You are on page 1of 20

LAPORAN BINA INSAN GURU PPG PERINGKAT 2 - KHIDMAT MASYARAKAT FASA 1 SEBELUM Permulaan pelaksanaan Bina Insan Guru

u PPG Peringkat 2 dimulakan dengan sesi mesyuarat yang telah diadakan pada 10 April 2013( Rabu ). Sesi mensyuarat ini dihadiri oleh semua ahli kumpulan yang terlibat di dalam melaksanakan Program Khidmat Masyarakat. Ahli kumpulan yang terlibat ialah En.Ahmad Rashidi bin Mohd Dali (PPG MTE-D), Pn. Nor Rishah Bakar (PPG MTE-A ) , Pn.Zunita bt Hassan (PPG MTE-C) , Pn. Iiana bt Md Isa (PPG MTE-B) dan Pn. Zainah bt Wan Cheek(PPG BMM-A ). Di dalam mesyuarat ini telah diputuskan tarikh pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat , senarai ahli jawatankuasa yang terlibat dan pembahagian tempat-tempat yang hendak dijalankan gotong-royong. Selain itu, mesyuarat juga memutuskan murid-murid yang akan terlibat di dalam gotong-royong yang bakal diadakan. Berikut adalah butiran-butiran daripada mesyuarat tersebut: Tarikh Hari Masa Tempat Peserta : : : : : 17 April 2013 Rabu 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang Kawasan persekitaran Sek.Keb.Pmtg.Tok Mahat 5 orang peserta PPG 75 orang murid Setelah selesai mesyuarat , persetujuan mesyuarat ini telah dipanjangkan kepada pihak pentadbir sekolah. Hal ini adalah disebabkan untuk memohon persetujuan pihak pentadbir bagi menjalankan program yang dirancangkan. Hasil perbincangan tersebut, didapati semua pihak bersetuju dengan cadangan bagi pelaksanaan program gotong royong ini. Memandangkan aktiviti gotong-royong ini akan menggunakan waktu kokurikulum dan lewat sejam daripada waktu pulang murid maka satu surat pemberitahuan kepada waris perlu disediakan. Ini bagi memaklumkan para waris bahawa murid yang terlibat di dalam program ini tidak akan menghadiri aktiviti kokurikulum dan akan pulang lewat selama satu jam. Peserta-peserta yang terlibat pula ialah daripada ahli-ahli badan berunifrom seperti Pengakap,Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM ), Tunas Kadet Remaja Sekolah(TKRS) dan Puteri Islam.

Di bawah dinyatakan senarai ahli jawatankuasa yang terlibat dengan program ini:

JAWATANKUASA INDUK BINA INSAN GURU SIRI 2/ 2013

Pengerusi Setiausaha 1 Setiausaha 2 Penyelaras Bendahari

: En.Ahmad Rashidi bin Md Dali : Pn.Nor Rishah binti Bakar : Pn.Zunita bt Hassan : Pn.Iliana bt Md Isa : Pn Zainah bt Wan Cheek

Juruacara Majlis

: En.Ahmad Rashidi bin Md Dali

Makanan

: Pn.Iliana bt Md Isa : Pn.Zainah bt Wan Cheek : Pn.Iliana bt Md Isa : Pn Zunita bt Hassan

Peralatan

: Pn.Zainah bt Wan Cheek : Pn.Iliana bt Md Isa : Pn Zunita bt Hassan : Pn.Nor Rishah binti Bakar

Disiplin dan Keselamatan

: Pn.Zunita bt Hassan Pn.Iliana bt Md Isa Pn.Zainah bt Wan Cheek

JAWATANKUASA KAWASAN BIL 1 2 3 4 5

AKTIVITI

DAN

KUMPULAN

MENGIKUT

AGIHAN

KAWASAN Taman Herba Kawasan dalam Surau Kawasan luar Surau Bilik Matematik Pondok Sains & Matematik

KUMPULAN Kumpulan 1 : En.Ahmad Rashidi b Mohd Dali Kumpulan 2: Pn. Nor Rishah bt Bakar Kumpulan 3:Pn.Zunita bt Hassan Kumpulan 4: Pn.Iliana bt Md Isa Kumpulan 5 : Pn Zainah bt Wan Cheek

Disini disertakan juga tentatif program yang pada hari tersebut: TENTATIF PROGRAM MASA 12.00 tgh hari 12.15 tgh hari 12.30 tgh hari 2.30 petang AKTIVITI Murid berkumpul di Dewan Seri Cemerlang Taklimat agihan tugas Gotongroyong bermula Makan tengahari dan majlis bersurai

FASA 2 SEMASA Pada 17 April 2013 iaitu hari Rabu , telah dijalankan Program Khidmat Masyarakat BIG PPG ( Gotong-royong ). Gotong-royong ini telah diadakan di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat. Program ini telah dijalankan selama 3 jam(12.00 tengah hari hingga 3.00 petang).Progaram ini melibatkan 5 orang peserta PPG dan 75 orang murid. Program dimulakan pada pukul 12.00 tengah hari. Semua murid yang terlibat sebagai peserta dikumpulkan di Dewan Seri Cemerlang. Ini bertujuan untuk memberikan taklimat bagi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan nanti. Sesi taklimat diberikan oleh En.Ahmad Rashidi bin Md Dali selaku pengacara program berkenaan. Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan mempunyai 15 orang peserta dan akan diketuai oleh seorang guru ppg. Berikut adalah pembahagian kumpulan mengikut tempat-tempat gotong royong: BIL 1 2 3 4 5 KAWASAN Taman Herba Kawasan dalam Surau Kawasan luar Surau Bilik Matematik Pondok Sains & Matematik KUMPULAN Kumpulan 1 : En.Ahmad Rashidi b Mohd Dali Kumpulan 2: Pn. Nor Rishah bt Bakar Kumpulan 3:Pn.Zunita bt Hassan Kumpulan 4: Pn.Iliana bt Md Isa Kumpulan 5 : Pn Zainah bt Wan Cheek

Semasa sesi taklimat ini, En.Ahmad Rashidi telah memberikan pesanan agar semua peserta mendengar arahan yang akan diberikan oleh ketua masing-masing. Para peserta juga diingatkan supaya berhati-hati dengan peralatan yang akan digunakan. Para peserta diminta supaya tidak bermain-main dengan peralatan tersebut agar ia tidak membahayakan diri mereka.Selain itu, para peserta juga diminta bersungguh-sungguh untuk menjalankan aktiviti ini kerana ia merupakan satu sumbangan yang baik kepada pihak sekolah. Setelah selesai sesi taklimat pada pukul 12.30 tengah hari, para peserta telah mengikut ketua kumpulan masing-masing ke tempat-tempat gotong-royong yang telah ditetapkan.

Kumpulan 2 : Kawasan :

Pn. Nor Rishah Bakar Kawasan dalam surau SKPTM

Sebelum aktiviti gotong-royong ini dijalankan, Pn.Nor Rishah Bakar selaku ketua kumpulan telah pergi melawat kawasan dalam surau terlibat. Ini bagi memastikan perkara yang dapat dibuat dan bahan-bahan yang akan digunakan kelak. Hasil pemerhatian didapati surau berada di dalam keadaan yang baik cuma perlu penambahbaikkan untuk menceriakan lagi surau SKPTM ini. Kumpulan 2 yang diketuai oleh Pn.Nor Rishah bt Bakar terdiri daripada 15 orang peserta. Para peserta ini terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang peserta. Kumpulan kumpulan kecil ini diberikan 3 jenis tugas yang berlainan. Tiga tugas tersebut: Kumpulan A : Kumpulan B : menyapu sampah , menyapu sawang dan membuang sampah. mengemas dan melipat sejadah dan telekung , mengemas rak al-quran & iqra dan surah yasin. Kumpulan C : menggunting , menampal & melimanate bahan bahan spt label dan poster Sebelum memulakan aktiviti gotong-royong satu taklimat ringkas diadakan oleh ketua kumpulan bagi menentukan tugas masing-masing. Selepas itu, para peserta telah menjalankan tugas masing-masing. Setiap kumpulan telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Setiap kumpulan dipantau dan dibimbing oleh Pn.Nor Rishah selaku ketua kumpulan disepanjang aktiviti tersebut. Pada jam 2.20 petang, semua para peserta telah menyiapkan tugasan kumpulan masing-masing. Semua kawasan di dalam surau tersebut didapati berada di dalam keadaan yang baik berbanding keadaan sebelum ini. Selepas itu, ketua kumpulan telah meminta para peserta untuk ke Dewan Seri Cemerlang untuk sesi penutup dan jamuan. Sesi penutup dan jamuan telah diadakan kira-kira pukul 2.30 petang. Pada sesi ini semua guru ppg memberikan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua para peserta

yang terlibat. Ucapan penghargaan terima kasih ini juga diberikan di atas kerjasama yang sangat baik oleh para peserta program gotong-royong ini. Setelah selesai, semua peserta dijemput untuk menghadiri jamuan yang diadakan. Program tamat pada pukul 3.00 petang dan semua murid bersurai.

FASA 3 -SELEPAS Selepas program ini semua peserta ppg mengadakan satu mesyuarat post-mortem. Ini bagi mengenalpasti kebaikan dan kelemahan yang ada disepanjang program berlangsung.. Refleksi dan laporan yang dibuat akan dihantar kepada pensyarah masing-masing bagi tujuan penilaian. Setiap AJK program pula akan melaporkan setiap agenda program kepada pihak pentadbiran bagi tujuan data dan rekod kursus.

Laporan bergambar. Sebelum aktiviti gotong royong

Semasa gotong-royong

Selepas aktiviti gotong-royong

You might also like