You are on page 1of 12

KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN SATU (LINUS DAN LINUS TEGAR)

1.0

ABSTRAK Pada tahun 2010 , Program LINUS bagi murid Tahun 1 telah dimulakan.

Program ini bertujuan memastikan murid-murid tahap 1 (1, 2 dan 3 ) adalah boleh menulis dan membaca . Program LINUS ini juga adalah salah satu program yang terletak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara( NKRA ). Tahun 2011 merupakan tahun kedua saya mengajar Bahasa Melayu Tahun Satu.Saya memilih masalah murid LINUS sebagai Kajian Tindakan saya. Merujuk kepada analisa Saringan 1(Membaca dan menulis)

dan peperiksaan pertengahan tahun ( 2011 ) yang lalu, saya mendapati ramai murid Tahun Satu Pesona Sek.Keb. SK PADANG GARONG 1 ,yang masih belum menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ). Kumpulan muridmurid ini adalah tergolong dalam kumpulan murid Linus dan Linus tegar (Literasi ).

2.0

REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu

dan saringan linus 2, didapati masih ramai murid tahun satu pesona yang belum menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv). Sekiranya murid-murid ini tidak boleh mengeja suku kata (kv) agak sukar bagi mereka untuk menguasai kemahiran- kemahiran berbahasa yang lain seperti membaca ayat dan menulis.

3.0

FOKUS KAJIAN /ISU KEPERIHATINAN

Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah pembelajaran yang dialami oleh murid-murid Tahun Satu Pesona SK PADANG GARONG 1 KOPTA BHARU(Tahun 2011).Kumpulan murid yang terlibat ini menghadapi masalah mengeja dan membunyikan suku kata terbuka (kv). Seterusnya, mereka menghadapi masalah sukar mengeja dan membaca perkataan yang

mengandungi suku kata terbuka (kv + kv) ataupun (kv + kv + kv ).

4.0

OBJEKTIF KAJIAN Dalam kajian yang dijalankan ini, saya mensasarkan kepada objektif yang

ingin dicapai terbahagi kepada dua iaitu : a.Objektif Umum 1) Murid-murid dapat meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 1 Pesona.

b.Objektif Khusus 1) Murid-murid Tahun 1 Pesona dapat mengeja suku kata terbuka (kv ) 2) Murid-murid Tahun 1 Pesona dapat mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv)

5.0

KUMPULAN SASARAN Fokus kajian ini mensasarkan murid Tahun 1 Pesona yang masih belum

menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv) dan seterusnya mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv)

Jumlah murid sasaran = Jumlah murid lelaki =

20 orang 14 orang

Jumlah murid perempuan =

6 orang

Pecahan murid sasaran mengikut bangsa dan jantina adalah seperti berikut : Lelaki Melayu India Lain-lain(Asli) 6 orang 5 orang 3 orang Perempuan 1 orang 4 orang 1 orang Jumlah 7 orang 9 orang 4 orang

6.0

PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah a)Temubual dengan guru Kaedah temubual dengan guru pula dibahagikan kepada : i.guru yang mengajar mata pelajaran teras ii.guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras

b)Temubual dengan murid c)Temubual dengan waris/penjaga d)Temubual dengan rakan sebaya

i. Temubual dengan guru Merujuk kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran kelas Tahun 1 Pesona ,masalah pembelajaran murid Tahun 1 Pesona yang tidak dapat menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv) ialah kebanyakan daripada mereka belum menguasai kemahiran mengenal huruf huruf vokal dan huruf-huruf konsonan dengan sepenuhnya. Menurut guru-guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras pula, kebanyakan murid-murid yang bermasalah ini ini tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Di samping itu , murid-murid ini juga cepat berasa bosan dan mula mengganggu rakan-rakan yang lain.

ii. Temubual dengan murid Hasil temubual guru dengan murid-murid yang bermasalah ini ialah mereka berasa sukar untuk mengeja dan membunyikan suku kata terbuka(kv) dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv) kerana beberapa huruf vokal dan huruf-huruf konsonan yang belum dikuasai sepenuhnya. Mereka juga menyatakan kurang mendapat sokongan dan motivasi daripada keluarga di rumah. Apabila berada di rumah, murid-murid tidak dapat mengulangkaji pelajaran dan tiada panduan yang baik untuk dicontohi.

c) Temubual dengan waris /penjaga Hari Interaksi diadakan di sekolah selepas keputusan peperiksaan pertengahan tahun diperolehi. Ibu bapa atau penjaga dijemput ke sekolah untuk berinteraksi dengan guru mengenai perkembangan prestasi anak-anak ate anak di bawah penjagaan mereka. Kesempatan ini digunakan oleh guru untuk berinteraksi bagi mengetahui keadaan murid-murid yang bermasalah ini semasa mereka berada di rumah. Daripada temubual yang dijalankan , kebanyakan ibu bapa atau penjaga murid-murid tidak mempunyai masa yang banyak untuk memantau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Desakan kos hidup yang semakin meningkat dan ratarata bekerja di kebun atau bekerja sendiri memaksa mereka untuk bekerja keras dan bekerja lebih masa .Setelah pulang bekerja, mereka sudah keletihan dan tidak sempat untuk memantau kerja rumah dan pelajaran mereka di rumah. Ditambah pula dengan kebanyakan ibu bapa dan penjaga yang berpendidikan rendah, mereka berasa rendah diri dengan menyatakan tidak pandai untuk mengajar anak-anak mereka di rumah.

d) Temubual dengan rakan sebaya Rakan-rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam

memastikan peningkatan prestasi murid-murid yang bermasalah ini. Pengaruh rakan yang tidak baik akan menyebabkan murid-murid juga berprestasi tidak

baik. Daripada temubual rakan sebaya daripada kumpulan murid Perdana, murid-murid yang bermasalah ini suka mengganggu rakan yang lain dan tidak suka belajar. Kebanayakan murid Perdana kurang selesa untuk membimbing rakan-rakan linus dan linus tegar yang suka mengganggu rakan lain.

5.2

Rumusan Tinjauan Masalah Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dijalankan, terdapat tiga

rumusan yang perlu diberi perhatian serius untuk memastikan murid-murid yang bermasalah ini tidak terus hanyut dibelenggu masalah yang dianggap kecil ini. Tindakan segera perlu dilakukan agar murid-murid ini dapat keluar daripada kelompok murid linus dan linus tegar dan seterusnya mencapai hasrat NKRA ( Nilai Keberhasilan Utama Negara) Rumusan : i) memastikan murid-murid yang bermasalah ini mendapat sokongan dan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

ii) memastikan murid-murid bermasalah ini menguasai kemahiran mengecam dan mengenal huruf-huruf vocal dan konsonan dengan dengan baik. iii) menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata terbuka (kv ) dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv).

5.3

Melaksanakan Tindakan Beberapa program dan aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan

prestasi murid-murid yang bermasalah ini bagi memastikan mereka keluar daripada kepompong murid linus dan linus tegar. Di antara program dan aktiviti yang dirancang ialah :

a)

Permata Hati Program ini dijalankan setelah Hari Interaksi bersama ibu bapa

dilaksanakan.Melalui

program

ini,

Ibu

bapa

berperanan

memantau

perkembangan prestasi anak-anak mereka di rumah.Mereka hanya memastikan

anak-anak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.Selain daripada itu, mereka diharapkan dapat memberikan motivasi kepada anak-anak agar belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa atau penjaga akan diberikan Kad Pemantauan Kerja Rumah (Lampiran 1). Setiap kerja rumah yang diberikan oleh guru perlu ditandatangani juga oleh ibu bapa penjaga bagi memastikan murid-murid menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Di samping keja rumah, mereka diharapkan dapat memberikan sokongan dan motivasi kepada anak-anak agar berminat untuk belajar.Perjumpaan dengan ibu bapa atau penjaga secara langsung dan tidak langsung juga diadakan bagi memastikan program ini berjalan lancar. Pemerhatian : Beberapa bulan selepas program ini dijalankan, murid-murid mula menunjukkan minat belajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan

walaupun tidak sepenuhnya. Refleksi :

Hasil program ini menunjukkan peningkatan motivasi dan dorongan dalam diri murid-murid dan keadaan ini memberikan kesan yang positif kepada muridmurid untuk belajar dan seterusnya memperbaiki kelemahan diri.

b)

Sinar Pagi Aktiviti ini dijalankan setiap pagi hari persekolahan kecuali hari Isnin kerana

diadakan perhimpunan mingguan.Kumpulan tertentu akan membaca secara berlagu tentang huruf-huruf dan suku kata secara berkumpulan mengikut tahap kebolehan. Seorang ketua dilantik bagi memastikan semua ahli kumpulan yang hadir pada hari tersebut melakukan aktiviti yang sama. Melalui aktiviti ini adalah diharapkan akan dapat memberikan sinar yang baharu kepada murid-murid ini. Pemerhatian :

Hasil pemerhatian yang dijalankan melalui aktiviti ini, beberapa orang murid telah mula menunjukkan peningkatan dalam mengenal huruf dan suku kata terbuka (kv). Refleksi :

Aktiviti secara berkumpulan ini banyak memberikan kesan yang positif kepada murid-murid untuk belajar kerana berada dalam kumpulan yang kecil dapat memberikan lebih keyakinan dalam diri murid-murid.Keyakinan sangat penting wujud dalam diri untuk memotivasikan diri serta mengelakkan rasa rendah diri yang begitu tinggi dalam diri muridmurid yang lemah.

c)

Program Menggapai Bintang Program ini bertujuan memberikan perangsang kepada kepada murid-murid

untuk meningkatkan usaha mengumpulkan seberapa banyak bintang dan boleh ditukarkan dengan hadiah-hadiah tertentu seperti pensel, pemadam,buku nota dan sebagainya. Bagi mendapatkan bintang yang telah disediakan oleh guru, murid-murid perlu berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik dan kemas. Sekiranya latihan membaca dijalankan, murid-murid perlu menguasai beberapa kriteria yang telah ditetapkan.Di samping menguasai kemahiran belajar, murid-murid yang menunjukkan sikap baik atau mengamalkan nilai-nilai murni juga diberi ganjaran bintang. Pemerhatian: Sepanjang perjalanan program ini dijalankan, murid-murid menunjukkan minat untuk melakukan tugasan yang diberikan dengan baik dan bersungguhsungguh. Ramai murid yang terlibat telah mendapat ganjaran yang ditawarkan oleh guru. Refleksi : Walaupun program ini dilihat seakan murid-murid melakukan tugasan kerana untuk mendapatkan sesuatu, namun kesan yang diperolehi sangat

menggalakkan.Murid-murid melakukan tugasan dengan baik di samping wujudnya semangat persaingan yang sihat di kalangan murid -murid.Mereka perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehi sesuatu yang diharapkan.

d)

Aktiviti Latih tubi (Buku Suku Kata Berwarna) Selepas sesi pengajaran khas untuk murid-murid linus dan linus tegar

dijalankan, aktiviti latih tubi akan dijalankan bagi memastikan murid-murid diberi pengukuhan dan tidak mudah lupa tentang perkara-perkara yang baru dipelajari.Buku rujukan membaca yang digunakan mengandungi suku kata terbuka (kv + kv ) yang diwarnakan dengan warna yang berbeza. Contoh buku Bacalah Sayang

Pemerhatian: Ujian serta-merta secara lisan atau bertulis dijalankan bertujuan menguji daya ingatan murid-murid semasa /selepas sesi pengajaran dan pembelajaran menunjukkan murid-murid dapat menjawab hampir 70% soalan yang dinyatakan oleh guru.

Refleksi : Latih tubi dilihat dapat memberikan impak yang positif kerana dapat mengukuhkan ingatan murid-murid agar ingatan murid menjadi lebih lama atau kekal tentang perkara-perkara yang dipelajari setiap hari.

5.4

Penilaian Berdasarkan beberapa program dan aktiviti yang dijalankan dengan kerja

sama semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga murid-murid, terdapat peningkatan prestasi di kalangan murid-murid dalam kumpulan linus dan linus tegar. Jadual dibawah menunjukkan perbezaan pencapaian prestasi murid linus dan murid tegar.

Sebelum Kajian Tindakan(Selepas Saringan 1) Lelaki Melayu Cina Lain-lain 6 orang 5 orang 3 orang Perempuan 1orang 4 orang 1orang Jumlah 7 orang 9 orang 4 orang

Selepas Kajian Tindakan(Selepas Saringan 3) Lelaki Melayu Cina 1 orang 4 orang orang Lain-lain 2 orang tiada 2 orang Perempuan tiada 1 Jumlah 1 orang 5 orang

Analisa daripada jadual dapat diterjemahkan ke dalam graf seperti berikut :

SEBELUM KAJIAN TINDAKAN (SELEPAS SARINGAN 1)

SELEPAS KAJIAN TINDAKAN (SELEPAS SARINGAN 3)

6.5

Refleksi Kajian Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan , kita dapat membuat

kesimpulan bahawa sesuatu masalah pengajaran atau pembelajaran yang dihadapi di sekolah dapat diselesaikan walaupun tidak seratus peratus berjaya. Kerjasama semua pihak seperti ibu bapa , penjaga , guru-guru , pihak sekolah dan diri pelajar itu sendiri akan membuahkan hasil yang baik . Walau bagaimanapun, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha keras yang berterusan dan juga menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang yang bernama guru. Berdasarkan kepada keputusan selepas saringan 3 yang telah dijalankan, masih terdapat seramai 8 orang murid linus bagi kelas Tahun 1 Pesona ini yang mewakili 70.37% daripada jumlah keseluruhan murid. Peratusan ini belum mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia iaitu selepas saringan 3 dijalankan adalah diharapkan mencapai 90% daripada keseluruhan murid. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pencapaian murid selepas saringan 1, hanya mencapai 25.93% sahaja daripada keseluruhan murid termasuk dalam kumpulan Perdana.Dengan kajian tindakan yang telah dijalankan ini, telah meningkatkan peratusan murid Perdana ke satu tahap yang boleh dibanggakan.Berdasarkan analisa SWOT, masih terdapat beberapa ancaman yang menghalang pencapaian seratus peratus Perdana.

7.0

Kajian Untuk Kajian Seterusnya. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan

kajian yang seterusnya.Misalnya, masalah pembelajaran murid dapat diperolehi lebih awal lagi. Oleh itu masa yang lebih lama akan dapat memberikan kesan yang lebih baik apabila sesuatu program atau aktiviti dijalankan. Keberkesanan sesuatu program atau aktiviti juga akan dapat dipantau dengan lebih telus. Di samping itu beberapa kekangan lain seperti kemudahan pembelajaran untuk murid-murid perlu ditambah dan dipelbagaikan , peruntukan masa yang lebih perlu diberikan kepada murid-murid linus dan linus tegar dan kerjasama semua pihak adalah diperlukan. Dalam hal ini, peranan guru pemulihan juga perlu dipertingkatkan bagi membantu murid-murid linus tegar.Di sekolah saya ( di cawangan Langkap), tiada kuota guru pemulihan.

8.0

Rujukan

1) Ee Ah Meng (1990).Pedagogi Satu Pengenalan Edisi Kedua,Kuala Lumpur Fajar Bakti Sdn.Bhd.

2) Juriah Long,Raminah Hj.Sabran,Sofia Hamid (1990),Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd

3) Ainon Mohd.,Abdullah Hassan,(2002),Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, Kuala Lumpur :PTS Publications &Distributors Sdn.Bhd.

4)

Nurulhuda

Abdul

Rahman Jilid

et

al.

(Eds.) &

(2011).Modul KPD3026 .

Pengajaran,Teknologi&Penaksiran

1KPD3016

Tanjung

Malim:Fakulti Pendidikan &Pembangunan Manusia, UPSI

5)

Annuar

Ayub(Christoper

Bowring-Carr,John

West-Burnham)

(1999),

Pembelajaran Berkesan di Sekolah,Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia

You might also like