Masalah perancangan juga kadang kala terlalu majmuk dan
wicked.
Para jururancang bertanggungjawab mengurus perubahan persekitaran. Sebagai pengurus perubahan ini, jururancangseharusnya menggunakan pendekatan-pendekatan pengurusan dalam proses perancangan bagimengatur, mengawal serta meneraju perubahan (Bruton dan Nocolson, 1987). Para jururancangseharusnya menggunakan pendekatan yang meningkat (
incremental
) dan luar jangka (
contingency
) bagi menangani isu-isu semasa dan tekanan-tekanan perubahan. Dalam menangani masalah yangrumit ini, jururancang terpaksa mengambil langkah sepersetujuan (
consensus
) dan tawar-menawar (
bargaining
) bagi menghadkan suasana di mana terdapat percanggahan kepentingan (
conflict of interest
). Dalam hal ini, jururancang harus disiapkan dengan sistem maklumat yang dapat digunakan bagi menghadapi masalah yang rumit dalam mengawal pertumbuhan bandar sesebuah wilayah.Memandang skop, proses dan kaedah yang terdapat dalam sistem perancangan guna tanah, sesuaturancangan pembangunan itu bukan sahaja memerlukan data dan maklumat yang luas tetapiseharusnya mudah diproses dan diubahsuai mengikut keperluan dan keadaan masa yang berlainan.Data dan maklumat yang perlu dianalisis diperolehi dari berbagai sumber, sama ada secara primer atau sekunder. Perkembangan ini memerlukan agensi perancangan mewujudkan satu sistemmaklumat perancangan yang bersesuaian dengan fungsi perancangan dan pengawal sesebuah bandar dan wilayah.
SISTEM MAKLUMAT PERANCANGAN DAN PENGURUSAN WILAYAH
Perancangan dan pengurusan wilayah mempunyai sifat yang dinamik. Oleh itu sistem maklumatyang baik adalah penting untuk dijadikan mata dan telinga kepada proses perancangan dan pemantauan pembangunan wilayah. Ia dapat digunakan untuk mengawas dan memastikan bahawakawalan perancangan dipatuhi dan ia memberikan amaran awal (
early warning
) mengenai punca pergeseran, ketidakseimbangan, kelemahan dan kegagalan yang berlaku dalam proses perancangandan pengurusan (Yaakup, Johar dan Dahlan, 1997). Dalam hal ini, maklumat terkini dan diyakinisangat diperlukan pada peringkat pengurusan wilayah untuk membantu melicinkan tatacara pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan polisi serta strategi pembangunan. Ia diperlukan bagimembuat ramalan, model dan penilaian situasi semasa dan perubahan yang mungkin terjadi.Aktiviti perancangan harus dilihat sebagai proses (McLoughlin, 1969; Chadwick, 1971), yang manatidak dilakukan hanya sekali untuk sesebuah bandar dan wilayah. Proses perancangan inimenunjukkan penyediaan rancangan sebegini mengarah kepada kemampuannya menggunakansistem maklumat. Filosofi ini berasaskan konsep timbal balik bagi menilai rancangan dan proses penyediaan rancangan. Dalam penyediaan rancangan ini, Calkins (1972) pernah menyarankan yang perancangan yang baik akan dapat dicapai melalui maklumat yang baik yang datangnya dari sistemmaklumat yang mantap.Fungsi utama sistem maklumat dalam perancangan dapat dikenalpasti sebagai:
Leave a Comment