You are on page 1of 2

PJM 3112 ISL 3: Bincangkan dan bentangkan agensi-agensi pentadbiran pj dan sukan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM Sejarah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), sebelum ini dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai sebuah Unit iaitu Unit Perkembangan Pelajaran di Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pelajaran. Pada tahun yang sama, unit ini diasingkan daripada induknya untuk dijadikan sebagai satu bahagian baru di bawah Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada ketika itu memperoleh bangunannya sendiri yang terletak di Damansara. Pada tahun 1977, PPK berpindah ke lokasi baru iaitu di Pesiaran Duta, Kuala Lumpur sehinggalah 31 Disember 2004. Mulai 1 Januari 2005, PPK beroperasi di bangunan barunya iaitu di Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, berkuatkuasa 16 Jun 2008 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Latar belakang Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) merupakan satu bahagian di bawah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian ini bertanggungjawab memperbaiki mutu dan

meningkatkan taraf pendidikan melalui penggubalan dan pembangunan kurikulum yang relevan dan bermutu untuk semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Visi Menghasilkan Kurikulum yang berkualiti untuk pendidikan negara yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Misi Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya dan untuk memenuhi keperluan negara.

Fungsi dan tanggungjawab 1. menggubal dan membangunkan kurikulum persekolahan 2. menyebar dan melaksanakan kurikulum 3. mengesan dan memantau pelaksanaan kurikulum 4. menyediakan bahan sokongan kurikulum 5. menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum

Objektif Membina dan mengembangkan kurikulum sekolah ke arah peningkatan kualiti pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

You might also like