wahdaniyah.

Menyatakan pengertian Wahdaniyah. Menjelaskan kesan dan akibat beramal dengan Wahdaniyah. Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadapsifat Wahdaniyah dalam kehidupan seharian. Memahami dan mengamalkan sifat Wahdaniyah dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap sifat Wahdaniyah dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap sifat Wahdaniyah dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

19

BIDANG:

AKIDAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.2 Memahami dan menghayati sifat-sifat Allah: 2.2.3 Qudrat

2.2.3.1 Menyatakan maksud Qudrat. 2.2.3.2 Menyatakan kesan beriman dengan sifat Qudrat. 2.2.3.3 Menyatakan akibat tidak beriman dengan sifat Qudrat.

Menyatakan pengertian Qudrat. Menjelaskan kesan dan akibat beramal dengan Qudrat. Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadapsifat Qudrat dalam kehidupan seharian. Memahami dan mengamalkan sifat Qudrat dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap sifat Qudrat dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap sifat Qudrat dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

20

BIDANG:

AKIDAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.3 Memahami dan menghayati beriman kepada Qadak dan Qadar.

2.3.1 Menyatakan pengertian Qadak dan Qadar. 2.3.2 Menyatakan kesan beriman kepada Qadak dan Qadar. 2.3.3 Menyatakan akibat tidak beriman kepada Qadak dan Qadar.

Menyatakan pengertian Qadak dan Qadar. Menjelaskan kesan dan dengan Qadak dan Qadar. akibat beramal

Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadap konsep Qadak dan Qadar dalam kehidupan seharian. Memahami dan mengamalkan sifat konsep Qadak dan Qadar dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap konsep Qadak dan Qadar dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian. Merumuskan kefahaman terhadap konsep Qadak dan Qadar dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

21

BIDANG:

IBADAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.1 Memahami dan mengamalkan rukun solat.

3.1.1 Menyatakan rukun solat. 3.1.2 Menjelaskan pembahagian rukun solat.

Menyatakan rukun solat.

Menjelaskan dan mempraktikkan rukun solat. Menjelaskan dan mengaplikasikan rukun solat dalam kehidupan seharian. Menjelaskan dan mengamalkan rukun solat secara sempurna dan bersungguh-sungguh dalam kehidupan seharian. Menjelaskan dan mengamalkan rukun solat secara sempurna serta istiqamah dalam kehidupan seharian. Menjelaskan dan mengamalkan rukun solat secara istiqamah dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atauboleh membimbing orang lain.

22

BIDANG:

IBADAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.2 Memahami dan mengamalkan konsep bersuci daripada najis: 3.2.1 Najis Mukhaffafah

3.2.1.1 Menyatakan pengertian Najis Mukhaffafah. 3.2.1.2 Menjelaskan cara membersihkan Najis Mukhaffafah. 3.2.1.3 Amali membersihkan Najis Mukhaffafah.

Menyatakan perkara-perkara asas bersuci daripada Najis Mukhaffafah. Menjelaskan dan mempraktikkan bersuci daripada Najis Mukhaffafah. cara

Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mukhaffafah dengan betul dalam kehidupan seharian. Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mukhaffafah dengan sempurna dalam kehidupan seharian. Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mukhaffafah secara sempurna dalam kehidupan seharian. Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mukhaffafah secara sempurna dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

23

BIDANG:

IBADAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.2 Memahami dan mengamalkan konsep bersuci daripada najis: 3.2.2 Najis Mutawassitah

3.2.2.1 Menyatakan pengertian Najis Mutawassitah. 3.2.2.2 Menyenaraikan contohcontoh Najis Mutawassitah. 3.2.2.3 Menjelaskan cara membersihkan Najis Mutawassitah. 3.2.2.4 Amali membersihkan Najis Mutawassitah.

Menyatakan perkara-perkara asas bersuci daripada Najis Mutawassitah. Menjelaskan dan mempraktikkan cara bersuci daripada Najis Mutawassitah. Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mutawassitah dengan betul dalam kehidupan seharian. Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mutawassitah dengan sempurna dalam kehidupan seharian. Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mutawassitah secara sempurna dalam kehidupan seharian. Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mutawassitah secara sempurna dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

24

BIDANG:

IBADAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.2 Memahami dan mengamalkan konsep bersuci daripada najis: 3.2.3 Najis Mughallazah

3.2.3.1 Menyatakan pengertian Najis Mughallazah. 3.2.3.2 Menyenaraikan contohcontoh Najis Mughallazah. 3.2.3.3 Menjelaskan cara membersihkan Najis Mughallazah. 3.2.3.4 AmalI membersihkan Najis Mughallazah.

Menyatakan perkara-perkara asas bersuci daripada Najis Mughallazah. Menjelaskan dan mempraktikkan bersuci daripada Najis Mughallazah. cara

Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mughallazah dengan betul dalam kehidupan seharian. Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mughallazah dengan sempurna dalam kehidupan seharian. Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mughallazah secara sempurna dalam kehidupan seharian. Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mughallazah secara sempurna dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

25

BIDANG:

IBADAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.3 Memahami dan mengamalkan tayamum.

3.3.1 Menyatakan pengertian tayamum. 3.3.2 Menyenaraikan tayamum. rukun

Menyatakan perkara-perkara asas tayamum.

Menjelaskan dan menunjuk cara bertayamum. Menjelaskan dan mengaplikasikan bertayamum dengan betul. Menjelaskan dan mengaplikasikan bertayamum dengan sempurna bersungguh-sungguh. cara cara dan

3.3.3 Menyatakan syaratsyarat tayamum. 3.3.4 Menjelaskan cara-cara bertayamum. 3.3.5 Menjelaskan perkaraperkara yang membatalkan tayamum. 3.3.6 Amali tayamum.

Menganalisis dan melakukan cara bertayamum secara sempurna dengan menekankan kepentingan melakukannya. Melakukan tayamum secara sempurna dengan menekankan kepentingan melakukannya serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

26

BIDANG:

SIRAH STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Menyatakan pengertian dakwah secara sulit. 4.1.2 Menyenaraikan sebabsebab dakwah secara sulit. 4.1.3 Menerangkan cara-cara dakwah secara sulit. 4.1.4 Menyatakan pengertian dakwah secara terang. 4.1.5 Menyenaraikan sebabsebab dakwah secara terang. 4.1.6 Menerangkan cara-cara dakwah secara terang. STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

STANDARD KANDUNGAN

4.1 Memahami peristiwa dakwah secara sulit dan terang.

Menyatakan pengertian dakwah secara sulit dan terang. Menyebut golongan yang menerima dakwah secara sulit dan terang. Menceritakan peristiwa dakwah secara sulit dan terang serta mengaplikasi iktibar daripada peristiwa tersebut di dalam kehidupan seharian. Menyenaraikan sebab-sebab dakwah secara sulit dan terang serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan bersungguhsungguh. Membezakan dan menjustifikasi dakwah secara sulit dan terang. Menjelaskan kronologi peristiwa dakwah secara sulit dan terang serta boleh membimbing orang lain memahami peristiwa tersebut.

27

BIDANG:

SIRAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

4.2 Memahami kisah 4.2.1 Menyatakan pembesarpenentangan terhadap pembesar Makkah yang dakwah Rasulullah SAW. menentang dakwah Rasulullah SAW. 4.2.2 Menjelaskan ancaman kaum kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah SAW. 4.2.3 Menyenaraikan sebabsebab penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW.

1 2

Menyatakanperistiwa penentangan pembesar-pembesar Makkah terhadap dakwah Rasulullah SAW. Menjelaskan ancaman kaum kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah SAW. Menjelaskan dan mengaplikasikan iktibar terhadapperistiwa penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Menjelaskan dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian secara bersungguh-sungguh. Menganalisis dan mengaplikasikan iktibardaripada peristiwa penentangan terhadap dakwah Rasulullah dalam kehidupan seharian secara istiqamah. Menganalisis dan mengaplikasikan iktibardaripada peristiwa penentangan terhadap dakwah Rasulullah dalam kehidupan seharian secara istiqamah serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

28

BIDANG:

SIRAH STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

4.3 Memahami peristiwa hijrah ke Habsyah.

4.3.1 Menyatakan sebab-sebab penghijrahan. 4.3.2 Menyatakan peristiwa hijrah ke Habsyah. 4.3.3 Menyenaraikan pengajaran daripada peristiwa hijrah ke Habsyah.

Menyebut nama-nama orang yang berhijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua. Menjelaskan sebab-sebab pengikut Rasulullah SAW berhijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua. Menceritakan peristiwa hijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua serta mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut dalam kehidupan seharian. Menganalisis peristiwa hijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua serta mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut dalam kehidupan seharian. Menjelaskan kronologi peristiwa hijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua. Menyenaraikan pengajaran daripada peristiwa hijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua serta boleh membimbing orang lainmemahami peristiwa tersebut.

29

BIDANG:

SIRAH STANDARD PEMBELAJARAN 4.4.1 Menyatakan golongan bangsawan Makkah yang menerima dakwah Islam. 4.4.2 Menerangkan kesan daripada seruan dakwah Nabi Muhammad SAW. STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

STANDARD KANDUNGAN

4.4 Memahami kisah penerimaan golongan bangsawan terhadap seruan Nabi Muhammad SAW.

Menyatakan nama-nama golongan bangsawan yang menerima dakwah Islam. Menceritakan biodata tokoh bangsawan yang yang menerima dakwah Islam. Menerangkan peristiwa pengislaman golongan bangsawan dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Menerangkan kesan daripada seruan dakwah Nabi Muhammad SAW dan mengambil iktibar daripada peristiwa dalam kehidupan seharian secara bersungguh-sungguh. Menganalisis kesan penerimaan golongan bangsawan terhadap dakwah Rasulullah SAWdalam kehidupan seharian secara istiqamah. Menghuraikan dan mengaplikasi iktibar daripada peristiwa penerimaan golongan bangsawan terhadap dakwah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian secara istiqamahserta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

30

BIDANG:

ADAB STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

5.1 Memahami dan mengamalkan adab bergaul dalam keluarga.

5.1.1 Menyatakan maksud keluarga. 5.1.2 Menyenaraikan adab-adab bergaul dalam keluarga. 5.1.3 Menyatakan hikmah mengamalkan adab bergaul dalam keluarga. 5.1.4 Menerangkan akibat tidak mengamalkan adab bergaul dalam keluarga.

Menyatakan adab bergaul dalam keluarga.

Menjelaskan adab bergaul dalam keluarga. Menunjuk cara adab bergaul dalam keluarga dengan betul. Menyenaraikan kesan adab bergaul dalam keluarga serta membudayakannya dalam kehidupan seharian. Mengamalkan adab bergaul dalam keluarga secara istiqamah. Mengamalkan adab bergaul dalam keluarga secara istiqamah serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

31

BIDANG:

ADAB STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

5.2 Memahami dan mengamalkan adab bergaul dengan orang tua.

5.2.1 Menyenaraikan adab bergaul dengan orang tua. 5.2.2 Menyatakan hikmah mengamalkan adab bergaul dengan orang tua. 5.2.3 Menerangkan akibat tidak mengamalkan adab bergaul dengan orang tua.

Menyatakan adab bergaul dengan orang tua.

Menjelaskan adab bergaul dengan orang tua. Menunjuk cara adab bergaul dengan orang tua dengan betul. Menyenaraikan kesan adab bergaul dengan orang tua serta membudayakannya dalam kehidupan seharian. Mengamalkan adab bergaul dengan orang tua secara istiqamah. Mengamalkan adab bergaul dengan orang tua secara istiqamah serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

32

BIDANG:

ADAB STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

5.3 Memahami dan mengamalkan adab berjiran.

5.3.1 Menyatakan maksud jiran. 5.3.2 Menyenaraikan adab-adab berjiran. 5.3.3 Menyatakan hikmah mengamalkan adab berjiran. 5.3.4 Menerangkan akibat tidak mengamalkan adab berjiran.

Menyatakan adab berjiran .

Menjelaskan adab berjiran.

Menunjuk cara adab berjiran dengan betul. Menyenaraikan kesan adab berjiran serta membudayakannya dalam kehidupan seharian. Mengamalkan adab berjiran secara istiqamah. Mengamalkan adab berjiran secara istiqamah serta dicontohi dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

4 5

33

BIDANG:

ADAB STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

5.4 Memahami dan mengamalkan adab di dalam masjid.

5.4.1 Menyatakan maksud masjid. 5.4.2 Menyenaraikan adab-adab di dalam masjid. 5.4.3 Menyatakan hikmah mengamalkan adab di dalam masjid. 5.4.4 Menerangkan akibat tidak mengamalkan adab di dalam masjid.

Menyatakan adab di dalam masjid.

Menjelaskan adab di dalam masjid. Menunjuk cara adab di dalam masjid dengan betul. Menyenaraikan kesan mengamalkan adab di dalam masjid serta membudayakan dalam kehidupan seharian. Mengamalkan adab di dalam masjid secara istiqamah dalam kehidupan seharian. Mengamalkan adab di dalam masjid secara istiqamah dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

34

BIDANG:

JAWI STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

6.1 Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab.

6.1.1 Mengenal perkataan pinjaman Bahasa Arab. 6.1.2 Membaca perkataan pinjaman Bahasa Arab. 6.1.3 Menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab.

Mengeja dan menyebut perkataan pinjaman Bahasa Arab. Menyebut, membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab. Membaca dan menulis perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Arab dengan betul. Membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab dengan betul dan membudayakannya di sekolah. Membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab dengan betul dan berterusan. Membaca dan menulis perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Arab dengan lancar serta boleh dicontohi dan membimbing orang lain.

35

BIDANG:

JAWI STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

6.2 Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Inggeris.

6.2.1 Mengenal perkataan pinjaman Bahasa Inggeris. 6.2.2 Membaca perkataan pinjaman Bahasa Inggeris. 6.2.3 Menulis perkataan pinjaman Bahasa Inggeris.

Mengeja dan menyebut perkataan pinjaman Bahasa Inggeris. Menyebut, membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Inggeris. Membaca dan menulis perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dengan betul. Membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dengan betul dan membudayakannya di sekolah. Membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dengan betul dan berterusan. Membaca dan menulis perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dengan lancar serta boleh dicontohi dan membimbing orang lain.

36

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk

You might also like