You are on page 1of 5

Pantun Teka-Teki

Kulitnya keras berduri pula, Bila dimakan enak sekali, Bila masak kuning warnanya, Raja buah gelaran diberi.

Jawapan : A. Nangka B. Kelapa C. Durian

Isinya putih kulit berbulu, Merah dan kuning warna berseri, Hendak dimakan kulit dipulas, Enak rasanya manis sekali.

Jawapan : A. Manggis B. Rambutan C. Tembikai

Rasanya manis bukan kepalang, Bila masak warnanya hitam, Dari luar boleh dibilang, Berapa banyak isi di dalam.

Jawapan : A. Manggis B. Anggur C. Duku

Pokoknya tinggi daun melambai, Kekadang terbiar tidak berjaga, Airnya dijual di merata gerai, Mujarab sebagai penghilang dahaga.

Jawapan : A. Cempedak B. Pisang C. Kelapa

Hijau dan kuning warna buahnya, Bentuk bersegi seperti bintang, Sedap diminum perahan airnya, Untuk dijamu tetamu yang datang. Jawapan : A. Oren B. Belimbing C. Mangga

Tumbuh merayap di atas bumi, Kecil bijinya bulat buahnya, Manis sekali tidak terperi, Merah dan kuning warna isinya. Jawapan : A. Tembikai B. Laici C. Pisang

Ditanam orang dimerata ceruk, Rupa dan bentuk berbagai jenis, Buah yang muda dibuat jeruk, Rasanya bercampur masam dan manis, Jawapan : A. Ciku B. Betik C. Mangga
2

Isinya lembut kuning memerah, Bijinya banyak hitam warnanya, Tak kira musim ia berbuah, Bulat membujur itulah bentuknya.

Jawapan : A. Rambai B. Betik C. Pulasan

Buahnya bulat tapi menggerutu, Banyak dijual oleh penjaja, Keras-keras bukannya batu, Enak dikunyah begitu sahaja.

Jawapan : A. Jambu batu B. Durian C. Manggis

Pokoknya rendah tidaklah tinggi, Daunnya panjang berduri pula, Ada mata tiada gigi, Buah apakah tunasnya dikepala.

Jawapan : A. Limau B. Ciku C. Nanas

Isinya kuning mempulur di tengah, Bulat membujur bentuk buahnya, Segar dan enak kalau dikunyah, Tetapi awas terkena getahnya.

Jawapan : A. Durian belanda B. Nangka C. Mangga

Batangnya lembut daunnya lebar, Sungguh mudah hendak ditebang, Di merata tempat sudah tersebar, Digoreng panas enak dihidang.

Jawapan : A. Pisang B. Kelapa C. Rambutan

Kulit dan isi seakan nangka, Sekali cuba tentulah hendak, Buah apa cuba la teka, Digoreng panas rasanya enak.

Jawapan : A. Rambutan B. Sukun C. Cempedak

Dari jauh tidaklah jelas, Sudah dekat jadi sebutan, Hendak dimakan kulit dipulas, Manis rasanya bukan rambutan.

Jawapan : A. Tembikai B. Pulasan C. Ciku

You might also like