You are on page 1of 32

memapah Wak Pian terpaksa memapah Si Dogol yang sedang mabuk.

mendukung Hasan selalu mendukung anaknya yang baru berusia dua tahun.

Lyn6764

mengendong Jamali mengendong barang-barang keperluannya untuk bermusafir.

mengandar Hang Nadim mengandar pakaiannya untuk dibawa pulang.

Lyn6764

melunjur Sani melunjurkan kakinya untuk melakukan senaman.

meniarap Hamid meniarap sambil menulis sepucuk warkah untuk kekasihnya.

Lyn6764

bersandar James bersandar pada sebatang pokok sambil berpeluk tubuh.

mencangkung Dani mencangkung.

Lyn6764

menyinsing Hang Lekir menyinsing lengan bajunya dan bersedia untuk beradu tenaga.

meriba Ibu meriba adik yang sedang menangis kelaparan.

Lyn6764

mendongak Opie terpaksa mendongak untuk melihat burung di atas dahan itu.

tunduk Farid tunduk apabila dimarahi oleh gurunya.

Lyn6764

menyentap Peragut itu menyentap beg tangan Mila dalam sekelip mata.

memagut Ular itu memagut mangsanya yang sedang menoreh getah.

Lyn6764

membongkok Pak Tam membongkokkan badannya untuk masuk ke bawah rumahnya.

menonggeng Adik suka tidur sambil menonggeng.

Lyn6764

menjulang Hasnah mengengam segulung ijazah sambil menjulangnya.

mengepit Tok Ki mengepit sebatang curut sambil menghelakan asap curut itu ke udara.

Lyn6764

topang Azli menggunakan topang untuk berjalan kerana kakinya patah.

palang Dogol memalang meja yang sudah longgar itu dengan palang kayu.

Lyn6764

menyirat Setiap petang Pak Dollah menyirat jalanya yang koyak.

merenggut Walid merenggut kailnya apabila ikan memakan umpan yang dipasang.

Lyn6764

menjenguk Ramli menyelak tingkap untuk menjenguk hujan yang turun.

mengintai Pian menyelak langsir tingkap untuk mengintai kejadian yang berlaku di luar rumahnya.

Lyn6764

meneropong Hobi Pak Malim ialah meneropong burung-burung yang berterbangan di udara dengan binokular.

membidik Encik Yahya membidik senapangnya ke arah burung di atas dahan itu.

Lyn6764

tersadung Lamin hampir tersungkur akibat kakinya tersadung pada akar pokok.

terperosok Akibat terperosok, Jamali hampir terjatuh.

Lyn6764

menebar Gulam menebar roti canai yang diminta oleh pelanggannya.

mencanai Kakak mencanai tepung itu sebelum menerapnya.

Lyn6764

mengumpil Bala mengumpil papan yang rosak dimakan anai-anai itu.

menerap Razak menerap marmar itu dengan berhati-hati agar susunannya kelihatan kemas.

Lyn6764

takuk Tamin memanjat pokok kelapa dengan memijak takuk-takuk yang dibuat sebelumnya.

menyangga Deraman menyangga pokok yang hampir tumbang itu.

Lyn6764

mencelup Nenek mencelupkan pisang itu ke dalam bancuhan tepung sebelum digoreng.

menyadur Koman menyadur rantai nikel itu dengan emas.

Lyn6764

terompah Kita digalakkan memakai terompah apabila ke tandas.

selipar Walaupun masih baharu dibeli ayah, selipar itu sudah melengkung.

Lyn6764

mencedok Nazri mencedok nasi yang baru sahaja diletakkan di atas meja itu.

mencebok Fatin mencebok air di dalam kolam itu dengan gayung.

Lyn6764

engsel Engsel tingkap rumahnya masih elok.

picagari

Doktor menggunakan picagari untuk memasukkan ubat ke dalam badan pesakitnya.

Lyn6764

bersemayam Sultan Mahmud bersemayam di atas singgahsana sambil dikawal oleh dua orang pengawal.

duduk Fuad duduk di atas sofa itu lalu tertidur.

Lyn6764

menerpa Sesampai sahaja di kampung, Naim, Zaim dan Mila terus sahaja menerpa datuk mereka.

menempa Pak Ali menempa parang yang ditempah oleh rakannya.

Lyn6764

menemu duga Tuan Kamal menemu duga Zainal untuk mengisi jawatan kosong di pejabatnya.

menemu ramah Wartawan menemu ramah tok guru yang sangat terkenal itu.

Lyn6764

labuh Kain yang dipakai adik sangat labuh manakala kain yang dipakai Jali senteng.

terkekeh-kekeh Cerita yang didengar sangat lucu hingga menyebabkan Wahid dan Musa tertawa terkekeh-kekeh.

Lyn6764

menjerut

Bakri menjerut guni itu dengan seutas tali.

menarik Osman menarik upih yang dinaiki oleh adiknya.

Lyn6764

compang-camping Pakaian pengemis itu compangcamping.

kot Ayah selalu memakai kot birunya apabila bermesyuarat.

Lyn6764

menyabung Penduduk di kampung itu suka menyabung ayam.

mengherdik Bapa mengherdik adik kerana memecahkan telefon awam.

Lyn6764

mengepal Mek Jah mengepal pulut itu untuk diberi kepada cucunya.

mengembang Burung itu mengembangkan sayapnya untuk terbang lebih laju.

Lyn6764

bidai Setiap pagi Zakuan menaikkan bidai tingkap rumahnya.

berpaut

Tarzan berpaut pada dahan pokok itu agar tidak jatuh.

Lyn6764

menadah Wak Basir memadah titisan air hujan yang masuk melalui atap rumahnya yang tiris.

menganduh Doktor terpaksa menganduh kaki pesakit yang cedera itu.

Lyn6764

Lyn6764

You might also like