You are on page 1of 4

APAKAH PERANAN ANDA DALAM MENENTUKAN MASA HADAPAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH ANDA?

Available from: Due date:

Tuesday, 25 February 2014, 02:50 AM

Sunday, 16 March 2014, 02:50 AM

PENGENALAN Di dalam menjalankan pendidikan sebagai proses dalam pertumbuhan dan perkembangan manusia yang berlangsung seumur hidup , pendidikan jasmani merupakan salah satu alat yang sangat penting untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan manusia , kerana pendidikan jasmani sangat erat kaitan dengan gerakan manusia . Gerakan, bagi manusia sebagai aktiviti jasmani merupakan salah satu keperluan hidup yang sangat penting , iaitu sebagai asas bagi manusia untuk belajar , baik untuk belajar mengenal alam sekitar dalam usaha memperoleh berbagai pengalaman berupa pengetahuan dan kemahiran , nilai dan sikap , maupun untuk belajar mengenali dirinya sendiri sebagai makhluk individu dan makhluk sosial dalam usaha penyesuaian dan mengatasi perubahan perubahan yang berlaku di persekitarannya dan untuk mencapai kejayaan . Oleh itu , apabila program pengajaran pendidikan jasmani yang diadakan di sekolah diuruskan dengan baik ianya dapat memberikan sumbangan yang sangat bermakna bagi pertumbuhan dan perkembangan murid - murid baik pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani yang harmoni , malah menyiapkan murid - murid secara psikologi yang membawa kepada usaha - usaha keras yang sangat berguna untuk meningkatkan kemantapan jasmani dan rohani dalam membantu membangunkan keupayaan dan keperibadian yang sangat besar pengaruhnya terhadap diri mereka.

Guru pendidikan jasmani berusaha untuk peningkatan pembelajaran pendidikan jasmani, yang sesuai dengan keadaan tingkat kemampuan murid-murid. Dalam hal penumpuan ditujukan untuk kearah peningkatan kemampuan atau prestasi, baik peningkatan dan penguasaan terhadap keterampilan gerak, penyepurnaan gerakan, pengetahuan, maupun nilai dan sikapnya. Guru pendidikan jasmani dikatakan gagal atau tidak berhasil di dalam melaksanakan profesionnya, apabila murid-murid tidak memperoleh kemajuan atau peningkatan pertumbuhan dan perkembangannya di dalam mengikuti pelajaran pendidikan jasmani tersebut. Melalui pendidikan jasmani anak didik akan memperoleh berbagai pengalaman, terutama yang sangat erat kaitannya dengan kesan peribadi yang menyenangkan, berbagai

ungkapan yang kreatif, inovatif, keterampilan gerak, kesegaran jasmani, membiasakan hidup sihat, pengetahuan, dan pemahaman terhadap sesama manusia. Kegiatan pembelajaran pendidikan jasmani di berpangkal pada gerak murid membantu menampilkan diri mereka. Pendidikan Jasmani bukanlah semata-mata hanya berfungsi untuk merangsang dan mengembangkan organ-organ tubuh serta fungsinya malah juga demi pembentukan dan pengembangan keperibadian yang utuh dan harmonis di dalam kehidupan murid-murid. Pendidikan jasmani membentuk manusia cerdas yang dapat membangun dirinya sendiri dan yang secara bersama-sama bertanggung jawab atas pembangunan bangsa. Dengan demikian tidaklah berkelebihan bila dikatakan , bahawa Pendidikan jasmani merupakan cara yang ampuh untuk mewujudkan tercapainya tujuan pendidikan . Pendidikan jasmani , boleh mengembangkan darjah keperibadian bagi seseorang yang mendasari di dalam tindakannya yang nyata , di dalam aktivitinya melibatkan unsur - unsur fizikal , mental, emosional , dan sosial .

Pengintegrasian teknologi pendidikan dalam P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah memberikan impak yang baik kepada pelajar mahupun guru mata pelajaran di mana terdapat banyak faedah yang diperolehi. Semestinya dalam P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mempunyai aktiviti-aktiviti yang melibatkan kecergasan fizikal. Oleh itu, pengintegrasian teknologi pendidikan ini dapat memantau denyutan jantung pelajar iaitu dengan menggunakan alat pengukur automatik dan alat transmisi. Kadar denyutan jantung pelajar akan diambil melalui pemakaian jam tangan di pergelangan tangan serta getah elastik yang akan diikat di sekitar dada pelajar untuk merekodkan data. Pengintegrasian teknologi ini akan membantu untuk memupuk kerjasama dalam kumpulan. Selain itu, sistem telemetri kadar nadi juga boleh digunakan untuk menetapkan sasaran individu. Contohnya, berdasarkan data nadi yang telah direkodkan, pengajar pendidikan jasmani menyediakan preskripsi kepada ibu bapa tentang bagaimana untuk membantu anak-anak mereka meningkatkan fitness. Di samping itu juga, kadar nadi yang telah dicatatkan sebelum ini akan dijadikan sebagai motivasi kepada rakan sekelas. Teknologi yang semakin moden pada masa kini telah memudahkan lagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam Pendidkan Jasmani dan Kesihatan. Ketika aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dilakukan, pengajar boleh menggunakan perakam video untuk merakam teknik-teknik pelajar semasa bermain sesuatu permainan, kemudian dapat menganalisis keputusan dan menawarkan cadangan penambahbaikan. Penggunaan model perakam video monitor LCD yang baru boleh mendapat maklum balas dengan serta merta. Penggunaan teknologi ini adalah untuk membantu pelajar memahami apa corak pergerakan yang baik dan bagaimana untuk menganalisis dan memotivasi para pelajar untuk kemahiran mereka dari masa ke masa. manakala video yang dihasilkan juga boleh digunakan untuk menunjukkan teknik yang betul kepada pelajar, terutama apabila pengajar tidak mempunyai kepakaran. Oleh yang demikian, bagi guru-guru yang menggunakan video kamera dalam pengajaran pendidikan jasmani harus memainkan pita kamera dengan serta-merta selepas setiap prestasi, menggunakan maklum balas secara lisan dan memberi isyarat semasa memainkan pita, gunakan video secara berulang kali, zoom in untuk memberi tumpuan

kepada aspek-aspek tertentu, menukar sudut kamera, termasuk perspektif alam sekitar, dan menonton skrin yang berpecah. Dengan adanya kemudahan ini, sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang dipelajari sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam sukan. Kesan pengintegrasian teknologi pendidikan dalam P&P Pengintegrasian teknologi pendidikan ini juga mempunyai banyak kesan-kesannya sama ada positif mahupun negatif. Namun penggunaan teknologi ini lebih banyak memberikan kesan yang positif dimana ianya dapat membantu guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sebagai contoh penghasilan perisian berbantukan multimedia-komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Tingkatan Lima, membantu pelajar sekolah manfaatkan kehebatan teknologi teknologi maklumat dalam p&p mata pelajaran sukan. Guru mata pelajaran PJK boleh mempelbagaikan kaedah p&p, iaitu selain daripada menggunakan kemudahan fizikal seperti padang atau gelanggang, mereka juga boleh melaksanakan p&p di makmal komputer dengan menggunakan perisian yang direkacipta itu. Begitu juga dengan ujian kecergasan pelajar di sekolah boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa peralatan yang telah direka cipta seperti pembangunan makmal pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK), Alat Ujian Tekan TubiMenggunakan Sensor, Alat Ujian Lompat Jauh Berdiri Menguji Kekuatan Otot Berelektronik, Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Subjek Kecergasan Fizikal dan sebagainya. Manakala dalam bidang sukan pula, para jurulatih di sekolah khususnya, boleh mengadaptasikan penggunaan teknologi untuk membolehkan para atlet mendapat kesan yang positif dalam latihan dan seterusnya menjulang kecemerlangan dalam kejohanan yang disertai. Sebagai contoh, terciptanya alat pengesan batal dalam acara lompat jauh menggunakan sensor, alat koordinasi menggelecek bola keranjang berelektronik bagi ujian kecergasan fizikal, analisis kinematik pergerakan kaki dalam latihan sukan lawan pedang menggunakan alat bantuan latihan, alat kiraan mata berelektronik dalam sukan netbal dan sebagainya. Di antara kelebihan penggunaan semua hasil rekacipta yang dinyatakan ini adalah, ianya lebih murah berbanding dengan kos yang perlu dibelanjakan sekiranya menggunakan peralatan yang sama yang terdapat di pasaran, baik dari dalam atau luar negara. Sebagai contoh, rekacipta dan pembangunan Makmal Pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk Sekolah-sekolah di Malaysia yang mengandungi tujuh stesen ujian hanya menelan belanja sekitar lebih kurang RM5000 sahaja, sedangkan kos di pasaran melebihi RM30,000. Keadaan ini menunjukkan hasil rekacipta teknologi sukan tempatan amat kompeten dan boleh bersaing di peringkat global dengan bukan sahaja hasil yang sama mutunya dengan keluaran luar negara, malah boleh dimiliki dengan harga yang amat rendah, berpatutan dan mampu milik.

Kesimpulan Kemajuan teknologi moden adalah salah satu faktor yang turut mempengaruhi pembaharuan pesat berlaku dalam dunia pendidikan. Peranan teknologi semakin dirasakan oleh pelbagai sektor terutama sektor perniagaan, telekomunikasi, pentadbiran dan

pendidikan. Dalam bidang pendidikan, kerajaan dan masyarakat awam telah memberikan perhatian mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari hakikat tentang peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh teknologi dalam pendidikan. Mereka yakin bahawa teknologi boleh membantu mencapai matlamat dan tujuan pendidikan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Yelland, N. et.all. (1997) mengatakan bahawa teknologi dapat memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan proses pembelajaran. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mengintegrasikan teknologi pendidikan dalam P&P, pelbagai pihak harus bekerjasama bagi memastikan penggunaan teknologi yang sedia ada tidak disalah gunakan oleh mana-mana pihak serta memastikan keberkesanan teknologi dalam proses P&P. Pihak Kementerian Pelajaran harus mewujudkan dana khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan teknologi kepada guru dan pendidik serta menyediakan pusat latihan dalam bidang tersebut agar mereka menjadi mahir dalam bidang tersebut. Akhir sekali, pendidik serta pelajar haruslah mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan teknologi dengan lebih berkesan. Setiap individu harus tahu bagaimana untuk menggunakan semua teknologi yang ada supaya tidak bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

RUJUKAN https://docs.google.com/document/d/1jetOW8URAFPXOw0mUDQSRNNXrn3TABYTeb_LO aVR3vU/edit?hl=en_GB&pli=1

http://www.academia.edu/528136/Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_Dalam_ Pengajaran_dan_Pembelajaran

Integriting Educational Techonolgy into Teaching second edition (M.D. Roblyer , The state University of West Georgia Jack Edwards, The Webster School) Penintegrasian ICT dalam pendidikan, penyelidikan, amalan dan aplikasi, 2008, Norazah Mohd Nordin, Mohamed Amin Embi Tranformation of knowledge through classroom interaction, 2009 by Routledge, Baruch Schwarz, Rina Hershkowitz Teaching with Technology, 2003 second edition, Priscilla Norton, Karin M.Wiburg http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pentingnya-integrasi-ict-dalam-prosespengajaran-dan-pembelajaran http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=integrasi+teknologi+pendidikan+dalam+pengaj aran+dan+pembelajaran&source=web&cd=8&cad=rja&ved=0CE4QFjAH&url=http%3A%2F %2Frosseni.files.wordpress.com%2F2010%2F03%2Fintegrasi-abm-dan-pp.ppt&ei=NLSUJvGFsXtrQev3oCwCw&usg=AFQjCNEYmSsB8WWqxcVm2LrWQsKauRD4cA&bvm= bv.1355534169,d.bmk

You might also like