You are on page 1of 4

JURNAL REFLEKSI Penulisan Jurnal Refleksi Praktikum 3

1. Masalah / isu: Guru kurang fokus terhadap pencapaian objektif atau hasil pembelajaran yang ingin disampaikan. 2. Analisis Masalah a. Mengenal pasti isu yang difokuskan: i. Di akhir pengajaran, aktiviti soal jawab bersama murid-murid kurang merangsang minda murid kerana soalan yang

dikemukakan oleh guru kurang sesuai dan tidak merangsang minda pelajar untuk membuat banding beza dan mengaitkan kemahiran yang diajar dalam kehidupan seharian atau dalam sesuatu sukan. b. Mengenal pasti punca penyebab kepada isu. i. Soalan yang dikemukakan oleh guru tidak sesuai dengan hasil/objektif pengajaran dan pembelajaran. ii. Soalan yang disediakan oleh guru tidak merangsang kognitif pelajar untuk membuat banding beza pelakuan kemahiran atau aktiviti. iii. Guru kurang memberi peluang kepada pelajar ynag ingin memberi jawapan. iv. Guru lebih banyak memberi jawapan berbanding pelajar. c. Meramalkan kesan dan akibat isu yang difokuskan. i. Murid tidak dapat aplikasikan kemahiran dalam aktiviti harian. ii. Murid tidak tahu bilakah kemahiran tersebut perlu digunakan. iii. Hasil pembelajaran pelajar tidak tercapai.

3. Cadangan dan Idea (Pelan tindakan/senarai semak/jadual kerja/ tempoh masa) dirancang untuk menyelesaikan setiap punca/ sebab kepada isu.
Bil Tarikh Perkara Catatan Membincangkan mengenai masalah yang sering berlaku. Bertanya dan membuat pemantauan tentang kaedah dan teknik yang digunakan untuk mencapai objektif/hasil pengajaran dan pembelajaran. Merujuk refleksi yang lepas berkaitan masalah yang dihadapi dan penulisan refleksi selepas pengajaran oleh guru pelatih senior. Membincangkan contoh soalan-soalan yang merangsang minda pelajar sesuai untuk mencapai sesuatu objektif atau hasil pengajaran dan pembelajaran Membuat sedikit pemantau guru lain mengajar dan kaedah teknik yang digunakan untuk mencapai objektif/hasil pembelajaran. Cara pelaksanaan aktivti soalan jawab. Inovasi aktiviti soal jawab. -cabutan bertuah -roda impian -dadu soalan Semak (/)

Temubual dengan guru pembimbing

Merujuk sumber bertulis simpanan peribadi

Temubual pensyarah pembimbing

Membuat pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran

Membuat perbincangan bersama rakan praktikum

5. Tindakan yang dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah/isu. Pertama sekali, saya membuat sedikit temubual bersama dengan guru pembimbing berkaitan masalah atau isu yang berlaku serta meminta bantuan untuk membuat sedikit pemerhatian secara kasar melalui rancangan pengajaran yang telah disediakan dan seterusnya meminta bimbingan yang sepatutnya untuk mengatasi masalah atau isu ini. Setelah itu, saya juga melakukan beberapa rujukan terhadap penulisan refleksi pengajaran yang telah dilaksanakan serta penulisan refleksi yang

telah ditulis oleh guru pelatih senior untuk mendapatkan cadangan atau idea untuk mengatasi masalah/isu ini. Tindakan yang seterusnya ialah membuat temubual bersama

pensyarah pembimbing berkaitan penghasilan soalan-soalan yang sesuai untuk mencapai sesuatu objektif atau hasil pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Jasmani. Selepas itu, saya membuat sedikit pemerhatian terhadap beberapa pengajaran guru-guru tanpa mengira subjek yang diajar. Dalam pemerhatian tersebut saya memfokuskan bagaimana guru membentuk soalan-soalan yang mampu merangsang minda murid untuk membuat banding beza dan mengaitkannya dalam kehidupan seharian murid. Akhir sekali, saya berbincang dengan rakan praktikum saya berkaitan cadangan aktiviti yang menarik untuk sesi soal jawab iaitu inovasi untuk aktiviti soal jawab. Contohnya, dadu soalan, roda impian dan cabutan soalan bertuah.

6. Penambahbaikan yang telah diambil (pelaksanaan penambaikan) a. Menyenaraikan soalan-soalan yang sesuai dengan fokus pembelajaran serta pencapaian hasil pengajaran guru. b. Membuat ramalan jawapan yang akan diberikan oleh murid-murid. c. Memilih soalan yang terabik untuk mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran. d. Membuat percubaan terhadap soalan tersebut kepada pelajar yang bukan sasaran. e. Menyediakan bahan bantu mengajar iaitu cabutan soalan bertuah agar aktiviti sesi soal jawab bersama pelajar menjadi lebih manrik.

7. Kesimpulan dijalankan).

keseluruhan

(kesan

daripada

tindakan

yang

telah

a. Menilai semula daripada tindakan yang telah dijalankan. i. Aktiviti soal jawab berlaku dengan lancar dan menarik disebabkan oleh bahan bantu mengajar yang disediakan iaitu cabutan soalan bertuah. Soalan-soalan yang disediakan

mengikut perancangan dan penambaikan dilakukan, amat merangsang minda pelajar dan mampu mengembangkan fungsi kognitif murid untuk mengaplikasikan kemahiran yang diajar dalam sesuatu jenis sukan dan aktiviti dalam kehidupan seharian atau rutin harian murid-murid. b. Halangan-halangan yang wujud. i. Murid-murid berebut ingin menjawab soalan. ii. Murid-murid berebut ingin membuat cabutan.

You might also like