You are on page 1of 23

PANDUAN QIAMULLAIL

Dipetik dan disusun oleh :


Haji Yaakub b. Hj. Hasan
Dikeluarkan oleh :
Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Firman Allah Taala :
e

e


(55 : )
Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang
lembut
Firman Allah Taala :
e
e





e



(79 : )
Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah
sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga
Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

MUQADDIMAH QIAMULLAIL
1. Galakan
Berbuat amal ibadat di tengah malam, dengan mengerjakan sembahyang sunat
Tahajjud, Witir, serta lain-lain amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir ,
beristighfar, berdoa dan sebagainya adalah merupakan Qiamullail, yang sangatsangat digalakkan dalam Islam.
Di dalam Al-Quran Al-Karim terdapat firman Allah SWT yang bermaksud : Dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang
tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Maksud
ayat 79 Al-Isra)
Suruhan dalam ayat yang tersebut ini, walaupun ditujukan dengan khusus untuk
Rasulullah SAW, tetapi orang-orang Islam itu disuruh mengikut baginda, maka
adalah suruhan Allah Taala itu merupakan suruhan juga terhadap orang-orang Islam

Amnya.
2. Kelebihannya.
Allah SWT. menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang
sentiasa bertaqwa dan mengerjakan Qiamullail dengan beramal ibadat dan
memohon keampunan dari Allah itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orangorang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan yang baik, rahmat Allah
dan Syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran :



e ,






,






,




,


(18-15 : )
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di
dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan
mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya
oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang
berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu
malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula,
mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
Allah SWT. memuji-muji dan merakamkan sebutan baik terhadap orang-orang yang
tersebut itu serta mengkategorikan mereka ke dalam jumlah hamba-hambaNya yang
Abrar- orang-orang yang bernakti dengan mengerjakan taat dan amal kebajikan.
Orang-orang Abrar ini tempatnya di dalam Syurga yang penuh dengan berbagaibagai nikmat. Firman Allah Taala :
e



, e





e









, e
(64-63: )
Maksudnya : Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah
mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang
berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab
dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang
diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada
malam hari dengan sujud dan berdiri,
Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan
mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari

semata-mata kerana Allah Taala.


Dan di samping itu Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah
orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :



,





e





,
e
e





(16-15 : )
Maksudnya : Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat
keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan
pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud
(menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji
Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka
merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan
sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan
mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin
memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian
dari apa yang Kami beri kepada mereka.
Itulah sebahagian dari ayat-ayat Quran yang menunjukan kelebihan Qiamullailberibadat di tengah malam. Manakala di dalam hadis Rasulullah SAW. pula di
antaranya ialah sebagaimana berikut :
Berkata Abdullah bin Muslim : Pada permulaan Rasulullah SAW. ke Madinah,
berkejaranlah orang ramai mengunjungi kepada baginda, dan aku adalah serorang
dari mereka yang mengunjunginya, maka manakal aku memerhatikan mukanya dan
aku telah mengenalnya, mengetahuilah aku bahawa wajahnya bukanlah wajah
manusia jenis pendusta . Kata Abdullah selanjutnya : Apa yang mula-mula sekali aku
dengar percakapannya ialah sabdanya : Wahai manusia ! Kamu tebarkanlah salam,
berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah sembahyang waktu
malam di kala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan
selamat.(Hadis Riwayat Tirmizi)
Berkata Salman Al-Farisi : Rasulullah SAW. telah bersabda Maksudnya :
Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana iaitu ibadar kelaziman orang-orang
soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang
mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan
membuang penyakit dari tubuh badan.
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata

:
Hai Muhammad ! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba
akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba
akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan
meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah
Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.
3. Waktunya
Sembahyang malam itu harus dikerjakan, sama ada pada awal malam, di tengahtengah malam atau di akhir malam. Ini berdasarkan riwayat Al-Hafiz : Bahawa
tahajjud Rasulullah SAW itu tidak ada waktunya yang tetap, malah terpulang kepada
apa yang mudah bagi baginda mengerjakannya jua.
Bagaimanapun , berdasarkan hadis-hadis yang lain, adalah lebih afdhal dilewatkan
sembahyang tahajjud itu sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.
Diantara hadis-hadis itu ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sehampirhampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah
malam yang terakhir, maka kalau anada berminat menjadi seorang dari orang-orang
yang menzikiri (mengingati) Allah pada saat yang tersebut , maka hendaklah anda
lakukan. (At-Tirmizi)
Dan dari Abi Hurairah (RA) beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW telah
bersabda yang bermaksud :
Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu
pertiga malam yang terakhir , maka ia berfirman : Sesiapa yang akan berdoa kepada
aku akan aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan aku
ampuninya. (Al-Bukhari)
Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari
seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima
pada ketika itu.
4. Bilangan rakaatnya
Sembahyang malam itu tidak ada baginya bilangan rakaat yang khusus, dan tidak
pula ada had sempadan jumlahnya yang tertentu. Oleh itu, maka boleh berhasil
maksud Qiamullai pada minimumnya, yakni pada jumlah yang paling tidaknya,
dengan mengerjakan hanya satu rakaat witir selepas mengerjakan sembahyang
Fardhu Isyak.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya : Rasulullah SAW telah menyuruh


kami mengerjakan sembahyang malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia
bersabda : Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang malam itu walaupun satu
rakaat. (Al-Tibrani)
Bagaimanapun , yang terlebih afdhalnya ialah selalu mengerjakan sebelas rakaat,
iaitu boleh dibuat pilihan samada hendak dikerjakan sebanyak yang tersebut itu terus
menerus sekaligus atau menceraikannya dengan mengerjakannya berdeket-deket
beberapa rakaat dahulu dan kemudiannya beberapa rakaat lagi.
Aisyah RA berkata : Tidak pernah Rasulullah SAW (bersembahyang) lebih samada
pada bulan Ramadhan atau bulan lainnya- daripada sebelas rakaat. (Mula-mulanya)
baginda sembahyang empat rakaat tetapi jangan ditanya tentang elok dan panjangnya
rakaat-rakat sembahyang itu, kemudian baginda sembahyang empat rakaat lagi. Itu
pun jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakaat sembahyang itu.
Kemudiannya baginda sembahyang pula tiga rakaat. Lalu (kata Aisyah), aku bertanya
: Ya Rasulullah ! adakah tuan hamba tidur sebelum daripada tuan hamba sembahyang
witir ? Jawab Rasulullah : Hai Aisyah bahawa mataku tidur kedua-duanya tetapi
hatiku tidak tidur !(Bukhari dan Muslim)
5. Tahajjud, Sunat Muakkadah
Tahajjud ialah nama bagi sembahyang-sembahyang sunat tambahan (nawafil) yang
dikerjakan selepas bangkit daripada tidur di tengah Malam. Segala sembahyang yang
dikerjakan sebagai kumpulan witir itu adalah tahajjud.
Mengerjakan tahajjud di tengah malam hukumnya adalah sunat muakkadah, yakni
sunat yang sangat-sangat digalakkan supaya dikerjakan. Dikatakan yang terutama
sekali diantara sembahyang-sembahyang itu, selain daripada sembahyang Fardhu,
ialah sembahyang di tengah malam.
Ada tersebut dalam hadis Muslim : Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah
SAW : Sembahyang apakah yang terafdhal selain dari sembahyang fardhu? Jawab
baginda : Sembahyang Malam.
6. Qadha Tahajjud
Orang yang biasa menrejakan sembahyang malam, kalau suatu kali ia luput dari
mengerjakannya kerana uzur atau sakit atau lainnya, maka bolehlah ia kerjakan
gantinya pada siang hari sebanyak dua belas rakaat sebagai Qadha tahajjud.
Ini bersumberkan kepada hadis Muslim, daripada Aisyah RA yang menyatakan :
Adalah Rasulullah SAW, apabila baginda luput sembahyang malam dengan sebab

sakit atau lainnya, maka baginda sembahyang pada siang hari dua belas rakaat.
7. Berniat Ketika Hendak Tidur
Orang yang berazam hendak bangkit di tengah malam kerana hendak Qiamullail,
maka disunatkan ketika hendak tidurnya ia berniat : Bahawa ia hendak bangkit
malam nanti kerana hendak mengerjakan ibdat Qiamullail.
Tujuannya berbaut demikian ialah semoga ia mendapat pahala bagi apa yang telah
diniatkannya itu sekiranya ia tidak bangkit kerana benar-benar tidak terjaga dari
tidurnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit
mengerjakan sembahyang malam tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus
tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan,
dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya. (An-Nasai
dan Ibnu Majah)
8. Kejutan Famili (keluarga)
Seorang suami yang bangkit mengerjakan Qiamullail di tengah malam adalah
disunatkan baginya mengejutkan isterinya supaya bangkit beribadat sama. Jika
isterinya itu enggan, malah terus tidur, maka bolehlah suami mencari jalan menurut
budi bicara yang baik suapaya isterinya itu bangkit, hingga walaupun dengan
merenjis air ke muka isterinya itu. Dan demikianlah juga sebaliknya-yakni isteri
boleh melakukan perkara yang sama terhadap suaminya.
Rasulullah SAW telah bersabda :
Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian malam lalu ia
sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, ia merenjiskan
air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian
malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan
maka ia merenjiskan air ke mukanya. (Hadis Abu Daud)
9. Beribadat sekadar Minat
Mengerjakan amal ibadat malam hari atau Qiamullail itu tidaklah merupakan satu
kemestian, dengan keterlaluan sangat, sampai menjadi keberatan kepada diri atau
mengganggu kesihatan atau menjejaskan tenaga bekerja mencari nafkah yang halal
pada siang hari, kerana yang demikian itu bukanlah cara yang diingini. Malah buatlah
sekadar minat dan termampu jua, tetapi biarlah berkekalan tanpa meninggalkannya

kecuali dalam kecemasa atau jika ada apa-apa halangan yang tak dapat dielakkan.
Berkata Anas RA : Pada suatu masa Rasulullah SAW masuk ke dalam Masjid dan
mendapati ada seutas tali tegang di antara dua batang tiang di situ. Lalu baginda
bertanya : Tali apa ini ? Jawab para sahabat : Untuk Zainab bersembahyang, apabila
beliau malas atau pun penat ia berpaut pada tali itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda
pula : Robaklah dia ! Hendaknya seseorang dari kamu itu bersembahyang sekadar
cergasnya jua. Apabila tidak berminat atau penat maka hendaklah ia tidur ! (Muttafaq
Alaih)
Orang bertanya Rasulullah SAW : Apakah satu amalan yang lebih disukai Allah
Taalah ? Baginda menjawab : Yang berkekalan walaupun sedikit. (Bukhari dan
Muslim)

ATURCARA MENGERJAKAN QIAMULLAIL


1. Bangkit Dari Tidur dan Doanya
Seorang muslim itu sayugialah bangkit dari tidur malamnya pada waktu sahur, iaitu
kira-kira sepertiga akhir malamnya dan terus membasuh muka serta bersugi giginya,
lalu membaca :










,




,





e



,




,








,
,


,










e

.


,







,



.


e




Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghidupkan kita setelah
ia matikan kita dan kepadanya jua kita dibangkitkan. Segala puji itu bagi Allah
Tuhan yang telah mengembalikan rohku dan telah memberi afiat pada tubuh badanku
serta mengizinkan aku mengingatinya.
Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menjadikan tidur dan jaga dari tidur,
segala puji itu bagi Allah Tuhan yang membangkitkan aku dari tidur dalam keadaan
selamat sejahtera. Aku mengaku bahawa Allah itu ialah yang menghidupkan orang
yang mati, dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.
Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang Maha Esa yang taiada sekutu
bagiNya, yang empunya pemerintahan dan kepujian, dan dialah yang berkuasa di atas
tiap-tiap sesuatu.
Maha suci Allah, dan segala puji itu bagi Allah, dan tiada Tuhan yang sebenar
melainkan Allah, dan Allah itu Maha Besar, dan tiada daya dan tiada upaya

melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Penyayang.
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Engkau jua, Maha Suci
Engkau , Ya Allah ! Aku pohon keampunanMu bagi dosaku dan aku pohon
rahmatMu ya Allah. Ya Allah ! Tambahlah ilmu pengetahuan kepadaMu, dan
janganlah condongkan hati aku dari kebenaran setelah Engkau kurniakan hidayah
padaku, dan kurniakanlah juga kepada aku rahmat dari sisi kemurahanMu, dan
bahawasanya Engkaulah sahaja yang sangat banyak memberi.
2. Baca Sebelas Ayat Akhir dari Surah Ali Imran
Bila selesai membaca doa-doa yang tersebut di atas, pandanglah ke langit, atau jika di
dalam rumah, pandanglah ke atas, dan sambil itu-jikalau tidak berhadas besar-bacalah
ayat-ayat seratus sembilan puluh (190) hingga ayat dua ratus (200) dari surah Ali
Imran , Iaitu :














) ( 190












e e


) ( 191






e










) ( 192







e
) ( 193











) ( 194
















) ( 195























e






( 196)





( 197)








e









( 198)

e

















( 199)
.









e

.






( 200)
Makna dan Maksud ayat-ayat :
190-Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal;
191-(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan
tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka.
192-Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam
neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang
zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
193-Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru
(Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan
kamu , maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami,
dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami
bersama orang-orang yang berbakti;
194-Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan
kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari

kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.


195-Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):
Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari
kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah
keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana
menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga
yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan
yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid
dalam perang Sabil) sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan
mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi
Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh).
196-Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan
orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan
kepada mereka).
197-(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap),
kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat
ketetapan.
198-Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian)
dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orangorang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).
199-Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah
dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa
yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak
menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit.
Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat
segera hitungan hisabNya.
200-Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan
bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
3. Ketika Pakai Pakai Kain

Ketika memakai kain bacalah doa ini :







.









.





Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah, Tuhan yang memakaikan aku pakaian ini
pada badanku dan memberinya akan aku tanpa upaya dan daya kekuatan dariku.
Wahai Tuhan kami ! Aku pohon kepada Engkau kebaikan pakaian ini, dan kebaikan
tujuannya, dan aku pohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan
kejahatan tujuannya.
4. Qadha Hajat
Kemudian daripada itu, jika ada rasa hendak Qadha hajat, maka pergilah ke tandas
dengan memakai alas kaki dan tutup kepada. Sewaktu memasuki tandas hendaklah
didahulukan langkah kaki kiri.
Ketika hendak masuk ke tandas-iaitu pada masa masih lagi berada di luarnya
bacalah :
.












.







.


Maksudnya : Dengan Nama Allah. Hai Tuhanku ! Sesungguhnya aku pohon
berlindung dengan Engkau dari kejahatan dan tipu daya syaitan. Hamba berlindung
dengan Engkau dari kekotoran yang najis, yang keji lagi merosakkan, iaitu syaitan
yang terkutuk.
Dan ketika keluar dari tandas hendaklah dengan mendahulukan kaki kanan. Sebaikbaik sahaja keluar darinya bacalah :









Maksudnya : Ya Allah ! Aku pohon keampunan Engkau. Segala puji itu bagi Allah
Tuhan yang telah menghilangkan daripadaku akan apa yang menyakiti aku dan
mengekalkan apa yang manafaat bagiku.
Selepas beristinjak bacalah pula :











Maksudnya :Wahai Tuhanku sucikanlah hatiku daripada berpura-pura (Nifaq) dan
peliharalah faraj (kemaluan) ku daripada segala yang keji.
Masa duduk Qadha hajat atau buang air di tempat terbuka, sayugialah jangan

mengadap atau membelakangi ke arah kiblat, malah di dalam jamban atau tandas pun
elok juga diamalkan begitu, jika boleh.
5. Bersuci di Rumah Lebih Afdhal
Kemudian daripada itu, jika ada kemudahan tempat bersuci atau bilik air di rumah,
maka lebih baiklah (afdhal) bersuci-samada mandi atau berwudhu- di rumah sendiri
daripada melakukannya di Masjid atai lain-lain tempat awam. Dan di waktu bersuci
hendaklah bersuci dengan cara yang paling sempurna , iaitu dengan berbuat segala
sunat dan adab-adabnya.
Sesudah selesai bersuci bacalah :













,







.







.







Maksudnya : Wahai Tuhanku !Jadikanlah hamba ini dari orang-orang yang
bertaubat, dan jadikanlah hamba ini dari kalangan orang-orang yang bersuci, dan
jadikanlah hamba ini dari orang-orang yang soleh. Maha suci Engkau , wahai
Tuhanku ! Dan dengan kepujian Engkau aku mengakui tiada tuhan melainkan
Engkau. Aku pohon keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau. Dan telah
memberi rahmat oleh Allah di atas penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan
sahabat-sahabatnya dan telah memberi selamat sejahtera.
Selanjutnya bacalah pula surah Al-Qadr iaitu : Inna Anzalnahu Fi Lailatil Qadr
hingga akhirnya, dan kemudiannya berdoa dengan bacaan :
.












Maksudnya : Wahai Tuhanku ! Ampunilah bagiku akan dosaku, berilah keluasan
bagiku pada rumahku, dan berkatilah bagiku pada rezekiku, dan janganlah Engkau
memfitnahkan aku dengan apa yang Engkau telah ketepikan daripadaku.
6. Dua Rakaat Sunat Wudhu
Berikutnya, sembahyangilah dua rakaat dengan berniatkan sembahyang sunat
wudhu. Dan jika kebetulan di dalam di Masjid maka disampingkannya berniat juga
sunat tahiyat Al-masjid.
Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama di dalam sembahyang ini bacalah :
e
e










(64 : )
Maksudnya : Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang
kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah
juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha
Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Kemudian membaca (3 kali) : ertinya : Aku pohon ampun daripada Allah.
Kemudiannya baca lagi surah Al-Kafirun. Iaitu : hingga akhirnya.
Selanjutnya selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua, bacalah pula :
e
e






e



(110 : )
Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri
(dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia
akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
7. Wirid Lepas Sunat Wudhu
Selepas memberi salam sunat wudhu ini, bacalah wirid berikut ini sebanyak sepuluh
kali tiap-tiap satunya iaitu :
1)
Allah Maha besar
2)

Segala puji itu bagi Allah
3)

Tiada Tuhan melainkan Allah
4)
Aku mohon ampun kepada Allah
5)




Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya
6)




Maha Suci Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan
tertinggi, lagi Maha Quddus.
7)






Maksudnya : Wahai Tuhanku !
Sesungguhnya aku pohon berlindung dengan Engkau daripada kesempitan hidup di
dunia dan daripada kesempitan pada hari kiamat.

Peringatan
Selanjutnya bacalah :





Iaitu ayat 190 hingga 200 surah Ali
Imran jika masih belum dibaca selepas membaca doa bangkit daripada tidur tadi.
8. Sembahyang Witir
Apabila selesai segala-galanya dikerjakan dengan seelok-eloknya, maka mulalah
mengerjakan sembahyang sunat witir sebelas rakaat dengan tiap-tiap dua rakaat satu
salam. Manakala rakaat yang terakhir- iaitu rakaat sebelas- dengan satu rakaat satu
salam.
Lafaz niatnya ialah :






Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.
Bagi yang ke sebelas :

e


Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.
9. Bacaan-bacaan Dalam Witir
Bacaan-bacaan dalam sembahyang sunat witir samalah seperti bacaan-bacaan di
dalam lain-lain sembahyang juga, termasuklah doa iftitah, fatihah, tahiyat, tasbih dan
lain-lainnya. Manakala bacaan ayat-ayat pula terserahlah kepada kemampuan dan
kebolehan masing-masing jua, tetapi yang sebaik-baiknya bagi yang hafal (hafaz)
Quran hendaklah dibaca pada tiap-tiap rakaat itu dua atau tiga maqra atau lebih
ataupun kurang, dimulai daripada awalnya hingga khatam Quran yang tiga puluh
juzu itu dalam beberapa malam.
Yasin, Ad-Dukhan, Tabarakallazi atau lainnya. Dan jika tidak hafal surah yang
panjang-panjang, bolehlah dibaca surah A-Ikhlas dengan diulang-ulang sebanyak
sepuluh kali atau lebih ataupun kurang mengikut sekira-kira minat dan cergasnya jua.
Apa yang tersebut ini ialah mengenai lapan rakaat yang mula-mulanya. Adapun tiga
rakaat yang terakhir, maka sayugialah dibaca apa yang warid jua, iaitu sayugialah
pada rakaat yang kesembilan dibaca surah Al-Ala (





) , pada rakaat
yang kesepuluh surah Al-Kafirun (

) dan pada rakaat yang terakhir surah
Al-Ikhlas (


) dan juga
iaitu kedua-dua

.

10. Baca Qunut


Pada satu rakaat yang terakhir atau rakaat penyudahnya, iaitu rakaat witir itu elok
dibaca qunut seperti sembahyang subuh. Ini adalah dikira elok serta diamalkan oleh
satu kumpulan ulamak, manakala setengah ulamak lain pula mengatakan sunat dibaca
qunut witir itu hanya pada malam-malam setengah yang akhir daripada bulan
ramadhan sahaja.
11. Bacaan Sunat
Sebagaimana di dalam sembahyang-sembahyang fardhu , begitulah juga di dalam
sembahyang sunat witir ini pun elok dan sayugia dihormati-jangan diabaikan- segala
bacaan-bacaan sunat, termasuk bacaan-bacaan tambahyang pada hujung doa iftitah,
tasbih, rukuk, sujud dan sebagainya. Di antaranya.
a) Bacaan dihujung doa iftitah





,







,









.












.

b) Bacaan dalam rukuk selepas tiga kali membaca tasbihnya













,


,







,





.






.







,

c) Bacaan dalam Itidal













e e
e e



.


















d) Bacaan dalam sujud kemudian daripada tasbihnya tiga kali

















,




,



,











.











e
.




,

e



.





,



e) Bacaan di Akhir Tasyahhud


















.


.



















e





e e e













e



e


,

.

Perhatian :
Di dalam sujud itu bolehlah bermohon kepada Allah dengan apa-apa permohonan
yang diingini , lebih daripada yang tersebut di atas, kerana sehampir-hampir hamba
Allah kepada Tuhannya ialah ketika ia sedang di dalam sujud.
Segala zikir yang tersebut di atas itu sayugialah seberapa bolehnya dibaca pada
tempatnya masing-masing. Tetapi jika belum dihafal atau tidak mampu dibaca di
dalam rukuk dan sujud kerana ada penyakit atau sebagainya, maka janganlah pula
dijadikan alasan sampai tidak berwitir langsung, malah buatlah setakat yang
termampu.
12. Bacaan Selepas Witir
Sebaik sahaja memberi salam rakaat yang terakhir dari sembahyang witir itu
bacalah :












) ( kali 3











,


,


.





e


,


,

Dan kemudian selepas itu bacalah lagi :


).(empat pulut kali
13. Jaminan Keampunan
Diantara itu banyakkanlah di dalam hati akan sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud :
Allah Azzawajalla turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga
malam yang terakhir, maka ia berfirman : sesiapa yang berdoa kepada Aku akan
perkenankan, sesiapa yang meminta, akan Aku beri, sesiapa yang meminta ampun

kepadaKu akan Aku ampunkannya.


Sila lihat maksud hadis ini pada muka lima dalam risalah ini.
Seterusnya berdoalah dengan apa-apa doa, pohonlah akan apa-apa permohonan dan
mintalah ampun akan apa-apa kesalahan, insyaAllah akan dikabulkan Tuhan.
Segala doa sayugialah dimulai dengan Alhamdulillah dan Selawat ke atas Rasulullah,
demikian juga pada penutupannya.
Perhatian :
Segala amalan sunat tersebut itu jika ada kemudahan di rumah- elok dan lebih
akmal dikerjakan di rumah, kerana megerjakan segala nawafil atau sembahyang sunat
tambahan di rumah itu adalah lebih afdhal kerana tertutup dari pandangan ramai dan
lebih terjamin dari dilanda perasaan riya atau bangga diri. Bagaimana pun hal ini
terserahlah kepada keadaan masing-masing jua. Kalau di Masjid juga terselamat,
bolehlah di Masjid.
14. Keluar Masjid
Selepas itu kalau ada kemudahan Masjid, keluarlah dari rumah menuju ke Masjid
dengan mendahulukan langkah kaki kiri, sambil membaca :








.














,










.









.








, e

e
e

e



.



Maksudnya :
Dengan nama Allah, telah aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada Allah,
dan tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Wahai Tuhanku !
Sesungguhnya aku mohon perlindungan denganMu dari aku ini menjadi seorang
yang sesat atau disesatkan, atau aku terpesong atau dipesongkan, atau aku menzalimi
atau dizalimi, atau menjadi orang bodoh atau dibodohkan. Wahai Tuhanku ! Demi
hak orang-orang yang memohon dan demi hak orang-orang yang meminati Engkau,
perjalananku ini adalah menuju kepada Engkau. Sebenarnya aku keluar rumah ini
bukanlah sebagai orang hilang pedoman, seorang tak mengenang budi, seorang yang
bangga diri (riya) dan bukan pula seorang yang mencari kemegahan, bahkan aku
keluar kerana mengelak dari kemurkaanMu dan kerana menuntut keredhaanMu. Aku
mohon semoga Engkau lindungi aku dari api neraka dan Engkau masukkan aku ke
dalam syurga.

15. Doa Apabila Hendak Masuk ke Masjid


Apabila sampai di pintu Masjid maka baca pula :







.










.












Maksudnya :
Aku mohon perlindungan dengan Allah yang Maha Besar, dengan wajahNya yang
Mulia dan dengan kesultananNya yang qadim daripada syaitan yang terkutuk. Segala
puji itu bagi Allah. Wahai Tuhanku ! rahmatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan
keluarga Nabi Muhammad itu dan sejahterakanlah. Wahai Tuhanku, ampunkanlah
bagimu segala dosaku, dan bukalah bagiku segala pintu rahmatMu , dan
mudahkanlah juga bagiku memasuki segala pintu rezekiMu !.
Kemudiannya sambil membaca Bismillah masuk ke dalam masjid dengan langkah
kaki kanan dahulu. Demikian juga apabila keluar daripada masjid pun dibaca
bagaimana bacaan di atas juga , kecuali



Itu ditukar dengan
,









Yang bererti : Bukakanlah bagiku segala pintu kelebihanMu dan lindungilah aku dari
angkara syaitan dan bala tenteranya.
16. Niat Itikaf dan sunat tahiyat Al-Masjid
Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah berniat itikaf. Dan apabila
sampai di tempat hendak duduk, maka bagi menambahkan kecekalan hati dalam
menghadapi syaitan eloklah diulangi lagi membaca :
,










Kemudian langsung terus mengerjakan sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid dua
rakaat sebelum lagi duduk.
17. Zikir Selepas Tahiyat Al-Masjid
Kemudian daripada selesai sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid itu bacalah :

.(kali 100)









Maksudnya : Ya Tuhanku ! Ampunilah bagiku, dan terimalah taubatku,
sesungguhnya Engkau ialah Tuhan yang amat menerima taubat lagi amat
mengasihani.
Selepas itu bergiatlah lagi dengan lain-lain Istighfar atau sesuatu zikir sehingga
sampai mendengar azan fajar atau bang subuh.
18. Menjawab Azan
Apabila mendengar azan subuh hendaklah menjawabnya dengan ucapan yang serupa
seperti yang diucapkan oleh Muazzin (tukang bang) itu, melainkan pada katanya

Maka bagi yang mendengarnya menjawab dengan kata


Begitu juga bila muazzin kata :


Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata :


Adapun pada azan subuh, bila muazzin kata







Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata

Manakala ucapan-ucapan yang lain , maka ikutlah betul-betul seperti ucapan muazzin
itu, dengan suara perlahan sekadar didengar oleh diri sendiri dan oleh orang-orang di
sebelah menyebelahinya sahaja.
19. Doa Selepas Azan
Selepas daripada selesai menjawab azan itu bacalah :


e





.








.



.

e
e

.






) (136:
20. Sembahyang Sunat Subuh
Kemudian daripada itu, sembahyanglah sunat subuh dua rakaat . Dibaca selepas
fatihah rakaat yang pertama ayat :
















Seterusnya bacalah

hingga akhirnya dan

hingga akhirnya.
Dan kemudian daripada fatihah rakaat yang kedua dibaca pula :
e
e


e

















) (64 :

hingga


hingga akhirnya dan


Seterusnya dibaca pula
.akhirnya

Jika tidak hafal ayat-ayat yang tersebut, bolehlah dibaca



pada rakaat
yang pertama dan


pada rakaat yang kedua.
21. Zikir Selepas Sunat Subuh
Setelah sembahyang Sunat Subuh itu bacalah :
tiga kali
Dan jika hari itu hari jumaat, maka diulangi baca tiga kali lagi dengan ditambah


Iaitu

Hingga akhirnya dan kemudian baca
), (kali 3

















Dan kemudiannya baca pula





.

e



.
















Kemudiannya baca
kali 40





Dan kemudiannya lagi :
kali 100
Jika ada kesempatan sebelum mendengar iqamat (qamat) atau bersendirian di rumah,
bacalah lagi zikir-zikir di bawah ini, tiap-tiap satunya sepuluh kali iaitu :


Maksudnya : Maha Suci Allah



Maksudnya : Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah


Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah


Maksudnya : Aku pohon ampun kepada Allah
22. Menjawab Iqamat

Bila mendengar iqamat untuk mendirikan jemaah sembahyang fardhu subuh, maka
jawablah iqamat itu dengan mengikut kata-kata yang diucapkan oleh juru iqamat
seperti pada jawab azan juga, kecuali bila juru iqamat kata :




Maka yang mendengarnya menjawab :

Dan kemudiannya membaca :
.
.






,




.





.







.








23. Bacaan-bacaan Sunat


Kemudiannya baca


hingga akhirnya. Dan seterusnya kerjakanlah
sembahyang fardhu subuh dengan berniat mengikut Imam atau menjadi Imam atau
bersendirian mengikut keadaannya. Segala bacaan-bacaan sunat- disamping bacaanbacaan wajib seperti doa iftitah, tasbih-tasbih rukuk dan sujud serta doa-doa
hujungnya dan lain-lain zikir lagi hendaklah seberapa boleh dibaca kesemuanya.
24. Bacaan Selepas Sembahyang
Selepas memberi salam sembahyang fardhu subuh dan juga selepas memberi salam
sembahyang fardhu maghrib khasnya, bacalah :
(kali 10)








,





(kali 7)


(kali 3)









Dan seterusnya kemudian daripada sembahyang subuh dan maghrib , serta juga
kemudia daripada lain-lain sembahyang fardhu, bacalah
(kali 3)

.




,







.




















,
,






.















.










.







.









.

Dan kemudiannya
)(kali 33


)(kali 33


)(kali 33

)(kali 100








.





Bagaimana pun , kalau ada sesuatu urusan yang perlu disegerakan ataupun uzur,
maka bolehlah zikir yang tersebut ini dibuat secara ringkas. Iaitu dibaca:
)(sebanyak 11 kali sahaja





Peringatan :
Berikutan dari wirid yang tersebut di atas, jika suka dan ada kelapangan, elok juga
diteruskan dengan wirid-wirid yang biasa dibaca pada tiap-tiap lepas sembahyang,
hingga berakhir bertahlil itu. iaitu yang bermula dengan
25. Penutup
Selepas itu sebagai penutup, berdoalah kepada Allah dengan apa-apa doa yang biasa
dibaca pada tiap-tiap lepas sembahyang atau apa-apa doa jua bagi memohon apa-apa
kehendak bagi kepentingan dunia dan akhirat. Dan jika mengikut imam, maka
berwiridlah mengikut wirid imam dan mengaminkan doa yang dibaca oleh imam itu.
Sekian, Wallahuaalam

You might also like