You are on page 1of 33

JPK/704/4 (4)

SYARAT PENTAULIAHAN DAN PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA. 2011

SUSUNAN
muka surat 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 PENDAHULUAN TUJUAN MULA BERKUAT KUASA TAFSIRAN KRITERIA PENTAULIAHAN SLDN 5.1 5.2 5.3 6.0 7.0 8.0 Kriteria Penyedia Latihan SLDN Kemudahan Fizikal Pusat Latihan SLDN Kemudahan Fizikal Syarikat SLDN 4 4 4 4 7 7 8 9 9 9 9 11 11 11 11 12 13 14 15 16 16 17 17

PENDEKATAN PELAKSANAAN LATIHAN SLDN KUMPULAN SASAR PENTAULIAHAN PROGRAM 8.1 8.2 8.3 Tempoh Latihan Pelaksanaan program secara single-tier Program Yang Ditawarkan

9.0

PERSONEL PENYEDIA LATIHAN SLDN 9.1 9.2 Personel di Syarikat SLDN Personel di Pusat Latihan SLDN

10.0 11.0 12.0 13.0 14.0 15.0

PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM LATIHAN PEMBAHARUAN PENTAULIAHAN PROGRAM BERTAULIAH PENAMBAHAN PROGRAM BERTAULIAH PINDAAN PROGRAM BERTAULIAH TEMPOH PENTAULIAHAN PINDAAN MAKLUMAT PENTAULIAHAN PENYEDIA LATIHAN SLDN
1

16.0 17.0 18.0 19.0 20.0 21.0

PINDAAN PERSONEL LANTIKAN PENYEDIA LATIHAN SLDN PENAMATAN PROGRAM BERTAULIAH PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN PENTAULIAHAN PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN BAYARAN PERSIJILAN SISTEM JAMINAN KUALITI 21.1 Personel Jaminan Kualiti

18 19 19 19 20 20 20 21 21 21 21 22 22 23 23 24 25 25 26 26 26 27

22.0 23.0 24.0 25.0

PENGANUGERAHAN SIJIL PEMILIHAN DAN PENDAFTARAN PERANTIS KONTRAK PERANTISAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SYARIKAT SLDN 25.1 25.2 25.3 25.4 25.5 25.6 25.7 Tanggungjawab Utama Tanggungjawab Sebelum Pelaksanaan Program Bertauliah Tanggungjawab Semasa Pelaksanaan Program Bertauliah Tanggungjawab Selepas Pelaksanaan Program Bertauliah Tanggungjawab Penyelaras Syarikat SLDN Tanggungjawab Coach Larangan Kepada Syarikat SLDN

26.0

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PUSAT LATIHAN SLDN 26.1 26.2 26.3 Tanggungjawab Utama Tanggungjawab Sebelum Pelaksanaan Program Bertauliah Tanggungjawab Semasa Pelaksanaan Program Bertauliah

26.4 26.5 26.6 26.7 27.0

Tanggungjawab Selepas Pelaksanaan Program Bertauliah Tanggungjawab Penyelaras Pusat Latihan SLDN Tanggungjawab Pengajar Larangan Kepada Pusat Latihan SLDN

28 28 29 29 30 30 30 30 30 31 31 31

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA PENYEDIA LATIHAN SLDN 27.1 27.2 27.3 27.4 27.5 27.6 27.7 Melaporkan Diri Urusan Kedatangan dan Cuti Mematuhi Peraturan Pertukaran Tempat Latihan Perlindungan Insuran Laporan Buku Log Lain-lain Peraturan Yang Ditetapkan

LAMPIRAN Lampiran 1: Carta Alir Proses Pelaksanaan SLDN 32

1.0 PENDAHULUAN SLDN diperkenalkan dengan tujuan untuk menyediakan tenaga mahir negara yang berpengetahuan (k-Pekerja) melalui kaedah latihan komprehensif dan terkini yang memenuhi kehendak industri semasa. Pendekatan SLDN dapat mengurangkan masalah pengeluaran tenaga mahir yang tidak memenuhi kehendak semasa industri. Sistem latihan ini juga memberi pendedahan kepada perantis tentang situasi kerja yang sebenar yang diperlukan di industri. 2.0 TUJUAN Syarat-syarat pentauliahan ini bertujuan untuk menetapkan keperluan berkaitan kriteria permohonan pentauliahan, pembaharuan, penambahan dan pelaksanaan program latihan di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Bagi jaminan kualiti dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia, Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini perlu dibaca bersama Panduan Penilaian Sistem Latihan Dual Nasional. 3.0 MULA BERKUAT KUASA Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini mula berkuatkuasa pada 01 JULAI 2011. Dengan berkuatkuasanya syarat-syarat ini, Panduan dan Peraturan Perlaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional yang terdahulu adalah DIBATALKAN. 4.0 TAFSIRAN Dalam Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Akta 652 ertinya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006; Buku Log ertinya dokumen yang merekodkan pengalaman perantis dalam melaksanakan tugasan-tugasan berkaitan di tempat kerja yang disahkan oleh coach dan/atau pengajar yang berkelayakan di tempat kerja berkenaan. Coach ertinya individu di Syarikat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan berdaftar dengan JPK; JPK ertinya Jabatan Pembangunan Kemahiran; Kelayakan ertinya apa-apa pengalaman kerja dalam bidang kemahiran tertentu atau apa-apa sijil, diploma, ijazah yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah; Ketua Pengarah ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah Seksyen 17 Akta 652;
4

Kurikulum SLDN ertinya satu dokumen latihan untuk dilaksana di industri dan Pusat Latihan SLDN yang meliputi latihan praktikal dan teori seiring dengan perubahan teknologi bagi mengeluarkan k-Pekerja; Learn and Work Assignment (LWA) ertinya bahan pembelajaran yang menggabungkan tugasan di tempat kerja dan pembelajaran secara kendiri; Pegawai Pengesah Luaran ertinya personel yang dilantik oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan verifikasi luaran di tempat kerja / pusat bertauliah; Pendaftar Pertubuhan ertinya pendaftar pertubuhan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]; Pengajar SLDN ertinya seseorang yang bertanggungjawab bagi Latihan Kemahiran SLDN dan bagi membimbing, menyelia dan menilai kebolehan seseorang perantis untuk mengasimilasikan aspek teori dan amali latihan itu; Penyedia Latihan SLDN ertinya Pusat Latihan SLDN dan Syarikat SLDN; Pentauliahan ertinya suatu tatacara yang Ketua Pengarah menilai dan meluluskan sesuatu program latihan kemahiran; Penyedia Latihan Kemahiran ertinya suatu pertubuhan perbadanan, organisasi atau lain-lain kumpulan orang yang mengendalikan program latihan kemahiran yang maksud utamanya adalah bagi memenuhi kehendak Standard berkaitan; Penyelaras ertinya personel utama yang dirujuk dalam pelaksanaan SLDN di Pusat Latihan SLDN dan Syarikat; Perantis ertinya seseorang yang menerima latihan kemahiran yang disediakan oleh Penyedia Latihan SLDN; Personel SLDN ertinya seseorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan latihan kemahiran SLDN di Syarikat atau Pusat Latihan SLDN; Program ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap yang ditetapkan dalam Daftar Standard; Program Bertauliah ertinya program latihan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah; Pusat Latihan SLDN ertinya mana-mana penyedia latihan kemahiran (PLK) yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan suatu program bertauliah melalui kaedah SLDN;

Rekod Penilaian SLDN ertinya suatu kaedah mendokumentasi untuk merekodkan, mengumpul dan menyimpan pencapaian perantis yang mana bukti-bukti keterampilan yang telah disempurnakan dan disahkan oleh Coach atau Pengajar bagi tujuan mendapatkan Sijil melalui pelaksanaan program SLDN; Sijil ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan kepada seseorang oleh Ketua Pengarah di bawah Seksyen 34 Akta 652; Single-tier ertinya mana-mana program yang dijalankan secara gabungan tahap di mana perantis akan didaftarkan pada setiap tahap dan akan dianugerahkan Sijil pada tahap tertingggi sahaja; Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) ertinya suatu kaedah latihan di dalam dua situasi pembelajaran, iaitu di Syarikat yang merangkumi 70% hingga 80% daripada keseluruhan latihan dan di Pusat Latihan SLDN yang merangkumi 20% hingga 30% daripada keseluruhan latihan; Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia ertinya polisi, mekanisme Standard dan tatacara yang terlibat dalam penganugerahan suatu Sijil oleh Ketua Pengarah; Standard ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang diwujudkan di bawah Bahagian IV Akta 652; Syarikat SLDN ertinya mana-mana organisasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan bagi menjalankan sesuatu perniagaan dan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan program SLDN; Tahap ertinya tingkatan kemahiran dalam satu bidang pekerjaan dalam Standard, sama ada tahap 1, 2, 3, Diploma atau Diploma Lanjutan.

5.0

KRITERIA PENTAULIAHAN SLDN

Mana-mana penyedia latihan kemahiran hendaklah memohon kepada JPK untuk diluluskan program latihan kemahirannya sebagai suatu program bertauliah dan hendaklah memenuhi kriteria berikut: a. Mempunyai kurikulum latihan yang berupaya untuk menyediakan latihan dan penilaian kemahiran bagi memenuhi kehendak Standard yang berkaitan; Mempunyai premis, kemudahan latihan atau teknologi bagi menyediakan latihan kemahiran dan menjalankan penilaian bagi memenuhi kehendak Standard yang berkaitan; Mempunyai personel pentauliahan yang berkelayakan dan berkemahiran serta berupaya menyediakan latihan dan penilaian kemahiran bagi memenuhi kehendak Standard; Boleh memenuhi polisi dan tatacara dan jaminan kualiti yang telah ditetapkan oleh JPK; dan Menggunakan nama Penyedia Latihan SLDN yang i. ii. iii. iv. mencerminkan sebuah syarikat atau institusi latihan kemahiran; tidak sama atau mirip dengan nama Penyedia Latihan SLDN yang lain; tidak berkait atau mirip dengan nama seseorang atau individu; dan tidak berkait dengan nama JPK, bahagian di bawah JPK atau apaapa yang berkaitan dengan JPK.

b.

c.

d. e.

5.1

Kriteria Penyedia Latihan SLDN Penyedia Latihan SLDN terdiri daripada dua entiti : 5.1.1 Syarikat Syarikat yang berdaftar dengan JPK hendaklah memenuhi syaratsyarat berikut: a. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pendaftar Pertubuhan atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi Sabah dan Sarawak; melainkan agensi Kerajaan; Mempunyai premis latihan yang telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan operasi;

b.

c. d. e. f.

Mengemukakan bukti pemilikan atau bukti sewaan premis kepada pegawai JPK semasa lawatan verifikasi; Mempunyai kemudahan dan peralatan yang memenuhi keperluan Standard; Menyediakan dokumen penilaian amali yang memenuhi keperluan Standard; dan Mempunyai pekerja sepenuh masa untuk dilantik sebagai Coach dan Penyelaras Syarikat SLDN.

5.1.2 Pusat Latihan SLDN Pusat Latihan SLDN yang berdaftar dengan JPK hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: a. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pendaftar Pertubuhan atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi Sabah dan Sarawak; melainkan agensi Kerajaan. Mempunyai premis latihan yang telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan operasi; Mengemukakan bukti pemilikan atau bukti sewaan premis kepada pegawai JPK semasa lawatan verifikasi; Mempunyai kemudahan dan peralatan yang sesuai untuk latihan teori yang memenuhi keperluan Standard; Menyediakan bahan pembelajaran dan dokumen penilaian teori yang lengkap dan memenuhi keperluan Standard; dan Mempunyai pekerja sepenuh masa untuk dilantik sebagai Pengajar dan Penyelaras Pusat Latihan SLDN.

b. c. d. e. f.

5.2

Kemudahan Fizikal Pusat Latihan SLDN Pusat Latihan SLDN hendaklah menyediakan kemudahan fizikal yang bersesuaian bagi melaksanakan pembelajaran teori untuk Program Bertauliah. Antara kemudahan yang perlu disediakan adalah seperti berikut: a. Berkeupayaan melaksanakan latihan dan penilaian serta mempunyai kemudahan latihan yang bersesuaian dengan keperluan Standard dalam aspek teori; Mempunyai bilik kuliah atau makmal bagi pembelajaran teori atau simulasi; dan
8

b.

c.

Mempunyai peralatan, kelengkapan dan bahan latihan bagi pembelajaran teori atau simulasi.

5.3

Kemudahan Fizikal Syarikat SLDN Syarikat SLDN hendaklah bersetuju membenarkan penggunaan kemudahan fizikal yang dimiliki bagi maksud melaksanakan Program Bertauliah di premis yang ditauliahkan.

6.0

PENDEKATAN PELAKSANAAN LATIHAN SLDN

SLDN adalah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat pembelajaran iaitu di Syarikat SLDN/industri (praktikal) yang meliputi 70% hingga 80% dan di Pusat Latihan SLDN (teori) yang meliputi 20% hingga 30%. Pendekatan latihan SLDN akan ditentukan oleh Syarikat SLDN bersama-sama dengan Pusat Latihan SLDN diantara dua pendekatan berikut: a. Day release Perantis hendaklah menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5 hari (32 jam 40 jam) di Syarikat SLDN dan latihan teori selama 1 hingga 2 hari (8 jam 16 jam) di Pusat Latihan SLDN pada setiap minggu; atau b. Block release Perantis hendaklah menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5 bulan (420 jam 480 jam) di Syarikat SLDN dan latihan teori selama 1 hingga 2 bulan (120 jam 180 jam) di Pusat Latihan SLDN secara berterusan. 7.0 KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar adalah terdiri daripada lepasan sekolah, belia dan pekerja industri. 8.0 PENTAULIAHAN PROGRAM

Penyedia Latihan SLDN hendaklah menawarkan dan melaksanakan latihan mengikut tahap Program Bertauliah berdasarkan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

8.1

Tempoh Latihan Jangka masa latihan bergantung kepada tahap kemahiran yang ditawarkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. Konsep dan tempoh latihan pelaksanaan Program Bertauliah adalah seperti berikut: a. Program Bertauliah hendaklah dilaksanakan secara sepenuh masa dan menepati tempoh latihan yang ditetapkan; b. Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan waktu pembelajaran yang berjadual bagi setiap perantis tidak melebihi 8 jam sehari dan tidak melebihi 6 hari seminggu seperti di dalam Jadual 1 di bawah; dan c. Memastikan konsep pelaksanaan Program Bertauliah dijalankan menggunakan kaedah day release atau block release.

PANDUAN TEMPOH LATIHAN (JAM) TAHAP Pusat Latihan SLDN (20%-30%) 120 180 120 180 240 - 360 Syarikat (70%-80%) JUMLAH (JAM) 600 600 1200 TEMPOH (BULAN) CATATAN

T1 T2

420 - 480 420 - 480 840 - 960

6 6 12 Pelaksanaan single tier untuk bidang yang Standard bermula tahap 1 Pelaksanaan single tier untuk bidang yang Standard bermula tahap 2 Bagi perantis yang mempunyai T3 Bagi perantis yang mempunyai DKM

480 - 720 T3

1680 - 1920

2400

24

360 - 540

1260 - 1440

1800

18

DKM

240 - 360

840 - 960

1200

12

DLKM

360 - 540

1260 - 1440

1800

18

Jadual 1: Panduan Tempoh Latihan


10

8.2

Pelaksanaan Program Secara Single-tier Penyedia Latihan SLDN digalakkan melaksanakan latihan secara single-tier yang merupakan suatu kaedah penggabungan beberapa tahap iaitu: a. Tahap 1 hingga 3; atau b. Tahap 1 hingga 2; atau c. Tahap 2 hingga 3.

8.3

Program Yang Ditawarkan Semua permohonan pentauliahan program adalah berdasarkan kepada Standard yang telah diluluskan oleh Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan. Walau bagaimanapun pelaksanaan SLDN: a. b. c. d. e. program berikut tidak ditawarkan untuk

Program Penyeliaan; Program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3); Program Eksekutif Latihan Vokasional (I-031-4); Program Pengurus Latihan Vokasional (I-031-5); dan Program yang melibatkan agensi penguatkuasaan atau perlesenan. Pemohon mestilah memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan oleh JPK dan agensi-agensi terbabit.

9.0

PERSONEL PENYEDIA LATIHAN SLDN a. Mana-mana penyedia latihan kemahiran yang memohon pentauliahan hendaklah mempunyai dan melantik personel yang terdiri daripada Coach, Penyelaras Syarikat SLDN, Pengajar SLDN dan Penyelaras Pusat Latihan SLDN; Setelah permohonan pentauliahan diluluskan, Personel SLDN di Syarikat SLDN iaitu Coach dan Pengajar di Pusat Latihan SLDN hendaklah berdaftar dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) melalui sistem atas talian (online) bagi mendapatkan Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan di Syarikat SLDN; Coach dan Pengajar SLDN tidak boleh dilantik dikalangan personel yang sama bagi menjamin kualiti pelaksanaan program SLDN; dan
11

b.

c.

d.

Personel Penyedia Latihan SLDN yang terlibat di dalam pelaksanaan SLDN serta bidang tugas adalah seperti dalam Rajah 1 di bawah:

PERSONEL PENYEDIA LATIHAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) PUSAT LATIHAN

SYARIKAT

PENGAJAR Melatih perantis dalam bidang teknikal seperti penggunaan mesin dan peralatan tangan dalam bentuk teori. Melatih perantis dalam bidang bukan teknikal seperti subjek matematik agama, keselamatan dan lain-lain.

PENYELARAS Menyelaras dan mengurus perantis dan pengajar Memastikan semua latihan di pusat bertauliah berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh syarikat.

COACH Melatih perantis dalam bidang teknikal; kompetensi pembelajaran dan metodologi; dan Kompetensi sosial dan kemanusiaan di industri.

PENYELARAS Menyelaras dan mengurus perantis dan coach dalam industri. Memastikan semua latihan di industri berjalan mengikut keperluan NOSS / Kurikulum SLDN

Rajah 1: Personel Yang Terlibat Dalam SLDN 9.1 Personel di Syarikat SLDN Personel SLDN di Syarikat SLDN hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut: 9.1.1 Coach a. b. c. d. e. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun; Hadir dengan jayanya Program Latihan Coach Industri yang diiktiraf oleh JPK; Berkhidmat di satu Syarikat SLDN sahaja; Dilantik dikalangan pekerja sepenuh masa atau majikan Syarikat SLDN; Berkhidmat dengan Syarikat SLDN semasa sekurangkurangnya 2 tahun dalam bidang berkenaan;
12

f.

Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dan mahir dalam Program Bertauliah yang dipertanggungjawabkan; dan Ditauliahkan dan diiktiraf oleh JPK.

g. 9.1.2

Penyelaras Syarikat a. b. c. d. Berkhidmat di satu Syarikat SLDN sahaja; Dilantik di kalangan pekerja sepenuh masa atau majikan Syarikat SLDN; Mempunyai pengalaman menyelia; dan Menghadiri Kursus Induksi SLDN yang diiktiraf oleh JPK.

9.2

Personel di Pusat Latihan SLDN Personel SLDN di Pusat Latihan SLDN hendaklah memenuhi kriteriakriteria berikut: 9.2.1 Pengajar SLDN a. b. c. d. e. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi SLDN; Hadir dengan jayanya Program Latihan Tenaga Pengajar SLDN yang diiktiraf oleh JPK; Berkhidmat di satu Pusat Latihan SLDN sahaja secara sepenuh masa; Dilantik oleh Pusat Latihan SLDN bagi satu program pada satu-satu masa sahaja; Memiliki: i. SKM satu tahap yang lebih tinggi daripada program yang ditauliahkan; atau ii. f. Pengalaman mengajar minima 3 tahun dalam bidang kemahiran berkaitan; dan

Bagi program DKM dan DLKM, pengajar hendaklah memiliki salah satu kriteria berikut:

13

i.

Diploma dengan dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan bagi mengendalikan program di peringkat DKM; Ijazah dengan dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan bagi mengendalikan program di peringkat DKM dan DLKM; atau Mana-mana kelayakan kemahiran berkaitan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah dengan sekurangkurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja yang berkaitan.

ii.

iii.

9.2.2 Penyelaras Pusat Latihan SLDN a. b. c. d. 10.0 Berkhidmat di satu Pusat Latihan SLDN sahaja; Dilantik di kalangan pekerja sepenuh masa atau majikan; Mempunyai pengalaman menyelia; dan Menghadiri Kursus Induksi SLDN yang diiktiraf oleh JPK.

PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM LATIHAN a. Mana-mana syarikat atau institusi latihan yang ingin melaksanakan Program Bertauliah hendaklah mengemukakan permohonan lengkap kepada JPK seperti berikut: i. ii. b. Borang Pendaftaran Syarikat SLDN atau Pendaftaran Pusat Latihan SLDN yang dilengkapkan secara online; dan Apa-apa dokumen ditetapkan. dan maklumat sebagaimana yang

Mana-mana syarikat yang ingin memohon pentauliahan sebagai Syarikat SLDN dan Pusat Latihan SLDN di syarikat yang sama hendaklah melengkapkan borang pendaftaran Syarikat SLDN dan Pusat Latihan SLDN secara online; Mana-mana syarikat yang mempunyai premis cawangan di luar daripada negeri yang ditauliahkan, hendaklah mengemukakan permohonan baru sebagai Penyedia Latihan SLDN; Borang permohonan yang telah dihantar secara online hendaklah dicetak, disahkan oleh majikan dan dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada JPK;

c.

d.

14

e.

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pentauliahan dan sebelum menentukannya, JPK boleh meminta Penyedia Latihan SLDN untuk memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan. Kegagalan Penyedia Latihan SLDN mengemukakan dokumen dan maklumat tersebut dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan permohonan itu dianggap ditarik balik dan tidak diteruskan; JPK berhak, pada bila-bila masa yang munasabah, mengadakan lawatan verifikasi ke premis untuk memastikan kesahihan permohonan pentauliahan tersebut; dan Penyedia Latihan SLDN yang telah ditauliahkan program latihannya akan dianugerahkan sijil pentauliahan dan hendaklah mematuhi Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini.

e.

f.

11.0

PEMBAHARUAN PENTAULIAHAN PROGRAM BERTAULIAH a. Bagi tujuan pembaharuan Program Bertauliah, Penyedia Latihan SLDN hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan pentauliahan kepada Ketua Pengarah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan, tetapi tidak lebih daripada enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pentauliahan berkenaan dengan mengemukakan perkaraperkara berikut: i. ii. iii. Cetakan borang permohonan pembaharuan bertauliah yang telah lengkap diisi secara online; program

Senarai semua personel pentauliahan yang terkini untuk program yang dipohon; dan Salinan surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan di Penyedia Latihan Kemahiran SLDN yang disahkan bagi semua personel pentauliahan program yang dipohon.

b.

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, selepas menerima permohonan pembaharuan program bertauliah, melalui notis bertulis menghendaki Penyedia Latihan SLDN untuk memberikan dokumen atau maklumat yang diperlukan dalam tempoh seperti yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; Borang yang telah dihantar secara online hendaklah dicetak, disahkan oleh majikan dan dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada JPK; Mana-mana Penyedia Latihan SLDN yang ditolak pembaharuannya atau tidak memohon tetapi masih lagi terdapat perantis yang masih mengikuti latihan setelah tamat tempoh pentauliahan, adalah masih
15

c.

d.

lagi tertakluk di bawah Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Akta 652. Penyedia Latihan SLDN hendaklah bertanggungjawab menyelesaikan latihan dan penilaian perantis sehingga tamat; e. JPK berhak, pada bila-bila masa yang munasabah, mengadakan lawatan verifikasi ke premis untuk memastikan kesahihan permohonan pentauliahan tersebut; dan Penyedia Latihan SLDN yang telah ditauliahkan program latihannya akan dianugerahkan sijil pentauliahan dan hendaklah mematuhi Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini.

f.

12.0

PENAMBAHAN PROGRAM BERTAULIAH a. Penyedia Latihan SLDN yang ingin mendapatkan Program Bertauliah tambahan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah bersama-sama dengan perkara berikut: i. ii. b. Cetakan borang permohonan penambahan program bertauliah yang telah lengkap diisi secara online; dan Apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan;

Borang permohonan yang telah dihantar secara online hendaklah dicetak, disahkan oleh majikan dan dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada JPK; JPK berhak, pada bila-bila masa yang munasabah, mengadakan lawatan verifikasi ke premis untuk memastikan kesahihan permohonan pentauliahan tersebut; dan Penyedia Latihan SLDN yang telah ditauliahkan program latihannya akan dianugerahkan sijil pentauliahan dan hendaklah mematuhi Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini.

c.

d.

13.0

PINDAAN PROGRAM BERTAULIAH

Mana-mana Standard yang dijumudkan atau dikaji semula dan melibatkan pertukaran kod memerlukan tindakan seperti berikut oleh Penyedia Latihan Kemahiran SLDN: a. Penyedia Latihan SLDN hendaklah mengemukakan permohonan pindaan program bertauliah atau penambahan program bertauliah dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh Standard baru dikuat kuasakan;

16

b.

Mana-mana program yang akan tamat tempoh pentauliahan dalam tempoh melebihi enam (6) bulan, Penyedia Latihan SLDN hendaklah mengemukakan permohonan pindaan program bertauliah; Mana-mana program yang akan tamat tempoh pentauliahan dalam tempoh kurang dari enam (6) bulan, Penyedia Latihan SLDN hendaklah mengemukakan permohonan pentauliahan program tambahan; Penyedia Latihan SLDN boleh menjalankan program latihan menggunakan Standard yang telah dijumudkan sehingga kumpulan perantis sedia ada menamatkan latihan; Kumpulan perantis baru hendaklah menggunakan Standard baru selewat-lewatnya enam (6) bulan dari tarikh Standard baru dikuat kuasakan; Personel pentauliahan hendaklah sentiasa peka terhadap apa-apa perubahan semasa Standard; Bagi tujuan pindaan program, Penyedia Latihan SLDN hendaklah mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah dengan mengemukakan perkara berikut: i. ii. iii. Cetakan borang permohonan penambahan program bertauliah yang telah lengkap diisi secara online; Apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan; dan Apa-apa dokumen dan maklumat tambahan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah seperti di Senarai Semak Permohonan Pindaan Program; dan

c.

d.

e.

f. g.

e.

Penyedia Latihan SLDN yang telah ditauliahkan program latihannya akan dianugerahkan sijil pentauliahan dan hendaklah mematuhi Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini.

14.0

TEMPOH PENTAULIAHAN Tempoh sah pentauliahan Penyedia Latihan SLDN adalah selama tiga (3) tahun atau tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah JPK.

15.0

PINDAAN MAKLUMAT PENTAULIAHAN PENYEDIA LATIHAN SLDN a. Penyedia Latihan SLDN hendaklah mengemukakan permohonan pindaan kepada JPK secara online jika ingin meminda apa-apa butiran yang terdapat di dalam sijil pentauliahan;
17

b.

Borang permohonan yang telah dihantar secara online hendaklah dicetak, disahkan oleh majikan dan dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada JPK; Penyedia Latihan SLDN hendaklah mengemukakan permohonan kepada JPK, jika terdapat pindaan butiran pentauliahan berikut: i. ii. Nama Penyedia Latihan SLDN; dan Alamat dan Premis Penyedia Latihan SLDN.

c.

d.

Bagi tujuan pertukaran alamat dan premis, Penyedia Latihan SLDN dikehendaki: i. ii. iii. memastikan segala urusan latihan dan persijilan perantis yang telah mendaftar di premis sedia ada selesai; melengkapkan segala peralatan latihan di premis baru; dan pengambilan kumpulan perantis baru hanya boleh dibuat setelah premis mendapat pentauliahan daripada Ketua Pengarah.

e.

JPK, pada bila-bila masa yang munasabah berhak mengadakan lawatan verifikasi ke premis untuk memastikan kesahihan permohonan pentauliahan tersebut; dan Ketua Pengarah boleh menolak mana-mana permohonan yang dibuat jika didapati permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan.

f.

16.0

PINDAAN PERSONEL LANTIKAN PENYEDIA LATIHAN SLDN a. Penyedia Latihan SLDN hendaklah meminda maklumat personel lantikan yang terdapat di dalam profile Penyedia Latihan SLDN apabila berlaku sebarang pertukaran atau pertambahan dengan mengemukakan permohonan pindaan kepada JPK secara online; Borang permohonan yang telah dihantar secara online hendaklah dicetak, disahkan oleh majikan dan dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada JPK. JPK, pada bila-bila masa yang munasabah berhak mengadakan lawatan verifikasi ke premis untuk memastikan kesahihan permohonan pindaan tersebut; dan

b.

c.

18

d.

Ketua Pengarah boleh menolak mana-mana permohonan yang dibuat jika didapati permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan.

17.0

PENAMATAN PROGRAM BERTAULIAH

Bagi mana-mana Penyedia Latihan SLDN yang ingin memohon untuk menamatkan program bertauliah hendaklah a. b. memastikan bahawa kesemua perantis telah tamat latihan dan dipersijilkan sebelum tarikh penamatan tersebut: dan memaklumkan penamatan program bertauliah secara bertulis kepada Ketua Pengarah dan hendaklah menyerahkan kembali sijil pentauliahan dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh penamatan itu bagi tujuan pembatalan program bertauliah pada sijil berkenaan.

18.0

PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN PENTAULIAHAN

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, menggantung atau membatalkan pentauliahan yang diberikan kepada mana-mana Penyedia Latihan SLDN berdasarkan seksyen 29 Akta 652. Penyedia Latihan SLDN hendaklah menyerahkan kembali sijil pentauliahan dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh penggantungan atau pembatalan berkuatkuasa. 19.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN a. Penilaian dalam SLDN adalah satu proses menilai tahap pencapaian keterampilan seseorang perantis yang mengikuti program SLDN. Pelaksanaan Sistem Penilaian adalah wajib bagi semua bidang latihan pekerjaan dalam SLDN. Keterampilan perantis merangkumi: i. ii. iii. c. Kompetensi Teknikal; Kompetensi Pembelajaran dan Metodologi; dan Kompetensi Sosial dan Kemanusiaan.

b.

Peperiksaan akhir atau lawatan verifikasi PPL hanya akan dijalankan pada tahap tertinggi program SLDN yang didaftarkan. Walau bagaimanapun, proses penilaian akhir atau verifikasi PPL akan merangkumi semua tahap yang didaftarkan. Maklumat lanjut berkenaan sistem penilaian perlu dirujuk kepada Panduan Penilaian SLDN.
19

20.0

BAYARAN PERSIJILAN

JPK mengenakan bayaran persijilan sebanyak RM100 bagi seorang perantis dan hendaklah dibayar semasa mengemukakan pendaftaran perantis. Carta Alir Proses Pelaksanaan SLDN adalah seperti di Lampiran 1. 21.0 SISTEM JAMINAN KUALITI Bagi memastikan kewibawaan dan keberkesanan pelaksanaan SLDN, sistem jaminan kualiti meliputi aspek-aspek berikut: a. Kesesuaian Penyedia Latihan SLDN untuk melaksanakan latihan dan penilaian. Penyedia Latihan SLDN yang menyertai program SLDN akan diberikan sijil pentauliahan bagi menjalankan program untuk sesuatu tempoh; Kekompetenan personel di Penyedia Latihan SLDN untuk menjalankan latihan dan penilaian. Setiap personel yang mengendalikan program SLDN akan diberikan latihan berkenaan program SLDN; Kesesuaian kandungan latihan dengan kurikulum yang ditetapkan; Ketepatan penilaian yang dijalankan bagi mengukur pencapaian calon mengikut peraturan yang ditetapkan; dan Perekodan dan pengumpulan bukti keterampilan bagi tujuan verifikasi persijilan. Personel Jaminan Kualiti a. Pengajar Pusat Latihan SLDN Pusat Latihan SLDN hendaklah memastikan bahawa Pengajar SLDN yang dilantik memenuhi kriteria yang ditetapkan. b. Coach Syarikat hendaklah memastikan coach yang ditugaskan untuk menjalankan Program Bertauliah memenuhi kriteria yang ditetapkan.

b.

c. d. e.

21.1

20

22.0

PENGANUGERAHAN SIJIL

Setiap perantis yang tamat latihan melalui program SLDN akan dianugerahkan Sijil pada tahap kemahiran jika memenuhi semua syarat berikut: a. b. c. Menamatkan latihan dengan jayanya; Disahkan oleh Penyedia Latihan SLDN yang bertanggungjawab; dan Diperakukan oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik oleh JPK.

Penyedia Latihan SLDN dibenarkan untuk mengeluarkan sijil latihan seperti Sijil Tamat Latihan atau Sijil Kehadiran atau melaksanakan program berkembar kepada perantis tanpa apa-apa bayaran. 23.0 PEMILIHAN DAN PENDAFTARAN PERANTIS

Syarikat perlu membuat pengambilan perantis berdasarkan syarat-syarat minimum berikut: a. b. c. Warganegara Malaysia; Berumur 16 tahun ke atas; dan Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Syarikat SLDN boleh menetapkan kriteria-kriteria tambahan yang diperlukan dengan persetujuan JPK. Pendaftaran perantis hendaklah dilakukan secara online. Sebarang pelaksanaan program lain oleh Penyedia Latihan SLDN atau oleh manamana agensi yang melibatkan pembayaran yuran atau caj latihan adalah tidak dibenarkan, selagi perantis tidak menamatkan latihan SLDN. 24.0 KONTRAK PERANTISAN

Kontrak perantisan bertujuan mengikat perantis, Syarikat SLDN dan Pusat Latihan SLDN secara sah mengikut terma-terma yang dipersetujui oleh semua pihak. 25.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SYARIKAT SLDN

Syarikat SLDN berperanan menyediakan latihan praktikal bagi setiap perantis dalam melaksanakan program SLDN. Ianya bertujuan memberi pendedahan suasana dan keperluan kerja kepada perantis di industri. Syarikat SLDN juga hendaklah menyediakan jadual latihan berdasarkan pendekatan latihan SLDN sama ada day release atau block release.
21

25.1

Tanggungjawab Utama Sepanjang tempoh latihan, Syarikat SLDN hendaklah menyediakan: a. b. c. d. e. Buku Log; Pelan Pembelajaran; Kelengkapan dan peralatan latihan yang secukupnya mengikut keperluan NOSS/ kurikulum SLDN; Coach mengikut nisbah 1:5 bagi perantis; dan Insuran berkelompok kepada perantis.

25.2

Tanggungjawab Sebelum Pelaksanaan Program Bertauliah Syarikat SLDN hendaklah : a. Bekerjasama dengan Pusat Latihan SLDN dalam menyediakan jadual latihan kepada perantis sepanjang tempoh perantis menjalani latihan SLDN; Mempamerkan sijil pentauliahan di suatu tempat yang mudah dilihat; Pengambilan perantis adalah berdasarkan kepadai. ii. d. e. f. g. nisbah coach kepada perantis 1:5 bagi setiap program; dan bilangan kemudahan latihan, peralatan, kelengkapan dan bahan latihan yang terdapat di Syarikat SLDN.

b. c.

Menandatangani kontrak perantisan; Memohon khidmat nasihat daripada DSE (jika perlu); Memastikan Personel SLDN yang dilantik memenuhi kriteria ditetapkan; dan Mendaftar perantis secara atas talian dan menjelaskan bayaran persijilan perantis sebanyak RM100 seorang dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh latihan bermula.

22

25.3

Tanggungjawab Semasa Pelaksanaan Program Bertauliah Syarikat SLDN hendaklah: a. b. c. d. e. f. Melaksanakan latihan SLDN di premis yang ditauliahkan; Melaksanakan penilaian berterusan dan peperiksaan akhir seperti yang ditetapkan oleh JPK; Bertanggungjawab memantau kehadiran perantis di Syarikat SLDN serta menyediakan laporan kehadiran bagi setiap bulan; Menjaga kebajikan dan disiplin perantis; Menyimpan rekod penilaian yang dijalankan; Memastikan setiap perantis mengikuti program bertauliah dan menjalani penilaian mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa; Bekerjasama dengan Pusat Latihan SLDN untuk: i. ii. iii. h. Menyediakan dokumen-dokumen penilaian melaksanakan penilaian kepada perantis; Menubuhkan Jawatankuasa Penilaian; dan Mengemukakan permohonan lawatan verifikasi PPL secara online kepada JPK. dan

g.

Memastikan semua urusan penilaian berterusan dan peperiksaan akhir diselesaikan sebelum perantis tamat latihan; dan Bersedia menerima arahan JPK berkenaan pelaksanaan SLDN dari semasa ke semasa.

i.

25.4

Tanggungjawab Selepas Pelaksanaan Program Bertauliah Syarikat SLDN hendaklah: a. Bekerjasama dengan Pusat Latihan SLDN untuk: i. Menyediakan laporan penilaian keseluruhan SLDN dan mengemukakannya kepada JPK bagi tujuan persijilan; dan

23

ii.

Menghantar permohonan pengeluaran Sijil secara online untuk seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah selepas disahkan oleh PPL.

b.

Mengemaskini dan menyimpan rekod kehadiran dan penilaian perantis sekurang-kurangnya dalam tempoh lima (5) tahun dari tarikh tamat latihan; dan Menyerahkan mana-mana Sijil yang telah dikeluarkan oleh JPK kepada perantis tanpa syarat. Mana-mana Sijil yang tidak dapat diserahkan, hendaklah dikembalikan kepada JPK selepas tiga (3) bulan dari tarikh terima Sijil beserta dengan laporan/pengesahan penerimaan.

c.

25.5

Tanggungjawab Penyelaras Syarikat SLDN Syarikat SLDN hendaklah memastikan bahawa Penyelaras Syarikat melaksanakan tanggungjawabnya. Tanggungjawab Penyelaras Syarikat yang dilantik oleh Syarikat SLDN adalah seperti berikut: a. b. Menyediakan perancangan pembelajaran; Melaksanakan merangkumi: i. ii. iii. c. d. e. f. sesi orientasi kepada perantis yang

Pengenalan berkaitan SLDN dan syarikat; Penerangan berkenaan tanggungjawab perantis dan coach; dan Penerangan berkenaan kandungan kontrak perantisan.

Mengesahkan rekod bukti pencapaian dan laporan penilaian keseluruhan; Menjalinkan kerjasama dengan semua agensi yang berkaitan dengan SLDN; Membuat permohonan peperiksaan akhir; dan Tanggungjawab-tanggungjawab lain yang ditetapkan oleh JPK dari semasa ke semasa.

24

25.6

Tanggungjawab Coach Syarikat SLDN hendaklah memastikan bahawa Coach melaksanakan tanggungjawabnya. Coach bertanggungjawab sebagai mentor kepada perantis untuk: a. Membimbing, memantau dan menilai prestasi perantis sepanjang tempoh latihan menggunakan kaedah self reliant learning (SRL); Melaksanakan latihan berdasarkan keperluan NOSS/ kurikulum SLDN; Menyemak dan mengesahkan buku log; dan Melaksanakan penilaian kepada perantis.

b. c. d. 25.7

Larangan Kepada Syarikat SLDN Syarikat SLDN adalah dilarang daripada melakukan mana-mana perkara berikut : a. b. c. d. e. f. Menjalankan latihan SLDN secara sambilan/separuh masa (part time); Mengenakan apa-apa bayaran yang berkaitan dengan latihan SLDN ke atas perantis; Menjalankan program lain selain daripada program SLDN yang melibatkan perantis SLDN; Melakukan sebarang tindakan yang boleh diertikan sebagai mencemar imej Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia; Menghalang mana-mana perantis daripada berhenti mengikuti latihan atas kerelaan sendiri; Menghalang perantis mendapatkan apa-apa dokumen atau bukti keterampilan bagi tujuan pembangunan Rekod Penilaian SLDN dan persijilan perantis; Menjalankan latihan di cawangan yang belum mendapat kelulusan pentauliahan JPK; Mempamer atau menyiar sebarang iklan atau publisiti berkaitan pentauliahan tanpa kelulusan JPK dalam mana-mana media bercetak/elektronik; atau

g. h.

25

i.

Membenarkan mana-mana pihak ketiga mengurus pengambilan perantis.

26.0

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PUSAT LATIHAN SLDN

Pusat Latihan SLDN hendaklah menyediakan dan menyampaikan latihan teori bagi setiap perantis mengikut program yang telah ditauliahkan. Pusat Latihan SLDN juga perlu menyediakan jadual latihan SLDN dengan kerjasama Syarikat SLDN menggunakan kaedah day release atau block release. 26.1 Tanggungjawab Utama Pusat Latihan SLDN perlu mengambil tanggungjawab seperti berikut: a. b. c. d. Menyediakan Pengajar SLDN yang berkelayakan mencukupi untuk mengajar bidang yang ditawarkan; Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif; Berkeupayaan melaksanakan latihan dan penilaian; Mempunyai kemudahan latihan seperti bilik kuliah atau makmal yang bersesuaian dengan keperluan Standard dalam aspek teori; dan Mempunyai peralatan, kelengkapan dan bahan latihan bagi pembelajaran teori atau simulasi. dan

e.

26.2

Tanggungjawab Sebelum Pelaksanaan Program Bertauliah Pusat Latihan SLDN hendaklah: a. Bekerjasama dengan Syarikat SLDN dalam menyediakan jadual latihan kepada perantis sepanjang tempoh perantis menjalani latihan SLDN; dan Memastikan Personel SLDN memenuhi kriteria yang ditetapkan; Mempamerkan perkara-perkara berikut di suatu tempat yang mudah dilihat oleh orang awam: i. ii. d. Sijil pentauliahan; dan Carta organisasi dengan menyenaraikan personel yang terlibat bagi program yang dipertanggungjawabkan; dan

b. c.

Membuat pengambilan perantis berdasarkan kepada26

i. ii.

nisbah pengajar kepada perantis ialah 1:20 bagi setiap program; dan bilangan kemudahan latihan, peralatan, kelengkapan dan bahan latihan yang terdapat di Pusat Latihan SLDN.

26.3

Tanggungjawab Semasa Pelaksanaan Program Bertauliah Pusat Latihan SLDN hendaklah: a. b. c. d. e. f. g. h. i. Menjalankan latihan di premis yang telah ditauliahkan sahaja; Melaksanakan latihan SLDN seperti yang telah dijadualkan; Memantau kehadiran perantis di Pusat Latihan SLDN dan Syarikat SLDN serta menyediakan laporan kehadiran bulanan; Menjaga kebajikan dan disiplin perantis; Menyediakan dokumen penilaian perantis dengan kerjasama Syarikat SLDN; Memastikan setiap perantis menjalani latihan dan penilaian mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa; Menyediakan jadual penilaian dan menguruskan pelaksanaan penilaian kepada perantis; Memastikan semua urusan penilaian berterusan dan peperiksaan akhir diselesaikan sebelum perantis tamat latihan; Bekerjasama dengan Syarikat SLDN untuk: i. ii. iii. j. Menyediakan dokumen-dokumen penilaian melaksanakan penilaian kepada perantis; Menubuhkan Jawatankuasa Penilaian; dan Mengemukakan permohonan lawatan verifikasi PPL secara online kepada JPK. dan

Mematuhi arahan JPK untuk memperbaiki sebarang kekurangan atau ketidaksesuaian dalam hal-hal berkaitan kemudahan/ peralatan/ kaedah latihan dan penilaian; dan Bersedia menerima arahan JPK berkenaan pelaksanaan SLDN dari semasa ke semasa.

k.

27

26.4

Tanggungjawab Selepas Pelaksanaan Program Bertauliah Pusat Latihan SLDN hendaklah: a. Bekerjasama dengan Syarikat SLDN untuki. ii. menyediakan laporan penilaian keseluruhan SLDN dan menghantar laporan ke JPK bagi tujuan persijilan; dan menghantar permohonan pengeluaran Sijil secara online untuk seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah selepas disahkan oleh PPL.

b.

Mengemaskini dan menyimpan rekod kehadiran dan penilaian perantis sekurang-kurangnya dalam tempoh lima (5) tahun dari tarikh tamat latihan; Menyerahkan mana-mana Sijil yang telah dikeluarkan oleh JPK kepada perantis tanpa syarat. Mana-mana Sijil yang tidak dapat diserahkan, hendaklah dikembalikan kepada JPK selepas tiga (3) bulan dari tarikh terima Sijil beserta dengan laporan/pengesahan penerimaan; dan Menyediakan mekanisma pengesanan perantis (tracer study) yang telah tamat latihan bagi mendapatkan maklumat keberkesanan latihan dan kebolehkerjaan.

c.

d.

26.5

Tanggungjawab Penyelaras Pusat Latihan SLDN Pusat Latihan SLDN hendaklah memastikan bahawa Penyelaras melaksanakan tanggungjawabnya. Tanggungjawab Penyelaras yang dilantik oleh Pusat Latihan SLDN adalah seperti berikut: a. b. c. Menjadi personel utama yang dirujuk dalam pelaksanaan SLDN di pusat latihan; Bekerjasama dengan Syarikat SLDN dalam menyediakan perancangan pembelajaran; Bekerjasama dengan Syarikat SLDN dan JPK dalam melaksanakan sesi orientasi kepada perantis berkaitan latihan SLDN; Mengesahkan rekod bukti pencapaian dan laporan penilaian keseluruhan; Menentukan jumlah bilangan perantis yang boleh diterima masuk berdasarkan kemudahan dan peralatan sedia ada;

d. e.

28

f. g.

Menyediakan jadual latihan dan menyesuaikan jadual latihan dengan program yang sedia ada; dan Menentukan latihan yang diajar semasa teori adalah selaras dengan kehendak program yang ditauliahkan.

26.6

Tanggungjawab Pengajar Pusat Latihan SLDN hendaklah memastikan bahawa Pengajar SLDN melaksanakan tanggungjawabnya. Pengajar bertanggungjawab ke atas perantis di Pusat Latihan SLDN untuk: a. b. c. d. e. Mengajar, melatih ditauliahkan; dan menilai mengikut program yang

Melaksanakan latihan berdasarkan keperluan NOSS/ kurikulum SLDN; Membuat penilaian sahsiah merangkumi disiplin, kehadiran dan bimbingan kaunseling; Menyemak buku log perantis bagi mengetahui pencapaian perantis di Syarikat SLDN; dan Melaksanakan penilaian kepada perantis.

26.7

Larangan Kepada Pusat Latihan SLDN Pusat Latihan SLDN adalah dilarang daripada melakukan manamana perkara berikut : a. b. c. Mengenakan apa-apa bayaran yang berkaitan dengan latihan SLDN ke atas perantis; Melakukan sebarang tindakan yang boleh diertikan sebagai mencemar imej Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia; Menghalang perantis mendapatkan apa-apa dokumen atau bukti keterampilan bagi tujuan pembangunan rekod penilaian SLDN; Menjalankan latihan di premis yang belum mendapat kelulusan pentauliahan JPK; dan Mempamer atau menyiar sebarang iklan atau publisiti berkaitan pentauliahan yang kurang tepat atau mengelirukan dalam mana-mana media bercetak/elektronik.

d. e.

29

27.0

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA PENYEDIA LATIHAN SLDN memastikan Syarat

Penyedia Latihan SLDN hendaklah secara bersama Pentaulihan dan Panduan Pelaksanaan ini dipatuhi. 27.1 Melapor Diri

Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan perantis melaporkan diri pada hari dan masa yang telah ditetapkan. 27.2 Urusan Kedatangan dan Cuti b. Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan perantis menghadiri latihan mengikut jadual yang ditetapkan. Perantis yang tidak dapat menghadiri latihan atas sebab-sebab tertentu dikehendaki memaklumkan kepada Penyedia Latihan SLDN. Penyedia Latihan SLDN boleh memberi kemudahan cuti kepada perantis. Walau bagaimanapun, kelulusan cuti tertakluk kepada peraturan dan budi bicara Penyedia Latihan SLDN seperti berikut: i. Perantis yang mendapat cuti sakit hendaklah menghubungi Penyedia Latihan SLDN dengan segera (dalam tempoh 24 jam) dan mengemukakan sijil sakit sebaik sahaja menghadiri latihan; dan Peratus kehadiran perantis untuk setiap bulan mestilah sekurang-kurangnya 80% bagi melayakkan perantis menduduki peperiksaan akhir atau verifikasi PPL dan membuat tuntutan elaun (jika ada).

c.

ii.

d.

Syarikat SLDN berhak untuk tidak membayar elaun (jika ada) pada hari yang perantis gagal hadir latihan tanpa alasan.

27.3

Mematuhi Peraturan Perantis adalah bertanggungjawab untuk mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh Penyedia Latihan SLDN di mana mereka menjalani latihan.

27.4

Pertukaran Tempat Latihan Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan bahawa perantis tidak bertukar Syarikat SLDN di sepanjang tempoh mereka menjalani latihan melainkan mendapat kebenaran secara bertulis dari Ketua Pengarah.
30

27.5

Perlindungan Insuran Sepanjang tempoh latihan, Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan perantis dilindungi insuran berkelompok.

27.6

Laporan Buku Log Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan perantis menyediakan laporan dalam buku log dengan mencatatkan segala aktiviti latihan yang dibuat setiap hari sepanjang tempoh latihan. Buku log ini adalah wajib disediakan sebagai bukti bagi tujuan persijilan selain daripada bukti-bukti di dalam Rekod Penilaian SLDN.

27.7

Peraturan-Peraturan Lain Yang Ditetapkan Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan perantis mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh JPK dari semasa ke semasa.

31

LAMPIRAN 1

32

You might also like