You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL (SEBELUM PRAKTIKUM)

. Pada semester ini PISMP Semester 7 dikehendaki menjalani praktikum Fasa 3 selama 12 minggu di sekolah yang telah diberikan oleh Unit Praktikum. Bagi fasa ini, saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Kampung Beraya, Miri. Pasangan saya untuk praktikum kali ini adalah sama iaitu Siti Nurhafizah Binti Mueedin. Pada praktikum kali ketiga ini saya perlu menjalankan praktikum berdasarkan subjek major saya iaitu Matematik dan juga elektif kedua iaitu Bahasa Melayu.

Sebelum menjalani praktikum di sekolah ini, saya dan rakan terlebih dahulu telah pergi meninjau kedudukan sekolah yang terletak di Kampung Beraya yang agak jauh dari kediaman kami. Hasil tinjauan bersama rakan-rakan, sekolah tersebut tidaklah terlalu jauh tapi cuma apabila berlaku kesesakan pada waktu-waktu tertentu, tempoh masa untuk sampai agak panjang berbanding tempoh biasa iaitu 15 minit. Hasil tinjauan juga mendapati sekolah ini mempunyai 1 sesi iaitu pagi dan sekolah ini merupakan sekolah kurang murid.

Sebelum saya menghadapi praktikum ini, semestinya saya mengharapkan hasil yang terbaik dapat saya berikan untuk diri, sekolah, guru dan pensyarah penyelia. Sebelum saya menjalani praktikum Fasa 3, saya telah pun menjalani Praktikum Fasa 1 dan 2. Hasil pengalaman ini saya jadikan sebagai bimbingan dan panduan buat diri saya melakukan yang terbaik untuk praktikum Fasa 3 ini. Saya merasakan sangat teruja tapi dalam waktu yang sama merasakan perasaan yang agak gementar di atas beberapa perkara.

Pertama berkaitan dengan penerimaan warga sekolah terutama guru pembimbing dan murid-murid terhadap guru praktikum yang baru ini. Penerimaan yang baik adalah penting agar sebarang komunikasi dan perhubungan sepanjang praktikum dapat berjalan dengan lancar. Sekiranya penerimaan mereka adalah baik dan positif, kita akan sentiasa selesa sepanjang berada di sekolah tersebut.

Kedua berkaitan dengan komitmen yang diberikan oleh warga sekolah terutamanya barisan pentadbir dan juga guru pembimbing. Komitmen tersebut adalah berdasarkan kerjasama yang diberikan terhadap saya dan rakan saya. Saya mengharapkan setiap orang daripada mereka memberikan kerjasama yang baik agar saya lebih yakin dan bersemangat untuk menjalani praktikum Fasa 3 ini.

Pada praktikum kali ini, saya berharap agar saya mampu dan berjaya menjadi seorang guru yang lebih kreatif dalam membentuk dan merancang sesuatu bahan bantu mengajar yang mudah dan dapat memberikan kesan dan kefahaman kepada murid - murid. Selain itu, saya juga berharap dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui komunikasi dua hala agar saya dapat mendekati dan lebih memahami murid-murid sekaligus menjadikan kanak-kanak itu mudah dibentuk agar dapat melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang mulia.

Saya juga berharap agar saya dapat melakukan sesuatu sumbangan yang berguna dan bermanfaat untuk sekolah. Praktikum Fasa 3 ini juga saya berkeinginan untuk menimba ilmu daripada guru sekolah selaku guru pembimbing di situ tentang pengalaman berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran, lagi lagi murid yang tidak terlalu ramai dalam sebuah kelas. Ini bertujuan untuk saya membuat penambahbaikkan dalam diri dan juga sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula ilmu ini dapat digunakan sebagai persediaan untuk saya mengajar apabila sudah tamat belajar kelak.

You might also like