You are on page 1of 1

REFLEKSI ( Hishamuddin B Ali )

Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya telah membaca berbagai bahan rujukan dan meneliti kehendak soalan. Ketika inilah idea-idea akan diperkembangkan. Setelah soalan tugasan difahami, proses pencarian maklumat dijalankan. Saya telah mencari maklumat dari pelbagai sumber. Antara sumber rujukan pencarian maklumat saya ialah perpustakaan, buku-buku rujukan samada dari pensyarah ataupun rakan-rakan serta maklumat daripada internet. Selain itu,proses pengumpulan maklumat turut dijalankan. Maklumat yang diperolehi dikumpul dan hanya maklumat yang penting sahaja digunakan. Draf pertama dilakukan, untuk memudahkan saya menyiapkan tugasan kelak. Semasa melakukan tugasan ini, susunan maklumat untuk dipersembahkan dalam bentuk tugasan ini dibuat dengan teliti.Saya turut mengalami kekurangan isi-isi penting untuk dimuatkan di dalam tugasan ini. Setelah dikaji dan diteliti semula,masalah itu akhirnya dapat diselesaikan.Walaupun terpaksa bersengkang mata, akhirnya tugasan ini dapat juga diselesaikan. Selepas melaksanakan tugasan ini, saya sedar bahawa semua masalah dapat diselesaikan sekira ada semangat berusaha dan berkeyakinan. Saya merasa gembira kerana dapat mengaplikasikan jenis permainan Main Kontruktif ini dalam pengajaran saya di kelas Tahun 2.Saya dapat menjalankannya dengan baik.. Tambahan pula,setelah menyiapkan tugasan ini saya amat bersyukur kerana ilmu yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Saya juga berharap dengan hasil yang telah disiapkan ini, pensyarah yang terlibat berpuas hati dengan hasil tugasan ini. InsyaALLAH

You might also like