Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
30Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
penyeliaan dlm kauns

penyeliaan dlm kauns

Ratings: (0)|Views: 1,473 |Likes:
Published by ami15_sakura

More info:

Categories:Business/Law, Finance
Published by: ami15_sakura on Oct 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/23/2012

pdf

text

original

 
Penyeliaan Dalam Kaunseling
Oleh:
Mohd. Zarawi bin Mat Nor
zmnjip@yahoo.comJabatan Ilmu Pendidikan
Pengenalan
Di sesebuah sekolah satu profesion yang memberi perkhidmatan yang penting kepada para pelajar adalah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Fong, 1990). Perkhidmatankaunseling di sekolah-sekolah menjadi semakin penting kerana kaunselor dan guru bimbingan dan kaunseling sekolah bertanggungjawab mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang sihat dan sesuai kepada semua murid di sekolah berkenaan (Griffin.D.C,2007). Selain itu dikatakan juga bahawa mereka (kaunselor) adalah pihak pertama yang bertanggungjawab menghindari tekanan emosi dan akademik yang mungkin dihadapi oleh para pelajar (Henderson, 1994). Hari ini masalah-masalah yang semakin rumit telah mulamenular di sekolah. Antaranya termasuklah masalah jenayah, masalah serangan fizikal danseksual, kemiskinan, lari dari rumah dan krisis-krisis lain yang semakin menjadi-jadi. Justeru persekitaran sekolah menjadi semakin agak berkecamuk. Memang banyak cara yang bolehdiambil untuk membendung masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah.Sebahagian daripada tindakan untuk mengurangkan masalah ini ialah melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan jawatan kaunselor sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah dan jawatan guru bimbingandan kaunseling di sekolah-sekolah rendah seluruh negara. Kaunselor dan guru bimbingan dankaunseling dikatakan mempunyai kedudukan tersendiri kerana dari segi organisasinyakaunselor bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengetua atau guru besar (Pekeliling KPM,1996). Para kaunselor tidak diberikan tugas mengajar mata pelajaran akademik sebaliknyadikehendaki memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti dan program pembangunan diri pelajar (KPM,1996). Manakala, guru bimbingan dan kaunseling yang bertugas di sekolah-sekolah rendah seluruh negara merupakan jawatan separuh masa kerana selain menjalankantugas mereka juga dikehendaki melaksanakan tugas-tugas pengajaran di dalam kelas.Kaunselor sekolah yang profesional merupakan suatu jawatan unik dan tersendirikerana mereka bekerja untuk memastikan perkembangan diri, bimbingan dan perkembangankerjaya kepada pelajar-pelajar mereka. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telahmenyenaraikan tujuh bidang perkhidmatan kaunseling di sekolah untuk menjelaskan peranandan tanggungjawab kaunselor dan guru bimbingan dan kaunseling. Bidang-bidang perkhidmatan kaunseling di sekolah menengah ialah bidang akademik, kerjaya, psikososialdan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah/inhalan/rokok danHIV dan motivasi serta kepimpinan. Seseorang kaunselor harus bijak dan cekap dalam semuaaspek untuk menjayakan bidang perkhidmatan ini. Masalah utama yang dihadapi olehseseorang kaunselor adalah kurangnya keyakinan diri dan tidak mahir dalam menjayakantugas-tugas profesional mereka. Justeru, dalam konteks ini penyeliaan memainkan peranan penting bagi memantapkan perkembangan perkhidmatan kaunseling dan perkembangan personal dan profesional kaunselor itu sendiri.Di Malaysia, kaunselor-kaunselor sekolah hanya diselia oleh pentadbir dan personallain. Masalahnya, mereka ini tidak mempunyai kepakaran dalam selok-belok penyeliaan yang berkesan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pentadbir sekolah dilatih untuk menyeliaguru akademik tetapi amalan penyeliaan guru akademik tidak sama dengan penyeliaan dalamkaunseling. Seseorang itu harus memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilaiintegriti yang tinggi sepanjang perkhidmatan mereka bagi melahirkan seorang kaunselor yang berkaliber dan profesional. Mereka memerlukan satu sistem latihan dan melaluikurikulum yang mantap untuk memastikan kaunselor sekolah memiliki ciri-ciri penampilan
1
 
dan sahsiah yang dinyatakan. Seseorang bakal kaunselor itu harus menjalani latihan praktikum secukupnya. Mereka mesti diselia oleh kaunselor lain yang lebih berpengalamandan bersedia menjalankan tugas penyeliaan dengan sebaik mungkin sekiranya mereka mahumenjadi seorang kaunselor cemerlang,.
Keperluan Penyeliaan
Keperluan kemahiran personal dan profesional dalam mana-mana profesion tidak dapat disangkal. Kemahiran ini termasuk profesion perubatan, perundangan, kehakiman dan profesion lain dalam senarai kerjaya manusia masa kini. Demikian juga profesion kaunselor yang menjalankan perkhidmatan kaunseling di pelbagai
 setting 
termasuk kaunselor dan guru-guru bimbingan yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah di seluruh negara.Di sekolah, kaunselor sepenuh masa memerlukan suatu penyeliaan yang amat bermakna untuk meningkatkan perkembangan personal dan profesionalisme seterusnya bagimeningkatkan tahap kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas memberi perkhidmatan bimbingan dan melaksanakan program-program kaunseling di sekolah (TanSoo Yin, 1999). Oleh sebab itu, bidang perkembangan dan latihan kaunselor menjadi fokusutama dalam literatur sejak dua dekad yang lalu (Barnes, 2004).Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga ada menjalankan penyeliaan ke atas prestasi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah (KPM, 1997). Hasil penyeliaan terhadapguru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa telah berjaya meningkatkan pengetahuan danlatihan dari sudut kaunseling (Schmidt, 1990). Sehubungan itu, penyeliaan kaunseling perludilakukan oleh kaunselor berdaftar supaya keselarasan tugas dan pelaksanaan sesi tidak menyimpang daripada sempadan yang ditetapkan (Faizah Ghani & Tan Soo Yin, 2005).Dalam penulisan ini penulis akan memfokuskan perbincangan kepada perkara- perkara berikut ; konsep penyeliaan dalam kaunseling, senario aktiviti penyeliaankaunseling, model-model dalam penyeliaan kaunselor, jenis-jenis penyeliaan dan kekepentingan aktiviti penyeliaan.
Konsep Penyeliaan
Bradley dan Ladany (2001) secara umumnya mendefinisikan penyeliaan sebagai suatu prosesmemberi latihan dan bimbingan kepada pihak lain. Manakala dalam konteks penyeliaankaunseling beliau memberi makna penyeliaan sebagai satu proses perkembangan personaldan profesional iaitu para penyelia akan mencabar, menggalak dan menyuntik semangatuntuk menggalakkan kaunselor mencapai tahap kecekapan yang maksimum .Majlis Akreditasi Program Kaunseling (CACREP) pula mendefinisikan penyeliaansebagai suatu bentuk arahan dalam mana penyelia mengawal pengalaman beraktiviti dan pembelajaran kemahiran yang berlaku semasa latihan praktikum dan
intership
(CACREPStandards, 2001). Bagi memastikan seseorang kaunselor pelatih mendapat penyelia yang berpengalaman dan berkesan, disyaratkan bahawa seseorang penyelia itu mempunyai pengalaman sebagai kaunselor profesional selama paling kurang dua tahun sebelumdibenarkan menjalankan tugas-tugas penyeliaan (CACREP, 2001).Seseorang kaunselor yang bertindak sebagai seorang penyelia harus memilikikemahiran dalam metodologi penyeliaan bagi menggalakkan dan melatih kaunselor supayamencapai tahap perkembangan yang tinggi. Dalam mana-mana organisasi kaunseling,menjalani latihan praktikum menjadi satu syarat utama kepada pelatih-pelatih dalam bidangkaunseling. Sebagai contoh, Majlis Akreditasi Program kaunseling (CACREP) telahmenetapkan bahawa pelatih mesti menerima penyeliaan sebagai sebahagian daripada syaratsemasa menjalani latihan praktikum. Latihan yang diberikan itu haruslah mencukupi dan
2
 
mencapai standard latihan yang sebenarnya untuk memastikan sesuatu penyeliaan itu bermakna.
Senario Aktiviti Penyeliaan Kaunselor
Sepanjang tempoh kewujudan aktiviti penyeliaan kaunselor, aktiviti ini telah mengalami pelbagai tranformasi. Melalui masa, perubahan telah berlaku pada aspek fokus dankeutamaan penyeliaan. Walau bagaimanapun matlamat asalnya tidak berubah iaitu untuk membantu kaunselor menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada klien mereka(Aasheim, 2007).Penyeliaan kaunselor bermula antara tahun 1925 dan 1930 melalui pengenalan teori psikoanilitik (Leddick & Bernard, 1980). Pengaruh teori terhadap penyeliaan melalui konsepyang popular iaitu proses selari yang merujuk satu proses keselarasan tingkah laku
 supervisee
tergambar dalam sesi kaunseling (Eckstein & Wallerstein). Kesannya proses penyeliaan benar-benar sama dengan proses psikoterapi itu sendiri (Kaiser, 1997); Stolberg & Delworth,1987). Penyelia menjalankan tugas atau tanggungjawab membimbing dan memberi arahandalam proses penyeliaan psikoterapi (Leddick & Bernard, 1980). Fokus utama sesi penyeliaan ialah proses meneroka intra dan interpersonal sebagai satu fungsi hubunganteraputik (Davy, 2002). Para penyelia memberi perhatian terhadap peranan proses perhubungan interaksi dan tidak disedari oleh kaunselor semasa berinteraksi dengan klien(Casment, 1985). Kebanyakan pengkaji/penyelidik berjaya menyumbang ke arahmengurangkan kekeliruan peranan dan fungsi seseorang penyelia di peringkat permulaantimbulnya aktiviti penyeliaan ini (Carroll, 196; Yegdich, 1999).Pada tahun 1950-an fokus penyeliaan berubah secara drastik sebagai perasaan psikoanalisis daripada menyokong (Davy, 2002). Pada masa ini perkembangan aktiviti penyeliaan bersepadu dengan teori dan model amalan teraputik (Freeman & McHenry, 1996).Sebahagian daripada model penyeliaan ini adalah jelas sejajar dengan teori-teori utamakaunseling (Friedlander, Siegal, & Brenock, 1989). Penekanan bidang penyeliaan ini telah berubah daripada analisis kepada perkembangan latihan kemahiran dan perkembangan profesional (Truax & Carkhuff, 1967; Holloway, 1995).Pada tahun 1970-an, berlaku gelombang perubahan dalam penyeliaan yangmembawa bersama kerangka teori dan praktikal yang memberi penekanan kepada tugas(task), peranan dan tahap perkembangan profesionalisme kaunselor (Caroll, 1996; Hess,1986).Antara tahun 1970-an dan 1980-an pula berlaku perubahan dalam aktiviti penyeliaan kaunselor apabila munculnya teori dan kerangka penyeliaan yang memberitumpuan kepada tugas, peranan, latihan dan tahap perkembangan penting dalam perkembangan profesionalisme kaunselor (Caroll, 1996; Hess, 1986). Pada tahun-tahuntersebut beberapa model perkembangan penyeliaan telah diperkenalkan. Satu daripadanyaialah Model Kompleksiti (SCM) (Watkins, 1997). Di samping itu Model PerkembanganBersepadu turut diperkenalkan (Stoltenberg, McNeil, & Delworth, 1998). Model ini memberitumpuan dalam kajian literature. Seterusnya Model Peranan Sosial (Scial Role Model) turutdisentuh dalam kajian literatur (Kadushin, 1985). Peranan teori-teori ini adalah untuk menjelaskan peranan dan fungsi penyeliaan (Aashim, 2007). Teori Diskriminasi Bernard(1979) menjelaskan tiga peranan utama penyelia dalam hubungan dengan kaunselor pelatih.Tiga peranan itu ialah; pendekatan guru-murid (berasaskan dapatan Walz & Roeber, 1962,yang mengkaji reaksi s
upervisor 
dalam satu
interview
kaunseling), pendekatan kaunselor-klien dan pendekatan konsultasi (berasaskan Model pembinaan kemahirana Pra-Praktikum).Pada tahun 1980-an pula aktiviti akademik para sarjana berkisar pada amalan danteori penyeliaan klinikal.
The Counseling Psychologist 
telah menerbitkan dua isu yang
3

Activity (30)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nasuha Nurani liked this
Hawleys Hafizah liked this
Hawleys Hafizah liked this
Nor Farizan liked this
darwisyah liked this
Qurratu Aien liked this
125382 liked this
Salluya Baking liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->