You are on page 1of 59

PERKEMBANGAN KENDIRI

PERSONALITI
Teori dan konsep Klasifikasi personaliti Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran

Personaliti
Sahsiah seseorang yang agak stabil atau agak

kekal perangai, intelek dan fizikalnya menentukan penyesuaian diri yang unik terhadap persekitaran

Beberapa konsep lain berkaitan dengan personaliti


Temperamen pembawaan emosi, diwarisi atau

ditentukan oleh tindakbalas terhadap persekitaran

Konsep Personaliti
Perwatakan sahsiah yang merujuk kepada tret, spt: jujur, kebolehan mengawal diri, bersungguh-sungguh, sifat adil. Ditentukan oleh sikap dan nilai samada diterima atau ditolak oleh masyarakat.

KLASIFIKASI PERSONALITI

EKSTROVERT
Minat yang tinggi terhadap dunia luar dan

orang ramai, out-going, suka bercakap, peramah, mudah bergaul, optimis, sukakan aktiviti sosial.

INTROVERT
Minat meneroka dunia dalaman spt

pemikiran, perasaan, pengalaman orang, suka berseorangan, merenung, memfokus terhadap dirinya, sukakan aktiviti solo, tekun, tegas, malu, pesimistik.

AMBIVERT

AMBIVERT
Mempunyai sahsiah ekstrovert dan introvert yang keterlaluan. Kebanyakan antara kita mempunyai kedua-dua personaliti.

Peranan guru dalam membentuk personaliti positif terhadap murid


Pastikan murid mengambil bahagian secara aktif dalam semua aktiviti bilik darjah. Kaedah, aktiviti serta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang berdasarkan kebolehan dan potensi murid. Adakan banyak aktiviti kumpulan dalam bilik darjah. Dedahkan murid dengan aktiviti luar seperti sukan dan kem motivasi dll. Adakan sesi kaunseling dengan murid yang introvert, kenalpasti punca masalahnya, dan cuba bentuk ia ke arah mencapai sahsiah yang positif

Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti


Pandangan Imam Al-Ghazali Hati Seketul daging, roh bersama, wujud keinginan/penghayatan Qalbun > lubbun > fuaadun Nafs Keinginan > qanaah > mardiah > kamilah Nafs ammarah > nafs lawwamah > nafs mulhamah > nafs mutmainnah > nafs radiah > nafs mardiah > nafs kamilah Akal Anugerah khusus oleh Allah kepada manusia Membolehkan manusia berfikir secara rasional intelek

Interaksi antara Akal, Nafs dan Hati mempengaruhi pembentukan personaliti

Teori Freud (1933)

Id
Keinginan naluri biologi > tingkahlaku
Id cuba kurangkan ketegangan hasil

keinginan biologi dengan cara memberi kepuasan terhadap keperluan biologi Tindakan tanpa berfikir secara logik

Ego
Membuat keputusan berdasarkan realiti
Berdasarkan pemikiran logik

Superego - Membuat keputusan dengan mengutamakan moral dan nilai - Membuat penilaian betul/salah atau baik/jahat

KECERDASAN PELBAGAI
Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurangkurangnya lapan kecerdasan (intelligences) Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logikmatematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.

Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan.

Logik-Matematik

Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif.

KINESTETIK

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model.

MUZIK

Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.

INTERPERSONAL

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas.

INTRAPERSONAL

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik.

NATURALIS
Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Murid yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas.

VISUAL RUANG

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah.

Kecerdasan Emosi

Definisi Emosi
Greek emovere jalan keluar Goleman emosi ialah gerak balas yang melepaskan tingkah laku berorientasi Lang emosi sebagai penyelarasan kedudukan tubuh untuk aksi sementara. Kamus dewan bahasa perasaan pada jiwa yang kuat.

Pada hari ini emosi digunakan untuk menggambarkan pengalaman subjektif 3 aspek emosi Cognitive experession dijelaskan dengan perkataan Behavior expression mimik muka, bahasa tubuh Psysiological biochemical aktiviti otak, suhu badan

Kecerdasan Emosi
Istilah emotional intelligence diguna pada tahun 1990 oleh ahli psikologi, peter salovey dan john mayer. Lima tahun selepas itu, Daniel Goleman (1995) mempopularkan EQ dalam bukunya Emotional intelligence dan menyedarkan orang ramai berkenaan konsep ini.

Konsep kecerdasan emosi diserapkan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka lebih peka kepada persekitaran dan perasaan orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan emosi tinggi akan mempunyai kehidupan lebih cemerlang dan girang.

Ciri ciri EQ
Semangat dan ketekunan Kemampuan memotivasi diri sendiri Bertahan menghadapi kegagalan Tidak melebih-lebihkan kesenangan Kemampuan untuk menyelesaikan konflik Memimpin

GAYA BERFIKIR

Gaya Berfikir

Umumnya murid-murid memang berbeza dari segi kebolehan berfikir. Berfikir merupakan satu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental murid-murid di dalam kelas. Semasa kita berfikir, otak akan bertindak untuk memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria. Kemudian, otak akan menukar rangsangan ke dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman sedia ada. Berfikir juga merupakan satu aktiviti mental dalam proses penyelesaian sesuatu masalah.

8 Gaya Pemikiran

Pemikiran Mendatar

Pemikiran Menegak

Pemikiran Kreatif

Pemikiran Kritis

Pemikiran Divergen

Pemikiran Konvergen

Pemikiran Rekacipta

Pemikiran Celik akal

Pemikiran Mendatar

Gaya pemikiran mendatar juga dikenali sebagai lateral thinking. Kepentingan pemikiran mendatar ialah sesuatu masalah perlu dilihat daripada pelbagai perspektif yang berlainan supaya ia mudah diselesaikan. Dr. Edward De Bono mengatakan terdapat 4 faktor penting dalam pemikiran mendatar iaitu:

Mengenalpasti idea-idea domain utama dalam masalah yang dihadapi. Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan. Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain. Melonggarkan cara pemikiran terkawal.

Pemikiran Menegak

Pemikiran menegak ini juga dikenali sebagai vertical thinking. Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kebanyakan manusia menggunakan kemahiran ini hasil daripada pendidikan formal mereka. Oleh itu, pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkahlangkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Pemikiran Kritis

Pemikiran kritis juga dikenali sebagai pemikian reflektif. Kaedah-kaedah pembelajaran yang dapat mengalakkan pemikiran kritis ialah strategi penyelesaian masalah dan inkuiri penemuan.

Pemikiran kreatif

Pemikiran kreatif ialah satu pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Salah satu cara untuk menggalakkan pemikiran kreatif ialah denganmemperbanyakkan soalan terbuka di dalam kelas.

Pemikiran Divergan

Pemikiran ini dikenali sebagai pemikiran bercapah. Matlamat utama pemikiran ini ialah untuk menjanakan seberapa banyak idea yang dapat diberikan oleh pelajar mengenai suatu topik dalam sesuatu masa yang ditetapkan. Malahan itu, ia juga melibatkan kemahiran guru dalam membahagikan semua topik kepada unitunit kecil supaya murid-murid dapat menganalisis topik utama secara lebih mendalam.

Pemikiran konvergan

Pemikiran ini bermaksud pemikiran tertumpu atau berpandu. Gaya pemikiran ini terdiri daripada satu proses menggabungkan idea yang berlainan berdasarkan tema yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan yang boleh difahami. Soalan konvergan terdiri daripada soalan-soalan yang dapat menganalisis sumber maklumat.

Pemikiran reka cipta

Pemikiran ini sangat berguna pada mata pelajaran seperti lukisan, seni ukiran, kemahiran hidup, sains dan kajian tempatan di mana murid-murid perlu menggunakan koordinasi motor kasar dan motor halus dalam pergerakan tangan mereka.

Pemikiran celik akal

Pemikiran ini merujuk kepada pengalaman seseorang di mana ia dapat memberikan penyelesaian kepada satu permasalahan yang sukar dalam satu jangka waktu yang tertentu. Oleh itu, pengalaman ini juga dikenali sebagai pengalaman Aha kerana ia berkaitan dengan kebolehan seseorang untuk tiba-tiba mendapat jalan penyelesaian satu masalah.

GAYA PEMBELAJARAN

Pengertian Jenis Gaya Pembelajaran

Model Dunn & Dunn

Kepentingan Gaya Pembelajaran

Implikasi Terhadap Proses P&P

PENGERTIAN

Hunt (1981) Gaya pembelajaran merujuk kepada syaratsyarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan. Peterson (1979) & Stewart (1981) Gaya pembelajaran ialah pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang murid.

Dunn & Dunn (1981) Gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana murid belajar dengan paling optima. Secara amnya, gaya pembelajaran merujuk kepada cara-cara bagaimana seseorang memproses, menghayati dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru dan mencabar.

JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN

Gaya Kondusif

Murid suka belajar dalam suasana yang terdapat muzik dan suasana harmoni.

Gaya Visual

Murid dapat belajar dengan cepat dan berkesan dengan melihat carta, graf dan gambar rajah serta gemar membaca pada diri sendiri.

Gaya Audio
Murid suka mendengar dengan cara membaca dan

menyebut.

Gaya Kinestetik
Murid belajar melalui pergerakan seperti sentuhan,

merasa dan meraba.

Gaya Konvergen
Murid dapat memberi penyelesaian kepada satu

soalan tertutup dengan cepat dan tepat.

Gaya Divergen
Murid dapat memberikan pelbagai jawapan atau

alternatif kepada satu soalan terbuka.

MODEL DUNN & DUNN

Mengikut Dunn & Dunn, terdapat 21 element yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran murid. Model ini berdasarkan beberapa prinsip asas iaitu :
Setiap murid ada kekuatan mereka. Kebanyakan individu boleh belajar. Guru boleh membuat pengajaran secara individu.

Guru harus mengajar mengikut gaya pembelajaran

muridnya. Kebanyakan murid boleh memperkukuhkan gaya pembelajaran masing-masing.

Elemen dan stimuli yang terdapat dalam model Dunn & Dunn ialah :
Persekitaran

Terdiri darpada lampu, bunyi, suhu dan tempat

duduk.
Emosi

Terdiri daripada motivasi, tanggungjawab, daya

tahan dan struktur.


Fisiologi

Penekanan kepada unsur persepsi seperti

audio, visual dan kinestatik.

Sosiologi

Merujuk kepada keadaan bagaimana murid

belajar dalam kontek sosial.


Psikologi

Terdiri daripada 4 jenis murid iaitu reflektif,

impulsif, global dan analitik.

KEPENTINGAN GAYA PEMBELAJARAN

Kepentingan kepada guru supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan yang wujud antara murid.
Menjadi panduan kepada guru dalam mencipta pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan cara muridnya belajar.

Gaya pembelajaran murid berubah mengikut umur dan mereka suka berkerja dengan kumpulan yang berlainan.
Murid yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan daripada murid yang rendah pencapaian akademiknya.

IMPLIKASI TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru harus mengetahui bagaimana muridmuridnya menunjukkan respon yang berlawanan kepada persekitaran pembelajaran mereka.

Guru harus mengajar muridnya dengan pelbagai teknik-teknik kemahiram belajar.

Guru mesti mengajar murid-muridnya dalam mengenal pasti gaya pembelajaran mereka masing-masing.
Penggunaan inventori seperti Myers-Brigss Type Indcator (MBTI), Model Gaya Pembelajaran Kolbs dan Instrument Herman Brain Dominance (HBDI) oleh guru dalam mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya.

Implikasi Perbezaan Individu Ke atas Pembelajaran

Implikasi Perbezaan Individu Ke atas Pembelajaran


Kesediaan untuk belajar Kadar kecerdasan mengikut jantina Latar belakang kehidupan Kebolehan fizikal Gaya bertindak

Kesediaan untuk belajar

Murid-murid yang mendapat pendidikan asas di rumah, sentiasa sihat, dan pernah memasuki kelas Tadika akan kelihatan cukup bersedia semasa guru memulakan pelajaran. Sebaliknya, situasi ini mungkin berbeza apabila terdapat murid-murid yang tidak dapat menikmati kemudahan dan keperluan tersebut. Di peringkat sekolah menengah, perbezaan dari segi umur, faktor motivasi, tekanan mental-emosi, pemilihan mata pelajaran yang sesuai, keyakinan diri dan sikap guru terhadap murid juga mempengaruhi kesediaan belajar.
Back

Kadar kecerdasan mengikut jantina

Darjah kecerdasan biasanya berubah-ubah mengikut umur, sikap kematangan dan faktor persekitaran. Hasil kajian di negara barat menunjukkan kecerdasan seseorang akan bertambah apabila umurnya meningkat. Tahap kecerdasan murid lelaki adalah sederhana dan akan menunjukkan kematangan berfikir apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi. Tahap kecerdasan murid perempuan akan kekal stabil apabila umurnya meningkat.
Back

Latar belakang kehidupan


Keadaan latar belakang kehidupan sesebuah keluarga ada hubungkait dengan kemajuan anak-anaknya. Contohnya, murid yang berasal dari luar bandar, biasanya pencapaian mereka di dalam peperiksaan adalah lebih rendah berbanding murid yang tinggal di kawasan bandar. Mereka kurang didedahkan dengan faktor-faktor persekitaran yang mendorong mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Sikap ibu bapa dan pengaruh sosiobudaya masyarakat di luar bandar secara tidak langsung boleh mempengaruhi suasana pembelajaran dikalangan murid-murid. Back

Kebolehan fizikal

Keadaan bentuk dan kekuatan fizikal mempengaruhi perbezaan individu di kalangan murid. Ini terbukti melalui kecerdasan dan kemahiran murid dalam sebarang kegiatan dan permainan tertentu yang bergantung kepada kematangan otot-otot organ yang penting. Murid yang mempunyai koordinasi yang baik di antara otot-otot dengan otot-otot yang terdapat di bahagian kepala biasanya dapat membaca dengan lancar dan menulis dengan cepat sekiranya dibandingkan dengan yang menghadapi masalah dalam penyelarasan otot-otot tersebut.
Back

Gaya bertindak

Murid biasanya mempunyai gaya pendirian, berfikir dan pengkonsepsan yang tersendiri. Murid yang lemah biasanya mempunyai sifat yang gopoh dan terburu-buru semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Murid yang mempunyai ketajaman pemikiran biasanya bersifat sabar dalam dalam sebarang kegiatan dan tindakan. Mereka selalu bersikap berhati-hati, cermat memilih kata-kata dan mengelak daripada melakukan kesilapan. Guru boleh membaiki tabiat kegopohan seseorang murid dengan menyuruh mereka berhati-hati dan mengawal gaya tempoh yang sesuai bagi membuat sesuatu penyelesaian.
Back

You might also like