You are on page 1of 1

Penutup Melalui kerja kursus pendek Matematik ini, kami berdua memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang kami

tidak ketahui sebelum ini. Sebelum ini, kami hanya belajar tentang cara-cara untuk menyelesaikan soalan kalkulus dan soalan pembezaan. Kami tidak pernah pergi memahami apakah sejarah kalkulus dan penggunaan pembezaan. Namun melalui projek ini, kami telah mengetahui pengasas kalkulus dan sumbangannya. Selain itu, teori-teori kalkulus dan juga cara-cara

penggunaannya juga telah kami ketahui melalui sejarah kalkulus tersebut. Tambahan pula, kami juga mendapat tahu bahawa pembezaan itu adalah digunakan untuk menentukan cerun atau kecuraman keluk, yang juga dikenali sebagai derivatif lengkung. Melalui kepentingan apilikasi pembezaan dalam kehidupan seharian, kami baru menyedari bertapa besar dan pentingnya pembezaan dalam kehidupan seharian kita. Bagi kami, pembezaan hanya dipelajari dalam matematik. Namun, pembezaan digunakan dalam pelbagai bidang seperti bidang biologi, bidang ekonomi, bidang geografi dan sebagainya. Kadar suatu kuantiti tertentu berubah mengikut masa juga kait secara langsung dengan pembezaan. Di samping itu, kami juga dikehendaki menyelesaikan satu projek yang ada dalam kerja kursus pendek ini. Melalui projek ini, kami mendapat kesimpulan bahawa segi tiga bersudut tegak yang bersisi hampir sama dengan keluasan yang ditetapkan memberi perimeter yang minimum. Dengan perimeter yang minimum, maka kosnya pun terus minimum. Akhir sekali, kerjasama dalam kumpulan juga amat penting. Dengan kerjasama kami, barulah kami dapat menyiapkan kerja kursus pendek Matematik ini dengan berjaya. Kerja kursus ini juga dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

You might also like