You are on page 1of 3

Kempen itu bertujuan untuk menggalakkan murid menjaga kesihatan.

Gigi yang bersih juga dapat menjauhkan kita daripada penyakit. Berus gigi itu dicuci menggunakan air yang bersih. Adik membersihkan bilik tidurnya. Penjagaan gigi yang sempurna amat penting. Kita mestilah mengurangkan gula dalam makanan dan minuman.

Makanan seimbang baik untuk kesihatan. Kita mestilah menggunakan tong sampah dengan betul. Kita haruslah menggunakan tuala yang bersih untuk mengelap tangan. Abang menyertai pertandingan kebersihan kelas Kakak membersihkan halaman rumah. Penggunaan sabun mandi amat penting.

Nama :

Tarikh:

Penjagaan Kuku
Kuku ialah bahagian separuh keras yang terletak di hujung jari tangan dan kaki manusia atau haiwan. Kuku berfungsi sebagai pelindung hujung jari. Kuku tumbuh dan memanjang pada setiap masa dengan kadar yang amat perlahan. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan kuku tangan adalah lebih cepat daripada kuku kaki. Penjagaan kuku sangat penting supaya kuku tidak mudah rosak. Kuku kita akan diserang penyakit jika tidak dijaga dengan baik. Antara panduan penjagaan kuku ialah tidak menggunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil sesuatu. Elakkan daripada menggigit kuku kerana perbuatan itu akan merosakkan kuku. Gunakan pengetip kuku yang tajam ketika memotong kuku. Kuku perlu dipotong menggunakan pengetip kuku yang paling sesuai agar kuku tidak terkoyak.

You might also like