You are on page 1of 1

Lampiran: Teks Kecurian Di Rumah Jiran

Di luar hujan turun renyai-renyai. Zabidi masih tekun membaca buku sekolahnya walaupun jam sudah menunjukkan pukul dua belas malam. Sehelai demi sehelai halaman buku itu dibacanya. Tiba-tiba, tumpuan Zabidi terganggu. Dia terdengar bunyi bising dari arah rumah jirannya, Encik Wah Long. Setahunya, Encik Wah Long sekeluarga tiada di rumah. Mereka ke luar negara kerana bercuti selama seminggu. Zabidi segera menutup bukunya. Dia berlari menuju ke tingkap. Jantung Zabidi berdebar apabila ternampak beberapa orang lelaki di depan pintu rumah Encik Wah Long. Mereka sedang mencuba untuk mengopak pintu rumah dengan menggunakan sebatang besi. Nampaknya, mereka ada hati hendak memecah masuk rumah Encik Wah Long. Ah, perkara ini tidak boleh dibiarkan! kata Zabidi. Dia pun segera berlari menuju ke ruang tamu rumahnya. Dia menyambar buku panduan telefon lalu mendail nombor telefon balai polis yang berdekatan. Dalam keadaan tergopoh-gapah, dia melaporkan kejadian tersebut kepada Inspektor Rashid. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi siren daripada kereta peronda polis. Beberapa orang anggota polis segera mengepung rumah Encik Wah Long. Pencuri yang sedang menyelongkar rumah Encik Wah Long diarah menyerah diri. Alangkah terkejutnya pencuri-pencuri itu dengan tindakan pantas pihak polis. Mereka hilang akal lalu menyerah diri. Niat mereka untuk mendapat habuan pada malam itu tidak menjadi. Sebaliknya, mereka terpaksa berputih mata. Sementara itu, Zabidi berdiri di tepi tingkap biliknya. Dia berasa amat gembira kerana dapat berbakti kepada jiran tetangganya. Baginya, sikap bagai aur dengan tebing perlu diamalkan terutamanya dalam hubungan sesama jiran.

You might also like