• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran(P&P) Sains dan Matematik Bagi SekolahRendah dan Sekolah Menengah
KENYATAAN AKHBAR  Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOMKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DANMATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
 Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakatmengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia danMemperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawadasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagiTahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakanmekanisme
“soft landing”
untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar- pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing”adalah seperti berikut: (i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 disekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan BahasaMalaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolahkebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan BahasaInggeris bagi SJK(C) dan SJK(T). (ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4,Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme
“soft landing”
akanmemberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibatadalah seperti berikut: (a) Kohort Tahun 1 (2009) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014. 
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...