You are on page 1of 11

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

Unit 2 Teknik Dan Proses Kaunseling

Objektif
#elepas mempelajari unit ini anda akan dapat% &. Memahami proses kaunseling 2. Mengetahui beberapa model proses kaunseling (. Mengetahui beberapa teknik dalam kaunseling

2.1Pengenalan
Berdasarkan kepada definisi-definisi kaunseling yang diberikan sebelum ini dapat disimpulkan bahawa kaunseling adalah suatu proses. Proses kaunseling ini melibatkan satu urutan perkembangan perhubungan antara kaunselor dengan klien yang berlaku dalam suatu jangka waktu tertentu. Perhubungan ini bermula dari satu peringkat dan terus berkembang ke satu peringkat yang lain. Peringkat-peringkat ini berjalan se ara teratur dan mempunyai sesuatu objektif atau tujuan yang tertentu. !alam proses ini berlaku perbin angan yang sistematik yang dipimpin oleh kaunselor tanpa disedari oleh klien. Pertemuan dan perbin angan ini dipanggil sesi kaunseling. "a merupakan proses perkongsian dari segi intelek dan emosi. Proses ini bermula apabila ada persetujuan antara klien dan kaunselor untuk melibatkan diri mereka dalam menguruskan sesuatu persoalan. Proses perkongsian ini mungkin berlangsung dalam beberapa sesi pertemuan kaunseling.

2.2

Peringkat-peringkat Proses Kaunseling

Pakar-pakar dalam bidang bimbingan dan kaunseling telah membahagikan proses kaunseling kepada beberapa peringkat mengikut tanggapan atau teori yang menjadi pegangan mereka. Peringkat-peringkat ini hanyalah suatu konsep yang dibuat bagi menyenangkan huraian dan kefahaman sahaja. "anya bukanlah suatu yang muktamad atau kaku. #etiap peringkat mempunyai matlamat dan tujuan yang tertentu yang bertujuan menjadikan proses kaunseling berjalan dengan lan ar dan sempurna. $ntara ontoh model peringkat-peringkat proses kaunseling yang telah dikemukakan adalah seperti berikut%

&'

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

2.2.1 Model Eisenberg dan Delaney


)isenberg dan !elaney *&+,,- membahagikan proses kaunseling kepada enam peringkat iaitu &. Perjumpaan awal !i peringkat ini. kaunselor perlu menyapa klien dengan baik. menunjukkan empati. ketulenan. kemesraan dan anggapan positif terhadap kliennya. $pabila keadaan mesra telah wujud. klien lebih bersedia untuk berkongsi masalahnya serta akan men eritakan lebih lanjut tentang masalah itu. Kaunselor juga perlu menggalakkan penilaian kendiri klien iaitu klien memikirkan kekuatan dan kelemahan dirinya sendiri dan menyediakan sesuatu untuk difikirkan oleh klien sebelum sesi seterusnya. 2. Penerokaan masalah dan membina perhubungan Pada peringkat ini. kaunselor terus membina perhubungan yang baik dengan klien. Kaunselor harus memastikan keper ayaan klien terhadap dirinya dengan memelihara kerahsiaan maklumat yang diberikan oleh klien. Kaunselor juga perlu menunjukkan bahawa beliau berempati dan amat mementingkan kebajikan klien. !engan ara ini proses penerokaan akan dapat berjalan dengan lan ar dan berkesan. Bagi menggalakkan klien meluahkan masalahnya. kaunselor boleh menggunakan soalan-soalan terbuka. refleksi. parafrasa. meminta penjelasan dan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang lain. Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan kaunselor memahami klien dan membantu klien men apai kesedaran kendiri. (. Penentuan Matlamat Peringkat ini terdiri daripada empat komponen yang berkait rapat iaitu a. b. . d. '. Penentuan matlamat kaunseling. Menimbangkan iri- iri klien yang boleh mempengaruhi strategik kaunselor. Memikirkan matlamat-matlamat proses iaitu yang berlaku sepanjang proses menolong. Membina satu ran angan tindakan yang akan dilaksanakan oleh klien agar matlamatnya ter apai.

Membina dan Melaksanakan Pendekatan !i peringkat ini. kaunselor bersama-sama dengan klien akan uba membina dan melaksanakan satu pendekatan yang bersesuaian untuk men apai matlamat kaunseling.

&/

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

/.

Menilai Pen apaian !i peringkat ini. kaunselor akan menilai keberkesanan strategik yang telah digunakan. 0ika terdapat kelemahan-kelemahan atau kekurangan maka kaunselor bersama-sama klien akan memikirkan ara- ara untuk mengatasinya.

1.

Penamatan dan susulan !i peringkat ini. kaunselor akan membuat susulan sama ada strategik atau pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah klien berjaya atau tidak. 0ika berjaya maka proses kaunseling bolehlah ditamatkan. 0ika tidak. sesi kaunseling boleh dimulakan semula.

2.2.2 Model Mi an dan !ali"atun


Mi2an dan 3alimatun *2442- juga telah membahagikan proses kaunseling kepada enam langkah iaitu &. Menyediakan Prasesi Bagi klien yang datang dan membuat temu janji. kaunselor perlu bersedia untuk mengetahui serba sedikit tentang profil klien demi memudahkan kaunselor membentuk hubungan dan memberikan pertolongan. 2. Membina 3ubungan5 Melayan. Mendengar dan Memahami Kejayaan membina hubungan yang baik dengan indi6idu yang meminta pertolongan adalah penting dalam memulakan sesi kaunseling. Kaunselor boleh mengujudkan hubungan yang baik ini dengan menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra. menunjukkan keinginan menolong. mendengar perkara yang diperkatakan. mendengar luahan perasaan. tidak epat membuat penilaian dan uba memahami klien. (. Meneroka dan Menganalisis Masalah Permasalahan yang dikemukakan oleh klien perlu diteroka. Tujuannya ialah supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan berkenaan dengan betul dan objektif khususnya dari aspek pemikiran. perasaan dan perlakuan klien. '. Mengenalpasti Pun a Masalah Klien perlu dibantu supaya dia dapat melihat di mana pun a masalah bagi memudahkan proses inter6ensi dilakukan. "ni kerana masalah selalunya

&1

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

kompleks dan berkait-kait sehingga tidak dapat dipastikan yang mana pun a utama dan yang mana masalah sampingan. !i peringkat ini juga kaunselor dan klien berbin ang mengenai pilihan atau alternatif yang boleh digunakan bagi men apai matlamat kaunseling. /. Mengambil Tindakan Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan iaitu klien akan melaksanakan pilihan yang telah dipersetujui bagi mengatasi masalahnya. 1. Menamatkan #esi Penamatan dilakukan pada setiap sesi atau setelah permasalahan klien dapat diuruskan.

2.2.# Model $e%is


7ewis *&+,2- membahagikan proses kaunseling kepada lima tahap iaitu &. 2. (. '. /. Menentukan tujuan8matlamat klien iaitu sebab mengapa dia memerlukan perkhidmatan kaunseling. Memberi definisi8penerangan tentang proses kaunseling Penerangan dan pemahaman tentang keperluan klien Kemajuan ke arah men apai matlamat Membuat kesimpulan dan ran angan untuk masa depan klien berdasarkan pengalamannya semasa proses kaunseling sebelum menamatkan sesi kaunseling.

2.2.& Model 'ra""er


Brammer *&+,(- pula mengatakan bahawa proses kaunseling mempunyai lapan peringkat iaitu &. 2. (. Penyediaan dan kemasukan Penjelasan tentang mengapa klien memerlukan kaunseling Menstruktur atau merangka proses kaunseling selanjutnya seperti bagaimana kaunselor dan klien dapat bekerjasama. had-had masa. peranan masingmasing. membuat perjanjian. iaitu kedua-dua akan berusaha men apai matlamat.

&,

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

'. /. 1. ,. 9.

Perhubungan mesra8membina perhubungan Penerokaan masalah klien Pengukuhan apabila klien mengamalkan kemahiran-kemahiran baru Peran angan yang rasional Penamatan iaitu merumuskan pen apaian.

2.2.( Model )ibson dan Mit*+ell


:ibson dan Mit hell *&++4- pula meringkaskan proses kaunseling kepada hanya empat peringkat sahaja iaitu &. Membina hubungan Kaunselor dan klien membina hubungan yang menolong. !i peringkat ini kaunselor perlu mengambil inisiatif untuk wujudkan suasana yang kondusif. hormat menghormati. per aya memper ayai dan terbuka. 2. Penerokaan dan mengenalpasti masalah 3asil dari perhubungan menolong yang telah terbina. klien akan meluahkan masalahnya dengan mendalam. Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu dan merangsang klien untuk terus berkongsi pengalaman supaya penilaian yang lebih tepat dapat dibuat. (. ;an angan untuk menyelesaikan masalah $pabila kaunselor telah pasti semua maklumat mengenai masalah klien telah diperolehi dan difahami serta klien pula telah menerima kenyataan bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalahnya maka ran angan untuk menyelesaikan masalah klien boleh dimulakan. Kaunselor perlu membantu klien untuk men ari sebanyak mana penyelesaian yang mungkin. '. $plikasi penyelesaian dan penamatan Pada peringkat ini. klien bertanggung jawab untuk melaksanakan ran angan penyelesaian yang telah dipersetujui. Kaunselor pula sentiasa memberikan galakan dan dorongan kepada klien. Kaunselor juga perlu membuat tindakan susulan supaya perkembangan klien dapat dimantau. #etelah klien dapat berdiri atas kaki sendiri. hubungan kaunseling boleh ditamatkan.

&9

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

2.2., Kesi"pulan
#e ara umumnya dapat disimpulkan bahawa proses kaunseling dipengaruhi oleh pendekatan atau teori yang digunakan oleh kaunselor yang berkenaan. Proses kaunseling mengandungi peringkat-peringkat seperti pertemuan awal. penerokaan. mengenalpasti masalah. menentukan matlamat kaunseling. ran angan untuk mengatasi masalah. perlaksanaan ran angan. tindakan susulan dan penamatan. !ari segi peranan dan tanggungjawab pula. kaunselor perlu memainkan peranan dan tanggungjawab yang lebih utama ditahap awal proses kaunseling. Peranan dan tanggungjawab ini kemudiannya se ara pelahan-lahan beralih kepada klien hinggalah hubungan kaunseling ditamatkan.

2.#

Teknik-teknik kaunseling

Berdasarkan teori dan pendekatan masing-masing. ahli-ahli dalam bidang bimbingan dan kaunseling telah menggunakan berbagai teknik bagi membantu para klien yang datang mendapatkan perkhidmatan mereka. $ntara ontoh teknik-teknik yang digunakan adalah

2.#.1 Perkaitan bebas


Teknik ini selalu digunakan dalam pendekatan psikoanalisis. Teknik perkaitan bebas memerlukan klien meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunan logik perbualannya dengan kaunselor. Teknik ini digunakan bagi tujuan mengingat semula pengalaman serta emosi lampau yang pernah dialami oleh klien. Kaunselor biasanya memberi satu sikap interaksi yang menggalakkan supaya klien boleh bertindak se ara bebas tentang perkara yang hendak diluahkan. $sas kepada teknik ini adalah kefahaman bahawa dalam diri indi6idu memang tersemat pendaman sebagai satu faktor mekanisma bela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah bagi melepaskan ke tahap sedar pendaman yang lama sehingga dapat diluahkan. Pendaman yang banyak tersimpan menjadi tekanan desakan diri. #ehingga pendaman tersebut dikeluarkan ke tahap sedar. ia tidak boleh disesuaikan dengan alam nyata.

2.#.2 Tranferens
Teknik ini juga selalu digunakan dalam pendekatan psikoanalisis. Trenferens digunakan oleh kaunselor bagi memberi galakan kepada klien bahawa kaunselor sememangnya bersedia untuk memberikan bantuan. Konsep tranferens meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibubapa atau orang yang penting dalam kehidupan masa lampau mereka. !alam proses tranferens seseorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedari segala tingkahlaku lampaunya kepada kaunselor. Keadaan ini sangat perlu difahami oleh kaunselor bagi menangani proses analisis dan pentafsiran mekanisma bela diri klien.

&+

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

2.#.# Pentafsiran
!alam proses kaunseling psikoanalisis. pentafsiran penting bagi menimbulkan wawasan psikologikal kepada diri klien. Trenferens sahaja tidak men ukupi bagi menggerakkan klien kearah kelegaan dan tingkahlaku yang baru. $nalisis dan pentafsiran tentang mekanisma bela diri klien akan memudahkan klien memahami kerumitan yang sedang dialaminya. Tugas kaunselor adalah untuk menjelmakan satu katarsis atau kelegaan dalaman yang boleh dinikmati klien. Pentafsiran dapat menggerakkan segala kefahaman superego yang lama kepada satu tahap kesedaran baru. Pengalaman dan kefahaman baru ini selanjutnya akan diganti dengan kesedaran ego baru dan bergerak ke arah penerimaan superego yang lebih sesuai dengan keadaan semasa sealiran dengan klien. !alam proses kaunseling se ara psikoanalisis ini berbagai rintangan mungkin akan timbul di antara interaksi kaunselor dengan klien. Pentafsiran yang dikemukakan oleh kaunselor tidak semestinya diterima oleh klien. 3asil pentafsiran mungkin menimbulkan satu reaksi kepin angan dan kaunselor wajar bersedia menerima hakikat bahawa tidak semua analisisnya mudah diperlakukan oleh klien. $pabila keadaan ini berlaku maka kaunselor wajar sedar bahawa klien mungkin berada dalam keadaan transferens dan menganggapnya sebagai orang yang signifikan yang pernah dialami dalam hidupnya yang lampau. $da kalanya juga rintangan tidak semestinya berlaku hasil daripada proses transferens. $da kemungkinan juga rintangan berlaku hasil daripada satu penolakan sebenar pentafsiran yang diberi oleh kaunselor. Tanda seperti ini memberi isyarat bahawa klien belum bersedia untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan yang sebenar.

2.#.& Penilaian
Teknik ini selalu digunakan dalam pendekatan kaunseling tingkah laku. Proses penilaian memerlukan kaunselor mendapatkan segala maklumat tentang masalah yang dialami klien. Kaunselor perlu mengumpul maklumat mengenai masa. ara masalah berlaku. ara yang diusahakan oleh klien bagi mengatasi masalah. tempat. keadaan trauma yang pernah dialami. pengalaman klien dan berbagai lagi iri maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh klien. <ara kaunselor menyoal semasa sesi kaunseling bagi mendapatkan maklumat adalah penting. #oalan yang bermula dengan perkataan =mengapa> wajar dielakkan manakala soalan yang bermula dengan perkataan ?bagaimana>. ?apakah>. ?bilakah> dan ?dimana> wajar digalakkan. @alaupun kaunselor akan mendapat maklumat dari soalan yang dikemukakan tetapi kaunselor tidak semestinya menerima sepenuhnya jawapan yang diberi oleh klian. <ara klien menjawab juga penting diberikan perhatian. Kaunselor hendaklah sentiasa peka pada gerak geri dan ara klien menjawab bagi mengesan iriiri tidak konsisten. uba mengelak sesuatu atau membuat sesuatu yang terpesong dari yang benar.

24

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

#atu ara lain bagi mendapatkan penilaian dari klien adalah dengan menggunakan laporan kendiri yang dibuat oleh klien. 7aporan ini adalah baik bagi pengumpulan maklumat tentang khayalan klien. pemikirannya dan juga perasaan mereka.

2.#.( Main Peranan


#atu teknik yang juga digunakan dalam pendekatan kaunseling tingkah laku. <ara ini sesuai dalam menangani masalah interaksi. Biasanya kaunselor bersetuju untuk mengambil atau memainkan peranan orang yang klien menghadapi masalah untuk berinteraksi. !engan ara ini kaunselor dapat mengenalpasti masalah induk yang klien hadapi dalam interaksinya dengan orang tersebut. #elanjutnya kaunselor akan mampu untuk uba mengubah tingkah laku elaru yang dialami oleh klien dengan menggunakan teknik sampingan seperti latihan asertif dan sebagainya. !alam pendekatan ;)BT. klien akan melakunkan semula tingkah laku kebimbangan. kemarahan dan kemurungan yang dialaminya. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan tadi akan ditukar di mana kaunselor pula akan memainkan peranan klien tadi sehinggalah klien boleh menerangkan semula bagaimana pemikiran salah itu boleh berlaku.

2.#., )a"baran -"ej


Teknik gambaran imej boleh memberi ingatan yang lebih jelas kepada klien tentang pengalaman yang dilalui sama ada yang lampau. sekarang atau yang akan datang. <ara ini dapat menyenangkan klien se ara menggunakan simbol dalam imejnya tentang perkara yang menjadi kerumitannya. !isamping itu kaunselor juga akan dapat persepsi serta penilaian yang lebih jelas tentang masalah klien setelah klien menghuraikan pengalaman yang telah dialaminya dalam gambaran imej se ara lisan.

2.#.. Desensitisasi 'ersiste"


Teknik ini menerapkan penggunaan gambaran imej dengan latihan relaksasi bagi menghasilkan suasana selesa yang boleh diterima klien. !esensitisasi bersistem biasanya digunakan sebagai satu teknik bagi menghindar keadaan keresahan. kegelisahan atau kebimbangan yang dialami klien. Proses permulaannya adalah dengan mengasingkan terlebih dahulu situasi yang menjadi pemangkin keresahan. kegelisahan atau kebimbangan yang sedang dialami klien. Keadaan ini diukur dalam satu bentuk kontinum antara situasi yang kurang meresahkan hingga satu penghujung yang sangat mengan am ketenteraman klien. 7atihan relaksasi se ara beransur-ansur biasanya diterap sebagai elemen penghindar yang bertentangan dengan perasaan dan pemikiran keresahan atau kegelisahan. Kaunselor akan mengasuh klien membayangkan atau menggambarkan dalam bentuk satu hiraki imej yang bermula dengan a ara yang kurang meresahkan dan beransuransur bergerak ke arah hiraki yang lebih tinggi dengan keadaan yang paling mengan am klien. Proses relaksasi disematkan ke dalam imej klien semasa klien mengambarkan imej-imej yang dirasakan kurang selesa sehingga imej tersebut

2&

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

bertukar menjadi selesa pada pandangan dan pemikiran klien. Proses ini diulang dan kaunselor akan hanya memimpin klien bergerak ke tahap hiraki yang lebih tinggi apabila klien sudah mampu menangani keadaan keresahan yang baru dilalui dalam latihannya.

2.#./ Meng+ilangkan 0asa Malu


Teknik ini digunakan dalam pendekatan ;)BT. Teknik ini memerlukan klien untuk keluar ke khalayak ramai dan dengan berhati-hati melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap ?bodoh> dan ?memalukan>. Pada masa yang sama juga klien akan digalakkan untuk merasai se ara kognitif dan emotif hanya terhadap perkara-perkara yang boleh dimaafkan dan bukannya ?malu> apabila tingkah laku tersebut tidak diterima oleh orang lain.

2.#.1 -"ageri 0asional-E"otif


Teknik ini memerlukan klien membuat imaginasi terhadap satu perkara yang amat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan. negeri. ketakutan dan kemarahan. Kemudian klien akan berusaha untuk merasai keke ewaan. kesedihan dan kehampaan se ara yang lebih tepat.

2.#.12 Me"bina Kenyataan 'ersunggu+


!alam teknik ini klien ditunjukkan bagaimana untuk membina kenyataan diri yang realistik dan rasional. Klien juga diajar bagaimana untuk menanamkannya dalam fikiran dan jiwa sehingga mereka yakin dan per aya dengan bersungguh-sungguh.

2.#.11 Dialog-Diri 'ertenaga


!alam teknik ini klien akan merakamkan keper ayaan tidak rasional ke dalam pita dan berhujah mengenainya dengan kuat dalam pita tersebut. Kemudian klien akan mendengar semula pita rakaman tadi dan beri orang lain mendengar sama. #eterusnyanya klien akan menyemak sama ada ianya ukup kuat dan bertenaga.

2.#.12 Pengajaran $angsung


Kaunselor berusaha untuk menerangkan kepada klien yang kebimbangannya adalah tidak rasional dan tidak logik.

2.#.1# $ati+an 34ersi


!alam teknik ini klien akan mengaitkan sesuatu yang pahit atau tidak selesa dengan tinngkah laku yang hendak disingkirkan. <ontohnya seorang klien yang gemok yang suka makan gula-gula. aiskrim. oklat dan sebagainya pada sepanjang masa. Klien in diletakkan dalam keadaan bertenang. Kemudian apabila dia mletakkan gula-gula ke dalam mulut. dia diminta membayangkan gula-gula itu sebagai ulat dan menyebabkan

22

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

dia muntah. Bayangan ini diulang setiap kali apabila dia hendak memakan gula-gula. Kemudian dia diminta memberi pujian kepada dirinya sendiri ketika dia tidak makan gula-gula.

2.#.1( Kesi"pulan
#ebenarnya ada banyak lagi teknik yang boleh digunakan dalam menjayakan usaha kaunselor untuk membantu klien yang datang mendapatkan perkhidmatan mereka. Pemilihan teknik ini bergantung kepada pendekatan atau teori yang menjadi pegangan kaunselor yang berkenaan. <ontoh- ontoh teknik yang digunakan adalah Teori Psikoanalisis% 1. 2. 3. 4. 5. Free Association Interpretation Dream Analysis Analysis and Interpretation of Resistance Analysis and Interpretation of Transference

Teori $dlerian% 1. 2. 3. 4. 5. &. *. ,. Immediacy Paradoxial Intention Acting As If pitting In T!e "lient#s o$p "atc!ing %neself P$s!'($tton Tec!ni)$e A+oiding Traps Tas- etting and "ommitment

Teori :estalt% 1. 2. 3. 4. 5. &. *. ,. 6. 17. 11. 12. 13. Dialog$e .xercise /a-ing T!r Ro$nds 0nfinis!ed 1$siness 2I ta-e responsi1ility# 2I !a+e a secret# Playing T!e Pro3ection Re+ersals T!e R!yt!ym of "ontact and 4it!dra5al 2Re!earsal# 2.xaggeration# 2/ay I feed 8o$ A entence# /arriage'"onseling 9ames 2"an 8o$ tay 4it! T!is Feeling:#

2(

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

Teori Tingkah 7aku% 1. 2. 3. 4. 5. &. *. Relaxation Training ystematic Desensiti;ation /odeling /et!ods Assertion Training elf /anagement Program elf Directed (e!a+ior %perant conditioning

Teori ;asional )motif Tingkahlaku &. 2. (. '. /. 1. ,. 9. Disp$ting irrational 1elief "ogniti+e !ome5or"!anging one#s lang$age 0se of !$mor Rational'emoti+e imagery Role playing !ame'attac-ing exercises 0se of force and +igor

Malahan ada juga pendekatan atau teori kaunseling yang tidak pula menggunakan atau menamakan teknik-teknik tertentu dalam pengendaliannya seperti teori pemusatan perorangan dan teori eksistential. Teori pemusatan perorangan lebih menekankan kepada perhubungan yang rapat dan akrab antara kaunselor dengan klien yang berasaskan kepada unsur-unsur ketulusan. jujur. mesra. kongruen dan empati. 0ika kaunselor dapat mewujudkan suasana dan perhubungan yang terapeutik maka dengan sendirinya kesan terapi dapat dinikmati oleh klien.

2.& 3kti4iti
&. 2. (. '. Bin angkan maksud proses kaunseling. Bin angkan perbe2aan dan persamaan model proses kaunseling yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan kefahaman anda mengenai proses kaunseling. sila adangkan satu model proses kaunseling anda sendiri. Merujuk kepada model yang anda adangkan. bin ang bagaimana anda akan menggunakan teknik-teknik kaunseling untuk membantu klien anda.

2'

You might also like