You are on page 1of 7

salam perkongsian ilmu.. nota ringkas mengikut yang saya ulangkaji untuk peperiksaan semester ini.semoga membantu.

Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu a.Sifat makna b.Kelas makna c.Lewah dalam makna a.Sifat makna makna bersifat dinamis dan evolusi. dinamis-boleh berubah-rubah evolusi-boleh berkembang terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna; 1.pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak ungkapan tersebut adalah tidak bermakna. 2.budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. 3.konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. 4.makna dalam peribaha : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. terdapat beberapa faktor perubahan sifat makna ; 1.perkembangan bahasa itu sendiri. 2.tanggapan penutur 3.perluasan makna 4.pembatasan/penyempitan makna 5.tujuan simbolik dan stilistik b.kelas makna 1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota badan) 2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian) 3.makna emotif ; makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa yang didengar (cth;hei,lembu!) 4.makna kognitif ; makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen (pohon;tumbuhan yang ada batang,daun serta kukuh dan tinggi) 5.makna referensial ; makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara 6.makna piktorikal ; makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur mengikut kefahaman masing-masing. c.lewah dalam makna lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata.

contohnya seperti : -mereka semua -kasut boot -papa kedana -demi untuk terdapat beberapa faktor berlakunya lewah dalam makna; 1. pengulangan -mereka-mereka -ibu bapa-ibu bapa 2.penambahan imbuhan yang tidak diperlukan -memperbesarkan, sepatutnya memperbesar -dipersetujui, sepatutnya disetujui -diperhalusi, sepatutnya dihalusi 3.kata sendi yang berturut-turut -demi untuk -selain daripada itu

Lewah Dalam Makna


Kami berjuang demi untuk negara dan bangsa Perkataan demi dan untuk membawa makna yang sama. Oleh itu, penggunaan keduadua perkataan yang sama maknan dalam satu ayat secara berurutan dianggap lewah, kerana penggunaan salah satu daripadanya sudah mencukupi. Ayat di atas boleh sahaja ditulis: Kami berjuang demi negara dan bangsa atau Kami berjuang untuk negara dan bangsa Dengan demikian kita memenuhi aspek ekonomi dalam bahasa, iaitu menggunakan bahasa dengan baik, kemas dan ekonomis yakni tidak membazir perkataan. kita semua Dalam bahasa Melayu, kita ialah kata ganti nama orang pertama yang membawa maksud jamak. Tetapi, banyak pengguna bahasa Melayu kurang yakin dengan aspek jamak ini, lalu menegaskan lagi dengan menambah perkataan semua, pada hal kita telah pun mencukupi. Dalam hal ini, semua dalam kita semua dianggap lewah.

You might also like