You are on page 1of 2

REFLEKSI THIVYA A/P KALAICHELVAN Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya, kerja

kursus WAJ 3107 ini dapat diselesaikan dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Zaharah binti ABD Manap kerana telah membantu mengkritik dan komen tugasan yang kami siapkan. Tanpa kerjasama dan maklum balas dari semua pihak, sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga untuk kawankawan sekumpulan yang telah banyak memberi dorongan dan pandangan masingmasing semasa membuat tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan sekelas dan juga kepada rakan yang lain kerana sanggup meluangkan masa untuk kami bagi menyiapkan tugasan kami dengan jayanya. Sewaktu pertama kali saya mendapat tugasan ini, terdetik dalam hati saya, bagaimana aku boleh siapkan tugasan ini dengan sempurna kerana tidak tahu untuk membuatnya. Tetapi dengan penerangan yang diberikan oleh pensyarah, segala masalah yang kami hadapi telah dileraikan. Pada mulanya, kami telah menghadapi kesukaran untuk memilih cerita rakyat yang sesuai untuk kumpulan kami yang terdiri daripada empat orang. Namun, setelah mencari dan mengumpul beberapa cerita daripada pelbagai sumber, akhirnya kami sekumpulan berpakat untuk memilih cerita Sang Semut dan Sang Belalang. Disebabkan cerita ini hanya mempunyai dua karakter, kami telah menambahkan lagi dua karekter supaya cerita ini lebih menarik. Setelah memilih cerita untuk dipersembahkan, seterusnya kami telah berbincang tentang karakter yang sesuai untuk setiap orang dan akhirnya saya telah memilih karakter Sang Rama-Rama. Selepas itu, kami telah mencatat barang-barang yang perlu dibeli untuk menghasilkan topeng yang kemas, cantik dan menarik dan telah kami telah membelinya secara berkumpulan. Setelah membeli barang-barang untuk

menghasilkan topeng, saya mula dengan langkah-langkah untuk menghasilkan topeng. Sebagai langkah pertama, saya telah meniup belon sehingga saiznya sesuai untuk muka saya dan telah menampal beberapa lapisan kertas supaya belon itu menjadi keras. Proses menampal lapisan pada belon telah mengambil masa yang agak lama. Setelah itu, saya telah mencari gambar rama-rama yang sesui untuk

topeng saya dalam internet. Gambar yang dicari membantu saya dalam membentuk rupa rama-rama yang menarik. Pada mulanya saya berasa sangat sukar untuk mencari muka rama-rama yang sesuai untuk dijadikan sebagai rama-rama. Namun, setelah beberapa idea yang bernas yang diberikan oleh rakan sekumpulan telah meleraikan masalah saya. setelah lapisan kertas pada belon dah keras, saya telah menampal dua lagi lapisan kertas berwarna biru kerana saya ingin membuat ramarama berwarna biru. Selepas proses menghasilkan topeng, saya telah menghiaskan topeng dengan kain, riben, dan mata supaya menjadikan topeng yang saya hasilkan lebih menarik. Selepas menghiaskan topeng, saya telah berkerjasama dengan rakan

sekelas untuk membuat backdrop untuk lakonan kami disebabbkan semua kupulan memilih cerita yang berlatar di hutan, maka kami sekelas telah berganding bahu untuk menghasilkan props untuk semua kumpulan. Ini telah mengurangkan bebanan kami. Akhirnya, hari yang kami nanti-nantikan telahpun tiba dan kami merupakan kumpulan terakhir membuat persembahan Melalui tugasan ini, saya telah mendapat ilmu baru tentang cara mebuat topeng. Saya juga dapat pengetahuan tentang sejarah, jenis definisi dan tujuan boneka. Sebelum ini, saya memang tidak pernah mengambil insentif untuk menghasilkan topeng dengan berpendapat bahawa topeng adalah amat susah untuk dihasikan. Namun setelah siapkan topeng, saya berasa teruja dengan diri saya kerana dapat menghasilkan topeng yang cantik dan menarik. Tambahan pula, saya juga dapat mengenali ahli kumpulan saya dengan lebih mendalam dan saya berasa amat beryukur kerana mendapat ahli kumpulan yang baik dan sentiasa berkerjasama. Saya juga berasa teruja dengan kerjsama yang kami miliki walaupun ahli kumpulan kami terdiri daripada berlainan bangsa. Saya juga berasa amat seronok sepanjang menyelesaikan tugasan ini secara berkumpulan. Ahli-ahli kumpulan juga telah memberi komitmen yang sepenuhnya dan bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya amat berpuas hati dangan hasil kerja kami dengan adanya pelbagai pihak yang memberikan sokongan padu agar tugasan yang diberikan dapat dihantar pada tempoh masa yang telah ditetapkan. Sekian, Terima Kasih.

You might also like