Dari Daik pulang ke DaikSehari-hari berkebun pisangBudi baik dibalas baikDalam hati dikenang orangTanam lenggun tumbuh kelapaTerbit bunga pucuk matiBudi tuan saya tak lupaSudah terpaku di dalam hatiTenang-tenang air lautSampan kolek mudik ke tanjungHati terkenang mulut menyebutBudi baik rasa nak junjungKapal belayar dari ArakanAmbil gaji jadi jemudiMati ikan kerana umpanMati saya kerana budiBanyak ubi perkara ubiUbi keledek ditanam orangBanyak budi perkara budiBudi baik dikenang orangLipat kain lipat bajuLipat kertas dalam puanDari air menjadi batuSedikit tak lupa budi tuanJentayu burung jentayuHinggap di balik pokok mayangBunga kembang akan layuBudi baik bilakan hilangJika belayar ke tanah AcehSinggah dulu di kota DeliJika hendak orang mengasihHendaklah baik bicara budi
Bunga melati bunga di daratBunga seroja di tepi kaliHina besi kerana karatHina manusia tidak berbudiDewa sakti melayang ke DaikHendak mencari Dewa JarugaKalau ada budi yang baikSampai ke mati orang tak lupaBaik-baik bertanam padiJangan sampai dimakan rusaBaik-baik termakan budiJangan sampai badan binasaTingkap papan kayu bersegiSampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budiTinggi darjat kerana bahasaPulau Pandan jauh ke tengahGunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanahBudi yang baik di kenang jugaPergi ke sawah menanam padiSinggah disungai menangkap ikanHidup hendaklah bersendikan budiSifat sombong jangan amalkanApa guna berkain batikKalau tidak dengan sucinya?Apa guna beristeri cantikKalau tidak dengan budinyaBunga melati bunga di daratBunga seroja di tepi kaliHina besi kerana karatHina manusia tidak berbudiPisang emas dibawa belayarMasak sebiji di atas petiHutang emas boleh dibayarHutang budi dibayar mati
There was a problem sending you an sms. Check your phone number or try again later.
To get Scribd mobile enter your number and we'll send you a link to the Scribd app for iPhone & Android.We've sent a link to the Scribd app. If you didn't receive it, try again.