You are on page 1of 24

PERGERAKAN ASAS

Pergerakan asas merupakan salah satu pergerakan yang penting untuk kecerdasan fizikal. Melalui kemahiran-kemahiran ini dapat melatih murid-murid untuk lebih cergas dan aktif dalam bidang sukan. Dengan menguasai kemahiran-kemahiran asas ini maka akan dapat membantu murid-murid dalam melakukan pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif.

Kemahiran motor asas merupakan asas untuk memperkembangkan kemahiran motor yang lebih kompleks serta kemahiran motor yang khusus untuk aktiviti permainan, sukan, tarian dan kecergasan. Sebaiknya, konsep pergerakan dan kemahiran motor asas dipelajari semasa peringkat awal kanak-kanak dan sekolah rendah. Kemahiran-kemahiran ini akan diamalkan sepanjang hayat jika penguasaan dicapai pada usia muda lagi.

Konsep pergerakan merupakan pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu menadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yag spesifik. Kesedaran tubuh badan: Apa yang boleh dilakukan oleh tubuh badan Kesedaran ruang: Di manakah badan bergerak? Kualiti pergerakan: Bagaimanakah badan bergerak? Perhubungan: Dengan siapa dan dengan apakah badan bergerak?

Kesedaran Tubuh Badan Mengenalpasti nama dan lokasi anggota badan Posisi dan bentuk badan Kesedaran pergerakan tubuh badan Badan sebagai alat komunikasi untuk meluahkan perasaan Kesedaran keteganagan otot dan relaksasi

Kesedaran Ruang Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang orang lain Bergerak dengan selamat dalam ruang am Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar arah Memahami pelbagai aras pergerakan Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan pel bagai objek Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan dan situasi

Perhubungan Memahami perhubungan antara badan dengan setiap anggota badan Bergerak dengan berkesan secara relatif dengan individu lain dan/atau dalam kumpulan Memahami perhubungan antara badan dan anggota badan dengan objek

Kualiti Pergerakan Imbangan: Memahami unsur imbangan statik dan dinamik serta peranan imbangan dalam pergerakan Masa: Membezakan pelbagai kelajuan dan meningkatkan atau mengurangan kelajuan pergerakan Kuasa: Kebolehan mewujudkan dan modifikasikan kuasa sendiri untuk memenuhi keperluan tugasan. Aliran: Menggabungkan pergerakan dengan licin dan melakukan pergerakan dalam masa atau ruang yang terhad

Kesedaran Tubuh Badan


Faktor Umum Yang Mempengaruhi Pergerakan Faktor Fisiologikal Dayatahan kardiovaskular, kekuatan dan dayatahan otot, serta fleksibiliti Faktor Psikologikal Ketakutan, kerisauan, keyakinan diri Faktor Sosiologikal Keahlian dalam kumpulan boleh mempengaruhi penglibatan (contohnya, ahli keluarga sebagai role model yang aktif secara fizikal), peranan gender dan ekonomi

Kesedaran ruang
Tujuan Kecergasan Pergerakan asas untuk tujuan kecergasan adalah seperti berikut: Fleksibiliti/kelembutan Kekuatan otot Daya tahan otot Daya tahan kardiovaskular Komposisi tubuh badan Sasaran dan pengukuran denyutan nadi Senaman aerobik dan anaerobik Prinsip latihan (kekerapan, intensiti, masa) / (Frequency, intensity, time)

Perhubungan
Tujuan Sosialisasi/Kerjasama
Pergerakan asas untuk tujuan sosialisasi/kerjasama adalah seperti: Prosidur dan peraturan dalam kelas. Undang-undang dan peraturan permainan dan aktiviti. Kesedaran dan kawalan badan. Prosidur yang selamat semasa menggunakan alatan. Kemahiran mendengar. Permainan koperatif. Menghormati orang lain dan peraturan. Semangat kesukanan. Penyelesaian masalah. Team Building Strategi kumpulan. Disiplin diri. Membuat keputusan.

Jenis Jenis Pergerakan

Pergerakan Lokomotor
Bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang melibatkan otototot kasar seperti melompat, berjalan, berlari dan sebagainya. Pergerakan lokomotor berkait rapat dengan aliran yang akan menentukan kejelasan dalam persembahan yang dilakukan. Pergerakan lokomotor bermakna cara bagaimana kita membawa badan dari satu arah ke satu arah yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran seperti berjalan, berlari, melonjak, melompat, dan sebagainya.

Semasa melakukan pergerakan lokomotor ini, badan akan mencuba pelbagai cara untuk menghasilkan pergerakan dan untuk membawa kita ke mana-mana destinasi yang melibatkan arah, haluan, dan masa.

Konsep
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor; gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. ARAH Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke kanan.

HALUAN
Haluan melibatkan corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.

MASA
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tibatiba atau terkawal.

Lokomotor Beritma Tidak Sekata


SKIP Skip berlari perlahan atau pantas pelbagai arah dalam ruang am Skip melompat lurus ke hadapan sambil menghayun tangan (lutut tinggi) Skip satu hala dalam bulatan besar Skip zig-zag melalui skitel (kon) Skip di atas lantai atau di atas bangku panjang sambil menghayun atau mendepakan tangan.

GELUNGSUR
Menggelungsur dengan kaki di atas lantai, tangan di bahagian pinggang ke sisi Menggelungsur meniarap di atas lantai sambil bergerak ke hadapan menggunakan tangan Menggelungsur di atas punggung ke pelbagai arah menggunakan tangan dan kaki Menggelungsur di atas permukaan yang lebih sempit seperti bangku panjang

Jenis Pergerakan Asas


Pergerakan asas untuk tujuan sosialisasi/kerjasama adalah seperti: Prosidur dan peraturan dalam kelas. Undang-undang dan peraturan permainan dan aktiviti. Kesedaran dan kawalan badan. Prosidur yang selamat semasa menggunakan alatan. Kemahiran mendengar. Permainan koperatif. Menghormati orang lain dan peraturan. Semangat kesukanan. Penyelesaian masalah. Team Building Strategi kumpulan. Disiplin diri. Membuat keputusan.

Jenis-jenis Pergerakan
Lokomotor Beritma Sekata
Menggunakan tubuh badan sebagai alat untuk melakukan pergerakan. BERJALAN Berjalan bebas menggunakan ruang am Berjalan dan berhenti apabila isyarat diberikan Berjalan pelbagai kelajuan seperti pantas atau lambat Berjalan pelbagai arah seperti ke hadapan, ke belakang dan ke sisi Berjalan pelbagai laluan yang luas dan sempit Berjalan pelbagai aliran seperti lurus atau bengkang-bengkok Berjalan pelbagai aras seperti berjalan pada aras rendah, sederhana dan tinggi

MANIPULASI ALATAN
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini adalah penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objekobjek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan, gelang getah dan sebagainya. Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan kemahiran berkaitan dengan masa hadapan seseorang murid: Menggolek melambung Menyambut Membaling Memukul menendang/menyepak menggelecek

Bola
Menggolek bola pada bahagian anggota badan Menggolek bola di atas lantai ke pelbagai arah seperti ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri Menggolek bola di atas lantai melepasi jarak di garisan penamat Menggolek bola di atas lantai ke arah sasaran yang statik Menggolek bola di atas lantai ke arah sasaran yang bergerak Menggolek bola di atas bangku panjang atau tilam yang curam

Gelung
Menggolek gelung di atas lantai dengan kedua belah tangan ke arah kanan dan kiri Menggolek gelung di atas lantai di sekeliling badan Menggolek gelung di atas lantai ke pelbagai arah dalam ruang am Menggolek gelung di atas lantai ke arah sasaran seperti tanda pada dinding atau antara dua skitel (kon) Menggolek gelung di atas permukaan yang curam

MENCONGKLANG (GALOP)
Permainan Pony Ride
Organisasi: Setiap murid dengan pasangan masing-masing. Selendang disekeliling pinggang akan dipegang oleh pasangan yang berada di belakang. Sepuluh orang murid sebagai penumpang. Penumpang berdiri dalam gelung dan menunggu kereta kuda.

Cara bermain
Setiap pasangan akan mencongklang (bergalop) di sekeliling kawasan/gelanggang. Apabila bertemu penumpang, pasangan perlu berhenti dan penumpang akan mengikut di belakang. Setelah kesemua penumpang menaiki kereta kuda, mereka akan diturunkan di stesyen di satu sudut. Permainan diteruskan dengan menukar peranan murid.

You might also like