You are on page 1of 3

1. Penilaian penting dalam menentukan kesediaan pelajar untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru.

Penilaian ini dijalankan guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, yang dibuat melalui pemerhatian ke atas keadaan fizikal pelajar, seperti tangan, mata, jari-jemari dan penumpuan pelajar kepada guru. Daripada maklumat yang diperoleh, guru boleh menelah tahap kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan pelajar adalah amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai keyakinan dan keupayaan asas untuk mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya memudahkan mereka menguasai kemahiran yang hendak diajar.Hasil penilaian juga dapat memberikan input kepada guru tentang keberkesanan pengajarannya. Melalui maklum balas yang ditunjukkan oleh pelajar, guru dapat menilai sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya. Sekiranya, rata-rata pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar; maka jelas menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan, yang memerlukan pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan. Kepada pelajar pula, maklumat penilaian ini dapat menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu tajuk pelajaran. Seandainya mereka lemah dalam sesuatu tajuk, mereka akan mengetahuinya dan dengan sendiri mereka akan memberi tumpuan kepada perkara yang mereka kurang kuasai. Seterusnya, kepada ibu bapa, penilaian guru dapat memberikan maklum balas tentang kemajuan dan pencapaian anak-anak mereka dalam semua mata pelajaran dan juga dalam aspek sahsiah. Ibu bapa dapat mengambil tindakan sewajarnya, seperti memberikan tumpuan yang lebih atau menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan harapan pencapaian anakanak mereka akan meningkat. Selain itu, penilaian juga dapat memberikan maklumat yang jelas kepada pihak penggubal dasar, khususnya penggubal kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, tentang kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah. Pihak Kementerian mendapat maklum balas yang tepat tentang pencapaian objektif sukatan pelajaran, sama ada telah dapat dicapai dengan jaya atau sebaliknya.

Sekiranya maklum balas yang diperoleh tersebut menunjukkan terdapat kekurangan yang ketara dalam mencapai objektif tertentu, maka pengubahsuaian sukatan pelajaran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan.

2. Terdapat beberapa sebab mengapa guru mengadakan aktiviti penilaian di dalam bilik darjah, antaranya adalah betujuan untuk: Memberi maklum balas mengenai kemajuan murid Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal, dari semasa ke semasa Mendorong murid untuk menyusun kerjanya dengan lebih teratur dan untuk mempelajari apa yang diperlukan Mengetahui keberkesanan pengajaran guru Menguji pengetahuan asas sains, kefahaman, penggunaan pengetahuan dan prinsipprinsip sains di kalangan murid Menguji penggunaan pengetahuan sains di kalangan murid dalam menyelesaikanm asalah dalam situasi yang baru Menguji kebolehan murid mengatur bahan-bahan serta membentang idea-idea dalam cara yang jelas dan logik Menguji kebolehan bekerja, memerhati, merekod dan membentang pemerhatian dengan bersistem dan jelas Menyediakan rekod kemajuan murid atau pernyataan pencapaian semasa murid Menilai kesediaan murid mengikuti pelajaran akan datang

3. Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan

teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.

Objektif Pendidikan Sains

1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian. 2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling. 3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah. 4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. 5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan. 6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni . 8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi. 9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk kebeterusan hidup. 11. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.

You might also like