You are on page 1of 42

BAB 1

PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

1.1 OBJEKTIF

Latihan industri khususnya pelatih Institiut Kemahiran Showme. Seperti yang


dimaklumkan, latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan
ke atas setiap pelatih sebelum layak untuk dipertimbangkan bagi
penganugerahan Diploma Pembantu Jurutera Tahap 4. Oleh itu setiap
pelatih perlu lulus menjalani latihan industri.

Antara objektif yang asas bagi latihan ini adalah seperti berikut :

a. Untuk membolehkan pelatih melihat dan mengambil bahagian dalam


amalan-amalan selain daripada pelajaran teori yang dipelajari di
dalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan memberikan mereka satu
peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempraktikan
pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan
tugas.

b. Untuk membolehkan mereka mengenali melalui penglibatan secara


langsung dalam berbagai-bagai aspek seperti konsep perancangan
dan pengurusan projek.

c. Untuk mendedahkan pelatih kepada struktur organisasi jabatan atau


firma tempat latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di
dalam organisasi tersebut.

d. Latihan industri ini juga memberi peluang melatih pelatih menulis


laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang
mereka tulis itu tentunya akan menjadi latihan yang penting bagi
kerjaya mereka di masa depan.

1
e. Para pelajar perlu mengamalkan etika dan peraturan kerja dan
keselamatan dengan baik. Ini kerana pihak Intitusi Kemahiran
Showme tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar
sepanjang latihan industri dijalankan.

2
1.2 LATARBELAKANG MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atau dikenali dahulunya


sebagai Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) sebelum negeri
Terengganu dinaik taraf sebagai bandaraya pada 1 Januari 2008 telah
diwujudkan melalui pengistiharan penubuhannya oleh Pihak Berkuasa Negeri
melalui Warta Kerajaan bilangan 650 bertarikh 21 disember 1978.
Pengistiharan ini dibuat mengikut seksyen 3 Akta Kerajaan 1976, Akta 171.

Pada 18 Januari 1979, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah


lahir dari penggabungan lima buah Majlis Tempatan dalam Daerah Kuala
Terengganu iaitu Jumaah Bandaran Kuala Terengganu, Utara, Barat, Tengah
dan Selatan.

Di awal penubuhannya, MBKT memiliki keluasan seluas 18712 hektar


persegi namun pada 1 Januari 1985, Mukim Bukit Payong dan Alor Limbat (
Pekan Binjai Rendah dan Wakaf Tapai ) seluas 1908 hektar dimasukkan ke
dalam kawasan Majlis Daerah Marang menjadikan keseluruhan kawasan
MBKT pada masa itu seluas 16806 hektar persegi.

Walau bagaimanapun, berdasarkan Warta Kerajaan nombor 1483


bertarikh 19 Disember 1996, keseluruhan Daerah Kuala Terengganu
termasuk Pulau Redang dijadikan kawasan pentadbiran MBKT dan kini
MBKT memiliki keluasan 60528.1 hektar persegi dengan kekuatan
kakitangan seramai 961 orang. Dimana ianya terdiri daripada 553 orang
kakitangan tetap, kakitangan sementara seramai 12 orang dan lain-lain
seramai 96 orang. Daripada 961 orang ini terdapat 831 orang adalah
kaitangan lelaki dan 130 orang adalah kakitangan perempuan.

3
Bilangan penduduk Daerah Kuala Terengganu semasa awal
penubuhan MBKT pada tahun 1979 ialah 150,000 orang dan kini meningkat
kepada 331,362 orang mengikut bancian pada tahun 2003. Pada tahun 2006,
jumlah penduduk adalah 353 600 orang.Komposisi kaum pula adalah seperti
berikut :

Kaum Peratusan
Melayu 93.70%

Cina 5.60%

India 0.70%
Jadual 1.1

4
Rajah 1.1

5
Rajah 1.2

6
1.3 OBJEKTIF MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

a. Membangunkan Bandar Kuala Terengganu sebagai bandaraya warisan


pesisir air yang menjadi daya tarikan kepada industri pelancongan utama
negara.

b. Membangunkan bandar Kuala Terengganu sebagai pusat perniagaan


dan perkhidmatan utama bagi Pantai Timur.

c. Menjadikan Kuala Terengganu sebagai bandar selamat.

d. Memastikan Kuala Terengganu menjadi sebuah bandaraya yang bertaraf


Antarabangsa.

e. Menjanjikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik dan memberikan


keselesaan kepada seluruh warga MBKT serta rakyat Negeri Terengganu
dan menjadi pemangkin kepada komitmen kerajaan negeri.

7
1.4 VISI DAN MISI

VISI
“Menjadikan Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air yang maju,
Lestari Bertaraf Dunia Menjelang Tahun 2018”

MISI

“Melaksanakan Tadbir Urus dan Pembangunan Modal Insan serta Prasarana


Kelas Pertama bagi mewujudkan Bandaraya Warisan yang sejahtera dan
makmur”

8
1.5 PERKHIDMATAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

1.5.1 Taman Rekreasi

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :

 Merancang, melaksana, menyelia dan menyelenggara projek-


projek pembangunan seni taman dan penanaman di kawasan
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

 Menjalankan penyelidikan mengenai aspek penghijauan


kawasan perbandaran serta memberi khidmat nasihat seni
taman kepada orang ramai.

1.5.2 Kawalan Pembangunan

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :

 Menyelaraskan dan mengeluarkan lesen-lesen bagi semua


aktiviti-aktiviti perniagaan di dalam kawasan Majlis Bandaraya
Kuala Terengganu.

 Memeriksa, mengawal dan menaikkan taraf kebersihan


premis-premis perniagaan.

 Mengendalikan pendidikan kebersihan kepada pengendali


makanan.

9
1.5.3 Tempat Letak Kereta

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :

Menyedia kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi,


sempurna, kemas dan tersusun. Selain itu, pihak majlis juga
berperanan untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan letak
kereta di kawasan pusat bandar dan kawasan tumpuan orang ramai.

1.5.4 Penyelenggaraan

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :

Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam di bawah


tanggungjawab MBKT. Contohnya menyelenggara kerusi, bangku
dan taman permainan, agar sentiasa dalam keadaan baik dan
selamat untuk kegunaan orang awam.

1.5.5 Kejuruteraan

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :

Melaksana, menyelia dan menyelenggara kemudahan infrastruktur


asas seperti jalan-jalan, parit dan longkang dan menyediakan
perkhidmatan sewa alatan.

10
1.5.6 Sukan

Jenis-jenis Perkhidmatan Utama ialah :

Menyediakan kemudahan untuk aktiviti bersukan antaranya stadium,


kolam renang, gelanggan badminton dan tenis, tapak permainan
skateboard dan lain-lain.

11
1.6 AKTIVITI ORGANISASI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

1.6.1 Kewangan

Punca hasil MBKT yang utama hanya tertumpu kepada cukai


kadar/cukai pintu, perkhidmatan dan bayaran sewaan lesen kepada
pengusaha premis. Selain itu, Pihak Majlis juga menerima dana
daripada agensi Kerajaan termasuk caruman kerajaan pusat dan
caruman pembangunan, perparitan, jalan dan tempat letak kereta.

1.6.2 Strategi Pembangunan

Bagi melicinkan pembangunan Majlis, MBKT telah membentuk


strategi pembangunan melalui Rancangan Struktur iaitu ‘Strategi
Pembangunan Isipenuh’. Strategi ini menginterpitasikan iaitu
pembangunan akan ditumpukan kepada kawasan yang telah
mempunyai prasarana asas bagi mewujudkan perseimbangan
pembangunan dengan cara pusat bandar sedia ada dikekalkan
pembangunannya dan pusat-pusat pertumbuhan baru dikenalpasti
untuk pembangunan.

12
1.6.3 Polisi Kebersihan

MBKT akan memastikan kualiti persekitaran bandaraya terjamin


bersih melalui kutipan sisa buangan yang cekap. Kebersihan juga
melambangkan personaliti yang bersih. Kekotoran bandaraya juga
dapat dihindari dengan adanya teknologi yang cekap yang telah
digunakan oleh Pihak Majlis, iaitu teknologi Incenirator. Melalui
seruan kerajaan untuk memastikan persekitaran terjamin bersih akan
terlaksana dengan adanya pihak MBKT untuk melaksanakan tugasan
tersebut.

1.6.4 Polisi Pengindahan

Selaras dengan dasar Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan


Bandar dalam taman, MBKT berusaha keras menyahut cabaran
tersebut dengan perancangan dan matlamat yang jitu. Dengan
mewujudkan bandar dalam taman ianya dapat menarik perhatian
masyarakat dan seterusnya kepada para pelancong luar untuk
melawat Terengganu kerana terpesona dengan keindahan dan
kecantikan Terengganu. Bandar dalam taman juga turut memainkan
peranan yang tersendiri dalam polisi pengindahan Bandar.

13
1.7 STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah organisasi


memerlukan perkhidmatan yang cekap. Oleh itu, beberapa jabatan
diwujudkan untuk melicinkan jentera operasi majlis. Sebelum rombakan baru
ini diluluskan, Majlis dipecahkan kepada tiga belas jabatan yang diletakkan di
bawah lima bahagian utama. Kini majlis dipecahkan kepada dua puluh lapan
bahagian yang diletakkan di bawah sembilan jabatan utama. Hasil daripada
rombakan tersebut maka wujud jabatan-jabatan seperti berikut :

a. Jabatan Khidmat Pengurusan


b. Jabatan Perbendaharaan
c. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
d. Jabatan Perancangan dan Pembangunan
e. Jabatan Lanskap
f. Jabatan Kawalan Bangunan
g. Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
h. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
i. Jabatan Kemasyarakatan
j. Jabatan Pejabat Cawangan Utara

Tiap-tiap jabatan tersebut memainkan peranan dan melaksanakan fungsinya


mengikut susunan yang ditetapkan. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
ditadbir oleh Datuk Bandar dan dibantu oleh Setiausaha dan Penolong
Setiusaha. Majlis juga telah melantik 16 orang Ahli Majlis yang terdiri
daripada bekas pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli professional dan orang-
orang perseorangan yang munasabah dan berkelayakan. Setiap Jabatan
pula akan ditadbir oleh seorang Ketua Jabatan atau dipanggil Pengarah dan
dibantu oleh beberapa kakitangan.

14
Rajah 1.3

15
BAB 2

MENYELENGGARA PERISIAN KOMPUTER

2.1 PENGENALAN

Seperti sistem operasi microsoft versi terdahulu, Windows Vista juga tidak terkecuali
daripada terdedah kepada kerosakkan atau gangguan. Jika kerosakkan tersebut
serius tanpa mengira apa puncanya, ia mungkin memaksa untuk memformat semula
hard disk. Sebelum itu, mungkin perlu mencipta semula partition. Selesai
memformat partition barulah disusuli dengan memasang semula Windows Vista
dari awal.

Apabila hendak melaksanakan proses - proses tersebut, apa yang perlu disediakan
ialah CD Windows XP. Melalui CD tersebut, ia boleh membuat partition sama ada
ianya single partition atau berbilang, tertakluk kepada keperluan ) dan memformat
hard disk.

Proses membuat partition dan memformat semula hard disk tentunya menyebabkan
kehilangan fail dan data yang terdapat dalam partition tersebut. Oleh itu sebelum
meneruskan proses berkenaan, simpan backup data-data yang penting pada storan
komputer lain.

2.1.1 Memformat hard disk menggunakan CD Windows Vista :

1. Mulakan langkah dengan memastikan komputer tersebut telah ditetapkan


agar dibootkan menerusi CD. Sekiranya tidak ia perlu diubah prosedurnya
menerusi ketetapan BIOS.
2. Apabila komputer mula dibootkan, tekan kekunci untuk memasuki BIOS. Di
bawah ketetapan BIOS perlu mencari pilihan Boot Order. Kemudian
pastikan CD ROM drive ditetapkan untuk dibootkan dahulu sebelum disusuli
pemacu lain.
3. Jika sekira sudah memasukkan CD Windows Vista ke dalam CD ROM drive
maka biarkan sahaja CD itu dan ia tidak perlu dikeluarkan.

29
4. Seterusnya SAVE ketetapan BIOS dan EXIT. Jika proses tersebut
dilaksanakan dengan betul, komputer akan meminta menekan mana-mana
kekunci pada papan kekunci supaya komputer dapat dibootkan daripada CD.
5. Selepas CD Window VISTA dimasukkan paparan install window akan
terpapar.

6. i. Pilih bahasa untuk install - english


ii. Pilih masa dan waktu format - malaysia
iii. Pilih bahasa papan kekunci - US

30
7. Klik INSTALL NOW

Rajah 2.3

8. a. Tunggu sehingga paparan Type your product key for activation.


b. Masukkan product key diruang yang disediakan
c. Tandakan automatically activate windows when I’m online, klik
NEXT.

Rajah 2.4

31
9. Klik YES.

Rajah 2.5

10. Pilih Windows Vista Business, kemudian klik NEXT.

Rajah 2.6

32
11. Apabila paparan Lesen terpapar tandakan I accept the license terms, dan
klik NEXT.

Rajah 2.7

12. Klik CUSTOM apabila paparan pemilihan jenis yang hendak diinstall
terpapar.

Rajah 2.8

33
13. a. Klik pada Drive option (advance) untuk membuat partition.
b. Klik NEW sekiranya ingin membuat partition baru, klik NEXT.

Rajah 2.9

14. Tunggu sehingga install sistem operasi selesai dan komputer akan
RESTART.

Rajah 2.10

34
15. Selepas selesai install paparan masukkan nama username dan password
akan terpapar. Kemudian klik NEXT.

Rajah 2.11

16. Pilih gambar background desktop dan tekan NEXT.

Rajah 2.12

35
17. Tekan ask me later sekiranya komputer tidak mempunyai internet, untuk
mengelakkan sistem operasi rosak.

Rajah 2.13

18. Pilih waktu dan masa dan tekan NEXT.

Rajah 2.14

36
19. Selepas selesai tekan START.

Rajah 2.15

37
2.1.2 Memasang Microsoft Office 2003

a. Masukkan CD Microsoft Office 2003 dan ia akan Autorun

Rajah 2.16

b. Masukkan nombor siri perisian Office 2003 dan tekan NEXT.

Rajah 2.17

38
c. Masukkan maklumat yang berkaitan dan tekan NEXT.

Rajah 2.18

d. Klik pada kotak seperti gambarajah dibawah dan tekan NEXT.

Rajah 2.19

39
e. Klik Complete Install dan tekan NEXT.

Rajah 2.20

f. Kemudian, tekan Next.

Rajah 2.21

40
g. Tunggu sehingga selesai proses menyalin fail sistem ke dalam komputer.

Rajah 2.22

h. Proses menginstall Microsoft Office 2003 selesai dan tekan Finish

Rajah 2.23

41
BAB 3

MENYELENGGARA KOMPONEN KOMPUTER

3.1 PENGENALAN

Tugas pertama semasa menjalani Latihan Industri ini adalah melakukan kerja-kerja
penyelenggaraan termasuklah membaikpulih komponen, perisian dan sistem operasi
komputer. Tugas-tugas ini juga dilakukan apabila berlaku seperti sebagai contoh,
apabila komputer pekerja MBKT mengalami masalah, jabatan ingin memasang
komputer baru dan sebagainya. Kadangkala penyelesaian kepada masalah tersebut
adalah dengan memformat komputer tersebut dan memasang semula sistem
operasinya kembali kepada asal.

Beberapa kaedah digunakan untuk menyelesaikan masalah terbabit termasuklah :

3.1.1 Pengujian set komputer

Pengujian merupakan cara penyelenggaraan komputer yang menghadapi


masalah dimana ia gagal berfungsi dengan baik serta mengesan komponen -
komponen yang gagal untuk berfungsi atau mengalami kerosakan.

3.1.2 Pemerikasaan paparan monitor.

a. Memeriksa modul RAM yang bersoket untuk memastikan ia tidak longgar


atau tersalah letak.
b. Memeriksa bateri sama ada bocor, pecah dan lupus.
c. Memeriksa pelompat atau jumper pada mainboard.
d. Memeriksa hablur (soket berkristal ).

42
e. Memeriksa PCB sama ada ia bengkok, putus, pintas, ataupun burn out
ada cip yang terbakar.

3.1.3 Power On Self Test (POST)

Tugasan ini merupakan salah satu daripada kaedah pengujian set komputer.
Proses ini penting untuk memastikan komputer dalam keadaan baik dan tidak
mengalami kerosakan terhadap komponen dalaman komputer.Jika tidak
diperiksa melalui POST ini akan menyebabkan MBKT mengalami kerugian
masa dan wang.

POST merupakan pengujian terhadap komputer untuk mengesan masalah


yang timbul, ia berlaku secara automatic dan berlaku sebelum memasuki
paparan sistem operasi.

Jadual 3.1 dan 3.2 menunjukkan beberapa mesej ralat yang dikenal pasti,
sebab mesej ralat tersebut dan cara penyelesaiannya.Ianya penting untuk
menentukan langkah seterusnya bagi menyelenggara kerosakan tersebut
dan ianya mestilah dibuat dengan teliti serta cekap.

43
Bil Paparan mesej Punca kerosakan Penyelesaian
1. Invalid configuration information  Saiz modul RAM tidak betul.  Jalankan SETUP utility dan
please run SETUP program  Jenis paparan tidak dikonfigurasi dengan pilih setting yang betul.
betul.
 Jenis pemacu cakera tidak betul.
2. Diskette ( FDD ) configuration  Konfigurasi tidak betul atau kerosakan  Betulkan konfigurasi.
error pada floppy drive.  Periksa floppy drive.
 Periksa CMOS.
3. Hard Disk ( HDD ) configuration  Konfigurasi tidak betul atau kerosakan  Betulkan konfigurasi.
error pada hard disk.  Periksa hard disk.
 Periksa CMOS.
4. CMOS battery bad  Bateri build – in CMOS RAM telah  Gantikan bateri CMOS.
lemah.
5. Diskette drive 1,0 seek failure  Drive A atau B rosak atau tak dapat  Periksa floppy.
dikesan
6. Disk drive reset failure  Floppy adapter gagal berfungsi  Periksa adapter floppy
7. Diskette read failure  Disket samada belum diformat atau rosak  Periksa disket.
 Bersihkan kepala dan
periksa floppy drive .
8. No boot drive available strike F1 to  Fail sistem rosak  Cuba pindahkan fail sistem
boot  Cakera, pemacu atau harddisk rosak dan boot.
 Periksa hard disk dan
floppy.

Jadual 3.1

44
Bil Paparan mesej Punca kerosakan Penyelesaian
9. Hard Disk Controller failure  Kad kawalan rosak  Ganti kad baru.
10. No boot sector on hard disk  Fail sistem partition C:\ rosak atau bukan  Periksa fail sistem hard
bootable. disk.
 Partition C:\ mungkin belum diformat  Pindahkan fail sistem.
 Format hard disk.
11. Hard disk failure  Kawasan sistem rosak, jadual partition  Cuba boot dan jalankan
rosak perisian diagnostic dan baiki
 Hard disk rosak. fail sistem.
 Ganti hard disk.
12. Keyboard failure  Samada papan kekunci atau  Periksa papan kekunci dan
penyambungan kabel papan kekunci sambungan kabel.
rosak.
13. Keyboard is locked please unlock  Kunci papan kekunci aktif.  Buka kunci papan kekunci .

Jadual 3.2

45
3.1.4 Memperbetulkan masalah ralat POST

Untuk tugasan ini, beberapa prosedur perlu dipatuhi dan diikuti, kerana ia
dapat menjimatkan masa dan tenaga serta membendung berlakunya
kerosakan lain.

Seperti peraturan yang biasa dilakukan, jika berlakunya mesej ralat seperti
berikut “Press F1 to continue”, ini adalah kerana masalah konfigurasi, yang
mana mudah dapat diperbetulkan. Selalunya peralatan yang tidak berfungsi
akan menyebabkan ralat yang teruk seperti kegagalan sistem.

Di antara tindakan pembetulan untuk mesej ralat ialah seperti berikut.

a. Menjalankan set semula. Sebelum memasuki set semula nilai konfigurasi


yang betul untuk sistem perlu diketahui terlebih dahulu dan juga perlu
menulis konfigurasi yang betul sebagai rujukan. Kesilapan konfigurasi
semula adalah merupakan penyebab utama mesej ralat POST, terutama
bagi sistem yang baru.

b. Memeriksa dengan cara melihat sama ada kipas bekalan kuasa


berfungsi. Jika tidak berfungsi penyambungan bekalan kuasa ke unit
sistem atau komputer diperiksa.

c. Periksa semua penyambung video, Parallel port atau penyambung


rangkaian supaya semuanya disambung dengan kemas dan sempurna.

d. Pemeriksaan bahagian dalaman komputer adalah perlu jika masih


mengalami masalah. Buka penutup unit sistem komputer. Ikuti segala
arahan dalam panduan pemasangan. Periksa Jumper pada papan induk
komputer dan kad tambahan di set dengan betul.

16
e. Jika dapat mencapai cakera keras yang baru, itu mungkin disebabkan
oleh cakera keras belum lagi diformat.

f. Periksa semua kabel penyambungan seperti kabel kuasa ke papan induk


komputer, pemacu cakera dan peralatan dalaman yang lain serta kabel
data dan kawalan pemacu cakera.

g. Sekiranya masih lagi menerima mesej ralat, ini mungkin disebabkan oleh
peralatan yang tidak berfungsi. Oleh itu, boleh cuba menggantikan
peralatan dengan peralatan yang baru.

3.1.5 Memeriksa sambungan kabel

Masalah yang biasa berlaku pada perkakasan komputer ialah


penyambungan kabel - kabel yang dipasang dengan tidak kemas. Secara
amnya, semua peralatan komputer biasanya memiliki kabel kuasa dan data
yang dihubungkan kepada komputer. oleh itu, pastikan penyambungannya
tidak longgar.

Kadangkala ada juga pengguna yang cuba untuk memasang jenis kabel
yang berbeza secara tidak sengaja atau memang tidak tahu. Jika sekiranya
kabel tersebut tidak sepadan, ia boleh merosakan komputer jika kabel
tersebut dipasang.

Masalah biasa sambungan kabel yang berlaku di Jabatan MBKT, seperti


kabel longgar,tercabut, kabel rosak dan kabel berlainan jenis.

17
BAB 4

PENYELENGGARAAN SISTEM RANGKAIAN

4.1 PENGENALAN

Tugasan ini dilakukan untuk memastikan sistem rangkaian bagi komputer Jabatan di
MBKT berfungsi dan berada dalam keadaan baik. Ini kerana banyak urusan
perkhidmatan MBKT melibatkan sistem rangkaian.

Sistem E-PBT dan sistem PIAM merupakan 2 contoh sistem digunapakai oleh
MBKT, sistem dihubungkan melalui sistem rangkaian dari server ke jabatan –
jabatan MBKT yang menggunakannya. Seperti, kaunter cukai, pusat maklumat,
kaunter tempat letak kereta dan Jabatan Khidmat Pengurusan MBKT.

Beberapa jenis tugasan dalam bidang dilakukan seperti :

4.1.1 Konfigurasi IP address pada komputer

a. Klikkan 2 kali pada ikon My Computer dan kemudian pergi ke Control


Panel.
b. Seterusnya klik 2 kali pada ikon Network Connection. Selepas itu klik
kanan pada ikon local area connection dan pilih properties.
c. Rajah tetingkap seperti rajah 4.1 akan terpapar pada skrin paparan.

18
Rajah 4.1

d. Klik 2 kali pada Internet Protocol ( TCP/IP ).


e. Akan terpapar pada skrin tetingkap untuk properties Internet Protocol (
TCP/IP ).
f. Kemudian pilih Use the following IP address.
g. Seterusnya masukkan nilai 192.198.10.1 pada kotak IP address.
h. Masukkan nilai 255.255.255.0 pada kotak Subnet Mask.
i. Biarkan kosong bagi kotak Default gateway.
j. Masukkan nilai 202.1.88.1.5 untuk preferred DNS server.
k. Kemudian masukkan pula nilai 202.188.1.133 untuk alternate DNS
server.
l. Selepas itu klik pada butang OK setelah selesai menkonfigurasikan
nombor IP untuk server.

19
m. Jika sekiranya pengguna ingin memaparkan ikon pada taskbar apabila
komputer disambungkan ke rangkaian klik pada kotak show icon
notification area when connected.
n. Selepas itu, tekan butang OK. Komputer akan meminta untuk RESTART
jika perlu.

Rajah 4.2

20
4.1.2 Membuat sambungan kabel rangkaian pada komputer

Untuk membuat sambungan kabel rangkaian, beberapa aspek perlu diambil


berat :

a. Kedudukan komputer dan switch.


b. Jarak antara komputer dengan switch.
c. Peralatan yang cukup seperti kabel UTP, crimping tool, gunting, dan
cap RJ – 45.

Selain itu, untuk membuat sambungan kabel yang baik mestilah mematuhi
beberapa langkah dan susunan kabel mesti betul supaya ia dapat berfungsi
dengan baik.

Contoh susunan kabel yang baik :

a. Susunan straight through cable :

Rajah 4.3

21
b. Susunan crossed over :

Rajah 4.4

22
BAB 5

CABARAN DAN PENYELESAIAN

5.1 CABARAN

5.1.1 Menyelenggara perisian komputer

Dalam menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa masalah dan


cabarannya. Antara cabarannya :

a. Komputer yang diselenggara perlu disiapkan segera.


b. Pekerja MBKT meminta perkara yang tidak logik berkaitan dengan
baikpulih komputer.
c. Kebanyakan kerosakan yang berlaku biasanya pada sistem E-PBT
dan sistem PIAM.
d. Kerosakan disebabkan perkara yang tidak diketahui.

5.1.2 Menyelenggara komponen komputer

a. Komputer yang hendak dibaikpulih tidak mempunyai komponen


gentian.
b. Pekerja MBKT meminta perkara yang tidak logik berkaitan dengan
baikpulih komputer.
c. Inisiatif pekerja MBKT dalam penggunaan komputer kurang.

5.1.3 Menyelenggara sistem rangkaian

a. Kerosakan yang berlaku disebabkan oleh server.


b. Kerosakan biasanya berlaku pada sistem E-PBT dan sistem PIAM.

23
5.2 PENYELESAIAN

Cabaran-cabaran di atas telah saya hadapi dengan positif. Antara penyelesaian


yang saya lakukan adalah kuatkan keyakinan diri, memberi komitmen yang
sepenuhnya terhadap setiap kerja yang diberikan, tidak mudah putus asa bila
menghadapi sesuatu masalah, berani menghadapi setiap situasi, dan jadikan
cabaran-cabaran sebagai sesuatu pengalaman baru dalam bekerja untuk
mematangkan diri.

24
BAB 6

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya huraikan sepanjang menjalani latihan industri adalah pelatih
dapat menanamkan sikap bertanggungjawab dan amanah. Ini kerana segala arahan dan
tugas yang telah diamanahkan kepada pelatih harus dipertanggungjawabkan oleh pelatih
dengan baik dan sempurna. Selain itu, ia juga dapat membina hubungan baik dengan
pegawai dan pekerja. Pelatih juga dapat membiasakan diri dengan orang ramai dan
pelanggan sepanjang menjalani latihan industri.

Latihan industri ini juga dapat memperkenalkan pelatih kepada teknologi terkini dunia
komputer yang berkembang pesat dari semasa ke semasa. Oleh itu, ia dapat
merealisasikan matlamat negara yang memerlukan pakar-pakar IT yang berkebolehan
tinggi untuk menuju ke negara maju. Ini kerana daripada program latihan industri ia dapat
memberi peluang kepada pelatih untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang teknologi
komputer yang berkembang pesat dari bidang yang diceburi dan mungkin dapat melahirkan
seorang pakar IT yang berkebolehan tinggi dan berkualiti. Di dalam latihan industri pelatih
dapat memperkaitkan di antara teori yang telah dipelajari di politeknik dengan kerja-kerja
pratikal. Pelatih dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari secara praktikal dan
teknikal. Dengan itu, pelatih telah dapat gambaran yang jelas mengenai apa yang dipelajari.

Dengan menjalani latihan industri juga pelatih dapat membentuk dan mengukuhkan
keyakinan diri untuk berhadapan dengan majikan dan pelanggan. ini dapat digunakan oleh
pelatih apabila tamat pengajian dan menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu
juga, semasa menjalani latihan pelatih juga dapat mengetahui tentang dunia perniagaan
yang berkait dengan teknologi komputer.

Secara keseluruhannya, latihan industri merupakan salah satu program latihan yang
memberikan kesan-kesan yang positif kepada pelatih. Ini kerana setiap ilmu-ilmu dan
pengalaman yang didapati dengan menjalani latihan industri dapat digunakan oleh pelatih
apabila menempuh alam pekerjaan kelak.

25

You might also like