sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyaimatlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mestimenjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkatwilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasamasepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsaMalaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasikepada negara;(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram danmaju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, banggadengan apa yang dicapai serta gagah menghadapipelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapatdikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dandihormati oleh rakyat negara lain;(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yangmatang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yangmatang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yangboleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral danberetika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilaiagama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etikapaling tinggi;