You are on page 1of 2

Sejarah Perkembangan Kalkulus Penemuan terbesar kalkulus ialah oleh Sir Isaac Newton (1642-1727) dan Baron Gottfried

Wilhelm Leibniz (1646-1716). Seorang tokoh astronomi Johannes Kepler telah mengambil selama dua puluh tahun untuk menumpukan perhatian, menyimpan rekod, dan membuat pengiraan untuk menemui ketigatiga hukum kalkulus tentang pergerakan planet yang difinisi sebagai setipa planet bergerak pada elips yang mempunyai satu fokus di matahari. Kalkulus yang hari ini adalah hasil sumbangan daripada ramai orang. Asal usulnya boleh dikesan sehingga kepada geometri Greek klasik, tetapi sebahagian ciptaan ini adalah hasil usaha ahli-ahli sains kurun ketujuh belas. Antaranya ialah Rene Descartes (1596-1650), Bonaventura Cavalieri (15981647), Pierre de Fermat (1601-1665), John Wallis (1616-1703), dan James Gregory ( 1638-1675). Usaha-usaha mereka mencapai kemuncaknya dengan ciptaan agung oleh Newton dan Leibniz. Leibniz dan Newton mendorong pemikiran-pemikiran ini bersama sebagai sebuah kesatuan dan kedua-dua orang ilmuwan tersebut dianggap sebagai penemu kalkulus secara individual dalam tahun yang lebih kurang sama. Newton mengaplikasikan kalkulus secara umum ke bidang fisika manakala Leibniz mengembangkan kalkulus yang banyak digunakan sekarang. Perkembangan kalkulus berterusan dengan sangat pesat pada abad yang berikutnya, dan penggunaan kalkulus terhadap geometri, mekanik, kejuruteraaan, dan astronomi boleh didapati hampir setiap hari. Di antara penyumbang yang agung ialah keturunan Bernoulli iaitu, James Bernoulli (1654-1705) dan adiknya John Bernoulli (1667-1748) telah banyak menyelesai masalah astronomi ; Leonhard Eular (1707-1783)- Beliau mengira seorang yang bernafas udara; Joseph Louis Lagrange (1736-1813) yang berkaitan tantang sesuatu benda mesti mempunyai titik maksimum dan minimum ; Adrien Marie Legendre (1752-1833) mengaji tentang hukum

ketumpatan ; dan ramai lagi yang lain-lain.

Penyempurnaan struktur logik di sebalik prosedur kalkulus telah dilakukan oleh ahli matematik pada abad kesembilan belas, iaitu Bernhard Bolzano (17811848), Augustin Louis Cauchy (1789-1857), dan Karl Weierstrass (1855-1857). Abad kesembilan belas juga membawa satu lagi pusingan lanjutan kalkulus yang menakjubkan dan perkembangan-perkembangan gemilang dalam selain

daripada kalkulus. Penemuan terbesar kalkulus

Sir Isaac Newton

Gottfried Leibniz

World of Mathematics, Jld. 4 (New York: Simon dan Schuster, 1960) The Mathematician, John von Neumann, muka surat 2059-2063.

You might also like